Saturday, December 25, 2010

Crew Life 27 : Devil wears Kebaya Part 7



Jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Akibat diperli, hilang selera Amy nak menjamah makanan yang ada. Sebaik saja tamat servis sebentar tadi, lampu kabin dimalapkan dan sekarang terus dipadamkan bagi memberi keselesaan pada penumpang. Lampu kabin boleh diubah-ubah. "Mood lighting" diberi nama. Nak makan, mood lampu mcm ni, masa boarding lain pula mood lampunya. Canggih sungguh! Rumah Amy xde mood lighting ni....cuma ada lampu kalimantang panjang yg terang benderang. Tahi hidung kat dinding pun boleh nampak!

Berada 33 ribu kaki di udara, dalam persekitaran yg terhad memerlukan suasana yg tertentu bagi mententeramkan penumpang. 12 jam dalam kapal, tanpa mood lighting, tanpa layanan, tanpa hiburan, tanpa makanan akan membuatkan penumpang merasa bosan.


Sunday, December 19, 2010

Launching of Laugh Out Loud Entertainment & Dafi's 22nd Birthday - Part 2

Ok, the highlights of the event ada dua...satu...launching of the company dan kedua...birthday Dafi.

Bila cakap pasal launching, biasanya mcm ni...VIP akan tekan butang...keluar letupan...papppp keluar logo syarikat. Paling tart pun, VIP potong riben....kain jatuh...keluar logo...

BOSANNNN!!!



Macam mana nak lari dari kebiasaan?

So, we decided to merge the theme of the event "Masquerade-The New Beginning" dengan launching ni. No potong2 riben...No letup2 or keluar asap bagai. It's going to be a masquerade fashion show. Just for that, we actually have to construct a catwalk stage in the middle of the hall.

Thursday, December 16, 2010

Launching of Laugh Out Loud Entertainment & Dafi's 22nd Birthday - Part 1



The theme was "Masquerade- The New Beginning"

It's in conjunction with the launching of Dafi's new company Laugh Out Loud Entertainment and his 22 birthday.

Over 300 people actually attended this event (expected only 200). Where? At Dewan Kampo, International Youth Centre, Bandar Tun Razak, Cheras.

One thing that makes this event very memorable to me is the chance to be working with so many interesting people. From the bosses (Dafi & Afeeq), the interior designers (Anuar & Ben), IYC people, celebrities (Marsha, Rozita Che Wan, One Nation Emcees, Floor Fever, Jespers) yang involved dengan kejutan & persembahan..., emcee Sasha Bashir), the caterer, the stage people, the sound system guys and lastly the dedicated Dafi's fan, the committee of DFC.

What's my job? early stage (months earlier) is to plan the event with lots and lots of meetings & appointments. 2nd stage coordinating everything. Basically I'm the link  for everything to be coordinated.  Just to do that, I have to camped out in IYC for three days for ensuring things  according to plan. Last stage, of course...ensuring everything went out smoothly.

My entry kali ni, I will be focusing on the interior of the event.

Friday, December 10, 2010

Lawak Sengal lagi - Kisah Atoi

Alkisah Atoi dan keluarga dalam sehari. [ tak kuasa la nak tulis kisah hidup Atoi dalam seminggu]


Atoi pagi2 lagi dah keluar. Keluar awal sbb nak ke klinik dulu sebelum ke opis. Tekak agak loya kebelakangan ni. Muntah dah keluar ijo ijo cendul dah...LOL Bluuuuuwekkkksss!!




Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Atoi: Eh! tak boleh la doktor. CANNOT

Doktor: Kenapa?

Atoi: Rumah saya ada dua sudu jer.

More stories after the jump.

Wednesday, December 8, 2010

Crew Life 26 : Devil Wears Kebaya Part 6



Lagi 10 jam Amy nak menahan azab. Nak mengadap muka Cathy lagi.

Dalam kepala otak Amy mcm banyak flash back. Flash back ..apa yg dipelajarinya selama 3 bulan latihan peramugari di Academy. Academy hanya mempersiapkan Amy dari segi teori. Nothing about how to handle azab, work load, expectation dan sudah tentu mcm mana nak deal with a supervisor like Cathy.

Amy is one of the top student in her batch. She remembers he service sequence very well, good product knowledge, good F&B knowledge. She scores among the highest in her class. Bila nak exam...semua nak duduk dekat dengan Amy. 

Amy budak pandai. Senang nak tiru kalau terdesak!

Bila dah start bekerja dan 'flying solo', semua tu dah xde makna. Everything sets to zero. You will be access on how you perform not how you score masa training.

Amy menarik nafas panjang. Dia mula pikir pasal London, pasal RM yg akan dia dapat pada 25hb yg akan datang. Apa dia nak beli dengan duit tu ...nak shopping puas2!

Thursday, December 2, 2010

Getting paid for blogging

Entry ray kali ni bukanlah untuk memberi petua ke hape ke as if pandai sangat dalam dunia blogging ni. It's more like sharing an info tentang blogging.



