Monday, January 18, 2010

R.E.S.P.E.C.T

Dari kecil lagi kita diajar untuk respek orang yg lebih tua dari kita. Dah jadi adat melayu, kena saling hormat menghormati. Saling ya...bukan sebelah pihak je.




Bila ada seorang makcik sedara tiri bernama Tonah yang mulut celupar attack keperibadian kita and demand for respect.....Masih apply ke lagi term dimana kita kena tetap hormat dia...? hahaha. Just because she is older than you?

Bila kita menjawab, kita akan dikatakan kurang ajar. Bila kita diam...pun kena juga. Diam sebenarnya adalah satu cara terhormat sebenarnya. Diam adalah reaksi respek cara halus menandakan satu pihak itu tidak mahu memburukkan lagi keadaan.



Ray pernah menulis dalam blog ini dulu, tentang seorang penumpang yg masuk ke kapal ketika boarding.

"Good Morning sir !!"

"Haiii Morning....I am a GENERAL MANAGER....give me one coke now...I am thirsty"

Even you are nyonya jual sayur sekali pun, I still akan ambil what you ask for sbb as cabin crew kita layan semua orang sama je. Apa ko ingat bila ko bgtau ko General Manager tu....air coke ko tu akan dihidangkan dalam gelas berlian ke ?

Kalau nak tunjuk status pun...kokya pun... book la tiket first class. Nieh duduk kelas economy jer. Ini contoh manusia yg demand for respect. They want to be known.




Mat salleh pernah berkata respect itu something that you have to earned dan bukan something that u demand for. Earning it bukanlah mudah. Earning ialah ibarat mencari rezeki. Berusaha ke arah mendapat penghormatan. Kadang-kadang kita buat mcm mana yg terbaik pun...ada jugak yg still tak hormat kita. Tak leh nak buat apa la kan? Tapi x yah la demand for it.....huhuh buat malu je. Ya la kan....ibarat demand nak keja jadi pegawai sedangkan UPSR pun xlepas. Ukur baju dulu sebelum demand for anything.

Bila si Abu buat statement yang dia respect you dearly....doesn't mean si Tipah bini dia respect you too. Lain orang lain expectation nya. Tak bermakna sorang respect you...yg lain2 kena rasa menda yg sama atau you perasan yg you dah cukup hebat. Kannn? LOL.

Harus juga diingat, pujian menyatakan rasa respect... kadang-kadang bertujuan untuk menyucuk atau membodek dan bukan keluar dari hati yg suci dan ikhlas. Don't insult your own intelligence by responding +vely dgn golongan ini. Jangan cepat lemas dlm pujian tu.




"I respect you sangat2.....kulit muka you paling chuanthuek....you are my idola"

few minutes later...

"Boleh i pinjam duit you 10 hengget"

hahaha. Tak ke ketara sgt ?? haha. Tapi ada juga yg terkena.

Sebenarnya, bila kita respect pada seseorang, xpayah dikeluarkan dengan kata-kata. Cukup dengan cara kita bercakap bila berkomunikasi dengan orang yg kita respect tu.

Seorang guru tadika yang ada masalah disiplin satu ketika dulu.... Akibat malu dengan perlakuannya, dia menabur kejian pada umum. Memburuk-burukan reputasi tadika, mencanangkan satu taman rasa tidak hormatnya pada majikannya. Pengurusan tadika hanya berdiam diri. Tak kutuk pun cikgu sendiri.

Ibubapa yg mendengar cacian tersebut kemudian membuat penilaian sendiri. Pertamanya, mengapa guru tersebut begitu bising sekali, walhal dia masih bekerja di tadika. Perbuatan mencaci bukan satu sifat yg sepatutnya ada pada seorang yg menggelarkan dirinya guru. Guru yg mengajar anak-anak mereka. Hilang rasa hormat Ibubapa pada guru tersebut.

Tiada sebab bagi ibubapa utk terpengaruh dengan kes tersebut kerana hubungan antara tadika dan mereka sangat baik. Kenapa perlu nak masuk campur? Sesuatu yg bukan masalah mereka utk dicampuri. Cuma mereka bimbang reputasi tadika akan tercemar. Puan Juli (pengetua tadika) menjelaskan, dengan sokongan Ibubapa, insyaallah ianya tidak menjejaskan reputasi.

Benar..dengan sokongan Ibubapa, api cerca dipadamkan. Pujian dalam hal yg lain mengatasi masalah yg ada. Tadika tetap dpt sambutan ....menang anugerah perkhidmatan cemerlang..pujian demi pujian. Namun pujian bukan alasan utk cepat berbangga diri kerana banyak lagi ruang utk diperbaiki.

Kesimpulan....?
Agak tersimpul...sila buat kesimpulan sendiri.


PS: hati2 bila berkata-kata...dengan kata2 boleh memakan diri.



..

6 mulut cakap2 belakang:

edzlin007 said...

ego yg sangat tinggi tu

NUke_Rude said...

hm. respek. satu bnda yg beria2 dicari. fragile.

*ayu the sun* said...

yes, kata2 boleh memakan diri..

i love this entry!!!

thumbs up!!!


ATS SHOPPE - Macam-macam ada!!!

[r][a][y] eusouff said...

edzlin ...
ya ego yg tinggi yg memusnahkan diri


nuke...
like the word fragile


ayu...
kadang2 bila berkata2 ikutkan perasaan boleh memakan diri
lain diharapkan lain yg jadi

thnks ayu

Anonymous said...

respect nieh bkan bleh didemand2.
bila demand kira ego lah tu

-dila

ai@reel said...

ego biarlah bertempat.tak rugi kalau kita buang ego......malah disukai ramai

insyallah

good info and nice blog