Friday, July 31, 2009

Mulut Masin

...


Never taste la mulut orang ! So wouldn't know lah masin ke tak! Ecehh.

Bukan masin mcm garam yang ray maksudkan. Apa yang dikatakan atau dilafazkan akan menjadi. Wahhh ! menakutkan.



Definately NOT my mom's mouth


Pelik jugak kenapa "MASIN" digunakan dalam simpulan bahasa. Apa kaitan masin dengan apa yg terjadi menjadi kenyataan. Pakar bahasa kalau ada drop sini baca ini blog, sila jelaskan...silerlahh..sila...sila...

Masa kecik dulu masa tengah main2 beskal kat depan rumah, terlanggarlah sebuah pasu. Pasu tu pecah dan habis jahanam pokok bunga dalam pasu tu akibatkan keganasanku menunggang beskal itew. The best part, the pasu dan bunga dalam pasu tu ialah my mom punyer favourite.

As my mom nak menyidai kain, she later found out that her favourite pasu telah pecah. As usual she yell seeking for the truth about the pasu.



Erggg TOLONG LAH xde taste langsung...NOT my pasu either



"Siapa la yang pecahkan pasu ni???"

and u know what I did. Good guess. Yes ! I ignored her. To tell her the truth at that time is 'saje nak cari pasal'.

She asked again politely and look at me as if I know what happen lah. Then, I told her...one stupid tale on how her favourite pasu got broken. She just smile and cleaning up the mess.

While cleaning up, she preech about balasan Allah pada orang yang menipu dan tidak mengaku akan kesalahannya. She said that Allah will punished saper yg buat onar memecahkan pasunya.

Menggangukkan kepala, tanda bersetuju dengan statement my mom followed by helping her to clean up. Masa tu dalam hati...tolong so that kuranglah sikit rasa bersalah dalam hati tu.

She expressed her apreciation and thanking me for helping.

Thinking that I'm getting away frm being accused....ray continue naik beskal as if nothing happen.


Beskal idaman kalbu kelabu taik anjeng

5 minutes later.....kedeganggggggg....

This time bukan langgar pasu but ray langgar kereta and crying out loud sebab kepala berdarah tak henti lepas tersembam jatuh ke permukaan jalan yg berbonggol tak rata kerana tak diturap dengan sempurna.

I yelled "MAKKKKKK !!!" and crying like there's no tomorrow. In a split second my mom appeared like a super mom to the rescue. Redmummy pun kalah u ols. She treated me for shocked and calmed me down. Kena langgar u ols mana tak EMO ...terperanjat la kan.

Cut long story short. I've got few stiches dari stunt yg berlaku tu. Malam masa dinner, ray mendiamkan diri. Tak dela rasa sakit tapi rasa bersalah gila babas to my mom. As she tuck me in for bed...[ wahhh...tak percaya ke??] I confessed.

Tetap drama ya. Dengan nada penyesalan mengaku memecahkan pasu dan menjahanamkan pokok bunga yang my mom siram hari2 for the past one year. She smiled as all that she ever wanted is just for me to confessed my crime.

Masa tu la ray belajar simpulan bahasa "MULUT MASIN". Nasib baik la my mom tak curse me jadi batu lesung kan? Or jadi "peti ais" so that she used me as her kitchen utilities. Masa tu my mom nak sgt memiliki peti ais but we can't afford to have one. But i don't mind to be peti ais if that's really going to tebus my dosa.

As a good son, mintak maaf tak mencukupi....ray bercadang mengikat perut dan menyimpan duit belanja 30sen setiap hari untuk beli peti ais. My sis laughed at me " Tahun bila la mak dapat peti ais tu kalo ko simpan 30sen tuuuhh". Masa tu mana la ray tau nilai wang. Ingatkan cukup...huhuhuhu.

My dad nasik tambah. "Lepas ni kaya la...boleh beli macam2...bukan kata peti ais....tv besar pun boleh beli". Ray sengeh je. Over confident dapat beli peti ais tu. My mom smiled and told me "Insyallah...bulan depan dapat la peti ais tu"



r u blind? sah2 ni bukan peti ais tu..mine was hijau okkk


U know what...bulan berikutnya...menjelmalah peti ais warna ijo [those days hanya kaler ijo je available] kat dapur umah tu. What my mom said come true once again...hahaha. She has been saving money for it...but convince me that I am the one yg bayar for the peti ais tu. She even took my money and secretly keep it in the tabung.

few weeks later, my neighbour got one too. A bigger one. Plus sofa rotan kegilaaan suri rumah masa tu. Berlumba2 nak tunjuk sape hebat. HEBATkah?????

Thinking back la kan...kalo ray mengaku awal2...my mom xkan marah pun! so kenapa la ray menipu ya.


PS : Kunyah garam dalam mulut tak memasinkan mulut korang. Mulut masin ada pada orang yang lebih banyak makan garam pada kita. Get it?

Justify Full

Tuesday, July 28, 2009

Kisah Rajan

...


#1
Rajan ditemuduga oleh Ms Chong utk kerja.

Boss: Mana kamu dilahirkan?
Rajan : Sentul ..
Boss: which part?
Rajan: huh? 'which part'? Whole body was born in Sentul.


#2
Rajan tengah pasang bom meriam buluh dan diperhatikan oleh kawan baiknya Amier.

Amier : Ajen !! Apa akan jadi ek kalo bom yg ko tgh pasang tu meletup?

Rajan: Jangan risau !! ada lagi satu ni haaa.


#3
Rajan excited gila sbb baru joined kerja kat kedai baiki komputer . 1st day Rajan kerja, Rajan baiki computer sampai petang. Boss was happy dan tanya rajan apa yg dia dah baiki sehari suntuk.

Rajan : Komputer ni tak rosak cuma keyboard nyer je boss....Keyboard alphabets tak tersusun, so saya susun ikut turutan.

Rajan kena buang kerja dan dapat pulak kerja kat kedai antik ibu Amier.

#4
Boss : Awak dah pecahkan barang antik saya berusia 100 tahun.
Rajan : Thank God! Saya ingat saya pecahkan barang yg baru tadi. puhhh! lega.