Ray start blogging since 2007. The intention was to share moments & pictures with friends. Honestly, after awhile ray blogging...ray mula rasa mcm there's nothing interesting about my daily routine life at all. I started making fun of  my friends in most of my entries. LOL. Out of boredom I guess. Ray juga start blogging about a friend, Dafi sebab nak promote his FC and his career as an artist. Because of him, I have the chance of meeting interesting people behind Malaysian entertainment industry and people dalam dunia kewartawanan.

As you blog, you find out that others (besides your friends) actually read your blog. Then, you start wondering..."ada jugak yang baca blog den ni ha!". Ada juga yang tegur ray diluar sana...dan bagitau ray that they read my blog. ( can u imagine how it feels?)

Saturday, November 27, 2010

RSK Graduation 2010 & PreSchool Concert - Part 1

I was so busy until there's no time to update my blog! Bila dah masa hujung tahun, macam2 menda nak kena buat...haihhh!

Is not a bad thing though. It's good to keep yourself busy so that you don't think other menda yg remeh temeh.



Last week, my kindergarten mengadakan konsert tahunan dan majlis graduasi. It's a huge challenge this year! Why? Sebab nak transform one place yg tak berapa nak sesuai utk buat majlis. Kena buat waktu malam plak tu.


Gain Weight

Ada beberapa soalan yg kerap benar ray dengar lately.


Yup, I did. 

But yang kurang asam tu...tanya berulang kali. Hari Isnin, tanya...jumpa hari Jumaat ...tanya lagi soalan yg sama. Kalau dah berulang kali tanya...mungkin ada beberapa possibilities la kan. Antaranya....

Wednesday, November 24, 2010

Everyone Connects

You have got to check out this cool website! It’s a website created by TM dan diberi nama Everyone Connects!


Ia amat berbeza berbanding dengan website yang biasa ray tengok. Kira gempak la jugak. A bit jakun la pulak ray ni bila masuk web ni...hahahaha.. Website ini akan menghubungkan kita kepada banyak program-program menarik secara online.

Check it out! Here’s the link.http://www.everyoneconnects.net/twec/Intro.aspx

Instead of typical website yang ada link & gambar, kita dibawa ke sebuah dunia virtual utk dihubungkan ke program-program online mengikut kategori tersedia didalam web ini. Antara ketegori yang ada ialah Stadium (games sukan utk ditonton) , MUTV (Manchester United TV), Jamming Garage, SINI MA (Cinema), .....etc



Monday, November 15, 2010

Appalam

Have you seen PAPADOM? yup! sebuah filem Afdlin Shauki yg memenangi 5 anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke 22 termasuk filem terbaik.



Bermula pada 25 November 2010, sebuah filem berjudul "APPALAM" akan ditayangkan dipawagam Malaysia. Juga dari pengarah, penerbit yg menghasilkan filem PAPADOM.

From what I've heard...ceritanya pun sama. Bezanya..filem ni adalah versi tamil.

Tuesday, November 9, 2010

Antara Tampar, Lempang & Pelempang Jepun



Korang pernah kena tampar? (SLAP)

Tak pernah? Tahniah. You must been doing something right as no one actually slap you yet. Keep it up.
Pernah tampar orang? LOL
Pernah rasa nak tampar orang? 

Tampar menggunakan satu bahagian anggota badan iaitu tapak tangan. Tampar menggunakan kaki bukan tampar namanya. Kalau guna kaki ia dipanggil sepak (saypak) , lain kali ray cerita pasal sepak...kita tumpukan bab tampar dulu. Bahagian yang ditampar pula biasanya ialah bahagian muka. Pernah korang dengar tampar perut? telinga dan tampar lutut?

Monday, November 8, 2010

Belajar guna RSS Feeds dalam iTalk Whoa!




RSS is short for "Really Simple Syndication". Complicated  beno bunyinya tapi ia adalah sekadar label.


Hari ni cikgu nak ajar korang mcm mana nak pakai RSS feeds. Sila tumpukan perhatian pada apa yang cikgu ajar. Siapa yang main2 tak tumpukan perhatian…meh sini cikgu TAMPAR muka tu…hahaha

Apa itu  RSS Feeds ?
RSS Feeds membolehkan korang mendapatkan berita (news feeds) dan update yang terkini dalam topik yang korang minat dengan cepat dan mudah. Tak payah nak susah2 cari seantario internet tentang update terkini.
Ia akan menghantar tajuk utama, sedikit ringkasan dan link utk membaca text/cerita  penuh setiap kali RSS news feed dikemaskini.


Apakah kelebihan guna RSS & mcm mana nak guna...I will guide you all the way through.



Saturday, November 6, 2010

127 Hours

Dari pengarah Danny Boyle yang memenangi Oscar pengarah terbaik utk filem Slumdog Millionaire.



Storyline
127 Hours is the true story of mountain climber Aron Ralston's remarkable adventure to save himself after a fallen boulder crashes on his arm and traps him in an isolated canyon in Utah. Over the next five days Ralston examines his life and survives the elements to finally discover he has the courage and the wherewithal to extricate himself by any means necessary, scale a 65 foot wall and hike over eight miles before he is finally rescued. Throughout his journey, Ralston recalls friends, lovers, family, and the two hikers he met before his accident. Will they be the last two people he ever had the chance to meet?

