Monday, June 29, 2009

Memori naik bas

...


When is the last time korang naik bas awam?I can't remember bila la. But there are few stories that I would like to share with u guys. It was a long-long time ago. When I was a kid, bas adalah pengangkutan utama. My family xde keta sbb tak berkemampuan.

I was 10 years old. Ada satu pasar malam hebat yang terletak few KMs away from home. Nak pergi kesana, kena naik bas. A good friend of mine invited me to temankan dia utk ke pasar malam tu. Mak dia mengarahkan dia membeli buah mata kucing.

Lepas membeli, kt org pun tunggu la the next bus utk balik. Tapi bas penuh. Nak tak nak terpaksa naik la jugak. Bila dah nak sampai, tekan loceng dan bersedia utk turun.

Masa nak turun, my friend ni....telah menjatuhkan bag plastik yang penuh dengan buah mata kucing ke lantai bas. Habis berterabur semua buah mata kucing tu. Imagine la how to kutip semua buah2 tu dalam keadaan bas yang sarat dengan penumpang.

Kegigihan my friend mengutip bersebab. Dia sangat takut mak dia marah. Balik tanpa buah mata kucing akan mengakibatkan severe punishment. Imagine the trauma yang dia lalui the minute buah mata kucing pertama mencecah lantai bas tu.

Niat nak mengutip buah tersebut tak kesampaian. Korang tau la kenapa kan? mcm mana nak kutip dalam keadaan bas penuh sesak. Takkan la bas nak berhenti semata-mata nak tunggu buah mata kucing habis dikutip kan?


Ray yg so called FRIEND didn't help. I was too MALU to help. On the way balik [tanpa buah mata kucing] muka my friend dah CUAK tahap 3 dah. Sebab takut, he followed me balik ke rumah. Ray pun cerita la kat aruah mak dan she offered some RM utk gantikan buah mata kucing tu. Dengan duit yg ado, ktorg pun sekali lagi ke pasar malam tersebut. Bayangkan la mcm mana dia menjaga buah mata kucing tu on the way balik.

My aruah mak save the day. My friend still kena marah dengan mak dia sebab amik masa yg lama utk beli buah mata kucing. A week later, he confessed to his mother and told her the truth.

NEXT...Imagine pulak.... being excited to pg town tgk wayang. Dressed up bagai nak rak. The best la kiranya. Masa naik bas tu...I realised that ada sorang lagi mamat have THE EXACT SAME tshirt like mine. Aiyoooo!!

All seats are taken and the ONLY seat available is next to this GUY. Apa yang korang rasa ray buat?

A- Turun dari bas dengan segera
B- Duduk je sebelah dia dan tebalkan muka
C- Berdiri kat depan dan buat BODO
D- Menangis teresak-esak
E- Maki budak tu


Dibawah ni plak kesah lawak yg pernah ray dengar dan ray tulis semula untuk bacaan. Some of you might have heard it. CAUTION ya. Might not appropriate for younger readers...hehehe

Suatu masa dahulu , sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder barang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Lawak sengal ni mengingatkan ray pada kisah kawan perempuan yang plus size [berbadan besar]. Way back in 1994. We took a bus to town. Masa dalam bas, naik seorang lelaki yang sangat hensem. She was all over him dan tak berkelip matanya melihat ketampanan lelaki tu. She even menelan air liurnya sambil memerhatikan lelaki itew.

Sangat obvious and kawan-kawan lain dah mula tersenyum.

"Wahhh...Ina...! Suka la tu !" sakat kawan-kawan terkejut melihat reaksi Ina.

Tetiba Ina ni mengamuk dan keluarlah statement

"Korang ingat pompuan gemuk mcm aku takde NAFSU ke haaaaaaaa!!!"

Semua terus terdiam...terkejut dengan statementnya. Perjalanan 20 min seterusnya menjadi sunyi sepi.

PS: Kakak jual kueh tak meniaga hari ni.



Thursday, June 25, 2009

Bad News I'm Afraid...

...


Dari semalam lagi dah rasa x sedap hati. Bimbang x tentu pasal but don't know what it is.

"Ahhhh persetan kan saja perasaan itu....!!" I drove all the way to a friends house just utk menghindarkan diri dari perasaan serba tak kena tu. Buang sekejap. Tinggalkan kat rumah.


As I woke up this morning...masih ada perasaan itu. tak sedap hati. Sebab on the way balik dari my friends house, ray kutip balik perasaan yg ray tinggalkan tu...Hahahaha! Sooner or later I have to kutip balik kan? kekeke


True enough, later this morning, I have received a very bad news. Something related to business and work.

Berita yang bakal mengubah segala-galanya.


Yang lebih membingungkan, berita buruk ini bukan kerana kesilapan dan kelemahan. Cuma nasib yang tidak menyebelahi. Tak de rezeki bak kata orang.

No regret kerana segala usaha dan kerja keras telah diberikan. Hasilnya adalah buktinya. Sudah dijangka tapi tidak disangka seawal ini.

