Thursday, May 28, 2009

Crew Life 11 - Aku nak jadi peramugari


Imagine la, your father own an airline. You interviewed all the 'peramugari wanna be' di seantario tanah malaya. Here are the candiates :-

Scene 1


look at me...look at me....


You : Hello, can you tell me something about yourself.

Wannabe 1 : Hello. My name is Eteh bt Lambuk. I am 19 years old. I like to read books. I live in Taman Peria. Errr...

You : Hi Eteh. Can you tell me, why you want to be a stewardess?

Eteh [ formerly known as Wannabe 1 ] : I like to meet people.

You : Meet people. Xjadi stewardess pun everyday u meet people kan?

Eteh : Noooo! I like to meet mat salleh.

You : Mat Salleh? There is no mat salleh if your flight is to India.

Eteh : I want to go to America.

You : Why America?

Eteh : I like to see see the view.

PS : Join airlines nak cari laki. Ada sedikit keBIMBOan. sesuka hati je nak pilih destinasi sendiri bila jadi crew. Banyak cantik muka ko?

Scene 2

Don't touch me ...i am not that kinda of girl..awww


You : Good morning. How are you today ?

Wannabe 2 : I am not feeling well. I am sick.

You : What's wrong with you?

Wannabe 2 : water coming out my nose.

You : Are you having cold?

Wannabe 2 : No, I am not cold. It's hot here.

You : Tell me your name.

Wannabe 2 : My name is Sepora bt Tuan Hj Amin.

You : What do stewardess normally do?

Sepora [ formerly known as Wannabe 2] : Stewardess work...

You : Why should we choose you?

Sepora : I am very strong. I can carry luggage for passanggers.

PS : Bimbo sikit minah ni. Loyar buruk. Nak carry luggage katanya...baik jadi bellwoman kat hotel.


Scene 3

don't spoilt me...im innocent


You : What is your name?

Wannabe 3 : My name is Kong Mee Tat. hehehehe

You : Ms Kong, which part of your body that you like the best ?

Kong : heheheh. I like my tits.

You : Tits? Why?

Kong : I have wonderful smile with my tits. hehehehe

You : You mean teeth.

Kong : Yes ...my tits. [ sambil tersenyum dan mengoyangkan badannya ]

PS : Bermasalah untuk menyebut teeths. Sama ada BIMBO atau nak mengorat interviewer. Sikit2 hehehehe. Masalah badan miang.

Scene 4

Touch me and go away !


Wannabe 4 : Good morning sir !! My name is Puspa.

You : Good morning puspa. How are you?

Puspa [ formerly known as wannabe 4 ] : I am feeling Wonderfullllll sir. [geleng kepala]

You : How old are you?

Puspa : I am thirsty too. [ thirty two ]

You : Thirsty? huhuhu. As a stewardess, you will be representing your country to tourist. Tell me places of interest in Malaysia.

Puspa : Hurmmmm....Pulau Langkawi, Pulau Redang, Penang...errrr...hurmm... Phuket.

You : Phuket ?

Puspa : Phuket is in Malaysia right? I like Phuket.

You : Phuket is in Thailand.

Puspa : Im verrry Sorrryy sir...my mistake. hehehehe.



PS : lack of general knowledge. Geography cukup makan je. Juga ada masalah sebutan.


Which of the candidate above, that you will choose and why?
Jangan dipengaruhi dengan gambar-gambar. Ianya utk hiasan saja...kekekeke
You have no choice ... choose one.


Tuesday, May 26, 2009

Crew Life 10: India - Part 2

Dalam entry ray yang tedahulu, menceritakan kepayahan melayan kerenah penumpang ke India dan dari India. Kali ni, ray nak bercerita tentang pengalaman ray di India.




Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel tak jauh. Lima minit sahaja. Baru je duduk dalam bas dah sampai dah...huhuhu. Dekat dengan lapangan terbang bermakna agak jauh dari bandar. Lebih kurang sejam ke bandar Mumbai.

Setibanya di balai ketibaan, crew biasanya akan diserbu. Diserbu mcm ko tu artis popular. Diserbu mcm nak diminta tandatangan. Sekumpulan kanak-kanak menyerbu crew yang tiba sambil menadah tangan meminta sesuatu. Jangan la berangan ko nak berikan tandatangan...apa yang budak2 ni nak ialah duit.





Setelah penat bekerja hampir 8 jam, segala kepenatan seakan-akan hilang bila tiba di India. Hotel penginapan crew terutamanya di Bombay tersangatlah luxury. Layanan first class dari kakitangan hotel. Biliknya lengkap dengan segala-galanya. Inilah masanya crew berehat secukupnya dan memanjakan diri.