Ragam Si Kecil

RSK Graduation & Concert is coming up soon.

Walaupun dah masuk 7 kali buat, still lagi rasa suspen. Bila deal dengan budak-budak, u will never know what's going to happen kan? huhuhu



Last year masa rehearsal, ray menarik nafas panjang...sbb punyalah kecoh sesi tersebut dengan kerenah mereka..... 90 orang budak pulak tu! Bayangkan laaa...

Tapi at the end, masa actual event.....semua smooth habis. The kids behave well- sangat la diluar dugaan. Tetiba je. hahaha.

Few years back, ray pernah rasa mcm nak terhenti degupan jantung ni. Ia terjadi semasa konsert lahhhh. Here's the story.

Friday, November 5, 2010

Pada Suatu Ketika : Bonda & Rumah Idaman

In November 1985, my beloved mother passed away. I was 11 back then.

Ray jumpa gambar ni recently. It's  me dengan aruah mak ketika ray berusia satu tahun.



Setiap gambar ada ceritanya. Ni ...ray nak cerita...kisah disebalik gambar ini. Yes... i look so tembam in this gambar.


Wednesday, November 3, 2010

10 teka teki. Cuba Jawab !



Bawah ni ada 10 teka teki mcm harr utk korang jawab.

1- Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
2- Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
3- Apa beza tayar kereta dengan kondom?
4- Apa yang mahal pada BMW?
5- Rumah apakah yang gunakan banyak air?
6- Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
7- Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
8- Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
9- Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
10- Apa nama sudirman masa kecil?

Give up? Answer...after the jump!

Saturday, October 30, 2010

KevJumba On Amazing Race 17

Ray pernah tulis pasal KevJumba dalam blog satu masa dulu (January 2008). He was 19 back then. A quick info tentang KevJumba. Kevin Wu (nama sebenar), ialah  pemilik akaun popular channel Youtube "KevJumba". Kevin ni, post entry berbentuk video blog di Youtube semenjak dibangku sekolah lagi. Ray dapat info pasal KevJumba frm Kak Yasmin Ahmad through her blog. According to Kak Yasmin in one of her comments on Kevin is  " I'd love to have him in ALL my films, but he's youtube's most popular personality! I don't even know how to contact him" 



Lebih dari 1,300,000 subscribers youtube (juta ya) mengikutinya sehingga ke hari ini dan lebih dari 100,000,000 (seratus juta) video views kat Youtube. Kevin's video also received replies frm Jessica Alba....walauweiii. Pernah pegang title "Youtube - Top Most Subscribed Comedian" !!




Friday, October 29, 2010

Life As We Know It



A quick review and a very short one.

I went to see the movie last week with friends. I went to TGV Sunway, with no idea on what movie to watch.Finally a friend decided on a romantic comedy movie title “Life As We Know It”. To be honest, I haven’t seen a romantic comedy that took my breath away since Pretty Woman, so I didn’t expecting anything great...just watching a movie to kill time.

It was a nice film. It showed two people with separate lives coming together to raise a child. It showed the ups and downs to having a child they did not expect. It showed how this child affected their lives, and ultimately changed who they were. There was laughter and cheering in the theatre. There was also few moments that touch your heart.

Thursday, October 28, 2010

Blackberry Torch 9800 Slider




Semua orang pakai blackberry skrg ni. Budak sekolah pun mampu pakai. Curve laa..bold laaa..dan mcm2. Ray yg ko sibuk review phone apa pasal? Ko jual phone ke skrg? Agent ke? atau pengedar pasaran gelap? Aritu ko review Nokia..skrg Torch la pulokk. Dasar mulut jamban..ada je kawan2 den ni.

Mahap la ya dek, dah nama pun blogger...sekali-sekala kena gak buat advertorial kat blog. Side income giteww..Tapi ni bukan advert ya...ray tulis sesuka suki. Advertorial for Torch ni ray buat kat Twitter.

Sibuk2 review fon ni...mesti korang curious nak tau...ray pakai fon apa. Xyah la cerita/tunjuk ...nanti korang gelak. Syndrome gelakkan fon orang mmg trend skrg ni. Xgitu Cik Puan Besar Syamelia? hahaha

Wednesday, October 27, 2010

Doa sebelum majlis




Setiap majlis biasanya akan dimulakan dengan DOA. Doa agar perjalananan majlis berjalan dengan lancar dan agar diberkati olehNya.


Bayangkan...

Majlis tari-menari dengan tema pakaian pelbagai. Ada yang pakai jadi Cinderella, Snow White, Zorro dan macam-macam costume khayalan. Yang DRAG pun ada. Yang pakai seksi jangan cakap laaa kan.

Majlis juga ada persembahan nyanyian artis dan tari menari.

Persoalannya, sesuai atau tidak majlis tersebut dimulakan dengan doa?

Bayangkan Cinderella, Snow White dan beberapa wanita berpakaian seksi menadah tangan sebelum majlis. Tak ke KEKOK rupanya?


