Friday, August 28, 2009

Diari Ramadhan 2 : Bubur Lambuk

...

Petang semalam, I stopped by at the nearest masjid in Bukit Subang to get some bubur lambuk. It's my very first time ever getting those free bubur lambuk.

Bubur Lambuk ? I am not really a fan. I have no idea why I did what I did. The closest thing to bubur lambuk that I usually eat is Bubur Ayam McD. LOL

I will tell u why I am not a big fan of bubur lambuk. A sewel friend of mine pernah kata that bubur lambuk looks like cat's vomits. Yuckeyyyy she said.

Ok. I'm sure all of you know what bubur lambuk is but I insist in explaining it to you guys.




Bubur Lambuk is a type of Malay rice porridge that is cooked and distributed free [kalo x free bukan bubur lambuk namanya...hahaha] to the public during the fasting month of Ramadhan in many places. Some bubur lambuk in other states have different style of preparation.

Bubur lambuk or herbs rice porridge is a Terengganu traditional porridge cook with differ kinds of herbs, sweet potatoes, fish crackers, dry prawn etc. Young leaves like daun kesum, pucuk manis, pucuk paku, etc. Basically, you mixed everything in it.

There u have it.

I break my fast, with only bubur lambuk and some kueh that I bought at bazaar ramadhan nearby. I don't know why, I have no nafsu whatsoever to "makan besar" during berbuka nowdays. If I do buy lots of food, towards the end, makanan tu ended up in fridge or maybe go to waste. I akan berhenti makan before I kenyang.

But I feel good la. Terlebih kenyang buat badan jadi malas and mengantuk.

Back to bubur lambuk.....The bubur lambuk yg ray makan berbuka semalam was good. Not because it's free but because it's really good. I am officially a bubur lambuk fan now. Since I am
already a fan, alamak terdetik pulak rasa malu nak amik bubur lambuk free tu on daily basis.....mana nak letak muka kalo hari2 beratur amik sebungkus...huhuhu

Some say bubur lambuk yg paling femes is bubur lambuk kampung baru. Sangat sedap kata dorang. Curious plak nak rasa. If nak sangat...I have to drive all the way to KL, beratur panjang to get it. Is it worth it? Duit minyak, traffik jam and the long queue.

Bila bercakap pasal bubur lambuk it reminds me of a story. Two closest girl friends of mine, use to quarrel. About what? I can't remember.

They start calling each other names. Very bad names.

Lakunan semula.

Nina : "Ehhh ko jangan perasan la...ko ingat muka ko cantek sangat? Nyonya jual sayur kat pasar tu lagi cantek tau !!"

Umai : "Heyyy pompuan itam......memang aku cantek !!!"

Nina : "Sudahhhh!! cantek konon. Ko ingat ko Mariah Carrey, Siti Nurhaliza, Julia Roberts??"

Umai : "Julia Roberts boleh......Aku pilih Julia Roberts!!"

Nina : "Kulit muka dah la berjerawat.....menggerutu plak tu....Julia Roberts konon....mcm bubur lambuk ada laaaa....ada hati nak jadi Julia Roberts!!!"

Dengar perkataan "bubur lambuk" all of us start laughing. All of us. Dua yg bertekak tu dan tiga lagi termasuk ray yg menjadi penonton setia debat piala agong musin ke 8. LOL

Since then, bubur lambuk is not just a dish to me. It's also about a friend yg until now digelar "Umai Lambuk" sejak tragedi debat piala agong tu.

Poor Umai. Melekat nama tu sampai sekarang. Dah beranak satu dah. Still digelar Umai Lambuk.....Mesti dia allergic nak makan bubur lambuk sampai sekarang...LOL


PS: Anybody knows kenapa L.A.M.B.U.K ? Kenapa tak bubur campur ke...bubur 4 in 1 ke? Mana datangnya nama lambuk tu???

...

Tuesday, August 25, 2009

Crew Life 15 : Berpuasa di sekeliling dunia

...

Bila bulan Ramadhan tiba, beberapa perkara akan terlintas di kepala hotak crew. Salah satunya.....Cuti ke tak raya tahun ni. Approve ke x cuti yg KUMOHON [ mcm lagu Sheila Majid la pulak ] . Enam bulan lebih awal kena dah plan cuti. Itupun belum confirm dapat lagi.



Tinggalkan dulu hal cuti raya tu.

Kedua, mind set kena ready dengan jadual kerja [ roster ] utk menghadapi Ramadhan. Kat negara mana kita akan berbuka? Berapa jam berpuasa? Pukul berapa sahur dan waktu berbuka? Apa nak makan?

Ada sesetengah flight...bertolak dari KL waktu siang... disebabkan perbezaan waktu 1o jam kemudian bila tiba ke destinasi...masih siang. Kiranya kita akan berpuasa lebih dari waktu yg sepatutnya. "Musafir" boleh dijadikan alasan utk tidak berpuasa tapi cuba try test tengok dulu...boleh tahan ke tak. Dah la kerja hidangkan makanan, boleh tahan ke u ols? hahaha. Bila kita serve makanan, ada penumpang amik keputusan utk tidak berpuasa. Part of our job is to serve food NOT to bersyarah kat penumpang tentang kebaikan berpuasa.




Seorang peramugari berbangsa cina menolak cart yg penuh berisi makanan. Kelihatan seorang penumpang lelaki melayu. Apakah yg perlu peramugari ini lakukan?