Teringat pula, bila mendapat berita gembira. Berita tersebut dikongsi dengan semua. Bila berita buruk, lidah jadi kelu dan dipendam saja perasaan itu. Pastu..tulis je la perasaan tu kat blog. Meraih simpati dan sokongan.


Walaupun pahit untuk ditelan, kenyataan harus diterima dan hidup mesti diteruskan. A few days needed to re-plan and to refresh for the new beginning. Maybe few days...maybe jugak fews weeks...not too long I hope!

That was the plan. To be away! Al maklum tgh mengalami depression. This not a DRAMA and I am really depressed tahap GABAN.






Ada masa kita berada di atas dan ada masanya kita jatuh ke bawah. Bila jatuh, haruslah bangun semula dan mulakan langkah.

It takes time to recover fully.


Bersyukur dengan apa yang ada. Doakan.

Moving on to the good news. Yoyooh.com akan menganjurkan our 1st Anniversary celebration. Ada blogger awards show dan The Blog Squad results.....and few performances. Atas sebab-sebab tertentu tempat telah ditukar dari Youth Square ke Restoren Nelayan, Titiwangsa. Tarikh/masa tetap sama iaitu pada 11 Julai 2009 jam 8malam. Blogger yang berminat datang bolehlah menghubungi Ray.



PS: " Sorry la kak....Takde mood nak beli kueh hari ini. huhuhu"



Wednesday, June 24, 2009

Drama Queen

...

Dalam kehidupan seharian yang penuh drama, masih tidak mencukupi dan ada sesetengah manusia yang gemar "berlakun" menambah rencah drama agar lebih menarik dan dramatik .

Ada yang berlakun real habis sampai korang tak perasan langsung dan ada juga yang nampak sangat obvious looking for attention. Kiranya kes propa la. And a bit of "over acting"

They intend to create the drama dari kehidupannya yang mungkin tidak ada apa yg menarik baginya. So, why not pretend to be something else. Or perhaps tambah sikit dari apa yang real sbb nak bagi lebih kesan dramatik nya.

"I tak boleh balik sekarang...kalau I balik mak I akan CAKAR I !!"

Seriously....mak u akan CAKAR u? huhuhu. Imagine laa if that really happen. Why not kurangkan drama dengan mengatakan simply yang I will be scolded by my mom if I balik lewat. Kenapa nak add part CAKAR tu? hahaha

I have many friends who likes to buat drama. Last weekend, one of them admit yang dia sangat sakit dan bergantung pada ubat utk hidup.

Knowing him, another friend....pop out a question

"Drama la ko ni....sakit apa aje la ko ni???"

and you know what he did. Dia keluarkan ubatnya to proof that he is really "sakit" as he claimed.

and the ubat is PANADOL ACTIFAST 2 bijik.

Ermmm...how should I react ek? I laughed out loud.

You might think that he is just joking. No! He is NOT. He is dead serious. He don't even laughed. He still in character as if really believe that he is sick and bergantung pada ubat tersebut utk elakkan dari sakit.


Another scene.

"Everyone are invited to my birthday party" jemput sorang kawan ni. Normal reaction would be....

"Thanks for the invitation....InsyaAllah I datang ok"

But add laaa a bit of drama, so that you will get extra attention. It would be something like this.

" I sebenarnya dapat tiket free Konsert CT malam tu...tapi I am going to cancel it...I am going to your birthday party...lagi penting" "Ticket concert FREE....MAXIS bagi sbb dapat jawab soalan KUIZ.."

Arghhh so sweettttttt !! apa soalan yang u jawab sampai u menang tu?

[ muka menggelabah ] I tak ingat laaa. My friend from Maxis tolong.

Pulakkkk?

Exist ke pertandingan kuiz tu. Not that I know of. Another drama !


Not really a problem for us actually. Dah biasa sangat dah dengan drama yg dia lakunkan. What worries me, persepsi orang lain terhadap dia kalau dia continue buat drama mcm tu dengan org lain.

But....I personally done few drama jugak la. Especially masa desperately nak MC. Malas nak kerja so pretend to be sick or act sick infront of the doctor.

As a crew pulak, I have to ACT sometimes to do my job. Even HATI cakap benda lain, but sbb kerja [being professional] I have to agree and plastikan muka terima aje laaa. Customers are always right.


Ini cerita beberapa tahun lepas. Masa tu Ray memandu kereta ke Shah Alam. Mencari rumah kawan di Seksyen 3. Zack di sisi ray membeliak mata membaca setiap nombor rumah. Sesat dah ni. Ray cadangkan bertanya kepada seseorang di tepi jalan.

Terlihat seseorang. Tapi berpakaian kusut masai. Tak berapa betul agaknya. Ray terus memandu tanpa menghiraukannya. Zack pula kata, “Kejap!” kereta diberhentikan. Tingkap sebelah Zack diturunkan. Lalu bertanyalah Zack kepada orang tu, “Bang, mintak tolong boleh?”

Orang tu terus menjerit-jerit meminta tolong tanpa henti, “Tolong! Tolong! Tolong!” Ray terus tekan pedal minyak meninggalkan orang tu dengan jeritannya.

