Sunday, September 27, 2009

Crew Life 17 : Mind Your Language

....

Sambil menghabiskan masa di FB, ditegur oleh seorang rakan lama bernama Alex Pui. Tak pernah tau apa dah jadi kat dia since 1995 kut. Lost contact with him after that.

Alex was a housekeeping Supervisor [ beruniform vest hijau ] yg meronda2 hotel, memastikan kebersihan hotel ditahap lima bintang. Tanpa pengawasan kebersihan yg mantap, tak mungkin hotel tersebut layak dilabel lima bintang. Gitulah ! Now he is a sucessful businessman. Klik SINI utk tau dia buat business apa.

Alex reminds me of my working relationship that I established with other races. I am fortunate, sbb sepanjang bekerja...ray berpeluang bekerja dengan bangsa-bangsa lain. Working in a hotel and also as a crew. My friends masa tu berbilang kaum dan agama. SATU MALAYSIA gitu.

Sepanjang bekerja, tiada sekali pun isu pekauman/komunikasi timbul. Sebabnya, all of us lebih fokus pada kerja dan melayan each other as human beings. My bosses masa kerja hotel -Melayu pun ado, chinese pun ado, Indian pun ado. Mat saleh pun ado. Ms Rachel Hong, Mr Freddie Teo [ Chief Concierge ] , Ms Marcia, Ms Rossalyn [ Guest Svs Mgr] , Mr Ricky Ho, Ms Cindy [ Front Manager] Mr Ricky Ho, Mr James Batt [GM] , Mr Joseph Skipps [Hotel Manager] to name a few of my bosses masa kerja hotel dulu.

Banyak yg ray belajar dari dorang ni. Medium bercakap masa kerja ialah ENGLISH. Doranglah banyak memberikan keyakinan diri utk Ray berhadapan dengan guest yg berbilang bangsa. Almaklum la kan bercakap Inggeris sesedang je...gugup jugak laaa bila berhadapan ngn bangsa asing yg fasih berbahasa Inggeris. SPM English dapat [1] A, tak bermakna jaminan utk fasihh berbahasa Inggeris ya.

At first, everything was scripted. Standard greeting utk jawab phone. Standard greeting utk welcome guest during checked in dan lain-lain.

"Good Morning....The ***** Hotel, may I asist you?"
"Good Evening, Concierge Counter, may I asist you?"

Sudah tentu la kan, mula2 cakap...berbelit gak lidah kampung ray ni. One thing for sure, they never laughed at you bila tersalah cakap, malah membetulkannya. Biasanya yg ketawa kalau salah cakap ialah bangsa sendiri atau kawan-kawan rapat. Cis !

"Where's Ishak?" my boss tanya
"Ishak go to the toilet" I said
"Owhh..he went to the toilet..." my boss corrected my grammar.
"Yes...he went to the toilet" buat muka stoya memperbetulkan tuturkata.
"When he come back, can you pls tell him that I need to see him" my boss meninggalkan pesanan.
"Certainly Ms Cindy" I replied.

Sikit pun tak rasa malu utk cuba berbahasa Inggeris kerana tiada siapa nak mengGELAKkan kita bila tersalah kata. Ini sgt membantu sebenarnya. The best part, guest hotel Mat Saleh sendiri tak pernah ketawa bila ray tersalah grammar.

Bila joined crew, Ray lebih confident. Sebab dah biasa. Tak la meletup english Ray tu tapi yakin yg penumpang kapal terbang bagi ray sama je dengan guest2 yg ray layan kat hotel dulu. Bila kita yakin, kita akan teruskan bercakap. Pada masa yg sama kena dengar apa yg dorang cakap dan pelajari dari mereka.

Once upon a time, my dad called me. Masa tu Ray dah tiga tahun jadi steward. Tah apa kes...tetiba my dad speaking.

"Boy...This is bapak calling, Assalamualaikum"
"Bapak.....Wsalam" I replied
"How are you?" tanya Encik Abd Jalil Yusof
"I am doing great" I answered.
[ conversation continues in english ]

Lepas letak phone, my housemate Zack asked me. "Sape tu?"
"Bapak aku la"
"Kelasss bapak ko !!" Zack laughed.

FYI, my dad tak pernah cakap english with me sebelum ni. Tah kenapa la tetiba je dia nak speaking plak kan? Can you imagine? Once upon a time, he was an english teacher and he never actually speaks english with his own son. LOL.

Sama jugak ngn my aunty. Tak pernah cakap english tetiba je.

"Boy !! Busu Bibah ni ..."
"Hi Busu" I answered.
"Boy...it has been a very longgggg longggg time !! We have not spoken to each other for ages !!"
[ conversation continues in english ]

Gitulah...tetiba je semua nak speaking plak kan? Semenjak dua menjak jadi crew nieh...semua nak tunjuk skill....hahaha. Ray layan je la...LOL.

Masa Ray jadi crew, I also learned that, bukan semua mat saleh cakap english dengan baik. Ada juga yg berterabur grammar dorang. Ya la kan mat saleh bukan semua bahasa ibunda dorang english kan...ada jugak mat saleh french, russian, austrian, espanyol...kan? LOL. Ada jugak Datuks2, Datins2 yg tonggang terbalik bila bercakap english.

"Datuk...for refreshment, we are serving Chicken Tikka and Beef Masala" tanya stewardess ni.
"No..No...No ! I doesn't eat chicken..." jawab Datuk ni.
" How about Beef Masala, Datuk?" balas stewardess ni.
" No..No..No..No chicken No beef !! No meat, I am a VEGETABLE" balas Datuk dengan confidentnya.

[ dalam hati - Are you BAYAM or KANGKUNG?? or perhaps KAILAN?" ]

"Owh! you are a VEGETARIAN ! In that case may I offer you our delicious Vegetarian meal" stewardess membetulkan vocabulary Datuk tu dengan cara tidak menyinggung perasaannya.


Ada juga kategori crew yang sewel. Bila dia bercakap dengan penumpang yg tak fasih berbahasa Inggeris...english crew tu pun secara automatic menjadi bahasa petaling street. Penumpang ni, berbangsa cina dari tanah besar cina.