DO NOT assume that he is berpuasa. Ask him.

"Di bulan Ramadhan yg mulia ini...adakah encik menunaikan ibadah puasa?" [ gitu lah bahasa baku amoi tu...LOL ] - ini kisah benar ya...mmg betul2 ray dengar. LOL

TETTTT...wrong answer ! Don't ask him sama ada dia puasa ke x. Just let him know what we are serving. If penumpang tu muslim & berpuasa, he will politely decline the food.

Lagi satu... not all yg look like malay is muslim and ada juga cina muslim, indian muslim etc. You never know kan? Jangan memandai nak jadi tukang tilik nak agak2 yg mana muslim ke tak. Nak cari nahas ...buat la. Ko bukan Madam Zora nak tilik nasib bagai.

Tapi ada juga kes yg bila kita bgtau menu makanan, dia akan rasa offended. "I puasa laaa !!" katanya marah sambil menjeling. Jenis penumpang yg mcm ni...jenis yg ingat diri sendiri je. Tak consider langsung dimana rupa tak memberi penjelasan seseorang itu berpuasa atau tidak. As if ada cop kat dahi manusia status agamanya.




Ada sesetengah negara, siangnya lebih panjang dari waktu malam. Berpuasa lebih lama. Ray pernah berbuka pukul 10 malam dan lima jam kemudian dah ready utk bersahur plak. Kelakar jugak bila dah kenyang ...tup..tup dah masuk waktu imsak. Bila waktu puasa panjang, kebiasaannya, kita akan stay indoor sbb bila kuat merayau agak memenatkan. Tapi staying indoors ada juga disadvantage nyer. Air-cond juga buat kita lesu and senang dehydrated.

Ada sesetengah negara, siangnya lebih pendek dari malam. Hanya selepas enam jam berpuasa dah kena get ready utk berbuka dah. YEYYYYY !! Tapi jangan terlalu gembira ya....faktor cuaca juga perlu dipertimbangkan. Walaupun berpuasa dalam waktu yg singkat, cuaca sejuk buat perut cepat lapar...hahahah...

Bila ray mula2 join crew, cari makanan halal jadi isu penting. Rakan sekerja yg senior biasanya akan memperkenalkan tempat makan yg halal pada yg junior. Namun, kedai2 tu bukan beroperasi sepanjang masa dan lokasinya dari hotel kena juga consider. Kena plan betul2. Beli makanan utk berbuka dan simpan sikit utk bersahur. Kena jugak bijak utk pilih makanan yg boleh tahan lama. Contohnya...di Auckland, kedai makan agak jauh dari hotel. Bila ray berbuka, masa tu order sekali makanan utk sahur.


Dah nama pun melayu...bila berbuka puasa tu...juadah kena mcm2 kan? Nasi tu dah wajib. Tapi as a crew benda tu kena sacrifice sikit. Tekak melayu ni kadang2 susah sikit nak terima makanan yg asing bagi mereka walaupun halal. Disebabkan tiada kompromi dari segi selera, ada crew yg siap2 tapau food dari KL. Makanan dibekukan semalaman dlm peti ais. Bila nak pegi flight, letak lauk pauk dalam cooler bag. Dalam flight...terkial-kial cari dry ice utk maintain tahap beku makanan tu. Bila sampai bilik hotel, freezer la yg crew akan cari dulu...sbb nak letak frozen food tu. Bila nak berbuka panaskan ajo.

Pengalaman berpuasa sebagai crew tak mungkin dapat Ray lupakan. Ia adalah pengalaman unik yg bukan semua orang rasai.

PS : Selepas tergelincir matahari, makruh hukumnya menggosok gigi. Pada tahap ini mulut akan berbau busuk. Kerana tugas, terpaksalah pastikan nafas x berbau dengan mengosok gigi or berkumur bila perlu. Non muslim takkan consider yg mulut u busuk kerana berpuasa. To them busuk is busuk. LOL


...

Monday, August 24, 2009

Uninvited

...

Apalah rasanya jika anda tidak dijemput? Tidak diundang utk bersama-sama berbuka puasa.

You feel that you are not wanted, nobody cares and as if you did something wrong. Rasa kecil hati tidak terbendung especially when you always have the intention to meet all of them.

Bila bulan Ramadhan menjelang, first thing that comes to mind is to break fast with my friends. Eager about it. Waiting for it to happen.

Then, you realised that they left you out. It's sad but what can I do about it. Nothing much.

Exclude me in their plans obviously shows dimana letaknya kedudukan ray sekarang.

Nowhere near their heart .

Maybe that's the message that they want me to take note.


...

Diari Ramadhan 1 : Juadah Berbuka

...

Malam sebelum puasa, ada guest datang rumah. Dafi & Pooh drop by. Ada project sikit. Sampai-sampai je...Pooh mengadu kelaparan. I said no problem, we will call for food. Both of them ternganga dengar statement tu. The thing is...where I stay ni...ada food service.....call...bgtau apa nak makan and they will send it to the door. Megat ordered daging ayam masak kunyit, pooh plak nasi goreng ayam telo mata kerbau with teh ais. Dafi diet...order fresh orange ajo.

Sambil work, we chat/gossip and makan. I had , mee hoon goreng and fresh orange. That's my dinner and that is also my sahur. Akak depan rumah bagi bubur durian semangkuk....so ray makan la jugak bubur tu sikit. Puasa hari pertama tak memenatkan langsung. Rasa cepat je masa berlalu...tup..tup..dah petang.