Monday, October 25, 2010

Curious mind on Nokia C3 by CELCOM

I was given Nokia C3. It’s on loan for few days and I am supposed to write a review on it. Curious jugak dengan Nokia C3 ni. Curious on what Nokia C3 could offer !




Dari segi design, it looks expensive, has a beautiful metallic finish and a full Qwerty keyboard. The device is beautifully crafted featuring a metal black plate and high shine plastic on the front, which looks, at first glance like its metal. It looks expensive and has a full Qwerty keyboard (mcm Blackberry). Sokongan penuh wi-fi,  GPRS (no 3G) pada skrin 2.4”. Bahagian belakang, terdapat kamera 2 mega pixel tanpa flash dan mirror. Dipasaran terdapat 3 warna iaitu GOLD, Slate dan juga warna pink.

Thursday, October 14, 2010

Misteri kotak Sanita

Let me warn you.. This entry might not be suitable for you. If you offended by it...it's your own fault as i already warned you.

Sebagai anak lelaki seawal usia 5 tahun lagi, kerap kali disuruh ke kedai. Nak beli itu dan ini, pesan aje pada  budak laki2 ni....




Mak : Boy!! beli sekotak Sanita. Pastu beli sekali sabun basuh kotak FAB. Tulis dalam buku tau.

Al kisah dulu xde kredit kad kan...so nak beli barang main tulis je dalam buku tiga lima...buku kecik yang ada no 555 kat cover depan buku tu.

Tuesday, October 12, 2010

Charlie St Cloud

The movie doesn’t go well with the critics. Few girl friends of mine recommended it and actually watched it several times. They also cried. Well, obviously..they are a big fan of Zac Efron....I understand why they got excited about it.  Last night, I have decided to watch it to find out.




The acting was ok, the story was ok, but the few things that it lacked were the direction, storyline and the plots. The dramatic parts of the movie were so close to being perfect, I was on the verge of tears several times, but they did not reach their full potential. I think if the director would have pushed just a little further, the movie would have been an epic.

Monday, October 11, 2010

Masa tambahan bercakap dengan iTalkWhoa! Sehingga 31 Oktober 2010



Yup! You heard me right...

Walaupun bulan Syawal telah berakhir, promosi iTalkWhoa masih lagi ada lagi!



Dari 1 September yang lepas sehingga 31 Oktober 2010, semua pengguna iTalkwhoa akan menikmati masa tambahan 20% masa bercakap! Masa bercakap tambahan akan secara otomatik masuk kedalam akaun korang sekiranya korang top up kredit iTalkwhoa dalam tempoh diberikan diatas.


Sunday, October 10, 2010

Crew Life 25 : Devil Wears Kebaya Part 5

"Errrr...Cathy...Cathy!" Amy trying to get her attention.(dengan suara terketaq-ketaq)

Cathy couldn't hear Amy as she's busy checking meals...Alamak..tak dengar pulak...Amy kemudiannya memberanikan diri menguatkan suara.



"Whattttttt !!!???"  Cathy menjerit.

"Pontianak punya perempuan! Ko ingat aku kesah nak kacau ko sangat kalau kapten tak suruh pesan!" balas Amy.

Tapi respond Amy tu hanya dalam kepalanya saja. Thinking out loud. Gila nak say it out loud? Nak kena tamparrr? hahaha

"Captain ask me to inform you that  turbulence will be expected shortly" kata Amy. 

Waiting for Cathy's response, Amy stood up by the galley entrance.

"Are you retarded???? Why are you still standing there?? Go and secure your cabin!!" jerit Cathy.

Secure Cabin simply means that you have to check your cabin, collect loose item, ensure passengers wear their seat belts. 

24 people in the cabin with countless loose item like glasses etc had to be collected. How can that be possible to secure cabin in only few minutes? Alone?

Friday, October 1, 2010

Hospital Besar Kuala Lumpur

Berapa lama nak menunggu untuk check up by a doctor?

Berapa lama nak menunggu untuk check up by a doctor kalau ada appointment?

Berapa lama nak menunggu untuk check up by a doctor utk warga emas?



Answer : 5 jam ( 9 pagi -2 petang ). Tiada beza sama ada by appointment atau tidak dan sama ada anda warga emas atau tidak. Dah masuk tiga kali...waiting time yang lebih kurang sama.

5 jam menunggu utk warga emas yang berusia 74 tahun who happens to be my father. Not the first time....but everytime he went for a medical check up.

Berapa lama doktor memgambil masa untuk memeriksa?

Answer : 5 minit.

Monday, September 27, 2010

Crush


Kids now days!

Seorang budak perempuan at one corner cried. I asked her "Why are you crying?" Then, she replied that this one boy xnak kawan dengan dia. Then I asked her "Why?". She didn't answer and continues crying.



Later, I found out from one of the teacher, yang budak perempuan ni told her that she likes that boy very much and he is good looking and sangat handsome. So, she often mengendeng, tayang muka kat budak lelaki yang dia suka tu...ikut kemana saja budak lelaki yang dia suka tu pergi.  She is only 5 years old and that boy is 6 years of age.

I decided to ask the boy, "Kenapa xnak kawan dengan dia?"