"You eat ??" [ sambil tunjuk action suap ] tanya crew ni
"????" penumpang ni buat muka blur.
"eat Chicken?????" [ sambil buat aksi kepak ayam dengan kedua belah2 tangannya]
"eat beef ????" Mooo !! Mooo !!"

Sah2 crew sewel ni baru sebulan keja kut. Tak perlu ya utk merendahkan level berbahasa Inggeris diri sendiri semata2 bila bercakap dengan orang yg tak boleh berbahasa inggeris. Cakap je la mcm biasa. Perlu ke mempermudahkan bahasa kerana kononnya org tu akan lebih faham? Tak ke mcm tonggong je rupanya bila diperhatikan oleh penumpang lain?
Lagi sewel bila buat aksi ayam dan bunyi lembu sebagai clue.

Nasihat abang as senior crew [ chewahhh !!] ialah belajar sebutan chicken/beef dalam bahasa mandarin. Atau tunjukkan menu kat penumpang tu. Atau kalau takde menu, mintak crew berbangsa cina utk tuliskan dalam sekeping kertas utk dirujuk. Buat la homework sikit !! paling senang...tunjukkan contoh pilihan makanan yg ado.

Seorang penumpang dari mainland China, pernah bertanya pada ray sama ada kami ada serve pork atau tidak dengan menunjukkan hidung yg dilepetkan sambil berbunyi oink ! oink! . LOL. TETIBA je ada bunyi BABI kat dalam kabin tu. Terkojut den !! Ray hanya senyum dan membalas "No Madam, we do not serve PORK onboard" sambil menggeleng kepala. Walaupun dia tak boleh berbahasa Inggeris, tiada sebab kenapa kita perlu mengikut rentak penumpang. Harus diingat, penumpang lain yg boleh berbahasa Inggeris mungkin memerhatikan anda. Hilang CLASS as a crew kalau kita berkomunikasi sedemikian. Muka cantek tapi busuk sgt cara berkomunikasi tuhh..LOL


Ada juga desas desus kisah seorang penyanyi terkenal semasa beliau dilayan diatas kapal terbang. Ikut rumours it's Datuk Siti Nurhaliza. Dah lama dah cite ni...masa Datuk Siti baru nak popular. Dalam business class on the way to KUANTAN.

"How do you like your Coffee?" tanya peramugari ni

"In the cup please" jawab Datuk Siti.

Let me rephrase soalan yg sepatutnya ditanya. "How do you like your Coffee...with sugar or creamer?"
Poor Datuk Siti. I don't blame Datuk Siti for not knowing. How often you are in that situation ...right? The stewardess tu pun satu. Dia dok assume yg semua org tahu soalan yg ditanya. Sah2 Datuk Siti tu Melayu...cakap je la Bahasa Melayu. Apa susah kan? Kokya pun nak speaking...make it simple la.

Betul atau tidak cerita ni...tak tau la. But kecoh la satu kapal....terhebah ke saluran CCN. Cabin Crew Network.

Ada juga kes yg bila kita tengok muka melayu...kita cakap melayu tapi penumpang ni berlagak plak cakap english.

"Selamat Datang Puan !!"

[ tak respond dengan greeting]
"Children....go your seat....it's at the back...go straight...row number 18"

Wahhh kelassss !! few seconds after that TERKANTOI oleh anak sendiri. Tu la dia KEKWAT lagi.

"Apa mak kecek nieh...tak pahe laaa" anak dia membalas. [ Apa mak cakap ni ..tak paham la]

Tu diaaaaaa...puan ni nak ACT la ngn kitaorang kut...huhuhu. LOL

Kesimpulannya....lu piikir la sendiri. Ulang baca...baca ulang ..ulang dan ulang sampai dapat kesimpulan dari entry ray ini.

Cakap pasal language, communication bukan terletak kpd pertuturan semata-mata. Body language juga merupakan satu bentuk komunikasi. Akan ray perjelaskan body language yg mcm haram di entry yg akan datang.


PS : Teringat on my recent trip kenduri kawin @ melaka - mak megat says "Welcome !! Welcome!! and teringat iklan "SALTED FISH" LOL


.....

Tuesday, September 22, 2009

Konklusi Aidilfitri 2009

...

Entry raya diblog ini akan diringkaskan dan diletakkan dalam bentuk points. Pastinya, blog2 lain turut menghidangkan cerita raya. Membaca satu lagi cerita raya yg panjang lebar akan meloyakan tekak anda. Ibarat loya meneguk air gas dan sirap bila pergi beraya rumah orang....So, ray hidangkanlah air RIBENA. Kalau nak diceritakan semua, berjelalah entrynya, -tak bernafsu korang nak membacanya nanti, so terimalah ringkasan raya frm this blog.





1- Recession? Puh leasssee!! Rakyat Malaysia berbelanja sakan tahun ini. Lautan manusia membanjiri bazar Syawal di Melaka pada malam raya. Dah jadi trend terkini membeli belah last2 minute. Saat2 akhir...barang murah...katanya.

Setiap sorang yg datang bazar pasti membeli sesuatu. Kalau tak beli apa kejadah datang bazar, meredah jam, hujan ....hanya utk window shopping? Tak dibuat orang.
What the hell ray buat kat sini? menemani kawan membeli kerepek!


Kueh biskut kana


2. Kueh Biskut Kana/Buah kana adalah sejenis kueh yg didapati telah pupus. Dari tinjauan rambang sepanjang beraya rumah orang, kueh ini sudah tidak mendapat tempat dihati. rakyat Malaysia. Ok la maybe Ray over reacted...mungkin belum pupus...tapi boleh dikategorikan kueh2 raya terancam. LOL

3. Raya tahun ni ray duk perhatikan jenis gelas yg digunakan utk menghidangkan minuman. Cara tuan rumah pegang gelas turut diperhatikan. LOL. Sebuah rumah yg ray kunjungi...disebabkan ramai orang, memaksa yg beraya membawa gelas dari satu area ke satu area. Area 1- ruang menunggu, minuman dihidangkan. Area 2 - kueh mueh dan kerepek disediakan. Area 3 - hidangan utama seperti nasik himpit, rendang etc. Ray telah membawa gelas ray dari Area 1 ke Area 2 dan Area 3.