Hari pertama berpuasa, Ray berkesempatan berbuka di kampung. Arrive there just in time utk berbuka. Lucky me kan? kampung is just nearby.

Bila digigit terasa keenakkan dagingnya


Before that, my sis bought few types of kueh in Seremban. Murtabak, donut, kueh udang. Nampak sikit sangat.

FYI, Kg Sungai Machang is just about half an hour drive from Seremban. Itu from Seremban, from KL about an hour drive.

My step mother Kathy, prepaired ikan masak gulai lemak with rice and sayur campur. Beverage teh o panas. No cold drinks.



Cocah ngn roti pun sodap yo !


Itu saja menu kami. Simple kan?

Ray mula2 makan murtabak. OMG sedap betul murtabak tu....aiyaiyai. Baru menyuap potongan murtabak ke 3, the rest dah mula makan nasi dah.

OMG sedapnya makan murtabak sambil menghirup teh panas. Then, my dad asked me...why so slow?

I answered "Apak...kena slow2....I've got gastric...makan laju2 nanti kepala pening"

Then, my sis menyapa...."Laaa kenapa tak makan ubat gastric Mc Gel".

"Mc what???? Gel what???" I laughed out loud, pelik dengan nama yg sis mentioned tu.

Then she start preeching about the ubat ....on how berkesan, cheap and good the ubat is. As if she is the duta of that ubat. Insisting for me to try ubat yg diberi nama Mc Gel tu. She keep repeating on how effective the ubat was to her.

Same night, balik ke Seremban and from there Ray balik ke KL semula. Sebab dah terlalu penat...Ray terus tido bila sampai...so x bersahur pun.

Hari ke2 berpuasa, Ray plan berbuka dirumah. So, me and megat plan ke pasar Ramadhan Kg Melayu Subang saja. Boleh la jugak beli some kueh utk balas bubur durian yg akak depan rumah bagi dulu semalam. Punya la banyak gerai menjual juadah berbuka. Panjang dan penuh sesak dengan manusia. Amik masa satu jam la jugak kalau nak completekan satu pusingan.

Macam2 yg kami beli. But sad to say...the food was a disappointment.





Our menu
Air tembikai laici dah nak hampir basi
karipap inti kosong
nasi pasir keras
gulai terlebih masin
laksam masam
ayam percik terbakar
Ikan bakar arang
kueh mueh

Sah2 dorang ni asal nak berniaga je...bukan nak jaga standard makanan. Harga pun not that cheap either. We spend almost RM30 untuk 2 orang makan.

Then, ray teringat what I had for berbuka on the first day of puasa. Simple food but sedap dan memuaskan hati . Less than RM30 untuk 8 mulut yg berpuasa. Itulah kelebihannya duduk kat kampung. Makanan tak cekik darah mcm di KL/Selangor. I also admired the way sis spend beli juadah yg tepat, mencukupi [tak membazir] dan murah.

Mahal kalau sedap bebeno....xpe la jugak...tapi mahal tak sedap xke menyakitkan hati. Mencikkkk !!

Peniaga-peniaga...kalau nak berniaga tu buat la elok2...jangan nak kaut untung jer. Jangan sampai ray amik gambar gerai korang dan letak kat blog nanti...hahaha. Jangan sampai....ray tunjuk perasaan berdemonstrasi bawak sepanduk kat depan gerai nanti...

PS: Hari ini akan lebih berhati-hati memilih juadah. Teringin nak makan roti jala dengan kuah kari yg pekat...huhuhu


Friday, August 21, 2009

Pose bila bergambar

...

When is the last time, I really...really took a photo? I mean beriyo iyo bergambar. Oh yup! That was on June 14th this year. During my visit to Malacca.

Amik gambar sekadar satu-dua, ray x consider as beriya-iya. Beriya-iya bermaksud more than 100 pictures...LOL. Imagine me in every single pictures....and that's what I meant beriya-iya.

As if I never been to Melaka..kan? Why beriya-iya beno? It was on my birthday. Lagi satu sebabnya ialah kerana kawan-kawan 2X5 gila bergambar.




Semakin tua...semakin hilang nafsu nak bergambar. LOL. Few ocassions la yg ray ingat tahap beriya-iya ni. One, masa mula-mula menjejakkan kaki ke London. Amik gambar sampai lebam. Excited gila...first time la katakan. Kalau jumpa satu bangunan tu...jumlah shotnya mengalahkan model nak buat shoot cover magazine. Nampak tiang ...excited...nampak bas bertingkat excited...nampak patung singa....excited.....

That was my first solo flight as a crew to London. A week after that, got excited again. This time in Armsterdam.

Let's go back masa kecik....no...tak hadap pun nak amik gambar. Tak heran. Lari bila orang ajak bergambar.



Imagine la kan...satu destinasi tu gambarnya berpuluh-puluh. Banyak beno ke pose nyer? Hahaha. Atau pun sama je? Ya...hampir sama. Baju pun sama je. Yang berbeza, hanyalah latar belakangnya. Ibarat copy badan dan paste kat different background. Seperti superimpose yg perfect...LOL

So, kesimpulannya...ray tidak pandai berposing bila bergambar. Bergambar bukan kerana suka berposing atau kuat berangan...thank god!