Guess what ? Rajan dibuang kerja lagi. Rajan ditawarkan kerja cashier pula tapi Rajan menolak. Dia tak suka matematik.

#5
Teringat Rajan bila di tanya oleh guru matematiknya semasa sekolah rendah.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawab Rajan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin Rajan tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Rajan tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Rajan,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;

"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"


Ini kisah Rajan bila jadi steward. Rajan bernasib baik kerana berjaya dapat kerja jadi steward atas bantuan unclenya yg bekerja disana.

#5
Passanger : Steward, do you serve crabs?
Rajan : Please sit down sir, we serve everyone.


#6
Passanger : Steward, what's the meaning of this fly in my tea cup?
Rajan : wouldn't know sir, I'm a steward, not a fortune teller.


#7
Passanger : Steward, this soup tastes funny.
Rajan: Funny? But then why aren't you laughing?


#8
Passanger : Is this my flight?
Rajan : No, it belongs to Singapore airlines.
Passanger : Don't try to be funny. I mean to ask if I can take this flight to Bombay.
Rajan : No Madam, I'm afraid it's too heavy.


Rajan telah dibuang kerja lagi. Sesiapa yg nak bagi Rajan kerja, pls drop komen...
Buat masa sekarang Rajan kerja sambilan perah susu lembu.




Lastest news is : Rajan telah ditanduk lembu jantan dan kini berada di hospital utk rawatan lanjut.


Cerita ni tak kena mengena dengan yg hidup dan rekaan semata-mata.
...

Friday, July 24, 2009

RM 200 per hour

...

First reaction. Walauweiii...so cheap?

Relax ya ...ini bukan harga menjual diri. I will tell at the end of this entry.
Once upon a time, I was working as a CONCIERGE in a five star hotel .

[ pls pronounce it right !] Kon si arch.

I am like a ginnie in the lamp, who make guest wishes come true.

[pls noted that this is nothing to do with "anu dalam botol" or "ginnie in the bottle"]

Apa kemendanya CONCIERGE itu? A french word with no specific meaning in english. A job and part of services provided in 5 stars hotels.

In hotels, a concierge asists guests with various tasks like making restaurant reservations, arranging for spa services, recommending nightclubs, finding escorts, procurement of tickets to special events and assisting with various travel arrangements and tours of local attractions.


In upscale establishments, a concierge is often expected to "achieve the impossible", dealing with any request a guest may have, no matter how strange, relying on an extensive list of contacts with local merchants and service providers.

I had many unique request from guest.

Sorang mat saleh staying in our hotel nak hantar bunga pada bininya di New York sempena ulangtahun perkahwinannya. So sweettttt !!!

How to make it happen? [ bila dah kena buat so sweet jadi payau hempedu ]

At that time, internet was not an option for me to find answers. Pernah dengar INTERFLORA? Ia adalah rangkaian kedai bunga seluruh dunia. Apa yg ray perlu buat ialah..bukak yellow pages dan cari kedai bunga di KL yang menjadi member INTERFLORA. Seterusnya, contact kedai bunga tersebut dan mereka akan uruskan penghantaran bunga tersebut.

How? Mereka akan menghubungi kedai bunga di New York yg paling hampir dengan alamat yg diberikan. Segala urusan pembayaran boleh dibuat dikedai bunga di KL.

It was considered a very tidious job. The proses nak bayar mcm mana? Obviously I can't take the guest credit card and pass it over to them kan? Or ask the guest to pergi kedai bunga yg dimaksudkan. Masalah selesai kalo ray dapat cash tapi the guest wants to pay melalui kredit card. Few options available...get a credit card imprint with signature, a paid out voucher with signature to get cash frm his room account which will be billed to guest during check out, request the florist to come to the hotel and deal with guest tu sendiri.

Dipendekkan cerita....DONE ! I was given RM200 as tips for a job well done. It takes an hour for me complete the task.

Antara request lain yg pernah ray lalui ialah

1- helicopter ride to see KL by one of the pak arab
[ nak pitam aku dengar request pak arab ni ]

2- sosial escort dengan bajet RM2oo per hour - prefer chinese with long hair below, ada dimple, 25 years old with nice legs
[pengalaman jadi bapak ayam yg tak mungkin dilupakan]

3- mencari sebuah novel jepun yang baru published di Tokyo seminggu yg lepas.
[ berangin perut persis nak terkentut bila diminta mencari buku tersebut]

4- Pakaian pirate untuk 4 org kanak-kanak sempena HOLLOWEEN
[ masa tu kedai costume hanya ada satu je kat KL - ibarat mencari jarum peniti dalam timbunan pasir]

5- Merangka satu rancangan utk distract isteri sementara si laki bermesyuarat.
[ hiburan? tarian seksi HAHAHA ]


dan banyak lagi. SEKSA. I was only 19 with no experience whatsoever. I have to learn very quick, kepala hotak pun kena cepat pikir, perlaksanaan kena tangkas dan kena banyak contact] Sila maklum semua wishes yg ray senaraikan diatas dapat dilaksanakan dengan JAYAnya.

The best part is part tips from guest. I can earned RM200 or more in one day. Paling sikit RM50. It was an experience of a lifetime. Tu belum masuk komisyen car rental, tours dan travel agent. Komisyen citytour setengah hari di KL sorang je RM10. kalau satu bas dah 40 orang...sila kira laa..hahaha. Masa tu city tour costnya RM25 seorang for guest.

Tapi tu semua cerita lama. As promised, I will tell you what is RM200 per hour is all about.

Last week, I was offered utk jadi emcee for an event. I did few work as an emcee but never been paid....event kawan2, my tadika, kolej etc

Caller : I got your no frm your sister JULI. Would you be interested to be an emcee for our event?

Me: [ shocked ]

Yaaa...I was offered RM200 per hour. What I have to do is "open my mouth".