4. SMS masuk bertalu-talu pada malam raya dan pagi raya. Terima kasih diucapkan. As usual bila raya, line mobile sesak...trafik jam jugak dan.....kes satu sms yg sama dihantar beberapa kali TETAP berlaku. Ada yg berpantun, bersyair, bergurindam, berlagu berkata2 memberi ucapan. Kreatif sungguh !! Ada yg tidak include nama, so 60% sms yg diterima tidak dikenali pengirimnya.


Ribena


5. Nasi lemak rumah mak my best friend Fazli sangat sedap. Mak Fazli, newly elected as Ketua Wanita Umno Kg Daching Tengah, yg memasak nasi lemak itu. [datang beraya waktu pagi ]. Iklan RIBENA, menjadi kenyataan disalah sebuah rumah member yg dikunjungi. Tapi masih ramai yg menhidangkan air sirap, air bergas oren & strawberry. Biasa je. LOL. 10 markah pada rumah yg menghidangkan air ribena...ada kelas. Masalah perut buncit terkawal.



Elyas & Aisyah


6. Dapat berjumpa dengan anak buah ray setelah 5 tahun tidak bersua muka. Malangnya dia tidak kenal Paksu Boy nya. Last time jumpa he's only 1 year old. Mereka telah dipaksa utk bergambar khas utk blog ini. Yg datang rumah my dad, semuanya memuji betapa comelnya Elyas. Bangga atuknya bila dipuji...hahaha

7. Bermain bunga api sebanyak 2 cucuk. Cucuk?? ko ingat satay ke? LOL. Bermain bunga api kerana tugas ray utk melayan anak buah. Supervised them. Ala2 dah mengawas...join la sekali.

8. Mengalami migrain dipagi raya kerana kena hujan ketika merewang di bazar pd malam raya in Melaka. Enjoy ke beraya bila kepala berpusing2 mcm gasing2?

9. Pengalaman ngeri ketika memandu ke Jasin pd malam raya. Hantar my housemate balik kampung. Hujan lebat, jalan gelap, cermin berkabus dan kereta2 laju. Terhegeh2 mengelap cermin. Tingkap rumah ray pun tak dilap raya ni...tak pasal2 cermin kereta dilap sambil memandu. Sampai rumah in Seremban jam 2 pagi.

10. My dad buka cerita pasal Kg Gebok seperti biasa. Mangsanya my brother in law...buat kali keempat kelima keenam kalinya. Setiap yg berkunjung ke rumah my dad pastinya akan melawat 2 ekor lembu yg berada di belakang rumahnya. LOL. Tak tahu la kenapa. Part of the tour package kut. Ada apa dengan lembu 2 ekor tu?

11. On the way balik KL singgah Mc D. Berderet kereta kat drive through. pelik jugak....kenapa ramai bebeno orang nak makan Mc D masa hari perayaan. Loya tekak makan lemang, rendang dan kueh kacang kut?



Jam tart panas


12. Jalan sesak on the way balik ke KL. Dah la jam...panas plak tu...huhuhu. Aircond kereta bermasalah!! Bila nak service? ntah la. Maka akan terbanglah wang dalam jangkamasa terdekat ni. Masalah aircond antara punca dalam kereta berkabus semasa otw ke Melaka pd malam raya.


Menyentuh nostalgia aidilfitri yg ray paparkan dlm entry sebelum ini, sgt jauh berbeza dengan apa yg ray alami for the past 3 days. Walaupun berbeza tetapi tetap happening! 2nd day raya, ray akan berkonvoi dengan my good friends frm one house to another. They are my school mates friends yg tak pernah gagal meneruskan tradisi tersebut semenjak 20 tahun yg lepas.

Kawan datang dan pergi...hanya sahabat yg akan setia bersama. Zam. Nizar, Fazli, Suzana & Bob...thank you for making it special each year. Harap2 dpt diteruskan sehingga semuanya tua kertu.




....




Thursday, September 17, 2009

Nostalgia Malam Menjelang Aidilfitri

....


Mengimbal masa lalu, tarikh hari raya tak diketahui seperti sekarang. Ibarat AF yang penuh dengan kejutan. Berdebar2 tunggu pengumuman kat TV. Dua reaksi berbeza.

1- Ray - berharap raya keesokan harinya. Tak yah puasa lagi. Nak celebrate cepat u ols.

2- Ahli keluarga yg lain - Jangan la raya esok. Lusa la mintak2 nya.



Perlu ke duduk atas kerusi tu? LOL

Bila penyimpan mohor besar raja-raja umumkan tarikh.....sambil duduk atas fancy chairnya...my sis menjerit !!!!

"Pengumuman RAYA !!!"


Berlari seluruh ahli keluarga ke ruang tamu rumah menenung tv kecik SINGER yang masih tak habis dibayar ansurannya.

Setelah diumumkan, ini reaksi yg diterima.


ESOK RAYA !!!


Ray menjerit ...melompat gembira !!!

Yang lain-lain....menggelabah. Kelam kabut semacam. My mom berlari ke dapur...nak cabut bulu ayam. My dad sibuk baru nak kemas rumah. My sis terhegeh-hegeh nak pasang langsir, tukar kusyen, isi balang kueh dan menghias rumah.

My house pada malam raya mcm baru lepas bencana alam. Tunggang terbalik.

Ray pelik ngn keluarga ray ni. Rumah achik Sipah sebelah rumah, dua hari sebelum raya...dah ditatariaskan. Langsir dah tukar....kiranya dah 90% ready. Lampu lip lap lip lap dah berkerlipan depan anjung rumah. Rumah keluarga ray...semuanya persediaan akan berlaku pada malam raya...sebaik sahaja selepas pengumuman raya.





Then, I asked my mom. Kenapa kita tak kemas rumah awal2? Wahhh bertanya ni..padehal haram nak tolongkan. She replied...."tak syok la kemas awal2". Menyibukkan diri saat2 akhir agak trill sikit kut.

Rumah dekat dengan surau. Takbir raya berkumandang. Mercun kat luar meletup2. Sepanjang jalan dipasang pelita. Meriah sungguh !!! Surau ditempat ray juga akan pergi dari rumah ke rumah utk bertakbir. To my mom and my dad malam raya mmg tak tido. Sepanjang malam membuat persiapan.