The excitement adalah disebabkan, nak merakamkan detik-detik penting. "The moment " la gamaknya. Tapi perlukah banyak2 bebeno? entahlah...


Ray browse through album lama tadi. Gelak besar bila melihat gambar my friend Fazli dengan seorang sahabat lain. Berlatar belakangkan air terjun yg agak tinggi. Scenery ? Fantastic ! Pose...menyedihkan!

Imagine...two guys dalam gambar berdiri tegak [ tegak as if menyanyi lagu Negaraku ] standing next to each other on a huge rock. Berpakaian lengkap ya....macam nak pegi opis. The models tak compliment surounding langsung. A bit weird.

Kami hanya singgah masa on the way to Cameron Highlands pada masa tu. Never the intention nak berkelah atau mandi langsung. Just nak amik gambar dan leave the mark....dan noted that we were here...LOL

As mentioned earlier...nafsu bergambar dah berkurangan sekarang. Naluri supermodel hampir pupus. Either temporary atau berkekalan....I have no idea. Yang kelakarnya, few weeks back....Dafi plak yg ajak bergambar instead of me initiating it.





So, entry kali ni....nak buat kajian sikit. Poses yang perlu kita consider bila berhadapan dengan kamera. Sebelum tu, tengok gambar korang yg ado sebelum ni. Sekiranya semua pose anda hampir sama, OVER atau tak kena pada tempatnya. Bantuan gambar diatas mungkin boleh membantu.


Cuba korang buat setiap kali korang bergambar.



Kalau anda rasa pose diatas tak mencabar kemodelan korang....consider pulak visual dibawah ni ha. Tapi...hati-hati....carilah tempat yg sesuai utk pose2 ni.

Amaran : Pose ini tidak sesuai untuk bergambar di muzium, pasar seni, tugu negara, semasa hari raya...LOL



PS : Selamat menunaikan ibadah puasa kepada yg beragama islam. Cuba pose sopan sikit !
...


Tuesday, August 18, 2009

Cubo toko & apo yang tak kono?

...

Sila lihat gambar yg saya paparkan dalam entry ray kali ini. Lihat dgn lebih teliti. Fokus2.



Cuba teka ...apakah agaknya yg kami lakukan dalam gambar diatas? Lalu depan VIP? tunduk hormat depan sultan? bersopan santun di jalan raya? Sapu sampah ? LOL


Apa yg tak kena dengan gambar diatas? Nak uji anda perihatin atau tidak. Silalah drop komen untuk memberitahu ray jawapan kpd dua soalan diatas.


Jawapan akan ray berikan pada hari Khamis ini.


Photobucket

...

Sunday, August 16, 2009

About Ambang Merdeka 2009

...

Ambang Merdeka 2009
Tadika-Tadika Swasta N.Sembilan
[ Perhimpunan Terbesar Kanak-Kanak NSDK ]


15 th August 2009, sibuk mengendalikan satu projek berkaitan kemerdekaan. For kids. Lots and lots of kids....Over 700 kids and more than 1000 adults attending it. A huge success!



Marching with face mask on. Keperihatinan terhadap H1N1 thingy. Yeah...i know....gathering mcm ni sepatutnya ditunda because of the terible desease...but cancelling it or intention nak menunda.....kena think twice. Budak2 ni dah work hard buat latihan. Further more commitment pada penderma, sponsors, advertisors...sape nak jawab & tanggung kerugian?

We decided to go ahead with health precautionary measures taken. Siap ada screening lagi sebelum masuk. Saper demam...no go.



Sape pulak budak ni? aha...dah mcm leftenan muda tak siap dah. with sunglasses and all. LOL. Ray...kenapa Dafi? lagi2 Dafi...takde orang lain ke?

I have my reasons. One, Dafi ni sgt bagus with children. Kids adore him. Imagine, la MAWI...Dayang ke, JAQ ke...sesuaiii ke u ols??
Reason no2....I know Dafi always wanted to do this. He enjoyed it. This is his way to contribute towards the community.

Ada beberapa nama artis lain in mind, we did approached tapi mahal u ols. Dafi tak berkira sangat. Doesn't mean he's cheap ya....tapi bayaran sometimes mestilah kena dengan tempatnya. Ini projek nilai2 murni. Non profit kinda of thingy.

Ketiga, he is my friend. Kroni ? heyyy why not? As a friend promote la kawan sendiri. Apa salahnya kan?

Photobucket

Keempat, keserasian bekerja bersama. I know what he can offer. He knows what I want.

Kelima, pengaruh Dafi keatas kanak-kanak. When we announced that Dafi will be entertaining us...all the kids got excited! Infact satu Negeri Sembilan teruja.

Separuh dari kanak2 tu bukan melayu. Betul...memang ada yg tak kenal pun siapa itu Dafi. Tapi, he make his mark....now they know him. Few chinese and indian teachers expressed their gratitute and compliment Dafi for the above reasons.

I was touched bila ada seorang kanak-kanak menangis nak bergambar dan nak berjumpa dengan Dafi. Kisahnya, family budak ni dah balik awal - Dafi perform masa penutup. Sampai rumah dia menangis tak henti2. The parents have no choice but to berpatah balik. Masa mereka sampai, the event dah habis. Dafi tgh siap bersalin tuk balik as he ada event lain to attend to. I was alerted by my sister about kisah ni and told Dafi about it. He quickly look for this little girl and took pictures with her.