Dari segi hiburan channel kat tv beratus-ratus sampai lenguh tangan ni nak menekan remote control. Tapi dari beratus-ratus tu...ada la 20 channel yang watchable. Yang lain2 semua bahasa tamil etc yang tidak ray fahami. sorry no subtitle dek.





Katil yang cukup selesa dan bantal yang sangat empuk, tido kat bilik ni betul-betul best.
Bilik air ada beberapa bahagian. Ada bahagian untuk shower, bahagian bath tub, bahagian mangkuk lubang memerut [ lubang melepas sisa toksid] dan bahagian sink. Semuanya saperated. Macam spa pulak rasanya.

Selain bilik, ada juga lounge untuk crew berehat. Lounge ni...macam-macam ado. Ada mini teater untuk menonton dvd di big screen, pool table, free flow soft drinks, computer utk melayari internet dan satu ruang untuk berehat sambil menonton tv.

Setelah berehat, keesokkan harinya ada bus shuttle khas untuk crew ke bandar. Sesiapa yang nak membeli belah...tak melepaskan peluang menaiki shuttle ke bandar.




Sepanjang perjalanan ke bandar, duduklah di sebelah tingkap. Saksikan lah India dari dalam bas. Apa yang biasanya kita lihat ialah kedaifan penduduknya. Rumah berdindingkan guni di sepanjang jalan. Aktiviti membasuh baju di tepi jalan raya dan yang lebih mengejutkan aktiviti membuang najis di merata tempat. Imagine...kalo rasa nak berak tu...berhenti je kat mana-mana ...duduk menyangkung dah buang. Sepanjang perjalanan tu kiralah berapa kali korang nampak aktiviti pembuangan yang anda lihat berlaku. Confirm lebih dari 5 kali...huhuhu
Kalau berjalan tu hati2...terpijak pulak tahi manusia nanti.


Sebelum keluar, anda perlulah berhati-hati tentang beberapa perkara.




Pertama, peminta sedekah. Adalah dinasihatkan jangan memberi apa-apa. Beri sikit , maka akan datanglah ramai lagi meminta. Buatlah ...kalo korang sukakan perhatian...huhuhu. Tapi kalau melihat riak wajah dorang...kesian tu mmg ada...cuma jika diberi sesuatu, akan ramai lagi yang mengekori kita utk dapatkan bahagian masiing-masing.

Kedua, pastikan anda tiada masalah sakit perut. Mencari toilet agak sukar bila berada di luar. Kalau ada pun, belum tentu anda akan masuk. Oleh itu sebelum keluar berjalan-jalan pastikan sisa toksid anda dibuang habis di hotel. Kasi CLEAR.





Ketiga, elakkan dari membeli minuman atau makanan yang dijual ditepi jalan. Kebersihan penyediaan makanan tersebut tiada jaminan. Kalau boleh bawalah air sendiri. Kalau dahaga juga belilah air yang telah diseal seperti air dalam kotak dan air tin berperisa sasparila....hehehe

Keempat, elakkan dari membawa wang berlebihan atau memakai barang kemas. Bahagi-bahagikan duit tu...jangan diletak dalam satu tempat seperti wallet. Bila nak membayar, orang tak nampak berapa banyak duit yang kita ada utk mengelakkan dari perkara tak diingini.

Kelima, bawa cermin mata gelap korang. Cuaca yang panas berdebu, dan kekadang berangin kalau mata senesitif akan memedihkan mata. Walaupun musim sejuk TETAP berdebu.

Keenam, pakai mcm biasa je. Jangan la anda berpakaian seperti hendak pergi clubbing atau hendak menonton konsert. Agak-agak la weiii !! kalau xnak menarik perhatian elakkan berpakaian sexy atau berseluar pendek.

Ketujuh, bawak kain atau tisu. Anda akan berpeluh dengan banyaknya. Semburlah minyak wangi sikit tapi jangan terlalu banyak. Minyak wangi yang keterlaluan akan bercampur dengan bau peluh akan mengakibatkan kekeliruan bau yang maha hebat akan berlaku.




Bagi crew, membeli belah satu kemestian. Harga barang agak murah dan doleh ditawar. Takde masalah dalam komunikasi kerana mereka faham Bahasa Inggeris, cuma nak membiasakan lenggok bahasa sajer. Tipsnya, jalan2 dulu dan survey harga untuk mendapat harga yang berpatutan. Al-maklum, bila dorang nampak muka orang asing, harga akan melambung sikit dari biasa. Tebalkan muka dan tawar harga serendah mungkin. Antara item popular ialah langsir [ boleh dijahit terus ] dan kain-kain sari...huhuhu

Lepas seharian berada di luar, balik cuba berendam dalam air bath tub. Tengok la kaler air tu nanti...huhuhu.