Ray tido semasa keadaan rumah macam tongkang pecah. Bangun tido je....waktu pagi raya...semuanya berubah. Ibarat kejutan ERIC LEONG "SUPRISEDDD !!!!!" mcm buat house make over. LOL.


Final touch, ialah hidangan atas meja. Punyalah pelik umah kita org akan ada kek icing atas meja as hiasan bukan utk dimakan. Atas kek fancy tu...tertulis selamat hari raya. My mom yg akan siapkan final touch atas meja. My sis akan buat final touch...letak apa menda tah kemenatang benda yg letak kat kusyen tu. Yang beropol2 kat tempat sandar tu. Bila duduk menda tu akan jatuh. Dah satu keja plak nak betulkan!!! Akan juga digantung/ditampal kad raya pada dinding rumah as hiasan. lagu banyak kad lagi bagus...maknanya keluarga tu popular.



versi yg ada kat rumah ray yg berlapis & bertingkat2. Lebih kurang la ni.


Setiap rumah masa tu mesti ada meja bulat dengan kain alas beropol2 berlapis mcm kain baju Siti Nurhaliza masa mula2 nak popular dulu. Wajib for my mom tu prepare "BUNGA KERTAS" . Bukan bunga kertas yg tu yg ray maksudkan. Bunga ROS kertas yg mom buatkan setiap kali raya as her signature.

Masa raya la my mom nak show off skill dia buat bunga ros guna kertas, her serunding daging, her famous kueh tart, her CHINA ware, gelas2 yg lazimnya jadi perhiasan dalam almari kaca.


KALAU LUSA RAYA !!!!

Ray sorang je yang berduka cita. Nak ilang kan tension...merayap pergi rumah kawan2...main galah panjang.

Yang lain menarik nafas lega. So xyah kelam kabut. My dad layan tv...my mom buat routinenya mcm biasa. Kononnya.....ada banyak masa nak prepare apa yg patut. Al maklum la kan ada sehari lagi.

Tapi dari sudut pemerhatian ray la kan...sama je....LOL
Tetap kelam kabut malam raya....Tetap tak tido malam. Tetap sama ...Apa bezanya?

Itulah reaksi keluarga ray malam menjelang raya. Now my sis and her family sort of doing the same thing. GENETIC ke ? LOL


Dikesempatan ini, Ray nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin" kepada semua pembaca blog [r][a][y] eusouff yg tak seberapa ni. Juga kepada rakan-rakan bloggers, pengikut/blog followers yg seramai 178 orang tu, artis-artis, yang perasan diri artis dan popular, kroni-kroni, sahabat handai dan tak handai, musuh ketat dan juga pada yg tak membaca blog ini...hahaha. Kira semua lah. Ya la kan, mana la tau ada yg tersentap, terasa bila membaca blog ray ni. Den tak tahu la , so kira pakej la...mintak mahap kat semua orang.


PS : Bukan ray tak nak membantu keluarga pd malam raya. Anak manja ini tak dibenarkan membantu kerana dianggap melambatkan lagi proses kerja dorang tu. Lagipun ray paling kecik sekali. ALASAN !!



...

Tuesday, September 15, 2009

Perihal Buncit

....


Dari dulu lagi, Ray tak berdiet bila makan. Bila rasa nak makan...makan. Kalau takde nafsu makan, tak makan. That simple. Most of friends, cemburu apabila tgk ray makan. Exercise pun tidak.

You eat a lot tapi beruntung sbb badan tak naik and perut tak buncit......kata dorang. I believed that ray ni high metabolism. Sistem cepat memproses makanan dan terus buang. LOL. Few of my married friends told me..."wait la...dah kawin nanti ko akan buncit"

When I was a crew, I was catergorized as under weight. Berat badan tak kena dengan ketinggian.

Bila semakin meningkat usia, kadar metabolism badan menurun. So chances nak badan naik...lebih tinggi. Keinginan utk berperut buncit hampir pasti. Ray dah dua tahun berhenti jadi steward. Kalau dulu jadi steward terkejar sana sini....jalan, berdiri....bergerak 12jam tanpa henti...dah dikira exercise.

Now, I am not underweight anymore. Berat badan dah ideal. Tapi ramai yg consider diriku ini as sudah berisi. Sebab Ray yg mereka kenali ialah budak kurus. Seeing me ada berdaging sikit dah dilable fat. LOL


Not me.


Meh kita kenali masalah buncit. Firstly, memang there is no short cut but kenapa perut jadi buncit? kenapa bukan bahagian lain? Kaki dan tangan elok je kurus.

1. jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan simpan makanan berlebihan itu sebagai lemak…tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate

2. tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetics & also jantina. bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut..manakala untuk perempuan di bahagian thighs, pinggang.

Bila ditanya pada makcik2 yg pakar...hahaha. Dorang percaya pada petua.

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Berkesan atau tidak entah la. LOL. Ray tgk perut makcik yg bagi petua ni...pun buncit jugak. LOL

My friends yg pergi gym kata....keywordnya ialah exercise. Tak salah makan tapi kena make sure kalori masuk kena sama atau lebih dengan kalori keluar. Cara nak burn fat/kalori ialah dengan cara "EXERCISE".



Selain bersenam, ada yg kata

1- Minum air lebih banyak

2- Makan dengan cara perlahan

3- Ambil byk makanan serat seperti buah-buahan & sayur-sayuran.

4- Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

5- Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bila berpuasa ni tak bermakna berat badan akan turun. Sebab kalau mentadarah lagi banyak dari bulan biasa kut. Tak makan siang je. Malam tak berenti mengunyah. Bila Raya nanti pun...makan itu dan ini...rendang la..lemang la...kueh la. Ingat ya berbadan kurus x bermakna korang xleh buncit ya...LOL

Aha..ray tulis pasal buncit ni bukan sebab pandai sgt. or sebab pinggangku ramping ke apa ke. Just menulis as a reminder pada diri sendiri. Sendiri Mau Ingat la kan?


....

Crew Life 16 : Dilema Aidilfitri

...