I am so proud of him !!
Aha...one thing you should know is...I never compliment Dafi face to face...LOL. Kembang hidung kang susah nak recover. Jobo kang...susah plak ray nak terima...LOL. Puji je la dalam blog.



Yang paling penting.....

The experienced yg Ray dapat bekerja dengan pengetua2 tadika. 10 orang ajk's yg terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Mereka pendidik anak bangsa. I adore them. Not easy ya...nak mendidik kanak2.

This is what we have to say.....

"We looked at each other and smiled the first time we met. The truth was we were anxious on how this relationship would turn out to be. After all, we are "competitors' in a sense, running our own private kindergarten. We never had a lot of opportunities working together as a team. Furthermore, a project this magnitude has never been done at all. Now, months later, looking back, we realized how much we have grown from this project. We learned so much more about each other and adored each other. Each persons brings to the table wonderfuls ideas that everyone can learn from. Although we were faced by tribulations on making this event successful, we managed to overcome each hurdle. Thank goodness for the initiation by Jabatan Pelajaran [ En. Nek Ezar ], now we feel we have build a great friendship among us ! We will always cherish this experience...."





Credit : pictures by Capeq

...

Thursday, August 13, 2009

Crew Life 14 : Kaki CUCUK

...

Kali ni, ray nak bercerita pasal KAKI CUCUK. Bukan cucuk satay, bukan kueh cucuk badak ....tapi peranan manusia yg digelar kaki cucuk , menghasut dibawah akta hasutan seksyen 7 Shah Alam. Dari bengang, menjadi marah, dari marah jadi sakit hati dan seterusnya ke level-level yg lebih tinggi akibat dicucuk dengan hebat.



Lakunan semula : Adegan cucuk dalam drama "Bawang goreng, bawang hiasan"


"Cucuk" diguna pakai kerana perbuatan tersebut ibarat menggunakan jarum mencucuk orang lain. Cucuk bagi sampai [rasa] apa yg dihajat dihati.

Dalam kes ni, sape yg harus dipersalahkan? Ada yg kata, kaki cucuk yg harus dipersalahkan. Kurang tepat ! Rasanya, yg dicucuk pun harus dikeji...hahaha. Kerana terlalu bodoh utk menerima bulat2 tentang apa yg diperkatakan.

Ray nak kaitkan dengan hal cucuk ni, dengan kerjaya glamer di atas awan biru. Beberapa punca kaki cucuk wujud. Salah satunya sebagai agent mempertahan diri.

Peramugari Senior: Hey..MAHA lemps la ko ni...terhegeh2 buat kerja....!!

Peramugari Junior : Ok...i try buat cepat2 ni. Sorry2.

Peramugari Cucuk : Sorry...mory...dari dulu dia ni mmg lembab kalau u nak tau!

Peramugari Senior : OOO mmg dah dilahirkan lembab la ni !!!





Bila kambing hitam dah wujud dalam situasi diatas, peramugari kurang asam menarik nafas lega. Dah ada mangsa, so terlepas lah kali ni. Bila ada yg lebih teruk, kerja yg sesedang ni takde la nampak teruk sangat dimata supervisor tu. YES !!! ada yg lebih lemah so...chances utk tidak dimarahi lebih besar.

Bukan la nak kata Ray bagus sgt. Tapi kalau ray dalam situasi tersebut, ray xkan amik pot. Buat kerja sendiri saja sudah. Orang akan lebih hormat kita jika kita tak campur tangan dalam hal yg bukan urusan kita. Bila kita mula mencucuk, ia ibarat penyakit yg akan menular dan susah utk kita tinggalkan.

Pernah dalam satu situasi, peramugari ni teruk dimarahi sampai terketar-ketar. Yang tukang marah ni happen to be a friend of mine.

"Ko rasa2 aku ni garang x? Bitchy kan I?"
[ eh...jadi satu kebanggaan pulak bila garang ya?]

Ray membalas. "Ko tak penat ke marah2 orang ni?" "Dapat award ke kalau garang2 ni...gaji ko naik ke...dapat allowance ke? "Sudah2 la tu..."

Ray pun pernah kena marah dan dijerit. Petuanya...sabar je la tapi ada masanya Ray bersuara jugak.




"You tak payah jerit boleh tak....kalau u cakap baik2...I still ikut apa yg u suruh so tak payah nak jerit2...buat penat you je"

Berbalik pada kaki cucuk. Mereka mencucuk mesti ada sebabnya. Sama ada nak mengalihkan tumpuan, berkemungkinan jugak sipencucuk tak suka muka si mangsa. Mesti ada cerita disebaliknya.

Antara kemungkinan lain.

1- Kes balas dendam. Dulu ko kenakan aku. Ha..sekarang amik ko ...rasakan.

2- mangsa pernah ngorat boypren dia kut. Ada sejarah tarik rambut atau membaling kasut kat disko kut.

3- muka mangsa lebih cantik dari muka dia. jeles. Masing2 dah cantik masaalahnya saper lebih cantik skrg?

4- Tadi ko kekwat sgt...nak amik ko...rasakan. Kategori balas dendam jugak la ni. So, bila lalu lalang di tempat melapor diri...kena senyum kat semua orang sbb kita tak tahu sape yg akan bekerja dengan kita nanti.

