Friday, January 22, 2010

Basi....Basi....Basi....

Ini ialah kisah benar.

Kisah 1

Katakan la korang pergi ke sebuah kenduri kendara. Korang pergi dengan jiran korang. Semasa duduk menikmati juadah tengahari, jiran korang tu found out nasi briyani yang kat pinggan jiran korang tu agak berlendir.




Kak Ainon (jiran korang tu) : "Ehhh! Tengok nasi nieh ! agak berlendir...Macam basi je kan?"




Apa reaksi korang?

=A= Korang bersetuju yg nasi tu basi dan terus makan nasi yg ada kat pinggan korang tu sbb yg berlendir kat pinggan orang bukan pinggan korang

=B= Berhenti makan serta merta, buat bodo je. Xyah bagitau sebab ia akan memalukan tuan kenduri tersebut.

=C= Menggesa Kak Ainon melaporkan pada pihak berkuasa yakni tuan kenduri. Maklumat ini diharapkan dapat membuatkan tuan rumah peka sebelum yg lain2 menyedarinya.

=D= Nasihatkan jiran korang utk makan je nasi tu...ianya hampir basi....belum basi lagi.







Ok...just for fun....cuba korang letak vote korang utk soalan di atas...apa yg korang akan lakukan?




Sekarang bayangkan pula, korang jadi Kak Ainon...jiran korang tu yg found out nasi beriyani di pinggan korang berlendir...Apa yg anda lakukan?

=A= Berhenti makan serta merta dan buat bodo je. Ratah je lauk la. Not a big deal whattt??

=B= Berhenti makan dan panggil tuan rumah dan beritahu tuan rumah pasal nasi tuh.

=C= Makan je nasi tu...alahhhh sbb berlendir je...tak mati pown kalo makan.


Katakan pula anda jadi tuan kenduri yang telah dipanggil oleh Kak Ainon, memberitahu tentang nasi hampir basi itu. Apa reaksi anda sebagai tuan kenduri?

=A= Minta maaf, cium nasi depan orang ramai dan pergi terus ke khemah penyediaan makanan.

=B= Minta maaf dan terus ke khemah penyediaan makanan dan mengantikannya dengan nasi yg segar.

=C= Kecil hati dengan perbuatan Kak Ainon kerana menganggap tindakannya itu satu isu percubaan sabotaj yg bakal menconteng arang ke muka korang sebagai tuan rumah.


Confius? Motif letak jawapan pelbagai?


Membaca pilihan jawapan di atas mungkin membuatkan korang ketawa besar. Mana mungkin sesetengah jawapan itu akan dilakukan oleh manusia. Here's the thing...
Semua jawapan yg diberikan di atas adalah berdasarkan tindakan sebenar. Ini bermakna, ray tak mengada-adakan jawapan2 tersebut. Ia adalah reaksi yg ray kumpulkan dari beberapa majlis kenduri dengan masalah yg sama.


Merujuk kepada situasi yg berbeza (tapi tetap kisah benar).


Kisah 2

Katakan anda seorang penumpang dalam kapal terbang. Makanan yg anda makan 'suspected' as basi.

korang akan....??

=A= marah peramugari. "Awak bagi saya makanan basi!!!" "Makanan ini layak utk anjing saja"

=B= Adu kepada peramugari. Xpayah nak kecoh2..bukan salah peramugari tu pown...

=C= Tanya pada peramugari tu...."cuba u tgk...basi ke tak ?"

=D= Suruh peramugari tu makan makanan tu.



Bayangkan pula anda peramugari tersebut yg menerima aduan. Korang akan.....

=A= Hidu makanan tu depan semua orang dan kalo korang rasa basi...korang tukar...kalo tak basi bagitau penumpang yg makanan itu tidak basi. "tak basi la encik..boleh makan lagi nieh"

=B= Minta maaf dan tukar makanan tu terus...tak yah nak CSI sama ada basi ke x

=C= Salahkan catering yg menyediakan makanan itu dan beri surat komplen.



Kisah 3

Kak Sarina masak lauk pauk untuk sehari. Makan tengahari dan makan malam. Apabila tiba makan malam, Kak Sarina mendapati lauk yg dimasak awal tadi hampir basi. Diciumnya lauk itu dan terus buat statement " Ni boleh makan lagi nieh...hampir basi tapi boleh dimakan!!"

Ditanya Kak Sarina..."Ehhh kenapa mcm tu plak?"

Jawapannya "Hampir basi je ni...sayang nak terus buang !"

Persoalannya sekarang...adakah selamat utk makan sesuatu yg hampir basi. Ada pendapat yg mengatakan...ianya bergantung kepada perut masing-masing. Perut korang sensitip ke tidak? LOL


Berdasarkan reaksi manusia terhadap isu basi ini, ray kumpulkan semuanya. Again, ada yg tak mungkin anda lakukan tapi realitinya...ada segelintir manusia melakukan perkara2 tersebut.

Jap..jap
nak tanya lagi satu soalan. (takde kaitan ngn isu basi)

Korang pegi kenduri kawin...amik makanan (buffet) pastu cari tempat duduk kat khemah tapi takde kosong.....apa korang buat?

=A= Tatang makanan tu sambil berdiri and tunggu tempat kosong. sambil tu jeling2 pada yg dah abis makan tu utk berambus cepat.
=B= ronda2 keliling dengan makanan dalam khemah cari tempat sampai dapat
=C= demand tuan rumah utk carikan tempat
=D= Masuk rumah pengantin dan makan bersila atas lantai


.....

4 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

haiya..
banyak sangat situationnya.. dah jadi kompius. tapi yg kesah 1 tu, aku pilih la C.

huhuu

[r][a][y] eusouff said...

C ek?
ada kemungkinan reaksi tuan rumah pula ialah C ...kecil hati dengan perbuatan korang dan dianggap sebagai percubaan sabotaj utk memalukannya.

edzlin007 said...

hehe banyak kisah pula. saya tetap pilih C tuk kisah 1 tu. sbb nanti kalau lebih ramai sedar, bukan ke tuan rumah akan malu.

yg soalan last tu pernah laluinya, jawapan saya B sbb mmg time tu pusing sampai dpt tmpt duduk. tp dah lama berlaku, kalo skrg ni berdiri jenguk2 je kut

omgpetch said...

haha tetap nk masukkan option jawapan sabo kan. bencilaaa