Thursday, September 16, 2010

Happy Malaysia Day!

Kimora Lee Simmons dalam twitter officialnya wish "Happy Malaysia Day". Gituh lahhh. Klik dan besarkan gambar dibawah kalau nak tengok bukti...hahaha



Kimora pun tau nak wish tapi ada antara Malaysian yang tak tau pun apa kemenda Malaysia Day tu. Sedehhhh! LOL. Ok la Kimora lepas ni boleh dapat Datuk ya sbb promote Malaysia..kekeke

"I don't know what's Malaysia day is but it doesn't matter to me.. bcoz I work offshore.. so holiday or no holiday, makes no difference to me"

What do you have to say dengan statement bimbo lagi ignorance diatas?


Monday, September 13, 2010

Drama Raya

Takbir bergema.


Sebuah kereta berwarna silver, meluncur laju dipagi raya menuju ke destinasi. Lebuhraya lengang.

Selepas melepasi tol, suasana raya mula terasa.Kelihatan sebuah kampung dimana laman rumah di kawasan kampung tersebut penuh dengan kereta-kereta mewah. Anak-anak kecil berbaju raya, berlari-lari sana sini. 



Setibanya di rumah, tu diaaaa...pelbagai juadah tersedia. Lemang...check, ketupat segera...check, rendang....check, air berkabonat warna ijo...merah...check. Antara menu wajib. TV menayangkan program2 raya.

Amik pinggan, isi pinggan dengan rendang....dan makanan2 lain yang sewaktu dengannya. Kunyah sambil tengok TV.

Tengah syok makan...."Assssssssalammualaikum !!!!"

Monday, September 6, 2010

Lebaran Desa - Beramal Sambil Menderma

Salam satu Malaysia. (walauweiii)


Seorang pakcik yang mengidap penyakit  buah pinggang terpaksa berulang alik tiga kali seminggu utk rawatan. Setiap kali sesi rawatan yang mencecah ratusan ringgit, mengambil masa hampir 4 jam dan beliau terpaksa mendapatkan rawatan tersebut dikawasan yang agak jauh dari kediamannya.



Tanpa sebarang pendapatan tetap, bayangkan penderitaan yang harus dilalui oleh pesakit yang tidak berkemampuan.

Di Malaysia, atas keprihatinan pihak tertentu, nasib & penderitaan pesakit tersebut terbela. Kos rawatan beliau ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor. Pengangkutan utk rawatan turut disediakan secara berterusan.

Friday, September 3, 2010

IFTAR @ ASTRO SHAW

Setiap tahun, alhamdulillah ada jemputan dari pihak Tayangan Unggul (TUSB) @ ASTRO SHAW untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran mereka. Hence, every year I will make an effort to attend it. In 2008, di Palace of the Golden Horses, 2009 kat KL Convention Centre & this year di Mariott Putrajaya. 

Penghuni Meja PUAKA TEBING BIRU
In 2008, beriya-iya den datang berbaju melayu lengkap...sudah2 boleh dikira yang datang pakai. ikut tema..since then, ragu2 nak pakai baju melayu..hahaha. Pukul 6.45pm dah sampai, register dan terus masuk ke ballroom. Yang kelakarnya, setiap meja dimajlis tersebut diberi nama mengikut nama filem-filem terbitan TUSB and guess what meja yang kita orang duduk? PUAKA TEBING BIRU....lol


Monday, August 30, 2010

Melanggan CELCOM BROADBAND (daily & weekly unlimited) raya ni & korang boleh menang hadiah RM128,000 !

Bayangkan kalau dalam sehari hidup korang tanpa tanpa internet connection? Bagi sesetengah orang, life will be meaningless without all that. Muka akan monyok mcm ayam sakit..lol

Internet nowdays sangat perlu ya. Sebab you need to be connected everywhere you go. Lebih2 lagi dengan hanphone korang yg  dah boleh online internet. Tanpa internet you will be missing lots of things like chatting with your friends, getting emails, blogging, networking, downloading music and video! Dengan kemudahan internet juga mempermudahkan korang untuk buat online banking dan bayar bil korang secara online. Tak perlu nak bersusah payah nak pergi frm one bank to another, cari parking lagi then amik giliran utk buat urusan.

Bila nak menjelang hari raya ni lagi la kan? Nak cari resepi buat kueh tart, kueh almond london? ...banyak informasi di internet yg dapat bantu korang nak buat apa yang korang nak buat kan? Bila dah raya plak, mesti nak ucap selamat pada kawan-kawan dan nak show off baju raya korang kat FB...kan? hahaha. Maknanya apa tu...maknanya Internet sangatlah penting utk korang dimusin perayaan ini.

Ray nak perkenalkan package Mobile Broadband internet yang Hawt. Subscribe CELCOM BROADBAND dengan harga RM12.50 saje (termasuk preloaded nilai RM10 kredit). Pastu kan korang ada peluang nak menang hadiah berjumlah RM128,000 kalau korang subscribe dari sekarang sehingga 12 September.