Tugasan harian di awan biru, disertakan sekali dengan kaki cucuknya. Kena belajar menahannya. Jika tidak, tak lama la jadi crew. Faktor pertukaran rakan sekerja yg kerap dan berlainan perangai menjadikan ianya lebih sukar. Nak kena adapt all over again setiap kali pergi bekerja.



Bersalam-salam dahulu, bercucuk-cucuk kemudian.


Kaki cucuk dan peranan mami jarum lebih kurang sama. Mami jarum dengan gelang sampai ke siku...cuma jarum je tak dijadikan hiasan badan. Bila bercampur dengan kaki cucuk, memang seronok tengok gelagat dorang tapi bila terkena..sangat la terasa bisanya.

Minggu lepas, masa bertugas ray sempat berkenalan dengan seseorang. Diperkenalkan oleh seorang rakan yg rapat. Dalam masa 5minit saja, dia ni dah keluar cerita buruk orang lain. Not to judge people easily tapi rasa pelik.


Dalam 5 minit kenal, dah keluar mcm2 cerita keluar...bayangkan....apa akan jadi bila dah lama kenal. Dalam masa yg singkat tu sempat mencucuk pulak tu.

As mentioned...ray tak nak cepat judge dia...tapi my data prosessor kata...I have to be alert and be careful with this person.

Sama ada berkerja di awan biru atau tidak, kaki cucuk ada dimana-mana. Berhati-hatilah.


PS : Nak kredit pelakun jemputan dalam poster. Syamelia Contessa sebagai mak bawang, Lyn bueh sebagai bawang goreng & Fara debab sebagai bawang hiasan. Lokasi pengambaran : Syamelia Home Deco. Jurugambar : Megat Eusofe

Oh ya. Ada yg bertanya. Kenapa bila ray buat entry psal crew life tapi tak pernah ray sertakan gambar ray semasa ray jadi crew dulu. Ini jawapannya.

Menjadi satu kesalahan jika ray paparkan gambar tersebut. Boleh disaman u ols. Crew tak boleh paparkan gambar peribadi bila in uniform. Ray juga xleh mentioned nama airlines tersebut.

FYI, juga menjadi satu kesalahan bila seseorang crew dalam uniform berada ditempat awam seperti dikedai mamak atau naik bas dengan uniform lengkap.


....

Tuesday, August 11, 2009

Introducing Mr & Mrs JOBO

.....
"Hi my name is Jobo, Jemah Jobo" " Hi...my name is Jobo, Joe Jobo" "We are the JOBO"
Mr & Mrs Jobo ialah pasangan yg memiliki business tadika. Wah ! Tugas yg sungguh murni. Mendidik anak bangsa.

Kita tepuk dulu. Tepuk kuat2 sikit !

Tapi sayang, Mr & Mrs Jobo tidak beradap. Bercakap meninggi suara.




Tidak dapat dinafikan, pasangan ini mempunyai pandangan yang bernas. Intelligent, dan passionate...tapi sayang tiada adab bila bercakap. Sangat ANGKUH ! Cantekkk ke muka ko tu? LOL

Bila kita tak faham akan adab waktu memberikan pandangan, sebaik mana pandangan itu, ianya tiada makna. Rasa hormat akan hilang.

"Maaflah, segala kekurangan akan kami atasi...ini adalah program pertama kami...memang ada kelemahan sana sini dan kami akan perbaiki dan atasi" kata my sis.

"No ! Jangan beri alasan !! Kami kalau buat program PERFECT !!...Semuanya kena PERFECT !!" sampuk Mr Jobo, tanda keangkuhan.

PERFECT tahi anjing !!



Mr & Mrs Jobo versi twitter


Kalau anda perfect, anda sepatutnya tahu adab bila memberi kritikan. Ada bezanya antara constructive critism dengan critism yg berbaur dengki dan angkuh. Mr & Mrs Jobo don't even know our names as host...and they call themselves PERFECT. Jap....geli ketiak ray dengar. Nak garuk kejap.

Mr & Mrs Jobo dijemput menyertai program sebagai tetamu menyerikan program. Ibaratkan pasangan ni, datang kenduri kendara umah korang dan complain tanpa adab.

"Apa ni? pengantin datang lambat !!! dan lauk x sedap....lauk kena PERFECT !! kalau kami buat kenduri mesti PERFECT !!"

Apa yg korang akan buat pada tetamu tu?

A. Diam dan senyum manja
B. Mohon maaf dan lari menangis ke arah dapur kerana malu
C. Halau dia keluar
D. Tumbuk sampai mati.
E. Pengsan sebab terkejut

Hahaha!


To me... spanking is what they need !


Obviously la kan nama Mr/Mrs Jobo itu bukan nama sebenarnya. Jobo ialah loghat N.Sembilan yg bermaksud...berlagak/angkuh.

Masa perkara ni berlaku, I was around but I'm too busy with other important things to handle. So, I ignore them. They are making a scene while the rest of us are busy with rehearsal.


...

Friday, August 7, 2009

Penjelasan : Kedekut Tahi Hidung Masin

....


Kedekut tahi hidung masin.

Apa kaitannya kedekut dan tahi hidung? Masin pulak tu?

Where la dorang dapat idea perumpamaan mcm ni?
Mana asal usulnya sehingga terciptanya kaitan antara kedekut dan tahi hidung?

Orang kedekut jenis mana yang boleh digelar "kedekut tahi hidung masin"?

Everyone know what is kedekut. Lokek, stingy...berkira tentang sesuatu. It can be either kedekut duit, kedekut makanan, harta dan kedekut ilmu.