Orang gila pun kuat DRAMA u ols.

zack...lain kali cakap biar terang.....Bukan "Bang...mintak tolong boleh?"

sepatutnya..."Bang tumpang tanya boleh?"

Zack has learned his lessons well. LOL


Hidup akan BOSAN tanpa DRAMA.

PS : "Kak...saya dah bosan dengan goreng pisang akak ni....bagi saya kueh apam ijo tu 2 hengget"



Monday, June 22, 2009

Crew Life 12 : Emergency !!

...


Tugas utama seorang peramugara/peramugari bukanlah untuk melayan penumpang semata-mata. Habis untuk apa?

Menjaga keselamatan. Setiap anak-anak kapal [ bermaksud pekerja dalam kapal ] telah dilatih untuk menjaga keselamatan penumpang dan seterusnya membantu penumpang sekiranya berlaku kecemasan.




Ada beberapa bentuk kecemasan sebenarnya. Pertama kecemasan yang berkaitan medikal seperti...tercekik, sawan, sakit jantung, nak beranak, asma, pengsan dan lain-lain lagi. Kedua pula kecemasan berkaitan keadaan dalam kapal seperti...kebakaran, asap, kekurangan oksigen, turbulence, air pocket etc. Dan kecemasan yang ketiga ialah kecemasan utk mendarat.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya tiada crew terlatih dalam situasi2 di atas ?

Tahukah korang setiap crew wajib mengikuti refresher course dan mengambil ujian tahunan berkaitan keselamatan? Tanpa lesen, crew tersebut tidak dibenarkan bertugas. Ujian berbentuk soalan dalam komputer dan juga praktikal.



Yang paling menyeronokkan ialah sesi praktikal. Ada sebuah kapal "mock up" berteknologi tinggi digunakan untuk sesi latihan mcm tu. Sistem komputer membolehkan kapal terbang tersebut mengadakan pelbagai jenis kecemasan untuk tujuan latihan.

Setiap sorang dikehendaki menjerit dengan kuat sekali...

Emergency !!!
Emergency !!!

heads down ...grab ankle

remain seated.

Kecemasan !!!

Kecemasan !!!
Tunduk ....pegang kaki

duduk


ya...jangan tak tau yaaaa... DWI BAHASA u ols.


Dalam sesi latihan, anda akan gagal sekiranya anda xleh menjerit dengan kuat.




Jeritlah berulang kali sehingga kapal selamat mendarat ketika pendaratan kecemasan. Kalu pendaratan tu di air....kena pastikan setiap penumpang pakai pelampung keselamatan dalam kapal sebelum keluar.


Semasa latihan, kami diuji untuk memakai jaket tersebut dalam gelap dan dikehendaki siap dipakai dalam masa 10 saat. Nak pakai pun sudah ...inikan lagi nak pastikan setiap sorang penumpang pun pakai jugak.

Pelampung yg ada dalam kapal terbang x sama dengan pelampung yang korang pakai bila nak naik feri atau bot tu. Yang ada dalam kapal terbang menggunakan angin, ada wisel dan ada lampu dan boleh menyala diwaktu malam.

Pelampung ni ada kat bawah tempat duduk masing2 dalam kapal terbang. Tapi yang kelakarnya ada penumpang yg amik bawak balik. For whattttt ???

Ray pernah nampak kat Port Dickson...ada mamat ni pakai jaket pelampung keselamatan masa mandi laut kat PD !!! sengal tak? Hampeh kannn?

Nape bang??? Tak mampu beli pelampung itik ke bang????







Apabila dah mendarat anak-anak kapal ada masa 90 saat utk mengosongkan kapal. Dengan apa jua cara sekali pun. Kalau korang ketakutan dan berdrama tak nak keluar kapal...anda akan diheret keluar...anda lambat...anda akan ditolak.....masa tu jangan harap crew bertugas melafazkan

"encik sila tolong keluar ya....jemput lompat ya encik.......terima kasih"

apa yang dorang akan lakukan ialah menjerit

"KELUAR !!!! KELUAR !!! KELUAR !!!" LOMPAT !!! LOMPAT !!! LOMPAT !!! dengan sangat KUAT sekali sambil menolak anda supaya terjun mengunakan slides kecemasan.



So, sekiranya anda naik flight...terpandang seorang peramugari yang lemah lembut dan penuh sopan santun...jangan terpedaya....

mereka mampu menjerit dengan kuat dan menendang anda keluar dari kapal. Yang exclusivenya korang hanya mampu melihat mereka dalam keadaan tersebut semasa kecemasan sahaja.

kalau mereka tak mampu menjerit dan bertindak tegas...mereka tidak layak berada di dalam kapal dan bertugas. Ini bermakna...apa yang anda lihat atas kapal adalah antara yg layak dan terlatih.

PS : " Kak !!! bagi goreng pisang tu tiga ringgit " "CEPAT !!! CEPAT !!! CEPAT !!!"
Terperanjat kakak tu dan terus pengsan.





Friday, June 19, 2009

DAFI FC FUN SURVIVOR CAMP 2009

...