Tak tahu apa nak feel dah. Either rasa bangga, honoured or seram or nak termuntah pun ada. LOL


PS : Next two weeks, ray akan menghadapi kesulitan serta kepayahan utk online. Akan cuba sedaya upaya...huhuhu



Tuesday, July 21, 2009

Do Not Disturb

...

Kita manusia ni, ada masanya, kena ada ruang privacy. Ray rasa semua bersetuju dengan fakta tersebut.

Antara ruang privacy dan waktu tidak mahu diganggu ialah waktu berehat. 12 tahun lepas, Ray tak kisah sangat bila diganggu bila Ray berehat. Tapi sejak menjadi peramugara, pantang kalau orang ganggu waktu rehat.

Crew memerlukan masa rehat yang cukup. Tanpa rehat yg cukup, maka mood bekerja akan jadi mcm sial. Akan cepat sentap. Rehat yg ray maksudkan ialah tidur. So, biasanya setelah 12 jam bekerja, letih ya amat... ditambah plak dengan perbezaan waktu, sampai ke bilik hotel saja, akan ray gantung sign "Do Not Disturb" di tombol pintu bilik. Sign tersebut bagi mengelakkan dari gangguan ketukan pintu dari staff2 hotel dan juga rakan crew yang lain.


Ray juga akan memberitahu pihak operator hotel untuk menghalang sebarang panggilan masuk. Kalau ada, tolong amikkan pesanan. Bukan semua hotel boleh buat menda ni. Ada sesetengah hotel, dah ada automatic voice msg system, so ray hanya perlu perlahankan nada dering. Selepas beberapa kali berbunyi, panggilan itu akan terus ke peti suara utk seseorang itu meninggalkan pesanan.

Hotel lima bintang ada hospitality law or rules. Tetamu boleh request supaya kediamannya dihotel tersebut dirahsiakan. Private & Confidential stay. Biasanya golongan VIP & Celebrity yg gunakan kemudahan ini. Biasanya.

Tapi ada juga golongan yg nak buat maksiat gunakan kemudahan P&C stay ni. Bagi mengelakkan dari dikesan oleh isteri/suami. P&C stay bermaksud, data anda dirahsiakan. Contohnya....

Hotel Selesa : Good Morning, Hotel Selesa, May I asist you?

Pemanggil : Err...can you put through to room of Ms SHARON STONE?

Hotel Selesa : Just one moment sir. I'll check the name. Can I have the surname again please?

Pemanggil : Surname : S.T.O.N.E [mengeja]

[ operator check dan nama x listed ]

Hotel Selesa : Sorry sir, the name given NOT listed in our system.


Walhal Ms Sharon Stone ada kat bilik suite 1412 tengah mandi. Hahahaha. Btway...mcm cilaka je nama hotel tempat sharon stone tu duduk kan?

Sistem data tersebut telah "diset", membuatkan operator hotel tersebut gagal mengesan nama guest yang statusnya P&C. Ada sesetengah sistem data yang ada nama guest tu tapi disebabkan status P&C, operator terpaksa menidakkan kewujudan tetamu tersebut.

Semua ini diwujudkan bagi menjamin privacy setiap tetamu yg memerlukan. Ia adalah satu bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh hotel yang bertaraf lima bintang ke atas. So, kalau anda ke RUMAH TUMPANGAN NAM KEOW atau MOTEL HJJ KAMARIAH, jangan la berangan nak minta request privacy tu. Bila dinafikan request tu, jangan gatal bijik nak kata "Can I see your manager?" kononnya nak buat complain. Tak pasal2, Mr Nam Keow jumpa korang maki korang nanti.

Itu kalau duduk hotel. Kalau duduk rumah dan nak privacy, sila silentkan hp anda. Tutup pintu rapat2. Jangan lupa tutup tingkap sekali. Hahaha.

Dari segi peribadi plak, ada masanya...ray agak private dan tak mahu diganggu. There are days when I wish I could wear one of those "DO NOT DISTURB" signs around my neck. Ray plak jenis yg susah nak tunjukkan mood sebenar. My line of work, helps me not to show any kind of moody face bila bekerja. Ray diajar to put my problem aside bila bekerja.

So, bila mood x berapa nak elok...my option is to be alone. Takleh bersama kawan kerana..one...dorang takkan paham bahasa...hahaa...two ...xnak lah mood ray tu spoilt others...manalah tau tetiba meletup....xpasal2 yg lain2 sentap plak kan? Dah la sorang-sorang kawan ray kuat sentap2 ni.



Ray ada seorang kawan yg sangat particular tentang privacy. Ada masa2 tertentu..jangan kol. SMS pun diHARAMkan. Knowing partnernya yg sgt cemburu, ray paham. Sebagai kawan, terpaksalah akur. Kenalah hormat request nya itu. Dalam ertikata lain...hormati privacy orang lain.

Tapi to be honest, kadang-kadang frust la jugak. Sedih pun ya. Bila nak ajak lepak xleh. Nak call pun xleh. Rasa mcm 2nd choice plak. Hahaha!

Tapi itulah pengorbanan namanya. Tanpa pengorbanan, dimanakah nilai sebenar sesuatu persahabatan itu?

Ray pernah ada housemate yg agak private orangnya. Balik dari kerja, ray pun ketuklah pintu biliknya nak mengajak keluar makan. Selepas pintu diketuk pintu terdengar jeritan

"PRIVACYYYYYYYYYYYY PLEASEEEEE !!!"

maknanya "DO NOT DISTURB" dan pergilah ko makan sorang-sorang. Yang kelakarnya...ray tak pernah dengar housemate ray ni cakap BI...tetiba je kan?

Hurmmm...curious...tgh buat apa agaknya tu? kekekeke


PS: Entry ini ditaja oleh HOTEL SELESA. Jaminan keselesaan dari yg terBAEKK!!

Ada yg kata...rajinnya ray mengupdate blog. Ray kata...salah satu tanda-tanda besar nak menutup blog !

...


Monday, July 20, 2009

Typical Malaysian 1 : Pergi rumah orang

...


