Sunday, January 3, 2010

Signboard kahwin, Kau & Aku, Devdas

Sejak kebelakangan ni, kerana sibuk membuat persiapan 'make over' rumah si kecil, ray kerap kali berulang alik dari Shah Alam ke Seremban.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.

Kerana kerap berulang alik, maka mata ini juga kerap melihat satu signboard in particular yg ray rasakan sangat menangkap penglihatan mata. Rasa kelakar pun ya jugak.

Dalam usaha mempromosi pakej dan peralatan wedding, imej wanita (model mana tah) dalam keadaan berpakaian lengkap (nak kahwin) meniarap atas lantai or may katil sambil menggoda pemandu-pemandu bujang di lebuhraya...LOL. Ini gambarnya.



"datang la kedai i....murah you !"




Siap angkat angkat kaki lagi tuuu !!! LOL. Driving alone can be boring and lonely. Godaan dan aksi model ni membuatkan ray ketawa kecil setiap kali melintasi papan tanda ni. Tiba-tiba terbayang muka my good friend Amy plak. LOL (by the way Amy is happily married). Simply because she is the only person can be daring enough to pose like that !! Aksi terakhir Amy ialah posing maut depan birthday kek Dafi !!!

I don't know what la. Is that the pose to attract customers to buy stuff frm their kedai or simply hanya to attract attention/gimik jualan? Ada ke yang tengok signboard ni dan terus terfikir "I nak pegi lah kedai ni !!"? Or rasa terus nak kawin bila nengok model tuh ?

Pada yg teringin nak tengok signboard ni, bolehlah berbuat demikian. Ia terletak di lebuh raya PLUS menghala ke arah Utara antara R&R Seremban & Exit Nilai. Teringin nak kahwin dan beli silalah ke kedai mereka. No fon pun ada kat gambar tu kan....apa lagi kol la !

Dafi jadi cameo utk drama Kau & Aku yang ditayangkan di Astro malam tadi. So, Ray tengok la drama tu malam tadi. Dafi diterbangkan ke Indonesia (lokasi pengambaran drama tersebut) semata-mata untuk appear beberapa minit dalam drama tersebut.

Aiyaiyai...


Bukan nak komen pasal Dafi's acting but more on satu babak yg ray rasa sangat kelakar. Satu babak dimana posisi kameranya diambil dari celah ketiak Amar (anak wayang). Amar pakai baju tidak berlengan dan imej dicelah ketiaknya ialah Aril (AF7).

Sungguh berseni shot tersebut. LOL. You got to be joking !!! Ketiak??? Why ketiak ? and why Aril? LOL. To some people yg fetish ketiak, it could be sexy but why aril? LOL. Tak tau celah bedah mana plak shot kamera utk babak yg akan datang. Either disengajakan utk gimik atau sekadar aksi berseni...... anda nilaikanlah sendiri. Cermin ketiak korang and tell me it's Seni or not?


Sibuk tak sebuk dengan kerja, sempatlah juga ray menonton filem Hindi Devdas pada malam tahun baru. I am not a Hindi film fan. Itu pun because it was strongly recommended by my housemate. Filem hebat katanya !



Gituhhhh laaa..

I have to agree. Aishwarya Rai yang gorgeous dan cinematography yang memukau mata bila menontonnya. Ternganga melihat shot Aishwarya Rai ketika berlari sambil kain sarinya yg panjang bertebangan tuhh..dan banyak lagi babak memukau mataku ini...yang pasti shot celah ketiak Shahrukh Khan takde dalam filem ini. LOL. Mata Aishwarya Rai yg ORI warnanya adalah asset berharga dan daya tarikan utama wajahnya. Nowdays banyak beno si mata coklat nak bemata biru etc dengan memakai contact lens....A friend of mine, balik kampung bermata biru...terus kena carut dengan mak dia...hahaha.

Shahrukh Khan's performance as the rebellious alcoholic Devdas is often considered one of his best performances, and won him a Filmfare Award. The song Dola re Dola became a hit with its unique dance duet between Aishwarya Rai and Madhuri Dixit. The video had significant airplay on MTV Asia.

The film won ten Filmfare Awards, including Best Film, and received a BAFTA nomination for Best Foreign Language Film. It was also India's entry for Best Foreign Language Film at the Oscars.

Devdas adalah filem sedih. Endingnya...mak aiii....rasa nak bakar pawagam je ! LOL.



Nota kaki sexy : I will be updating about kekecohan hari pertama di sekolah RSK on my next entry.


14 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

Devdas terbaik ar Ray.

kita tgk citer tu masa form 4, around 2001. flm termahal bollywood tuh;)

edzlin007 said...

LOL. saya tak pernah lg tgk org pakai baju pengantin melayu posing macam tu. nasib baik bukan billboard.

part celah ketiak tu ku geli seketika. hmmm, memang tgk cite ni semata2 dafi je.

devdas mmg best. masa memula tgk dulu, org yg tak minat bollywood pun leh terpukau.

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Jaclyn said...

hi there sorry for being informal but are you interested in doing ad advertorial for me?
do contact me at doinkyjac@gmail.com

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

tiba2 rasa mcm nak tgk jerr citer Devdas tu.. cuz i believe that if Ray dah ckp citerrrr bagus.. maknanya betul2 bagus.. hehehe..

and dah lamerr tak tgk citer hindustan..

- Lina RD

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fiedz said...

ko da bley jadi reporter hiburan ray..agak kelass story ko..haha

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ezudyne said...

i like part yg ashwarya rai nyanyi sil sila tu..dance movement cantik sgt!!!!!!

♥Syamelia♥ said...

rayyyyyyy....

stop being mean 2 mean 2 me... lol..
aiyooo! my pose at the bday cake is nothing la compared the pose of this model... lol

thx goodness it wasn't in yr cam... or else only god knows what on earth u could do with it.. hahhahhaaa....

ain najwa roslan said...

abg ray , yg kau & aku tu episod berpa ? tak perasan pun