Sunday, January 10, 2010

Hostel Life 1 : Kepam

Masa sekolah berasrama dulu, ada la sorang budak ni ...seusia dengan ray...nama gelarannya "Kepam". Nama gelaran yg diberikan oleh seorang senior di minggu pertama masuk asrama. Dah menjadi satu kebiasaan tinggal di hostel dan diberi nama gelaran. Dah biasa sangat dengan nama gelaran sampai nama betul dia pun ray x ingat.



cantik gambar ni..kepam ke tak..tak tau la kan?


Itulah kali pertama ray mendengar perkataan kepam. Hodoh sungguh bunyi perkataan itu. Selain kepam, ada yg digelar Boting, Cawek, Atoi, Wak Jon, Wak karto, Citut, Bongek, Cipam, komeng, Tojel, Gondut, Birit dan macam-macam lagi nama gelaran. Ada nama gelaran yang lekat dan ada yang tak lekat. Bermacam-macam nama gelaran diberikan pada Ray tapi tak pernah lekat.





Tah apa tah objektif sebenar nama gelaran diberikan. Nama timangan ini dikatakan adalah panggilan mesra utk merapatkan hubungan sirratulrahim. Katannya. Pemberian nama gelaran juga berdasarkan suka-suki sesedap rasa pemberi nama. Ada juga pemberi yang menganalisa perwatakan, rupa paras sebelum sesuatu nama itu diputuskan. Kebanyakkan nama juga berdasarkan sebutan loghat Negeri Sembilan yg sangat hodoh bunyinya.

"Nyampah aku tengok muka ko ni...xensem langsung....aku panggil ko Citut !"

"Aku dengar ko ni kuat kentut...amik ko nama Birit !!"

"Oleh sebab ko ni itam dan gemuk....den panggil ko GONDUT"

Berbalik pada nama Kepam, yg pada masa itu , Ray tak pasti akan maksudnya. Ray kategorikan nama tersebut sebagai nama yg tiada maksud tertentu. Sama seperti nama Cipam. Ada ke word Cipam dan beberapa nama di atas dalam kamus? Setelah beberapa bulan, barulahh Ray faham kenapa nama Kepam diberikan kepadanya. Kerana bau masam akibat memakai pakaian yg tidak kering di jemuran. LOL.

Sayang ...muka ensem tapi berbau kepam. Kata seorang minah tembam bertudung kat kelas...bergossip pasal "jantan" dengan rakan yg duduk disebelahnya. Itu je lah keja minah yg duduk dibelakang meja ray masa tingkatan 1. LOL.

Nama gelaran yg lekat di asrama, kebiasaannya melekat sampai sekarang. Baru-baru ni, ray dimaklumkan oleh seorang rakan yg Cawek telah meninggal dunia. Berniat nak sedekahkan al-fatihah pada cawek, pada masa yg sama rasa okward plak dengan ungkapan itu. Rasa bersalah pun ada juga kerana tidak ingat nama sebenarnya. Punyalah "strong" nama gelaran itu hinggakan nama sebenarnya dilupakan.

Begitu juga dengan Kepam. Sekarang ni dah tak kepam lagi dah....tapi tetap dipanggil kepam oleh rakan-rakannya. "Apa cerita Kepam sekarang?" tanya ray. "Kepam dah jadi lawyer dah weiii...!" jawab seorang rakan.

Tinggal di asrama berbau kepam adalah sangat biasa. Akibat kain jemuran yang tak kering. Al maklum la kan, baru belajar berdikari, belajar basuh baju dan sidai sendiri...mana tak kepam...LOL. Bau kepam juga datang dari longgokan baju kotor yg dibiarkan pada jangkamasa yg lama. Cadar berbau kepam kerana tidur berpeluh dan yg lama tak ditukar. Ada juga masa-masa tertentu yg ray mengalami masalah kepam ni. LOL. Bila jemur baju, kadang2 hujan. Kadang2 tersembam kat tanah sebab ditiup angin. Nak pakai penyepit baju? takde maknanya...sejam selepas tu ...conpem hilang.




Lagi satu masalah kepam ialah dari BK (bau kaki ya) bukan Burger King. Lepas PE je....bau kepam akan menyelubungi dorm asrama. Form 1, manalah tau nak pakai pewangi ambi pure ke hape ke kat dorm tu...LOL.

Kepam juga dikaitkan dengan bau ketiak yg hangit. Bau dari ketiak dah sebati dengan badan sehinggakan tak pasti punca bau tu datang dari mana. LOL. Kepam bukan masalah lelaki je. Perempuan pun ada yg kepam jugak. Kebiasaannya yang bertudung. Puncanya....basuh rambut tak berapa nak kering terus pakai tudung. By the way, minah yg bergossip kat belakang meja ray tu pun....berbau kepam jugak. Ngata orang je pandai...LOL

Nak atasi masalah kepam ...simple jer...pastikan kain baju dijemuran betul2 kering, ketiak disapukan dengan deodorent dan body spray untuk badan. Paling busuk pun kenalah ada bedak badan yg wangi yg sebotol RM2.50 tuhh...Kalau ada pun diasrama bau-bauan tersebut, ianya xkan kekal lama kerana satu benda dikongsi beramai-ramai...huhuhu. Sekejap je dah kehabisan stok. Masalah BK ni plak...rajin2 lah mencuci stoking yg kelazimannya sangat malas utk dibasuh oleh bebudak asrama. Sekali-sekala ...jemur kasut tu ditengah panas mentari pagi. Pastikan juga ada ventilation dalam bilik...hari2 bukak tingkap luas2. Baju2 kotor jangan longgokkan terlalu lama.




Sebelum pakai baju....pastikan cium dulu baju tu. Cium dulu stoking tu. Once in a while cium ketiak sendiri...tengok bau ke tidak. Kalo rasa deria bau korang tak berapa nak bagus mengesan, bagi kawan korang cium...LOL

Siapa suka bau kepam kan? Bila tak suka buat sesuatu. Pelbagai produk sekarang di pasaran sekarang. Adakah alasan untuk berbau kepam lagi?


By the way, apakah Kepam dalam Bahasa Inggeris?



9 mulut cakap2 belakang:

omgpetch said...

standard english la ray = kepams. haha

ray tak ikut dafi g ajl? tak nmpk pon jln sblh dafi td

farish H said...

kann mcm2 nme gelaran.haha papa rizz pgil me cott:p

edzlin007 said...

saya taip kepam di google translate keluar musty. hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Omgpetch...
tak pegi. kalo pg pun x jalan sblh dafi...red carpet is not my thingy...haha


rizz...

Cott?? why? haha


edzlin...

musty = damp or stale in smell or taste

Sakura said...

rayyy,, ni ke motiff bagi sakura, nad ngan najwa nama baru? hahahahaa

[r][a][y] eusouff said...

sakura...
tgk la lekat ke x nama tu...hahaha

experimen nieh

Anonymous said...

wah drama bersiri tentang hostel plak eh ray?

nasrul said...

ray...... kat itm dulu ade nama mcm kangkung, butet, nyot, kupang, garbok, toso, miri, taucu, kasino, sultan pun kena tau.......

Dari Penaku...waty... said...

kepam dalam bahasa inggeris...camni...ray ikut cikgu tadika moden nie sebut...

kerrrrpaaarrrmmmssss...ha itulah dia...huhu