Perkara ni sgt dekat dengan kita. Kita tahu... tapi buat-buat tak tau. Kita tau.... tapi kita tak buat. Mungkin ada juga yg tak amik tau langsung. So, entry kali ni...ray nak sentuh typical Malaysian behaviour berkenaan menziarah rumah orang dalam bentuk garis panduan. hehehe

1- Greet/Bagi salam tiga kali

Bagi salam tiga kali...kalo tuan umah x menyahut...sila berambus. Sambil bagi salam, ketuk pintu or tekan loceng. Ya la kan...kadang2 suara masing2 x la kuat mana pun kan?


Kat kampung plak, dari pengalaman ray...makcik2 sekitar umah cukup gemar menyelak langsir dari tingkap.

" HUiiiiiiii....mak ko ADO??" Kadang2 terperanjat ray dibuatnya. Ya...rumah kat kampung memang xdek privacy langsung. AWAS.

Masa kecik plak...main jerit nama je... kalo ajak kawan keluar main.

"Sulaimannnnnnnnnnnn!! Sulaimannnnnnnn !!". Rumah ray skrg ni, ditingkat satu , sering terganggu dengan panggilan kanak-kanak dari tingkat bawah memanggil kawannya yang berada di tingkat dua [atas rumah ray]. Yang mengANGINkan tu, panggilan tu tak berhenti-henti.




Setelah beberapa minit beri salam/ketuk/tekan loceng/jerit, bila xde respond....ini lah tanda-tanda yg tuan rumah xnak tgk muka korang atau dorang xde umah, so xyah la gatal bijik nak tunggu.
Ada ke kategori orang yg xreti bahasa dan terus menunggu? Ada ya. Pernah berlaku. In my case, unwelcomed guest ni, tunggu hampir sejam kat luar.

Kes ni, zaman skrg x patut berlaku, nak dtg umah org ....apa kata SMS atau call dulu.

2- Salam semua orang

Dah dijemput masuk, pegi la salam semua orang yg ado dalam umah tu. Tapi jangan la muka selamba, cari satu umah org yg ada hanya kerana nak bersalam. Cukup la dengan bertanya "Suami ko kat mana?" or "Siapa lagi dirumah?'

Kalau tetamu perempuan, jangan yo yo oh je gatal nak bersalam dengan laki tuan umah plak. lain plak jadinya kang. huhuhu.

Bila dah ditanya, tuan umah pun carilah suami, nenek, atuk, adek tu utk keluar bersalam dengan tetamu yg datang. Tuan umah plak, bila dah buka pintu...layanlah tetamu...jangan buat dekk je. Buka pintu maknanya layan sebaik mungkin walaupun terpaksa. Too late to halau already.

Tetamu, jangan terus duduk je. Tunggu tuan rumah cakap "jemputlah duduk"...barulah duduk.


3- Makan & Minum apa yg dihidang

Jangan mengada-ngada nak minta air kegemaran korang bila datang umah orang.

Tuan rumah plak, xyah la gatal-gatal nak tanya tetamu

"Nak minum apa ?" - padehal umah xde choices air pown. Umah korang bukan 7-11 pun kan? Ape kejadah pegi tanya lagik? Sengal la.

Hidangkan saja apa yg ada.

Budaya bertanya nak minum apa, bukanlah budaya kita orang melayu. Mat salleh je yang buat menda ni.

Korang mat salleh ker? kekekeke.


cekodok Pictures, Images and Photos

So, kalo air sirap dihidangkan...minum je la...kalo cekodok yg terhidang makan je la. Jangan nak banyak songeh...

Korang datang nak ziarah ke or nak makan minum bagai?

It's considered as RUDE kalo kita tak sentuh langsung apa yg dihidangkan. At least rasa la sikit atau hirup la sikit air sirap yg manis tu. Faham la sekarang ni...org banyak yg tak makan itu tak makan ini....tapi jangan la mengada-ngada sangat. Mati ke kalo korang teguk sikit air sirap tu?? Mati ke korang makan cekodok yg berminyak tu?

Bagi tuan rumah yg berlainan agama, alert la sikit...apa maknanya HALAL.

4- Jangan terlalu selesa.

Walaupun tuan rumah kata "Make yurself at home"...janganlah lurus bendul buat betul2 mcm umah sendiri. Selamba je pergi toilet tanpa izin...selamba je jalan2 kat dalam umah. Umah orang bukan MUZIUM ya..yg korang boleh sesuka hati pergi melawat!!

Selamba je amik remote ASTRO dan tukar channel yg korang nak tengok. Korang datang umah orang nak tengok ASTRO ke? Umah korang xde ASTRO ke? Kesian.


Jangan dengan selesanya buat remarks mcm ni

"keciknya umah ko...sempit"
"boleh la plak korang berempat tinggal sini ya"
"ehhh...xde tv ke?"
"Jauhnya umah kooo...ULU sgt..Payah nak carik !!"

Agak-agak la waktu korang bertandang tu. Setengah jam to an hour is acceptable. Consider la yg tuan umah ada hal lain nak buat...bukan nak layan korang jer.

5- Minta diri

Bila mintak diri tu. Mean it. Bukan mintak diri pastu....sejam kemudian masih lagi menepek kat situ.

Kalau masa mintak diri...pastu tuan umah bersuara

"Ehhhh..kejap je....lepak la dulu...makan malam sekali"

Pls consider....term "ajak-ajak ayam"...kut2 kawan korang tu saja je as courtesy mengajak. Bukan ajak betul2.

6. Terima kasih

Ucapkanlah terima kasih walaupun air kegemaran korang tak dihidangkan. Bersalam-salaman dan ajak la tuan rumah utk bertandang kat umah korang plak.

Kalo rasa-rasa mengajak orang ke rumah not your thing...xyah la ajak

ajak je la lepak kat kedai mamak je!

Malaysian sangat dikenali kerana peradabannya serta keramahan dan sentiasa menyambut tetamu dengan mesra. Tapi lama-kelamaan, kita lupa ...apa adab kita yg buat kita special kerana terlalu nak mengikut budaya barat yg bukan budaya kita. Baik, dari menjadi tetamu dan yg menjadi tuan rumah, masing2 kenalah mainkan peranan.