Ia bermula dengan satu angan-angan. Mcm mana nak buat program yg lain dari yg lain. So we come up with program berkhemah yang sesuai dengan jiwa remaja.





Yoyooh.com kicks in dan offer kerjasama utk buat ala-ala realiti show. Merasa la peserta jadi bintang realiti kejap kan? walaupun hanya di internet. Dan merasa lah Dafi menjadi pengacara!!

Yoyooh dibantu secara sukarela menghasilkan program utk tontonan internet ini. Dorang adalah student perfileman UiTM dan two of them juga merupakan pasangan blogger yang berbicara tentang filem tempatan. They are Ikha, Ares & Anas. Merasa la Ray menjadi pengarah dan penerbit program dengan bantuan dorang ni.

What you will see ialah hasil produksi amatur menggunakan kelengkapan rakaman paling minima ya....Bayangkan apa yg kita org boleh lakukan dengan RM yg lebih banyak...hahahaha. Lagi gempak kut?

Amacam guys...ada chance tak kt org nak bukak production house? kekekeke.


Teaser [ teezer ] projek kecil berangan ni dah siap dah. Ada tiga semuanya...ray keluarkan satu dulu. Tengok la hasilnya. Sila komen ya. Lepas ni yoyooh.com nak buat Blogger's race plak...






PS: "Kak bagi NESLO dua...cow2 ya....errr bagi la sekali cekodok RM2 dan kueh panjang2 tu RM3" sambil tersenyum puas. Kakak tu heran lagi.

Thursday, June 18, 2009

Cruel to Anjing

...


Seekor anjing tiba-tiba muncul di hadapan rumah Ray. Kat kawasan luar apartments/padang. My apartments actually facing sebuah padang bola. I can actually see it from my bedroom window. Yang peliknya anjing itu tidak beranjak dan stay kat situ saje. Dah masuk dua hari dah.



Kehadiran anjing ni menarik perhatian kanak-kanak. Ni reaksi mereka.

"eeeee...anjing....larikkkk"

"Anis...jangan dekat la...haram nanti kena samak ngn daun"

"samak ngn tanah la...daun plak...bodo la kau ni"

Ps : samak dengan air tanah dek bukan tanah...sekolah mana ko belajar ni?

Ada juga yang menyalak bila tengok anjing. ....bersungguh-sungguh budak tu menyalak. Kurang pasti dgn motif budak tu bila menyalak. Yang kelakarnya anjing itu pun menjadi heran.

"Weiiii..jangan dekat la...ko tak tengok kat tv ke...mcm2 penyakit la anjing ni bawak"



Reaksi kasar yang lain ialah membaling batu, menabur pasir, menyimbah air, menendang bola ke arah anjing tersebut.

Ada juga sorang kanak-kanak yang memerhati sambil berkata

"Heyyy...jangan laaaa... anjing tu pun makhluk Allah jugak...tak baik". Sorang dari berpuluh2 budak yg berkumpul tu.

Ada juga seorang kanak-kanak india meletakkan seberkas air utk anjing tersebut minum. Kenapa tak kanak-kanak melayu islam yang berbuat demikian?

banyak kanak-kanak melayu...lebih suka membaling benda dan menyakiti anjing tersebut dari merasa simpati.

Anjing tu kalau boleh bercakap dah lama mencarut kut dengan layanan manusia di sekelilingnya.



Manalah agaknya perasaan simpati kanak-kanak ni pada binatang? lepas membaling dan kena...dan anjing tu berbunyi kesakitan...mereka boleh gelak...tapi ray rasa...bukan kanak2 je...yg dewasa pun sama.

boleh ada perasaan bangga pulak kerana menyakitkan anjing tersebut. Dengan angkuhnya menceritakan apa yg berlaku pada rakan lain yg baru dtg.

"tadi aku baling batu...toinggggg kena kepala anjing tu...pastu dia berbunyi sakit....hahahahaha"

Yang peliknya...anjing tersebut tidak berganjak pun dari tempatnya.


Pagi tadi Ray dah bersuara dah. Menjerit dari tingkap bilik .. to leave the dog alone. kejap je la pastu datang budak lain pulak kacau lagi. Tak larat ray nak menjerit je keja.

Apakah yang ray boleh lakukan? Any ideas?

Nak juga ray tahu reaksi korang tentang apa yg ray tulis dan perasaan korang terhadap anjing.
I've been abroad, they don't treat dogs like that. Ramai juga takut pada anjing tapi tidak sampai membaling binatang tersebut seolah-olah merasa benci. Yang membenci anjing ni kebanyakkannya melayu...kenapa?

Kenapa kita benci sangat kat anjing???


PS: And we called ourselves Caring society ....?? Shame..shame...shame...






Tuesday, June 16, 2009

Aku Teringin

...


Ray nak bercerita hal teringin. Tapi ia bukan cerita keiinginan biasa. Ia adalah keiinginan luar biasa.