There must be a reason kan. Kedekut dan tahi hidung dikaitkan. Ditambah dengan perasa plak tu. LOL.


I asked my sister. She told me something else that make me laughed out loud. My sis kata, bila kedekut dikaitkan, dia akan membayangkan orang yg kedekut itu seorang yg kurus dan berlubang hidung yg besar. Hah? pulak dah. Begitu sekali imaginasi my sis tentang orang yg kedekut. Meaning....sape lubang hidung besar dan kurus...maknanya dia kedekut lah???

Then, I asked my brother in law. Katanya, kedekut tahi hidung masin ialah jenis kedekut yang ditahap paling minima. Minima? LOL. Tambahnya lagi, kedekut jenis ini ialah kedekut pada sesuatu yg tiada nilainya pada orang lain tetapi sangat berharga pada dirinya.

Tahi hidung diambil sebagai contoh kerana ianya tiada nilai pada orang lain tetapi sangat berharga pada tuan empunya tahi hidung tersebut. Why berharga?

"tahi hidung is something that we don't normally share with others - picking up nose is self satisfaction/enjoyable kind of thing. It's a moment to treasure pada si pengorek"

He added, orang tua-tua believe that, tahi hidung paling masin ialah diwaktu pagi /selepas bangun tidur ialah waktu yg paling sedap korek hidung. Hahahaha !

Orang yg mcm mana kita kena gelarkan "kedekut tahi hidung masin"?

Sebagai contoh, kita nak pinjam pensel tapi enggan dipinjamkan. Bagi kita.... berapa sen sangat lah harga sebatang pensel dan itu pun nak kedekut !! Maka, dia akan digelar '"kedekut tahi hidung masin". Walhal bagi tuan punya pensel, ia adalah satu benda yg sangat berharga bagi dirinya. Mungkin hadiah istimewa atau ada sentimental value dan enggan meminjamkannya kerana terlalu sayangkan penselnya itu.

Orang yg digelar sedemikian, adalah orang yg tak kedekut meminjamkan benda yg lain cuma beberapa benda tertentu sahaja. Benda yg sangat berharga pada dirinya tapi dianggap sebaliknya oleh peminta atau peminjam.

Anda ada penjelasan lain? Share laaaa...LOL

PS : Teringat iklan kat ASTRO, makcik tu cakap omputeh ....SALTED FISH...LOL



Additional Info

Picking your nose' tidaklah bermaksud mengutip hidung anda. Kerana, ia memanglah tidak lojik sama sekali, kecuali hidung kamu seperti Mr Snow Man yang boleh dicabut hidungnya dan lain-lain anggota badan. Ia juga tidak bermaksud memilih hidung anda, kecuali anda melalui pembedahan plastik untuk memancungkan hidung.

Frasa 'picking your nose' atau variasi yang lain seperti 'picking my nose', 'picking one's nose' dan sebagainya sebenarnya bermaksud, mengorek (taik) hidung iaitu 'booger' dalam bahasa Inggeris.

...

Tuesday, August 4, 2009

Perihal Cebok

...


Cebok adalah tindakan membersihkan (membasuh u know what la) setelah buang air kecil dan air besar. Cebok penting dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan. Cebok yang bertujuan membersihkan dubur dapat dilakukan dengan menggunakan kertas (dan bahan sejenis kertas) atau air. Selain itu, di beberapa kebudayaan, cebok juga dapat dilakukan dengan menggunakan batu, daun, kain lap, dan lain-lain.



Ha...itu maksud cebok yang Ray jumpa di Wikipedia. Ini bermakna tindakan membersih dipanggil cebok. Tak semestinya mengunakan air shj yg dianggap cebok. Istilah cebok TIDAK boleh diguna pakai di anggota badan lain. Contohnya mencebok mulut, mencebok kaki, mencebok ketiak. Jangan nak terlebih pandai.


Alahai...kenapa pula memilih topik cebok utk entry ray kali ini? Entah la...tetiba tergerak hati naluriku ini ha...LOL


The Gigih Basuh Type


Ray ada seorang kawan yg akan gelisah setiap kali dia hendak membuang tahi. Kenapa gelisah? sebab bila setiap kali hendak membuang, dia lebih prefer dalam keadaan toilet yang membenarkan dia mencebok dengan gigih atau bersungguh2. Maksud bersungguh2 ialah membasuh dari pinggang ke bawah setiap kali selesai membuang tahi. Ini bermakna, dia memerlukan towel, paip, sabun dan toilet yg cebok friendly. LOL.

"tak boleh la...aku rasa tak bersih jika mencuci bahagian tertentu saja....rasa masih kotor !" keluhnya jika ditanya perihal cebok.

Errr lebih baik terus mandi je u ols. Ibarat tangan kena najis, basuh satu badan. hahaha!


The Noise Maker

Once a upon a time, my room berkongsi toilet dengan my housemate next door. Whenever he is in the toilet, he makes lots of noises. What kinda of noises?

Water splashing noises masa mandi dan bunyi cebok "pecepup pecepup pecepup" that lasted few minutes as if telling the whole world yg dia tengah cebok. "Hello everibody...I tengah cebok ni haaaa!!!"

Walaupun few minutes, it lasted lifetime touchure in my brain cells. Adehhh!! It's so damn loud ok! Bergaung lagi plak tu.