Ada ke lagi typical behavior pegi umah orang yang korang nak add up? Share2 la.


...


Friday, July 17, 2009

10 Lawak Sengal paling TOP

...

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.
Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom
terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun
begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan
aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.



3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.


4. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu
'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam. Takut dijangkit penyakit.

5. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi
kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat
depan orang tua-tua.

6. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih
lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


7. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

8. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain
di ranjang juga boleh meletihkan.

9. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P
sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli
mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham
A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk.
Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur
dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Lawak yang terkeluar carta minggu ini :

Kisah 3 ekor anak babi dan maknya. Anak babi bersama maknya berjalan-jalan mengambil angin petang. Bile mereka melintasi kandang lembu, ketiga-tiga anak babi tunduk. Begitu juga bila melintasi kandang kambing...mereka tunduk juga.

Mak babi menjadi hairan ! lalu bertanya kepada ketiga2 anaknya "Wahai anak2 ku...kenapa tunduk nak??"

Anak babi tidak menjawab. Agak2 korang kenapa anak babi tu tunduk?

Jawapan : Mereka tunduk kerana MALU. MALU kerana mak mereka ialah seekor BABI.

Moral : Jangan jadi anak DERHAKA


...

Monday, July 13, 2009

3 points - Yoyooh.com Blogger Awards 2009


Majlis Anugerah Blogger yg dilangsungkan in my mind...was successful.

Dah menjadi adat setiap majlis...ada yg memuji dan ada jugak suara-suara sumbang. About suara -suara sumbang mambang ni honestly, I don't really care. Dah nama pun adat. Expected.

Ray listkan 3 reasons yoyooh.com buat event ni.

1- Promosi yoyooh.com

Baik buruk still a promosi to me. Elok org bercakap dari tak sebut langsung.

2- Nak gather and let bloggers bersosial.

Some say, bukan mudah nak kumpulkan bloggers under one roof. Bloggers ada agenda masing2. Ibarat puisi "seluar dalam" yg dibacakan oleh Saudara PyanHabib pada malam Augerah tu yg kesimpulannya hati manusia ni lain-lain. Blogger A tak suka Blogger B adalah perkara biasa. Dah nama pun manusia. Bukan blogger je ada sifat2 mcm ni...hahaha

Kalau peluang nak merapatkan sirratulrahim tak digunakan sepenuhnya...apa lagi nak di KATO? Peluang kami berikan....nak gunakan atau tidak....Terpulanglah

3- To have fun

Utk datang dan to have fun. Some people sadly...don't know how to have fun. Datang makan , berkenal-kenalan and enjoy the show. Susah sangat ke? ada ke yg xhave fun atau perasaan ray je...hehehe

Back to point reason NO2 diatas. Hahahaha


3 points dari segi pengisian

1- Anugerah-anugerah

Anugerah adalah tanda penghargaan. Learn how to appreciate what other people bagi. Kalah tak bermakna anda tak dihargai. Dicalonkan juga merupakan satu penghargaan. Belajar menerima Qada' & Qadar dan ketentuanNYA.

2- Hiburan

a- Hiburan oleh Diddy. Seorang artis yang dengan rela hati datang utk menghiburkan semua bloggers pada malam tersebut. Juga merupakan seorang blogger. His willingness to appear for FREE tanda keikhlasan dia membantu menyumbang sesuatu pada yoyooh.com Thank you DIDDY!

Ps: Dafi x dapat datang sebab food poisoning.

b- Hiburan oleh Reez. Blogger yang talented dan bukan menyanyi for a living. Still a student yg nak share minatnya melalui ruang cyber. Hanya nak berkongsi apa yg dia suka buat.

c- PyanHabib satu nama yg disegani kerana membuktikan seorang yg ada hearing impairment tidak menghalang dirinya untuk menyampaikan puisi dan berkongsi serta menyumbang dengan apa yg dia passionate buat. He is also a blogger. RESPECT level ray pada saudara PyanHabib ni sangat tinggi.

Sama la mcm blogger jugak. Kita nak orang respect apa yg kita tulis TAPI sebelum itu...pls learn how to RESPECT others FIRST.

3- Chance to meet others and share views from each other bloggers. Chance to learn from one and another.

3 Positive reaction

1- Dipuji kerana menganjurkan sesuatu yg orang lain tak berani nak buat and for the efford. Alhamdulillah niat & objectives kami difahami. walaupun x semua puji tapi ado la dari nan ado...hahahaha.

PS- pls noted that, we don't do this for a living. It's part of our way to contribute towards blogging community.

2- Makanan yg sedap
Sotong yang sangat sedap menjadi pujian ramai blogger.

3- Membuka ruang utk bloggers bersua muka.

Yang tak pernah berjumpa dapat ditemukan. BERTENTANG MATA. hahaha

3 Negative reaction

1- TV skrin tak nampak . EXPECTED.

Nak buat mcm mana dek. TV satu je. Itu pun TV LCD milik one of the founder. GIGIH mengangkut TV tu dari Shah Alam. Sesiapa boleh sumbangkan PROJECTOR dan layar besar, pls let me know...tahun depan senang ray nak carik menda tu. Bajet xdo dan sewa mahal.

2- Pillar dewan dan layout yg tak sesuai. EXPECTED.

Pemilihan tempat yang terbaik setelah semua aspek diteliti. Tak lupa soal bajet ya. Makan free kan? so kenalah cari tempat yg harganya reasonable.

PS: Pls noted that expenses utk makan & PA system adalah contribution founders dan beberapa orang ahli. Worth more than harganya kerana TENAGA SUKARELA yg membantu tanpa sebarang bayaran, tiada nilai gantinya.

3- Kalah

Walaupun takde official statement mengatakan tak puas hati tapi cakap2 belakang kedengaran. As earlier mentioned, dah adat manusia...tak pernah puas hati. Tak dapek den nak nolong dohh.
To me la kan...menyatakan tak puas hati kalau tak menang ibarat membuka pekung didada sendiri...SMI - Sendiri Mau Ingat laaa.