Masa kecil, Ray suka main LEGO. Block plastik yang boleh dicantum-cantumkan menjadi apa yang kita inginkan. Al maklum, dengan LEGO apa yang takde boleh diadakan. nak umah besar...casa impian eric leong...semua bleh jadi kenyataan dengan daya imiginasi, hasil kreativiti keinginan minda kita. Bila dapat LEGO ni, Ray akan leka dan kusyuk gila. Tapi malangnya, LEGO yang Ray sangat suka main tu tak pernah dimiliki. Pada masa itu LEGO adalah satu permainan mewah dan satu yg tak mampu Ray miliki ketika itu.

Setiap minggu kalo ada masa terluang, aruah mak akan ke rumah my aunty [ mak Itam ]. It's about 30 minutes walk from my house. A long walk for a kid like me. Tapi perjalanan tersebut adalah satu perjalanan yang amat ditunggu-tunggu kerana "LEGO !!!! Here I come !!". Ya! rumah mak itam ray ada lego. Dia letak atas almari dalam bilik tengah. Hurmmm...cucu dia punya. Sampai je, bila aruah mak berborak2 ngn my mak Itam...ray akan mengendeng LEGO tu...hehehe sort of giving my signal to everybody there that....nak main LEGO !!!





Punya la excited. Bila tiba masa untuk balik...tetiba jadi malas nak balik. Sebab it's a long way back home. Yang mengherankan, my aunty ni ada tiga bijik kereta kat laman rumah dia. HARAM !!! tak pernah sekali pun kami dioffer utk dihantar pulang.

Lebih menyedihkan, selepas beberapa ketika...LEGO diatas almari tidak lagi ditempatnya. Huhuhu...disorok oleh orang tertentu. Awat la dengki sangat nak bagi Ray main LEGO tu.

Itulah antara benda terawal yang Ray teringin nak miliki tapi tak kesampaian. Punyalah....heart broken masa tu...

"Makkkk...this is my heart and it's BROKEN"

Dewasa ni, Ray ada masih ada beberapa keinginan tertentu. Alhamdulillah keinginan itu dapat diusahakan dengan bekerja keras menambahkan pendapatan. Teringin nak beli kereta...dah ada...teringin nak beli rumah...dah ada...




Ray juga teringin nak memiliki hati seseorang. Orang yang anggap sangat istimewa ini. Tapi ianya tidak kesampaian. Ishhh...no money can buy this heart la weiii...hahaha. It's not mine to have...so I have to slowly learn to let it go. Walau weiiii....dah la ray ni jenis susah nak suka kat orang!! Bila dah suka...camni plak jadinya...hahaha

Ibarat seperti teringin memiliki set lego atas almari rumah mak itam. Dah la bukan hak kita.....Mula2, boleh la main2 sekali sekala...tapi bila nan ado....kena lah TERIMA. Hahaha!

Sebab nak lepaskan tension, ray ke kedai makcik jual goreng pisang depan umah.

"Achikkk...bagi goreng pisang 2 hengget !!"

I will be ok for the next hour or so...


PS : Borang vacancy ray ada di kaunter 7. Bayar 50 sen utk borang. Lepas isi hantar ke kaunter 9 untuk tentukan waktu dating. Ada yang berminat??

PS2 : Ray dah memiliki beberapa set LEGO yang kini dimainkan oleh 90 kanak-kanak tadika RSK.




Saturday, June 13, 2009

Ignoring My Birthday

...

7 tahun yang lalu, it would be an easy and common thing. Sama ada Ray berada di awan biru tgh bekerja melayan kerenah penumpang atau sedang merayau-rayau di luar negara mengisi waktu menunggu masa untuk berangkat semula ke KL. By the time sampai di KL, it's already few days later....
so nothing special.




I don't even remember my own birthday. Years after years, Ray sort of getting use to it. The idea of ignoring my own birthday. What's a big deal kan? It's just a date and age is just a number. Ray dibesarkan without any celebration. My mom passed away when I was 11 and the cake, the singing, the party stops there. My teenage years, duduk asrama...also without all that. I don't really bothered about it. Dah biasa.

Last two years, keadaan berubah. Ada keluarga baru yang memulakan semula trend sambutan harijadi yg dah lama Ray lupakan. Embaressed, flattered and touched by this people who I proud to call my new family.

Tomorow is my birthday. While keeping myself busy...trying to ignore it....I received a sweet msg from a good friend of mine, Amy.

"Dear Ray...It may be early but im afraid i x text u later bcause Im leaving for Indon on Sunday. So, happy birthday 2 u...Remember age is just a number...hahaha. Many happy returns of e day. Dnt kecik2 hati ok. Do take things +vely s u've always been doing. Luv ya. Mwahhsx"

and then another msg from Nad Nadia...

"Happy Birthday...may Allah bless u always..."

and also a sweet note from Aini & Akim kat Shout box/FB ray ni....huhuhu


Proses nak menIGNORE my birthday x jadi. Seriously...how could I ignore it when receiving msgs like the above??? huhuhu. Tetiba rasa sedih pulak.


Thank you for remembering. Your thoughts much appreciated and will make the difference. Certainly changed the way I look at it now.


PS : Still menunggu a special wish from that special someone.