Ada dua package yang boleh korang pilih. 
Kalau daily unlimited (tanpa had sehari) cuma RM 6 saja sehari dan unlimited use (tanpa had seminggu) cuma RM20! Pakai lah tanpa had dalam seminggu cuma korang kena bayar RM20 saja.

Lepas daftar...korang berpeluang menang hadiah !

NegaraKu, Malaysia - proud to be Malaysian

In 2009.. I wrote.....

"A man travel the world in search of what he needs...Home is where he finds it"

"The more you travel, the more you appreciate your country, Malaysia"

"To know Malaysia....It's to love Malaysia"

"I love Malaysia for the little it has given me, and the much I can expect from it"


Masa ray darjah 6, way back in 1986.... masa tu takde internet lagi, PEN PAL is one way of me communicating with friends dari luar negara around my age. You sign up for a program and what you get is a list of members for you to write to them.

Setiap kali ray menulis, akan dibalas dengan pertanyaan.....dimanakah Malaysia?




Malaysia is among the country yg kurang dikenali pada masa itu. Then, I wonder why. It's on the map right? If i know where is Bhutan...kenapa orang tak tahu Malaysia kat mana???

Thursday, August 26, 2010

Justice For All

I received an email fwded from a blogger friend [ NukeRude ]. After reading the content, I felt that I am obligated to share it with others. Choice no1 is to distribute the content via email and no2 to share it in my blog. I prefer option no2 so that people of all races can read it. 

Without prejudice, just something for all of us to think about.


Monday, August 23, 2010

3 Kisah 3 Reaksi @ Bazaar Ramadhan

Kisah 1

"Kak bagi sayur ni 3 hengget"

Alangkah terperanjat dan terkedunya pembeli apabila melihat si penjual menyenduk sayur tersebut dengan jumlah yang amat sedikit. Sejembut  sayur (penjodoh bilangan sendiri) dengan harga RM3 !!


Pembeli yang lain pula muncul. 

"Bagi sayur ni RM2"

"Kak, RM2...kita tak jual"

"Ya la DEK...bagi la RM3" (memerli si penjual kerana memanggilnya kakak kerana merasakan dirinya jauh lebih muda tetapi dipanggil KAKAK oleh penjual)

Pembeli yang pertama masih terkedu aka terkejut kerana dapat hanya sejembut sayur dengan harga RM3 merasa sangat geram. Tapi ditahan rasa geram itu kerana ibadah puasanya.

Dalam hatinya terdetik
Makkk aiii mahal nya sayur ko...imported kah?

Makkk aii kelas sayur ko....ada emas kah?

Hati busuk pembeli menyumpah..kalo tak habis sayur ko ni ...ko cekik lah sayur mahal ko tu utk sahur kang!


Wednesday, August 18, 2010

Derma Anak Yatim..please

Tadi ketika mengisi minyak, ray didatangi oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 12 tahun.

"Assalamualaikum Pakcik!"

[ aiyooo panggil pakcik kaaa...hahaha....]

gambar hiasan


"Saya nak kutip derma utk rumah anak yatim" tambahnya lagi.

Tanpa berkata apa-apa, ray terus mengangkat tangan tanda rejection. Al maklum la kan tengah duk sibuk menjolok tangki minyak... masa tu la ko nak approach kan? Cis


Tuesday, August 3, 2010

Crew Life 24 : Devil Wears Kebaya Part 4

Sebaik saja Amy keluar dari pintu cockpit, terperanjat yang amat sangat terpancar diwajahnya apabila melihat Cathy berpeluk tubuh melihatnya dari jauh.

"What's wrong with the Teh Tarik" tanya Cathy



"Captain kata tak sedap, he needs another one" Amy menjawab pertanyaan Cathy.

"Mengada betul Captain ni !! Bukan dia tak tau yg kita tgh buat service!!...Nak menggatal je keja !.Let me do it !"  marah Cathy.

Terkedu jugak Amy melihat reaksi  Cathy. Disangkanya, kena maki tapi sebaliknya pulak. Disebalik kegarangan Cathy, Amy merasakan yang Cathy menjaga crewnya dari dibuli. Meaning what? "Nobody bullies my crew except ME!!" kowt or simply because she wants to cake care any crew under her care. Allahualam.

Monday, August 2, 2010

Panggilan serendah 7sen iTalkWhoa !

Apa yang boleh kita dapat dengan 0.07 sen ?

Karipap? Kueh tart nanas? Kueh apam ijo? Tidak. Takde menda yg boleh dibeli dengan harga tersebut.

Dengan 0.07sen sebenarnya, korang akan dapat membuat panggilan selama seminit ke talian tetap lima negara iaitu China, USA, UK, Canada & Australia. Promosi!



Walauweiii...secara realistiknya...mana ada orang call jauh2 dan nak call bercakap selama seminit! Ok laaa..katakan korang nak bercakap selama 30 minit....still murah sebab korang hanya kena charge RM2.10sen jerr. 30 minit still tak cukup?
Sejam (60minit) plak chargesnya hanya RM4.20sen. Promosi murah ni ....ala2 megasale iTalkWhoa....valid pada 1 Ogos sehingga 15 Ogos.