And the bathroom door bukan kalis bunyi ok. Bayangkan kalo dia mencebok tgh malam masa ray tgh tido.

"weii wassup with the noises tu la....??? haiyakk...can u be more discreet kah?"

"Tak bunyi x puas la ray...x rasa bersih !!"

meaning what???? Lagi kuat bunyi cebokkan lagi bersih laaaa...cehhhh ! ajaran sesat mana ni?

Another reason, his big FAT ass....yg buat cebok berbunyi teramat kuat.


The Sapu Type

Dalam dunia serba moden, most bathroom temanya DRY. So, xleh nak basahkan lantai. Takde paip pun ya. Yang ado hanyalah tisu.



Dalam kapal terbang pun toiletnya sebegini. Sesetengah toilet dalam kapal terbang [ in first class toilet] ada BIDET. BIDET ialah paip di dalam mangkuk tandas.

"Errr... how do u do it ya?"

"Wet the tissue lorrr and wipe"

"huh? wipe! ??"

"apa nak buat lorrr...darurat maaa"

People wipe their nose bila selsema...wipe an ass? I'm not so sure la.

But I do nampak some crew bawak bottle mineral kosong dalam toilet. When they do that, u can guess apa yg dorang buat la kan. No need for me to elloborate lahh...LOL use your imagination..kekeke

Believe it or not, sepanjang ray jadi crew xpernah sekali pun ray membuang air besar didalam kapal terbang. I rather tahan and do it in hotel rooms.


The Pancut Type

Ada jenis toilet yang dry at the same time ada paip jugak. So you can cebok without wetting the floor. [ BIDET ]



In Tokyo, I experienced digital toilet bowl with lots of buttons in a panel next to it. Walauweiiii...like jakun tengok. The bowl seat, room temperature u ols so that you xkan terkejut when you put your ass on it. When you 're done...push a button. Ada pancutan. The best part ada beberapa type of pancutan. Pancutan sabun dan air suam. LOL

Bila bangun, automatic dia flush and the seats sanitize by itself. Walauweiiii...hebat3x.

Tak gunakan jari pun u ols.
No hands...No hands !! LOL


Kesimpulannya, cebok bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang penting diri sendiri rasa bersih. Apa pun kenalah jugak belajar adapt dengan keadaan. Jangan duk expect, apa yg dah biasa buat kat umah boleh dibuat ditempat-tempat lain.

Adab cebok bermula dari rumah...LOL


PS: pembaca yg Arif...ada lagi ke teknik CEBOK yg ray tertinggal???


Friends

...


Last Saturday, selepas tugas mengacara di Seremban, terus ke KL disebelah malam. Berjumpa dengan rakan-rakan. Not just any friends, but a very special ones....my childhood friends.

The plan was to have dinner together. Sangat biasa plan itu. Tiada yg istimewanya.

Yang menjadi istimewanya, when we start talking. Semua cerita keluar. A mengutuk B, B mengutuk C, C mengutuk A. Pendekkata, mengutuk each other. We laughed and laughed all night .
We were like small kids. No serious talk at all. All rubbish.

There are five of us. One got married with a daughter. All are successful. in their career. Tiada rasa iri hati. Baik buruk setiap sorang dah blends nicely together. No secrets.


A friend is one who knows us, but loves us anyway.


Tiap2 tahun masa Hari raya, aktiviti wajib ialah beraya rumah each other. Proud to say, we never fail to do that. Masa ray jadi crew ada la terMISS disebabkan terpaksa bertugas.

But to reach to that point, we have been through lots of obstacles and confrontation. Our friendship have tested for the past 20-25 years.

Apakah ramuan rahsia persahabatan erat kami?


1- Tahu dimana sempadan/batasan pergaulan. Beri ruang. Sensitif dengan sensitiviti orang lain. Draw your lines. Kadang kala, jika dijemput masuk....masuklah. Jangan masuk jika tidak diundang.

2- Buang rasa iri hati. Setiap kejayaan adalah rezeki masing-masing. Tukar rasa iri hati itu dengan rasa bangga atas kejayaan diri masing-masing. RESPECT each other no matter what.

3- Kongsi kegembiraan dan kongsi masalah tanpa mengharapkan apa-apa. Bila terlalu mengharap, ia akan berakhir dengan dissapointment.

4- Bila dilanda krisis, fikirkan nilai persahabatan tersebut. Berbaloikah melepaskan apa yg dibina kerana EGO diri.

5- Jangan prasangka atau membuat andaian yg kita sendiri kurang pasti. Jangan judgemental. Kita tak tahu apa yg sebenarnya berlaku.



Points diatas tiada gunanya kalau hanya satu pihak saja yg menyedarinya tetapi juga bukan satu alasan untuk kita tidak mempraktikkannya.

Kawan yang baik bagi ray ialah sahabat yang terima baik buruk kita seadanya. Bila salah seorang buat perangai, we forgive and forget. Tiada faedah untuk berdendam atau terasa hati. Apa gunanya, meletakkan perasaan marah atas sebab kecil berbanding dengan segala yg telah dilalui bersama.


Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.


Sempena hari persahabatan, I'm glad to say that I have good friends all around me. Sepanjang hidup kita, akan ada persahabatan baru terjalin. Diharapkan persahabatan baru itu akan berkekalan untuk dikenang sebagai saat termanis untuk dinikmati sepanjang hidup ini.


The only way to have a friend is to be one


...