As at 12 midnight, my new family at chat box berteriak happy birthday for me...Thnks Abir, acap, nad, sakura, ady, syukri....
and my dear lina from Singapore yg susah2 kol dari jauh.




Friday, June 12, 2009

Realiti disebalik DFC Survivor

...


Apakah realiti disebalik merakamkan program realiti BERANGAN? hehehe.

Idea tercetus kerana nak mencari kelainan. So, why not berkhemah dan sekaligus peserta2nya membintangi program realiti...kan? lantak la org nak kata berangan ke apa ke ...janji best.





Bila idea ni Ray ketengahkan...

Ianya dianggap terlalu ambitious oleh sesetengah pihak. Lebih-lebih lagi dibuat oleh sebuah kelab peminat yg tak tahu apa2 tentang penerbitan.

Kenapa nak susah2 doe? Reti ke buat? Buat simple2 je sudah....!! Jadik ke? Ada pengalaman ke? Nape nak menyusahkan diri?????

At first, I couldn't care less about the final product. I mean the video. What I wanted to do is just to create excitement dan kelainan. Xkesah la hasilnya ...janji boleh tengok. Bila prorgam ni berakhir setelah 3 hari, ia tidak berhenti sampai setakat tu saje....excitement berterusan kerana masih trill menunggu hasil apa yg telah dirakamkan. Cadangannya nak berkumpul semula ala2 reunion dan ditonton bersama hasilnya. Mesti kecoh jadinya. Ya la kan...tak tahu siapa undi siapa, siapa kutuk siapa...hehehe.


What can be more exciting than menjadikan camping ini satu aktiviti realiti ?? Adakan aktiviti berkumpulan, menimbulkan konflik, adakan cabaran ....kononnya untuk tayangan tv. hahahaha. Peranan Dafi pula ialah sebagai pengacara. Dafi tak menyanyi langsung dalam ini gambar...hahaha


Bila ray bgtau Dafi about the concept, he is got excited about it dan bagi green light... next ....ray go into details with ketua projek Ms Lilo utk jadikan menda ni kenyataan. Then, ray mencari bantuan berserta peralatan rakaman. 3 friends volunteer nak tolong. Dorang student perfileman UiTM dan two of them juga merupakan pasangan blogger yang berbicara tentang filem tempatan. They are Ikha, Ares & Anas.




1- Tiada skrip disediakan. Setengah jam sebelum rakaman, ray akan go through dengan Dafi tentang apa yang nak dicakap depan kamera. Rehearse sekali dua dan terussssss rakam. Hahaha!

2- Konflik diadakan secara spontan dan tidak dirancang.

3- Beberapa kali mengubah perancangan hanya kerana keadaan tempat tidak sesuai untuk rakaman.

4- Ketika malam pengadilan, soalan-soalan panas yang ditanya Dafi adalah soalan panas dari team produksi.

5- Pada awalnya nampak mcm tak de konflik, tapi bila kamera mendekati orang tertentu secara berasingan, keluar segala cerita...hahahaha

6- Berjalan membawa bantal dari tapak camp seawal pagi ke HQ urusetia sangat melucukan.

7- Monyet2 hutan menguasai tapak malam pengadilan disebelah pagi. Mereka berpesta menggantikan peserta.

Realitinya, selepas program 3 hari ni....kerja kami tak abis agy. Ada yang sibuk mengedit gambar, menyunting video, menyediakan laporan utk media dan macam2 tugas lagi. Sampai la ni...tak habis-habis lagi...hahaha





Apa pun...tunggu lah hasilnya nanti. Ikha & Ares tengah buat editing...sebagai penerbit dan pengarah realiti program berangan ni...ray sendiri tak sabar nak gelak tengok hasilnya nanti.

picture credit to : Megat

Petang tadi while nak membeli something....

"kak... bagi goreng pisang tu 2 ringgit"

I was smiling [ tersengeh smpai ke telinga teringat kat something ] sampai kakak jual goreng pisang tu naik HERAN.

Can someone give me a slap and wake me up from dreaming. Wake up ray...the happy feeling that ive got lately mcm simply Too Good To Be True....

PS: Lately rasa sensitif tak tentu pasal. Rasa gembira melampau....bertukar jadi....rasa kecik hati je kat seseorang plak. SWING....Rasa nak quit blogging pun ada sikit. Kenapakah ray begitu sensitif lately haaa? haaa? huhuhu.


Monday, June 8, 2009

We will Survive

Question :


How's the Survivor program ya... ray? Dapat banyak sms tadi asking me that. The truth is the minute sampai rumah...ray pengsan terus [ sengaja aku pengsan atas katil kerana penat ].

Did we Survive ? Banyak ke drama ?



Tercicir...katanya


We did SURVIVE sehingga tamat program DafiFC Fun Survivor Camp walaupun kekuatan tenaga committee members berada ditahap paling minima. Ia agak berbeza dengan penganjuran sebelum ini yang selalunya disertai hampir kesemua AJK kelab.