Sunday, August 1, 2010

BlackPad - iPad jelmaan Blackberry

Gadgets ! Some people go crazy over gadgets. To be honest, before this... I couldn't be bothered. 

In my early 20's..I  used to be one. I can't remember, how many times I actually change my phone....until I learned that....I can't cope up with it....hahaha...Maybe because, I don't have anything to buy at that time. Now that I have to expand my business, buying properties etc....having latest gadgets is secondary to me.




All my friends, have their own latest cool gadgets. They can actually afford buying iPhone, iPad etc. I know that many of you love your BlackBerry phones. I also know that many of you love your iPads. According to few sources I found today, BlackBerry maker Research In Motion is working on its own Blackpad tablet computer with a 9.7-inch screen.


Sunday, July 18, 2010

Bukan hari-hari beli

Kisah 1

In search of the perfect furniture...Last sofa was about 12 years ago.

Designer Sofa berbentuk BIBIR


"Tokeh, ini sofa berapa harga?"

Tokeh menjawab, "RM1,200 after diskaun" setelah menekan2 calculator yg keluar bunyinya irritating tu.

"Aiyooo Tokeh...manyak mahat! Kasi kurang laaaa" [ yg aku cakap pelat cina tu kenapa?]

"Aiyakkkk...sudah mulah lorr...Ini designer sofa whoa...important [imported] asat [asal] nya harga aaa lagi mahat !" gitulahhhh tokeh tu respond.

"Tokeh...Don't be like that! More discount please" [ motif tetiba speaking ]

Thursday, July 15, 2010

Kurang Hajo

Entry kali ni ray nak bercerita pasal "Kurang Hajo". Sambil bercerita, ray selitkan imej-imej kurang ajar sebagai gambar hiasan.

Anak sapo la ni?


Seorang nenek datang ke rumah anaknya. Saja je nak menjenguk, melawat menantu,cucu dan bertanyakan khabar.

Bila sampai, cucu buat statement

"Wan datang ni nak apa?"

Terkedu si nenek dengan pertanyaan cucunya. Si anak berdiam diri buat dekkk je as if tidak mendengar pertanyaan tersebut.

Friday, July 9, 2010

Seafood BERSERAH

Ini bukan review makanan. Ia sekadar catatan carutan yg dah lama tak kendengaran di blog ray ini.

Al kisah nak makan malam.


Nak makan seafood katanya. Malas nak bawak kereta. Decided nak jalan kaki ajo from hotel where I am staying. Keluar saja pintu utama, kelihatan signboard restorAn Ikan Bakar diseberang jalan. Teramat gembiranya melihat kedai iteww. Melintas ke seberang jalan yang amat sesak dengan kereta lalu lalang. Kena la melintas jalan. BERSERAH je la.



Berjaya melintas jalan itu dengan jayanya.

Tatkala menghampiri kedai berkenaan, kelihatan ramai orang! 
Berlandaskan kepercayaan tahyul, dimana "ramai orang bermakna makanannya sedap"...semakin yakin utk menjamu selera malam yang buas akibat kelaparan. BERSERAH je la. Harap2 makanan sedap dan ada meja kosong !

Monday, July 5, 2010

Crew Life 23 : Devil wears Kebaya Part 3



Datin Maimon: Excuse me! can you pls pass me my bag? (sambil menunjuk ke arah bag yg ada la 2 meter dari tempat duduknya)

Dalam hati Amy, makkk aii malas nak mampos Datin Maimon nieh...Ini pun nak mintak tulun kaa? Berat punggung kowt...tah2 sindrom sengal tulang sum2.

Datin Maimon : Oh no! Not  this bag. Can I have my LV bag. It's in the above compartment.

Amy pun carut lagi dalam hati....dah nyanyuk ke mak datin ni...letak mana pun tak henggat! Dibuka oleh Amy compartment atas tu....

Tengah Amy nak menarik bag LV tersebut.....KRAKKKKK. Alamak! koyak pulak bahagian ketiak kebaya ketat Amy. Aiyoooooo! Dengan segeranya Amy memberikan bag LV tersebut kepada Datin Maimon lalu bergegas ke bagnya mengambil spare uniform yg dibawanya. Tanpa berlengah lagi Amy terus ke toilet berhampiran utk menukar uniformnya yg koyak itu.

Selepas bersalin baju, sebaik saja keluar dari toilet terperanjat beruk Amy bila dihadapannya ialah Cathy dengan muka bengis sambil berpeluk tubuh.

Sunday, June 27, 2010

Crew Life 22 : Devil wears Kebaya Part 2



The aircraft finally taking off. While she was seated, she reviewed her upcoming duties in her mind. Ibarat menghafal sifir sebelum masuk kelas Cikgu Hafsah pulak rasanya.



The seatbelt signs are off. She quickly proceed to the galley, getting ready to take drink orders from passengers. While taking orders, she often interrupted with lots of other request frm passengers. Nak extra pillow la, magazine la.....From a distance, Cathy is starring her and looking at her watch. 

"nenek ko la ! nak extra pillow la ...tadi xnak mintak! Singa betina tu plak tak reti nak SABAR!!" amy mengeluh aka carut dalam hati.