As for me, kekurangan majlis ni diterima dengan hati yg terbuka. Entry ni bukan nak bagi excuse tapi menjelaskan kenapa ianya terjadi begitu...huhuhu


To winners,

You guys deserved it. Walaupun ada winner yg "say at it is", to me you still deserve it sbb penentunya ialah voters. Tahniah !! Dikkkkk...bukan main pilih je ya. Ia melalui satu sistem. Ada kemungkinan sistem itu ada kekurangan tapi ia adalah satu pilihan yang kita kena belajar hormati dan yoyooh.com kena belajar perbaiki.


Nama company yang merealisasikan yoyooh.com ialah ARENA ASPIRASI. Yoyooh.com bertujuan to aspire people. Syok sendiri kah? Berapa juta hits yg kami dapat dan berapa JUTA RM yg kita orang perolehi? takpe la... apa nak buat kan....nak tutup mulut org is not an option?



It's a HUGE success to me kerana ia satu bentuk kerjasama BLOGGERS yg jarang kita lihat. Credit goes NOT to me but to all kerana EACH and EVERYONE of us contribute something towards it. Anyways, yoyooh.com is a community dan bukan untuk personal gain or attention.

Bloggers Awards ni sort of bring the BEST out of bloggers and at the same time bring the WORST.

Enough said.
[pinjam statement my good fren Amy]


Blog yg bercerita tentang blogger awards ni


MY SUPER KIDS
NUKERUDE
CELIK HURUF
RED MUMMY
SEE ME WRITE
ZAMZ ON THE BLOG
WARUNG HOT MAMA
Silbi Abigail
SawaNila
Ayu The Sun
AFIQSAYS
Adam Arjuna
IamKarl
Anuar Kamaruddin
..

Friday, July 10, 2009

Masa yg ditunggu telah TIBA

...

Masa ray mula start up yoyooh.com ramai yg tertanya2..Dah setahun pun masih ada yg tertanya-tanya.

apa kemenda tu? eeee untuk apa? dan mcm2 persoalan timbul. Benda yg unik dan tak pernah dibuat org buat mmg la menjadi pertanyaan. Nak tau apa menda...check it out sendiri and figured it out! LOL

Antara projek yoyooh.com ialah menaja penerbitan sebuah dokumentari mengenai blogger [ belum siap lg], menaja projek pelajar jurusan filem UiTM mengadakan tayangan promosi filem, membantu menjayakan program/penerbitan Realiti Online pertama - Survivor Camp bersama DafiFC dan menaja hadiah utk majlis gathering pertama Gerakan Penyokong Akim AF7.

Cakap je pasal blog, semua duk fikir politik. Padehal, banyak lagi isu-isu lain yg ADO. So, caranya utk memperkenalkan what is blogging all about among malaysian youth ni...wujudlah "Yoyooh.com Blogger Awards".




Proses pemilihan sangat teliti. Bukan sesuka hati je main bagi je awards ni ya. Sejak bulan Disember tahun lepas pencalonan dibuka. Pastu diundi oleh umum. Sebanyak 240,000 undi telah masuk memberi rating bagi setiap blog yg masuk pencalonan awal.

Kemudian dipecahkan mengikut kategori oleh panel terpilih.

Dah saring, proses akhir...ialah menyerahkan 700 ahli yoyooh.com memberi rating pulak. Esok keputusan akan diumumkan secara rasmi melalui satu majlis yang bakal diadakan.

Disember08 sampai la bulan Mei09 proses tersebut dijalankan. Bukan satu proses yang mudah ya.

Selain blogger awards ada lagi satu cabaran yang agak best jugak iaitu "The Blog Squad - Yoyooh.com Blog Critics & Challenge" dimana setiap blog yg join akan dikritik dan diberi cabaran mingguan. Selama 8 minggu dorang diuji. Keputusan pula ditentukan oleh juri yang yoyooh dah pilih.

Yoyooh bukan diuruskan oleh syarikat yang besar ya tapi hanya oleh empat orang bloggers yg tak berapa nak popular [ray, megat, syazwan dan wawa ] secara sukarela. Mendapat sokongan dengan 280,000 hits sebulan mcm tak percaya aje. Dah setahun dah ni...kira la sendiri berapa jumlah hitsnya.

People that should be credited ialah golongan bloggers sendiri yang membantu mempromosikan yoyooh.com
Penangan Blogger awards ni sampai menarik perhatian beberapa wartawan dari Kosmo maka terhasilah satu write up for yoyooh.com beberapa bulan yg lepas.

Majlis yang serba sederhana ini adalah hasil kerjasama komuniti itu sendiri dari ahli yang aktif. They are not PAID to do this. Dorang willing to help. Megat, Syazwan, Wawa, Ikha, Ares, Ajami, Nuke, Capeq adalah antara yg telah dan bakal berkerja keras utk majlis ini. Million thanks to u guys !!!

Oh ya! Apa yg pemenang2 dapat nanti ek? Hurmmm
Satu trofi, sijil, cenderamata from DiGi, Astro, Tayangan Unggul [tshirt, cap, pen, pen drive, mini torchlight to name a few] dan CLINIQUE perfume worth more than RM3,500 kesemuanya.

Yang tercalon dapat la sijil pencalonan. Yang datang dapat la juga makan FREE buffet kampung style...hahahaha. Ok la kan daripada NAN ADO kannn?

Berapa orang blogger yg akan datang? hurmmm dalam 100 orang. Selebihnya tetamu jemputan. Total ada la 120 orang. Tak sangka ramai yg nak datang. Sebab buat kat tempat yg kecik so kinda limited. Nak buat tempat yg besar bangat....tak mampu...LOL.

Selebriti yang bakal buat persembahan ialah Diddy & Dafi. Kenapa dorang yg buat persembahan? Ini jawapannya, dua orang ni lahh yg banyak menyokong yoyooh.com. sepanjang setahun ni. Dah bergelar artis tapi tetap memberi sokongan kepada usaha murni kita org ni. Juga dari cyber singer yg juga merupakan JUARA CARI IDOL...Reez. InsyaAllah...pengarah Mamat Khalid, PyanHabib pun datang jugak. Beberapa org femes bloggers seperti Badrul After Six, Sultan Muzzaffar pun datang jugak. Thanks to Abg Bad for getting few sponsors for the winners!!!