Yang lucunya dalam usaha pihak penganjur memberi cabaran Survivor kepada para peserta...penganjur sendiri sebenarnya bertarung bagai nak rak untuk survive bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Yang menjadikan program ini lebih rumit, ianya juga program yang dirakamkan dalam bentuk realiti untuk tontonan umum di alam maya. Apa yang berlaku mestilah sesuai dan kena untuk dirakamkan.





marah la sangat kan?


Peserta dicabar. Diberi tugasan. Diuji mindanya. Dilemparkan masalah bagi mencetuskan konflik dikalangan peserta. Sedikit saja kesalahan ada penaltinya. Penganjur pun dah jadi mcm polis, asyik nak isu tiket saman dalam setiap kesalahan.

Ini bab kantoi. I lost my tag semasa aktiviti "Night rope". Dah tercicir dalan hutan agaknya.

The next morning, ada la budak tu TERjumpa. Apa yang DIA buat...dia berpakat dengan Megat,
amik gambar sebagai bukti.


Ray ! jago ko !


Then pakatan [ jahat ] tu dibawa kpd Lilo selaku ketua projek. Semasa program berlangsung budak yang kuat SABO ni buat pengumuman khas.

Katanya " One of the organiser lost his tag....disebabkan kecuaian itu...ray akan didenda...

Denda apa? huhuhu. Kukur kelapa dengan tudung botol for lunch. Kukur punya kukur dapat la sepinggan. huhuhu


Alhamdulillah despite all the cabaran dan dugaan, Dafi dan peserta mengganggap ia adalah program terbaik DFC setakat ini, better than Pangkor. Peserta merasa la kan ...jadi bintang realiti...how often can you be one ...kan?


PS : Kalo nak SABO budak tu boleh aje...banyak je idea ray ...tapi terpaksalah ray mengalah kan? Hehehehe

The next day budak tu wet his tag masa berenang dalam laut dan didenda oleh jurulatih prgram...hehehhe
Budak tu diarahkan untuk mengeringkan tagnya dalam masa 10 minit...

Thursday, June 4, 2009

Lepak marathon



Salam Sejahtera,


The last time ray lepak lama ialah berbulan yang lepas. Dari pukul 12 tengah malam until 6 pagi. That was somewhere in Setapak. With georgeous Ayu Ramli.. ingatkah anda wahai cik Ayu? LOL




Yesterday I sort of repeated the record with a friend. Dari 12 tengah malam sampai pukul 7 pagi. Area Selayang dekat Batu Caves. Hahaha!

Some people may ask...x tido ke ray ni? My answer is...im having difficulty in sleeping at night lately. So lepak during that period would not be a problem.

Apa saja yang dibualkan bila melepak tu ? It varies. Ada topik world hunger, isu semasa, politics, career, gossips, entertainment, saper bercerai, ragam manusia to name a few. It was fun laaa..intelligent conversation susah to find now days...hehehe. Bila sekali dapat geng...haaa...buat lepak marathon la kan?

It's like reading a blog non stop. hahaha. Alahhhh sekali sekala buat marathon apa salahnya? Bukan hari2 melepak.

When the lepak session habis...I rushed back to Shah Alam. Orang nak pergi kerja, ray plak balik ke sarang. Dah macam Vampire mcm cerita True Blood la pulak. I had quick breakfast and get some sleep.




Ray dikejutkan oleh panggilan yang bertalu-talu masuk hari ni. First one , Dafi yg call from airport on his way to Singapore to catch PCD Konsert with his sister Nina.

Pooh from KRU called just now, invited me to attend kenduri doa selamat KRU @Masjid Wilayah next Monday. Dengar2 nak announce sekali barisan pelakun Merong Mahawangsa yang akan menjalani penggambaran x lama lagi. Filem big bajet tau. Dengar2 kena buat tiga buah kapal laut untuk penggambaran. Stephen Rahman pelakun utama this latest epic!

Here I am now, infront of my PC...menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh. Esok Ray akan ke PD for 3 days. Menerbitkan program realiti Survivor ala-ala DFC style. So, nak siapkan apa yang patut x tertangguh2 kerja nanti.



Ray dah tambah lagi satu meja @ my work station sebab nak bagi selesa sikit buat kerja. Saje je nak update sbb sebelum ni ray ada publish gambar tempat ray menghadap kerja kt blog ni.

Doakan program yang bakal dilaksanakan di PD agar berjaya ya. InsyaAllah ray akan blog about it here.

Ni sedikit teaser sebelum ray mengakhiri entry.




Siapa amoi yang pegang udang besar ni? Duta restoren yang mukanya ada disepanjang jalan ke rumah ray dari KL. Siapa? Siapa ? Siapa ?


PS : Pernah korang melepak lama malam2? Apa saja yang korang bualkan? Ajak ray sekali lain kali naaa. hahaha.

PS2: Nampak gayanya kalo dh ramai2 berkumpul mau buat lepak marathon jugak nieh kat PD nanti but this time with unggun api.



Monday, June 1, 2009

Casual Or Over do it?



Here is one tip yg ray rasakan useful.

Tip ni apply pada casual wear sahaja. Bukan utk show pentas, bukan utk red carpet appearance korang. Casual bermaksud, santai. Nak pegi hang around, membeli belah dan berdating.