As she enters the galley, Cathy snap her drink order sheet from her hand. 

"Lembap!!! nak amik order sampai 15 minit. !!" Cathy scolded her while looking at her order sheet.

Thursday, June 17, 2010

Crew Life 21 : Devils wear Kebaya Part 1


Disebalik senyuman dan keayuan wajah , tersimpan perangai puaka seorang peramugari. Bukan semua la...tapi ada dikalangan peramugari yg terbang di awan biru.

Mereka adalah dikalangan  'seniors' yg dah lama bekerja. Wajah yg agak garang, perfect grooming, kerja yg tip top, menyakinkan mereka utk berada dalam kategori ini.




Muka garang yg dimaksudkan ialah ada ciri2 muka sombong, suka melirik mata dan susah nak didekati. Perfect grooming pula bermaksud make up yg takde flaw...eye liner, bedak, lipstick yg glossy, rambut dibun croissant yg amat tinggi dan perfect tanpa sehelai baby hair pun keluar di bahagian tengkuk. 

Crew yg lain menggelar mereka as 'bitchy' or 'kaki taruh'. Bitchy is not a nice word kan? But this words fits their profiling la and some do feel proud bila dipanggil as 'bitchy'. Kaki taruh simply means jenis yg suka marah2 dan akan cari pasal. Working with that type will make your working hours like HELL. This hell located 33,000 feet above sea level. Welcome ! Welcome !

" Hi Cathy, I'll be working with you. I kinda new and this is my 3rd flight solo" kata stewardess baru ni.

" So? It's not my bloody problem right?"  said Cathy.

Sebab minah baru ni beriya2 buat intro pasal dia budak baru and all, is a way to tell that she needs guidance frm her senior. But to Cathy, when you don your kebaya...you are expected to perform with NO excuses.


Monday, June 7, 2010

IDD calls using iTalk Whoa



Nak buat berkomunikasi sekarang ni sangatlah mudah. Macam2 pilihan utk berkomunikasi. Thnks to kecanggihan teknologi la kan?

Tapi everything got it’s price kan? Takde menda yg free dalam dunia ni. So as pengguna kita kenalah bijak.
Ray teringat masa my sis belajar di States. That was around 1985. Phone rumah pun xde inikan lagi nak memiliki handphone? Internet tak usah cakap la ya...haha computer masa tu pun tulisannya warna ijo (hijau) lagi. Kalau ada pun fon rumah, nak buat panggilan sangatlah mahal pada masa tu.

Sekarang ni banyak pilihan berkomunikasi tapi tak bermakna kita xperlu aware dengan berapa yg kita dah spend utk tujuan itu. Barulah jimat ! kenapa ray kata kena jimat? Tepuk dada tanya diri sendiri, berapa korang kena spend utk berkomunikasi skrg ni? Berapa bil hp korang, berapa bil telefon rumah, internet etc? mengeluh gak kan bila part nak bayar kan?


Wednesday, June 2, 2010

Kapoww Atoi The Ajaib Boy, Filem sengal GILA-GILA yg ada makna


Terpaksa mengharung kesesakan lalu lintas selama lebih 2 jam utk menghadiri pra tonton filem ini. Dapat jemputan lagi utk menonton...thnks IRA - PR Tayangan Unggul for inviting. Pada mulanya, Ray agak skeptikal utk menontonnya. Pertama, kerana faktor nak mengharung lalu lintas dan kedua kerana pernah melihat hasil  arahan Azizi Chunk Adnan melalui filem Antoo Fighters yg buat ray agak terencat TRAUMA berskala sementara.

If you call yourself a movie goer, perasaan skeptikal tu kena tolak tepi. Jangan cepat mengatakan "EWWWW" sebelum melihat hasilnya. You must give some justice to the movie laaa...agak keji kalo nak mengutuk filem yg u tak tengok. Kalau nak kutuk pun..tengok la dulu. Mood yg tak berapa nak elok disebabkan stress mengharung traffic, bertukar menjadi mode LAUGHED OUT LOUD sehingga tengiang-ngiang dalam kepala sepanjang perjalanan memandu ke rumah.

Sunday, May 30, 2010

RSK Games 2010 -

Pada 22 Mei yg lepas telah berlangsung hari sukan [ RSK Games ]. Ray nak kongsi reaksi si kecil dari lensa kamera Megat.

Balqish - Crying


Monday, May 24, 2010

Lagenda Budak Setan *UPDATED


DI PAWAGAM 3 JUN 2010


Pagi-pagi dah bangun dan bersedia utk menonton pra tonton filem "Lagenda Budak Setan" [LBS]. Perkataan "SETAN" itu sendiri sangat popular sekitar tahun 1985. Kemunculan sebuah novel karya Ahadiat Akashah dan filem "ALI SETAN" lakunan Ogy Ahmad Daud & Azmil Mustafa antara sebab mengapa Ray kata perkataan SETAN sangat popular pada waktu itu.

Sila maklum filem ALI SETAN xde kena mengena jalan ceritanya dengan novel LBS.