Cuti di hari raya bagi crew adalah satu nikmat. Anugerah yg sgt2 dihargai. Berita gembira. Sebabnya, bukan mudah utk bercuti. Antara soalan lazim yg kerap diketengahkan antara crew2 ialah bertanyakan "Raya ni ...cuti ke tak?"

Masa dilatih menjadi crew, isu cuti raya diperjelaskan. Kerja ini memerlukan pengorbanan utk tidak meraikan sebarang perayaan. Jangan duk harap sangat. Kalau ada...ada lah...kalau takde...terima je lah. Proses memohon cuti bermula 6 bulan lebih awal.

The system [computerised ] yg menentukan dapat cuti ke tidak. Bukan kes siapa cepat dia dapat. Ikut rank, category, seniority, gender, ethnic dan bermacam2 lagi.

Bila dapat cuti soalan seterusnya yg ditanya...berapa hari? Kalau cutinya dua hari...dah bersyukur sgt2 dah.
Bila tak dapat cuti.....soalan lazimnya...."ko raya kat mana kali ni?"



tenung kueh raya dipagi raya di perantauan


Ada yg pagi2 raya usung beg, terpacak menunggu van. Ada yg petang raya kerja, tapi tak de makna sbb xleh kemana2. Kalau kampung dekat xpe.

Ada yang sampai KL pagi raya. Kira ok la tu... terus cabut balik kampung.

Yang memang dah berada diluar negara, raya lah sesama sendiri.

Level 1- Organise sendiri
Pakai baju melayu/baju kurung...bertandang la ke bilik rakan sekerja. Makan lah kueh yg masing2 bawak ala2 pot luck. Panaskan la rendang beku utk dijamah bersama. Pasang MP3 layan lagu raya. Ada jugak yg layan lagu2 sedihh melayan perasaan. Bukak la tv...tapi xde rancangan raya pun. Takde nasyid...takde circus pagi2....huhuhu.

Level 2 - Majlis diaturkan
Ada sesetengah hotel, menyediakan bilik khas [lounge] utk jamuan ringan. Berayalah bersama2 rakan2 atau airlines yg tinggal dihotel yg sama. Ada hotel tak sediakan langsung...pandai2 la korang - balik semula ke level 1.

Destinasi tertentu seperti London membolehkan crew ke "Malaysian Hall " utk berjumpa dengan fellow Malaysians yg lain. Pakai baju melayu...naik tube [keretapi] pepagi. Takde org London yg kesah pun ko pakai baju apa. Cuaca pun kena consider....lain benar rasanya bila beraya...salji turun...dh mcm Krismas la pulak.

Level 3 - Xtiviti tambahan
Ada yg meraikan raya dengan cara tersendiri. Malam raya berpeleseran kat kelab menghabiskan waktu, membeli belah menyedapkan hati. Dalam erti kata lain buat sesuatu utk tidak terlalu memikirkan tentang raya.

Nak kol mereka yg tersayang? Tengok jam dulu. Waktu lain2. Disesetengah tempat, Malaysia dah raya dulu. Ada tempat yg ko raya dulu.

Ada juga kes yg beraya 2 kali. Dah raya pastu balik ke KL ...raya sekali lagi.

Yang paling malang...beraya dalam kapal terbang. Tapi yg bagusnya...tak rasa2 apa2 pun sbb sibuk bekerja. Sampai destinasi...raya dah lepas. Seolah2 berada dalam mesin masa, melangkah sehari dan mcm raya tu tak pernah wujud.

Bagi crew yg tak dapat beraya, nak sedapkan hati.....sematkan dalam hati dan menaruh harapan lah agar tahun depan giliran beraya akan ada. Ada juga kes hati kering yg tak kesah raya ke tak...sama je...katanya.


Ada kes yg lebih menyayat hati. Dari 18 crew bertugas....ko sorang je la Melayu. So, pandai2 la bawak diri. Kalau night stop tu ada set crew yg lain ...kira ok la jugak. Mungkin ada Melayu yg lain kan? Tapi kalau set crew ko je la yg ada kat hotel tu.....berayalah kamu seorang diri.

Itulah serba sedikit dilema crew tentang berhari raya.

Kenangan manis beraya bagi ray ialah semasa ke Jeddah. Dapat duit raya USD1000 dari seorang jutawan arab yg berada dalam flight. Jutawan tu adalah passenger first class ! Ray yg melayannya. Plus....semua crew muslim, jutawan ni tanggung trip ke Mekah utk beraya disana. Kira2 sejam perjalanan dari Jeddah. Hotel 5 star and room service sign je dan akan dibayar oleh jutawan tu....Menjadi kenangan manis bukan kerana wang semata2, juga kerana beraya di Mekah amat berlainan suasananya. Aidilfitri diraikan serba sederhana dengan penuh ketenangan dan keinsafan.


...

Saturday, September 12, 2009

3 Hari Berkerja

...

Hari pertama.

Mengalami kerosakan internet. Buat aduan.

Diberitahu, tindakan akan diambil oleh technician dalam masa 3 hari bekerja.

Dalam tempoh tiga hari tersebut, technician akan datang memperbaiki kerosakan. Later that nite, problem bertambah. Dari masalah internet ke masalah talian phone pulak yg kaput. Make another report.




Hari kedua

Ray dimaklumkan pagi tadi, kerosakan disebabkan wayar telah digigit tikus. Wayar telah diganti.

Menjelang petang, internet dan phone masih lagi tidak dapat digunakan. Call lagi.

Memaklumkan perkara tersebut.

Diberitahu akan dikenalpasti masalah tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja.

Meaning...tambah lagi 2 hari la ni. Termasuk hari ni.

Since Sabtu & Ahad bukan hari bekerja, hari Selasa depan anggaran masa masalah tersebut akan dapat diselesaikan.


Ray mempersoalkan, mengapa perlu ditambah lagi dua hari. Bukan ke ray report semalam?

Jawapan, kena buat report baru. Masa berkuatkuasa selepas laporan terbaru. Masalah baru, laporan baru. katanya......By Tuesday katanya lagi.