When you wear something casual, jangan la over. Katakan la you nak pakai seluar jeans mcm ni.



Seluar jeans ni je dah ranggi, so tak payah nak pakai baju yang ranggi jugak. Cukup la dengan shirt yang simple.



Kalau kat Malaysia, kes nya akan jadi mcm ni...pakai seluar jeans ranggi + shirt ranggi yang poket banyak + vest ranggi + topi ranggi + tah pape la lagi yang bagi sarat mata memandang. Kalau boleh lagi sarat lagi bagus. Semua nak ranggi. Seluar dalam tu kalo visible pun ranggi jugak.
NO !



When you wear something, make a fashion statement. Cukup untuk feature SATU atau DUA [ one or two part ] of what you are wearing. Contohnya untuk perempuan, wear tight jeans biasa, shirt putih biasa and add ONE or TWO fashion statement seperti belt merah yang malatop and sun glasses. Or handbag Or kasut. Itu sudah memadai. Sebatu orang dah nampak belt you yg cantik tu.

Lihat gambar paling kanan David Beckham. Simple jer... kan? Bayangkan sekarang kalo dia tambah vest petak2, tambah topi kilat2, rantai besar...tak ke sarat namanya.


Tak payah nak lengkap satu badan dengan benda yang ranggi. Nampak sarat. Dah bukan casual lagi namanya. Tak kena.


Ada yang mungkin tak bersetuju dengan apa yg ray tulis ni tapi it's a fact. I am not an expert but sane enough to understand yang mana satu OVER DO IT. Take pre caution, ask youself nak pakai ke mana, buat apa dan untuk apa? Remember ya...It's supposed to be santai aka casual !



Ladies, tengok gambar kat atas. Tengok sorang-sorang. Sangat simple. Setiap sorang ada 1-2 yg dorang featurekan. It's either belt, sunglasses, shoes or handbags.

Apa pun terpulang la ya. Orang ketawa dibelakang kita...kita tak tau. Bukan semua kawan kita jenis yang nak habaq kat kita bila apa yang kita pakai over atau xkena. Mungkin dorang tak nak kecikkan hati kita. So in that case, SMI....SENDIRI MAU INGAT

Cuba la tips yang ray bgtau ni. Apa yang kita pakai penting kerana ianya mencerminkan imej kita. Jangan terlalu excited nak berfesyen sampai lupa plak.

Readers, any objection? Or any questions?

PS : ray pernah nampak sorang minah dengan skirt yang rambu ramba, baju belah2, kasut boot, bertopi jalan2 kat Mid Valley. Yup ! orang pandang. Berjaya menarik perhatian. Tapi reaksinya...

OMG !! OVER..... bukannya OMG !! lawanya dia pakai.

Yang kelakarnya ditangan bawak plastik JUSCO...baru shopping pakaian dalam agaknya...huhuhu.



Memakir Kenderaan



Masa mula2 ray dapat lesen memandu dulu...benda yg paling ray tak suka ialah bila part nak cari parking. Sampai sekarang pun masih rasa mcm tu lagi...cuma dah terbiasa so x la rasa terganggu sgt lagi.




Can someone tell me, how to park mcm gambar kat atas ni? Kalau ada skill mcm driver lori ni...rasanya xde masalah nak parking kat mana2 pun kan? huhuhu.

To be honest, I don't mind walking. Park jauh sikit dan jalan kaki . Tapi some people, ada kemalasan sikit dan xnak park jauh2. So, they wait...mengakibatkan kesesakkan lalulintas...dan yang lebih kurang ajar...double parking. Selamba je...pastu terkial2 datang bila kita horn.

Pengalaman paling teruk mencari parking ialah masa kat Kuantan. Karnival Jom Heboh...Ada la satu jam berpusing2 cari parking. Masa tu Dafi ada dalam kereta untuk ke booth KRU buat appearance. Nasib baik la bukan Ray yang drive masa tu...kereta dipandu oleh AC pengurus KRU. Sebab AC ni dah biasa, so dia cool jer.

Yang jadi rekod mencari parking ialah berpusing2 hampir dua jam kat parking lot di Midvalley. Dah la lambat, cari parking xdapat2. Fuhhhhh!! Tarik nafas je la keja ray, menahan sabar. 2 jam tu...


Haaa.. rasa2 mcm mana nak keluar ni? Kalo dah depan belakang rapat mcm ni? Dah la nak cepat...tetiba je keadaannya mcm ni.

Tu la dia...part tekanan perasaan dalam bab2 memakir kenderaan ni. Belum cerita pasal sikap pemandu dijalan raya lagi ni. huhuhu

Yang parking kat parking lot besar2 plak, akan menghadapi masalah mencari semula kereta. Lupa kat mana. Bila tengok wayang lewat malam especially...pintu sana tutup...sini tutup...so dah kena ikut pintu lain...lagi la sesat menyesatkan. Ada yang bagi tips...take note warna dan no kat tiang...kalo susah nak ingat snap gambar kat kamera fon tu.

Adakah tips2 yang korang nak share ngn ray dalam bab2 memakir kenderaan ni?