Media yg ado...Kosmo dan Astro AWANI..insyaAllah akan buat coverage.

Doakan agar segalanya akan berlangsung dengan baik dan sempurna esok. Yang datang tu...boleh la kita berkenal-kenalan merapatkan sirratulrahim...heheheh

Akan ada lagi ke awards ni tahun depan? jawapannya bergantung kepada sokongan anda semua.



Tuesday, July 7, 2009

Crew Life 13 : Supervisor from HELL

...


Perasaan takut makin menebal setiap kali mula bertugas.

"Macam mana la crew dalam flight aku kali ni?" satu persoalan yang pasti timbul bagi setiap anak-anak kapal.

Takut kena marah. Takut gagal menjalankan tugas seperti yang diharapkan. Takut dengan supervisor bertugas yang berkemungkinan berupa seekor singa betina, mencari mangsa. Bahasa mudahnya "Mencari pasal".

Sejak menjadi crew, kita sering disajikan cerita-cerita seram yang menakutkan. Bukan cerita hantu tetapi cerita sesetengah supervisor yang amat garang. Maka nama2 individu tertentu disebut-sebut kebanyakkan crew.

Sebelum melaporkan diri, setiap crew akan melaporkan diri. Every single crew have to sign in the computer system. Bila dah sign in...keluarlah nama-nama crew bertugas. Mata mula melihat dengan teliti nama-nama yang terpapar di skrin.

Bila ternampak satu nama yang dah biasa didengar...perasaan "panik semacam" terasa.

"Alamak !! Shirley Chin!!" "Mati laaaaa" "It's going to be a very LONGGGGG 12 hours flight for sure"

Keadaan jadi serba tak kena. Tetiba berdebar tak tentu pasal.

Lebih teruk bila mula bertentang mata dengan Shirley ni di bilik briefing. Ya Allah...muka Shirley ni macam nak bunuh orang. Tak senyum langsung. Mata yg sangat garang. Atas bawah dia memandang kita. Macam Mak TIRI rupanya.

"Mati laaaa"

"Heyyy...knapa u ni LEMBAB sgt ????" "Dah berapa lama kerja ni???" sambil mencekak pinggang.

" errrr 2 years"

"2 years ????? mcm 2 bulan je....!! harap muka je cantik...keja mcm org BODOH" sambil menjeling

Haaa...gitulah permulaan kesengsaraan kehidupan seorang crew. Malah ada beberapa episod crew masuk toilet utk menangis. Tak tahan bila dicari pasal. Nangis la dalam toilet sepuas hati.


Ada beberapa tips utk handle supervisor from HELL yang maha EVIL ni.

1- Make sure you know well about your job. Biasanya orang yg suka cari pasal akan mula bertanya mcm2 berkaitan kerja. You don't want supervisor from HELL ni to find out yg u tak tahu banyak menda.

"Name me types of CHEESE that we carried onboard"

If your answer is "I don't know" , penyiksaan mental akan berlaku kerana akan banyak lagi soalan akan keluar menyiksa jiwa.

2- Courtesy level yang tinggi.

Tanya la dia nak minum apa. Layan dan bodek2 sikit. Kalau tak buat....akan ada akibatnya.

"Baik sangat you ni kan? Tak reti2 nak offer drinks to your seniors????"

Kalau u kurang ajar...akan lebih senang supervisor from hell ni nak cari pasal. So, relaks je la.

3- Muka kena confident. Jangan mengelabah.

Jangan sesekali tunjukkan yg you lemah. Bila ditegur, just take it +vely. Jangan buat muka ketat kerana ia akan menyeronokkan dia mencarik pasal.

4- Tanamkan dalam kepala hotak yang u bukan bekerja dengan dia selama-lamanya. Soon it's going to be OVER so TELAN je la.

5- Jangan spoilt benda2 lain.

Bila dah fikiran terganggu...don't let it effects other things seperti layanan u pada penumpang etc. Jangan bagi reasons utk dia carik pasal lagi.

Walaupun u ikut semua menda2 diatas, ianya tidak menjanjikan apa2. Ada sesetengah supervisor from hell ni mmg akan cari pasal no matter what. Obviously...it's your FACE yang dia tak suka. Nothing much that you can do about it. Kesiankan dia sebab muka dia tak cantik dan mempunyai HATI yg sangat busuk.

Bila sampai ke destinasi, look for comfort. Tell others yg u percaya utk luahkan perasaan. Tapi hati-hati sebab kita tak tahu...ada kemungkinan cerita kita tu akan sampai balik pada dia. So, hati2 lah kalo nak mengata. Selain mengadu, have fun masa night stops...dan jangan lupa review balik kerja u.....belajar sikit.....

Manalah tau...u might work with the same person on the way back. huhuhu


PS: Dalam airlines ada Carta TOP 10 Supervisor from HELL. Macam-macam nama gelaran diberikan. Macam kes Shirley ni ...dia digelar...Shirley Hanjing.
[bukan nama sebenar ]



Friday, July 3, 2009

Condoms Fashion Week

...



Sanggupkah anda bergown kondom di majlis perkahwinan korang? Tah berapa la stok kondoms yang digunakan nak buat lapis-lapis kat bawah tu ek? Koleksi Vera Wong Kee Tiat ini ada keistimewaanya. Boleh ditanggalkan satu utk diberikan kepada tetamu yg datang menepung tawar aka merenjis air mani..eh air tawar.

It also reminds me of alas meja bulat yang berlapis-lapis kat umah my aunty .



Nak bersantai ditepi pantai or kat swimming pool? COND swim wear ciptaan Umai lambuk Creations menawarkan koleksi summer yang berbau getah berperisa nanas dan pandan.

Kalis air dan senang dikeringkan.