Persoalannya sekarang, kenapa masa report pertama tu tak selesaikan kerja tu secara terus. Bila wayar telah digigit tikus dan diganti...kenapa x check line dengan pelanggan supaya tak perlu buat kerja dua kali?

Supaya ray tak perlu buat report buat ketiga kalinya. Kan? Kan?


I am staying in Shah Alam. Not some ULU or kawasan pergunungan or di luar kawasan liputan. 1 hari perjalanan pergi....1 hari suntuk baiki...dan 1 hari perjalanan pulang ker?...


Instead of jadi pak turut mengikut sistem tiga hari bekerja dorang tu...I make some noise. Maka meroyan lah ray menyatakan rasa tak puas hati.

Akibat meroyan, tiga hari bekerja jadi......3 jam bekerja.

3 hours later, internet berfungsi semula.

It's a miracle !!

* meroyan adalah ekspresi ray bertindak menjadi....kiasu...berkira...mendesak. Bukan la mengamuk mcm org gila. Saje je melebihkan-lebihkan drama bila menulis. LOL


Meroyan memenatkan. It's not a nice thing to do and mengurangkan pahala puasa je. But ONLY meroyan can speed things up.

Before this pernah berlaku. They said...3 hari bekerja....akhirnya lebih dari itu. Dah jadi satu kerja ray utk follow up setiap hari.

Lambat bayar bil cepat je dorang potong. Bila sambung balik charge bayaran penyambungan. Bila rosak tiga hari....tak plak cepat bagi rebet. Bayar tetap sama.

Telefon kat kampung plak...@my dad's place rosak hampir setiap bulan. Sejak setahun yg lalu. Tiga hari bekerja settle? NO...more than 3 days. Bila dah ok...rosak balik.
Takde ke jalan penyelesaian kekal agar masalah dikenal pasti agar tidak berulang?
So tak payah la kan nak datang setiap kali ianya rosak?

Obviously they work hard but not working smart enough.


PS: Happy belated radio day !


...

Thursday, September 10, 2009

The art of holding a glass

...

Situasi : Lepak kedai mamak

Order teh tarik.

Mamak tu datang bawak teh tarik yg diorder itu.

Perhatikan cara mamak tu pegang gelas yg mengandungi teh tarik itu.




Adakah mamak itu pegang bahagian bawah gelas atau dibahagian mulut gelas tu? Cara yang betul ialah seperti gambar diatas. Ada yg amik kisah dan ada jugak yg tak ambil peduli cara orang yg menghantar minuman korang tu.

Ok. Now...tengok dengan lebih teliti jari mamak tu...huhuhu. Bersih ke? Kuku? Silap2 jari penunjuknya siap terendam lagi dalam air yg bakal korang minum tu. Then, tengok tangan kanan ke kiri yg pegang gelas tu ? LOL

Mamak! saya mintak teh tarik la...bukan teh tarik celup. Celup ngn jari.



baru lepas korek tahi hidung agaknya


Ada selera? LOL

Bila kita terlepas pandang, tanpa disedari , mulut kita akan menghirup teh tarik tersebut pada tempat yang dipegang tadi.

Insan normal akan rasa geli. Anda?

Ada yg kata, tak nampak takpe. Ada juga yg buat2 tak nampak.

Worst case, kita sendiri bila pegang gelas pun kita buat benda yg sama. Tak gitu? How often do you really look on how you actually hold your glass while serving or drinking ke anak tekak sendiri?


Pegang gelas ada seninya


Sebenarnya tak perlu nak beriya-iya belajar cara nak pegang gelas. Dari designnya, logiknya kita sepatutnya tau cara nak pegang gelas tu. It's quite simple and make sense. Macam gelas diatas....kita pegang dikakinya. Biasanya gelas mcm ni, utk wines. Since muslim HARAM minum wine , tapi rumah Kak Temah ada jugak. Boleh isi air ribena raya ni...hahaha.

Nama gelas ni...goblet. Ada jenis yg lebih besar. Ada juga yg panggil gelas jenis ni...wine glass. Kat hotel kita akan lihat gelas jenis ini digunakan utk diisi air putih.

Jangan gelak ya. Ray pernah pegi umah sorang nenek ni masa raya. Tu diaaaaa...keluar gelas jenis tu ya...utk tetamu. Diisi dengan air FANTA. LOL. Walaupun yg servenya berpangkat nenek, tapi TETAP pegang gelas dengan cara yg betul ya.

Ray pun bertanya. "Wahhh nek..pandai nenek pegang gelas tu...mana nenek belajar?". Nenek tu jawab " DEN belaja masa zaman omputeh jajah malaya dulu"


pecah kaca pecah gelas, pegang gelas jangan malas.


Rumah Kak Saleha pun ada jugak. Tapi jenis yg panjang. Gelas yang panjang sebenarnya utk champange. Gelas jenis ni dipanggil FLUTE. Tapi certain ocassion, Kak Saleha serve air buah anggur buih tanpa alkohol pakai FLUTE utk tetamu yg datang umah utk party direct sellingnya. Kalau hari x spesel, keluar gelas biasa je. Flute ni Kak Saleha simpan dalam almari kaca utk ditayang pada tetamu. Dah macam muzium gelas plak ray tengok. Berangan n kelas kan kak saleha ni? Tapi malangya dia tak train embok dia cara pegang gelas tu. Hilang Kak Saleha punya kelas...hahaha.

Oklah lupakanlah pasal gelas fancy mancy tu. Katakanlah gelas biasa. Cara nak pegang kenalah betul. Tapi masih ramai yg tau tapi tak buat. I guess it's a bad habit.

How would you really react, bila minuman yg dihantar dipegang dengan cara yg salah.

A. Bagi fast course cara nak pegang gelas
B. Simbah air kat muka mamak tu
C. Buat muka geli dan sound mamak tu
D. Tak minum air tu, dan order air kelapa
E. Minum je air tu. Tak mati pun kalau minum.

Terpulanglah...LOL

So raya ni...atau bila berbuka...fikir2 la apa yg ray tulis kat dalam entry ni.

Additional info : Masa makan, use your left hand to hold your glass. Right hand utk suap makanan ke dalam mulut. Walaupun pakai fork & spoon still use your left hand to hold the glass. Ada sebabnya, gelas tersebut diletakkan disebelah kiri pinggan bila makan kat hotel.