Tahun baru cina ni, sulaman kondoms menjadi pilihan celebrity trendsetter, Amy Lai Lampoo. Bermotifkan bunga-bungaan untuk makan malam besar bersama keluarga.

Amy Lai yang gemarkan getah menggunakan khidmat pereka fesyen syuk getah utk CNY tahun depan.


Jaket hebat ciptaan Rokiah Samosa menjadi pilihan untuk makan malam di kota Lahad Datu. Sambil menikmati seafood bersama rakan-rakan artis, jaket ini mampu menahan dari kesejukkan angin malam yg bertiup ala2 angin bayu laut laut cina selatan.

Juga boleh dijadikan alas kerusi ketika memandu dan alas menyalin lampin bila diperlukan.





Fesyen sausages ini sesuai dikenakan dimajlis melenggang perut selepas kelahiran anak sulung. Kondoms yang ado boleh digunakan untuk mengisi air dan diletop-letopkan dikemuncak majlis.


Sekiranya ditiup mampu menjadi pelampung kecemasan sekiranya berlayar di bot mewah kalau mampu.

Juga mampu GLOW in dark utk mudah dikesan diwaktu malam.



Ikon penjual ais krim. Just tarik satu dan isi air sirap, air milo, air NESLO dan sejukan dibawah tahap beku. Dah sejuk....tanggalkan ais yang beku untuk disedut. Juga sesuai untuk menyediakan agar-agar JELLO untuk majlis harijadi.

Menjadi pilihan pelayan2 restoren 3 bintang di Ampang Avenue.



Clownita ialah fesyen seluar yang boleh ditiup. Sebagai clown wanita just cabut dan tiup condom seterusnya boleh dibentukkan condoms tersebut utk menjadi bentuk2 lain yang digemari kanak-kanak.

Sering mendapat tempahan utk majlis hari jadi kanak-kanak dan juga majlis cukur jambul anak bongsu jiran korang.


YANG MANA SATU PILIHAN HATI ???

PS: korang perasan tak dalam semua gambar ada buih2 sabun? hehehehe

TRIVIA: Kalo dah sepeket kondom harganya sekian-sekian-sekian. Bayangkan la berapa harga satu dress mcm semua diatas. Belum masuk lagi upah jahit dan upah kreatif. LOL


Pengulas fesyen : Amy Cynthia Siloconne


...

Wednesday, July 1, 2009

Mana Chimpeng ??

...


Last Saturday, I was looking for an empty space to park my car at Bangsar nak cari ais dan minyak masak utk BBQ birthday party a friend of mine. Suddenly there's a knock on the glass

Ada la sorang apek ni nak tumpang bertanya.

LAYAN.

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?" tanya apek itu

"What?" ray membalas [ hehehe...gitulah tunjuk hebat balas dalam english...kekeke]



Chin Peng iniKAH yang dimaksudkan? Tanya aku apakejadahnya!!



"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia ckaap sini ada satu Chimpeng..." bertambah kuat suara apek tu

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?" balas ray

"Aiyah...itu Chimpeng balu bukak sini punya..Itu hari sana ada bukak...sudah pindah lorrr...Saya mau pigi angkat wang la..." tanya apek tu ala2 tak puas hati [ehhh! marah aku plak ko yg xtau!!]

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?" balas ray..[ gigih nak tolong jugak ]

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun lu tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu
May Peng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng sini bukak jugak.." kata apek tu

SO GUYS..WHAT DO YOU THINK CHIMPENG IS?




Chipeksss punya apek !! Nak je bagi a big slap at his face. Chimpeng Chimpeng!!!




PS : Ray tak carut k. Chipeks ialah sejenis kueh kerepek yang dijual depan Chimpeng tu...
RM10 dapat tiga bungkus.

...

Trans-formance

...

Blogger NukeRude out of boredom, created an entry about transformers. So, here I am writing an entry abt similar stuff.... Trans-formance.

Izinkan ray merepek kejap utk menghilangkan rasa bosan.


Autobotoks & Deceplikon.

Autobotoks - robot 75%, 25% botoks
Deceplikon - robot 80%, 20% silicone

Agak-agak korang mana yang lebih hebat??


Aksi Octopus Prime dan Omega Trend beraksi.

Nahhhh !! Amik ko !! jerit Omega.

Mak ko itammmmmmm !! latah Octopus sambil terpelanting.

setengah jam kemudian, Octopus balik ke jetty Port Klang meniaga ikan bakar. Nak carik makan u ols...jadi hero dibayar gaji ke u ols???



Sementara itu, Devastrated dan Ironhead tgh sibuk berlatih. Devastrated bertukar menjadi kereta kancil semi automatik 1.5 convertable dan Iron head bertukar menjadi motosikal Honda cup GP90210 -1995. kekekeke

"Ironehead.....awak tak perlukan saiyaaaa...badan awak dah hebat"

"memang pun...minumlah INNERSHINE pasti nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.




Sunstripper yang boleh bertukar menjadi Supercharged Joboghini Coutach LP500S terkentut akibat tendangan Jawatron.

Jawatron sebenarnya ialah adek tiri ipar abah mak dia punya sedara. Bau-bau kacang pagoda la kiranya.

Sunstripper bekerja part-time stripper di blue lagoon night club.


Aksi Megawathi dan Buihscream bergabung tenaga aka bergabung DADA menjadi MEGAscream. Tu diaaaaa...Tamparan wanita kumpulan elite ler sesangat kan? Muhahahah

Ayuhhhhh Kita bergabung tenaga !!! tempik Megawathi

Baikkkkkkk ! balas Buihscream

Apa yang penting?????? tanya Megawathi

Kerjasama !!! kata Buihscream tanda semangat.....

Autobotoks...autobotoks ...kami datang....kami datang untuk berjuang.

Transformers The Short Movie



PS: Hari ni akak jual kueh meniaga mcm biasa. "Kak! dah tengok transformer?" tanya Ray...."Apo komondo nyo tu dek? kueh ko? balas kakak tu.



Gambar di atas ialah teaser utk my next posting. An evening gown. Made of what? Tgk betul2...huhuhuh



...