When you are serving drinks, use your RIGHT hand to hold the glass. Tak perlu nak lentikan jari ya. Tak wujud dlm syllabus. LOL


...

Sunday, September 6, 2009

Aboi anak Esah

...


Masa remaja [ long...long...long time ago ], duduk plak area Seremban...tempat lepak sgtlah terhad. Still belajar kan? so manalah ada peruntukan utk lepak ditempat grand-grand.

Meeting point, masa tu ialah semestinya kedai buku. Bila meet kat kedai buku, boleh belek2 magazine ke, buku2 ke & apa2 yg patut sementara menunggu yg lain2 sampai. Takdelah rasa bosan menunggu kan? Almaklum kelambatan satu kemestian bagi sesetengah orang dengan pelbagai alasan in the world.



Lepas semua sampai, proceed ke kedai makan. Tempat pilihan...restoren fast foodlah apa lagi. lepas makan, then off you go to the cinema. In Seremban masa tu ada lima panggung wayang.

1- ODEON - tayang cerita melayu. Tiket cuma RM1.80
2- REX - tayang cerita2 cina
3- RUBY - tayang cerita2 cina
4- PLAZA - tayang cerita2 murah/indon dan xrated . Takde air cond...kipas je...huhuhu. tiket RM1 je...LOL

Satu panggung satu filem je. So very the limited choice. Kalau filem mcm tak best, pegi main game kat Wisma Punca Emas. Insert coin 20 sen, main lah game sampai lebam. Itulah routine lepak masa remaja.

Zaman pertengahan berusia 20an, bila dah tinggal di KL, dah kerja...status sosial meningkat. Dah berduit. Ada teknologi. Dah ada hphone. Filem berlambak boleh tengok...and so many things to do. Masing-masing dah upgrade diri. Kalau dulu jumpa kat kedai buku, sekarang kat cafe2 plak. Kononnya lepak kat Starbuck, sgtlah kelas. Starbuck KLCC.



Duduk lepak sambil menghirup coffee cekik darah dan menikmati suasana panaroma taman yg dipenuhi gelagat manusia. Wahhh gitulah! Ray bersama empat rakan sekolah ray [ member yg sama lepak kat Seremban dulu] berubah citarasa sekarang. Walauweiiii !!

Semasa lepak, KLCC didatangi oleh segerombolan makcik2 dari Seremban ke KLCC. Satu bas datang melawat KLCC. Anjuran cawangan wanita UMNO KG Dusun kut. LOL

Tiba-tiba seorang makcik menegur salah sorang dari kami.

"Aboii !!!! Aboii !!!"

terperanjat beruk kami dengan suara panggilan yg sgt kuat.

" Aboii kan ni??? Aboii anak ESAH kan? Anak Esah kan??"

Ya, one of my friend yg digelar Aboi got spotted in KLCC by one of his mom's friends. LOL

Aboi dah tersengeh. Semua mata memandang ke arah kami. MALU !!!

Then she started yelling again. This time...dia jerit kat kawan2 dia yg lain.

"Timahhh !!! ni haaaa... den jumpo anak Esah !!! Aboii anak Esah !!"

Saper Aboi ni ? artis ke? Ada album ke ? LOL

Walaupun malu, dah nama pun anak melayu....kami bangun dan bersalaman dengan semua makcik2 tu sebgai tanda hormat. Walaupun status dah upgrade, rasa hormat kenalah ada.

Aboi FC meninggalkan kami setelah beberapa ketika. Agaknya, bila mereka balik...akan kecohlah satu taman tentang cerita mereka berjumpa Aboi anak Esah di KLCC. Ray rasa dorang rasa bangga kut. Berjumpa dengan orang yg mereka kenal dari ribuan pengunjung KLCC yg mereka tak kenal , mana tak excited kan.

That was then, zaman pertengahan. Masa tu nak mencari identiti diri. Nak rasa lah hidup glam sbb dah berduit. Sudah tentu ada rasa malu kan kalau ditegur dengan kuatnya dengan nama panggilan ketika nak menGLAMkan diri. LOL


Aboi anak Esah sekarang dah memiliki jawatan tinggi disebuah bank. Dah kaya. Banyak harta. Kebanggaan keluarganya. Walaupun memiliki semua itu Aboi tetap merendah diri dan menghormati orang lain. Dia tidak lupa kami kawannya yg berada dalam setiap pahir getir kehidupan sebelum sampai ke tahapnya sekarang.

Kadang-kadang bila kita semakin selesa, kita lupa. Lupa asal usul kita. Orang yang berbudi dengan kita. Jasa mereka. Lupa, orang yg membantu kita secara tidak langsung utk sampai ke tahap kita sekarang. Dulu kita menurut kata, kini kita mula membantah. Tak salah utk tidak bersependapat tapi kenalah ada caranya. Jangan terlalu lantang seolah-olah kita terlalu sempurna.


PS : Jalan cerita diubah suai mengikut kesesuaian yg sangat sesuai kesesuaiannya. LOL



Friday, September 4, 2009

About my dad & my step mom

...

Satu hari bawak my dad jalan2 by car. Lalu sebuah kampung. Kampung Gebok namanya. My dad mula bercerita.

Second time, lalu kawasan yg sama...here we go again. My dad bukak cerita tu balik. Cerita yg sama.

I shared that experience with my brother in law. And you know what? Abg Sham told me, the same thing happen when dad was in his car. Same story...the exact same opening speech.

My dad ni kelakar la. He is already 75 years old. Dia suka ulang cerita yang sama.

Sekali tu...all of us are in one car. Abg Sham is driving. Lalu kawasan yg sama. As expected my dad start dah. We started to look at each other. All of us know already kan. We listen je la sambil menahan ketawa.



Yang lebih kelakar, ayat permulaan cerita juga sama. Mulanya mcm ni.

"Kalau nak tau...kat Kampung Gebok ni, ada sorang LELAKI ni namanya Cangkul........." and so on. Macam ada skrip.

During raya, my friends yg datang rumah pun notice yg my dad akan mengulang cerita yg sama setiap kali datang beraya. He also loves to show old photos of him and his siblings.

My dad is a story teller. Lots of story to tell. His wife [ my step mom ] juga kategori suka bercerita jugak. Bercerita dengan penuh perasaan. Plus loghat nogori yg pekat and very the loud. Sometimes I can tell my dad mcm embaressed dengan loud speaker isterinya. By the way she's 50+ umurnya.

Ibubapa kepada flight attendant ada previllages. Ibubapa atas tanggungan can travel for free once a year to any destination. On top of that, they can travel anytime, anywhere by only paying 25% from the actual tambang. Last two years, they went to New Zealand. My dad told me that masa mereka berdua kat KLIA on the way ke Auckland, New Zealand...my step mom dengan kuatnya bersuara.

"Abang !!! mano passpot ehhh??? Tadi ado...kang x dapek poei lak kang !!!....takdo talkleh masuk doe kapal torbang....huh...ado tak???"

She requested for my dad's international passport dalam jarak 10 meter from him. Every one kat KLIA masa tu started looking at them. LOL.

If I am there ...would I be embaressed? NO. If I am 15 years old, maybe YES. Inilah ragam orang tua kita. That's the way they are. Seronok ada la apabila melihat telatah mereka. Apa pun they are a loving couple and taking good care of each other.

Secretly, we have a nickname for my dad & my step mom. We call my step mom...Kathy. Why? Because she looks exactly like Hollywood actress, Kathy Bates. My dad plak...Anthony as he mirip muka pelakun Anthony Hopkins. LOL

Uik. Bunyinya mcm disrespect je. No lahhh...It's just humour to have fun antara Ray, Abg Sham & my sis. If I am not mistaken, I did told my dad about it. My dad just senyum je.

"Mak !! mak ada tengok drama Nur Kasih kat tv3 tak?"
"pukul bapo drama tuhh?"
"sembilan malam"
"Tak tengok ....mak tido dah maso tu"

Reason kenapa ray bertanya....sbb my step mom ni...peminat drama tv. Artis mana yg dia x kenal? LOL. Kuat gossip pasal artis. Baru-baru ni she asked my sis sama ada dah tengok ke belum rupa isteri Norman KRU. My sis kata belum. Gigih dia mencari suratkhabar/majalah yg ada gambar tu.

I am so thankful to my step mom for taking care of my dad. She is the eyes and ears for me when I'm not there.

It's fun to talk to them regardless cerita yg diulang, loghat nogori yg pekat dan speaker yg kuat.
Actually something that I'm looking forward to setiap kali bila balik ke kampung.



....

Tuesday, September 1, 2009

Ambang Merdeka made the news !

...

Projek Ambang Merdeka Tadika-Tadika Swasta N.Sembilan dimana Ray bersama 12 pengetua-pengetua tadika usahakan mendapat liputan media-akhbar inggeris THE STAR bertarikh 1 September 2009.

Pada 31 Ogos 2009, gambar besar event itu juga menghiasi muka depan akhbar tersebut. Muka depan tu...! Terkejut jugak ....Nak tau siapa yg ambil gambar yg jadi pilihan tu, sila ke blog Megat.



Selain itu, ada jugak la keluar Berita Harian, akhbar cina Nan Yang dan akhbar Sinar edisi selatan.

Rasa bangga kerana apa yg diusahakan mendapat perhatian media. Ya la kan, setelah team kami berusaha dengan gigihnya menjayakan projek tersebut. Pls note, tiada peruntukan asal disediakan utk program tersebut. The committee have to raise money to make it a reality. Believe me it's not easy to get cash money even for a project yg bernilai murni mcm ni. At last the team managed to collect RM15,000 hasil sumbangan penderma, pengiklanan & penajaan. Kalau nak diceritakan tentang kepayahan nak carik duit, sampai esok pun x abis cerita.


Preschoolers show the way
By C.S. Nathan

CHILDREN can teach us a thing or two about patriotism, as evident from a recent gathering of preschoolers where the Merdeka spirit was high despite the blazing afternoon sun.


Not content with just flag-waving, the children from kindergartens in Negri Sembilan put on an amazing show of unity with their patriotic songs, poem recitations, march-past and dance performances featuring the different cultures of Malaysia.


Dubbed Ambang Merdeka, the inaugural event held at the Paroi Stadium in Seremban involved 30 kindergartens from all over the state.



Coming together as one :Preschoolers decked out in traditional costumes and their school uniforms presenting a performance.

“Programmes like this help children appreciate each other’s culture and teach children the true meaning of patriotism.


“Looking at these kids, you see 1Malaysia – children of different races coming together as one to celebrate our nation’s independence together,” said state Tourism, Unity, Culture, Arts, Heritage and Malay Customs Committee chairman Datuk Mohammad Razi Kail, who launched the event.


Young Patriots :Preschoolers braving the heat to drive home the message of 1Malaysia and the Merdeka spirit at the gathering

The half-day programme began with a march-past featuring more than 400 children decked out in their National Day best, with each kindergarten showcasing a different theme.


Three kindergartens were judged best dressed with the top prize going to Tadika Bintang Seri Cerah, whose pupils proudly walked past the crowd attired in traditional costumes like cheongsam, Minangkabau dress and Indian pavadai.


Mohamad Razi, who later presented prizes to the winning preschools, hoped that more patriotic-themed programmes would be held to instil awareness of the Merdeka spirit in children.


“I’d like to see more programmes like this in future.


“It’s nice to watch these kids – they are so into the Merdeka spirit, cheering and singing their hearts out.


“That’s the way it should be – our children should be proud of our country and how far we have come as a nation,” he said.


The programme ended with a performance by guest artiste Dafi, who entertained the crowd with the popular patriotic tune Tanggal 31.


Among the participating preschools were Tadika Rumah Si Kecil, Tadika Ria Karisma, Tadika D’ Ceria Indah, Tadika Minda Canggih, Tadika Cilik Cerdik, Tadika Tunas Dinamik, Tadika Bunya Raya Indah, Tadika Anakku Nur Iman, Tadika Bijak Syura, Tadika Kasih Murni and Tadika Si Johan – all winners of the 2007 and 2008 kindergarten excellence award.

End.




...