India memang sebuah negara yang unik. Lain dari negara-negara yang pernah ray pergi. Walaupun India akan memberi kejutan tetapi ia menyedarkan kita betapa selesanya hidup kita di Malaysia. Rasa bersyukur tu akan ada bila kita melihat kehidupan dan kepayahan orang lain.

Selain cara hidup, India juga ada tempat-tempat yang breath taking view. Pastikan anda pergi ke Taj Mahal if you are in India. Memandangkan night stop di India tidak lama bagi crew, tak banyak sangat tempat yang kami boleh pergi kerana banyak tempat menarik lain agak jauh dari tempat kami menginap.

Oklah ....itu lah serba sedikit tentang India dari kaca mata Prada ray ni untuk dikongsi bersama. Masa kat India tercarik2 la juga muka2 femes bollywood tapi nan ado.

Setelah menikmati India, tiba masa untuk berangkat pulang. Kerja la weiii. Tempuhi cabaran melayan kerenah sekali lagi sebelum sampai ke KL. Rehat kalo x cukup sebab dek berjalan sana-sini, perut kalo meragam sebab makan tak menentu, duit plak dah habis....haaa..mahu tak mood melayan penumpang pun terganggu. Nasib laaaa...huhuhuh

PS1 -sebelum terlupa, selama ray berblogging ni..idak la pernah jumpa blogger malaysian berbangsa India. Cari2 la jugak tapi tak jumpa. Rasa pelik pun ada. Apa dorang x blogging ke apo. Habaq kat cheq kalau kenai naaa.

PS2 - When the last time korang mengunakan perkataan menyisir>sisir rambut?




Saturday, May 23, 2009

Kementerian Ray

Masa kecik dulu, aruah mak selalu duk heboh kat sedara mara yang ray ni bakal jadi menteri. Walaupun masa tu kecik lagi, masih bersekolah rendah..ray masih ingat lagi.

Walauweiii ...apa la mak aku ni..duk cerita kat semua orang yang aku ni bakal jadi menteri. Malu teramat sangat masa tu..Maluuuuuuuu !!! hehehe


Menteri Parit, Saluran & Tanah Liat


Katakanlah pergi rumah sedara la contohnya, masa aruah mak borak-borak...makcik ray ni tanya la...

“Boy !! laaa semakin itam budak ni...dh mcm koling....sekolah camno?...belajar tak ni? Muko kuek main ni!!”

Belum sempat ray jawab, aruah mak dah mencelah..

“Ehhh...Alang...pandai dia kat sekolah! Bosa besok jadi montori nieh”

Hari report kad kat sekolah pun aruah mak ray kepoh kat cikgu yang dia nak anak dia jadi menteri sambil tersenyum pada cikgu tu...Akibatnya ray selalu ditanya di dalam kelas...bila xdpt jawab siap kena perli dgn cikgu ..."mcm mana nak jadi menteri ni?" ..LOL

Bukan setakat bercerita kat sedara mara dan cikgu, aruah mak juga mcm sort of jadi perunding imej dalam menentukan apa yang ray patut pakai...especially masa hari raya.

Bila hari raya menjelang tiba, aruah maklah yang paling sebok membeli pakaian untuk anak-anaknya. Tiga bulan sebelum raya dah survey dah kat kedai kain TAN BROTHERS tu...hehehe. She’s quite excited about shopping especially for her kids. Survey dan agak-agak bajet, so that bolehlah beli nanti.




Keluarga ray bukanlah keluarga berada. Bila hari raya, cukuplah baju melayu sepasang dan baju jalan sepasang. Siap dengan kasut raya dan stoking sekali. Kalau ada duit lebih dapatlah baju jalan sepasang lagi extra. Baju melayu pakai waktu pagi, belah petang...pakai baju jalan.

Tapi baju jalan ray ni...bukan baju jalan sebarangan. Hallooo masa tu CK, prada takde k. Kalau ada pun xmampu nak boli dohh.hehehe. Baju jalan ray ditempah kat tailor Jimmy...hehehe

Kalau kanak-kanak lain pakai baju jalan mcm tshirt dan seluar jeans...ray? tidakkk ya. Aruah mak tempah “bush jacket”. Baju yg menteri selalu pakai tu bila turun padang buat lawatan bersua rakyat...hahaha. Baju tu sama kaler ngn seluar dan banyak poket. Senang nak letak syiling duit raya.




To be honest, ray rasa teramat malu la jugak pakai baju yang lain dari kebiasaan. Lagi pun panehhhhhh...pakai baju tu. Huhuhu....Teringin nak pakai baju jalan biasa seperti orang kebanyakkan...kekekeke. Almaklum berjiwa rakyat...perghhh !! bluewekkk.

Bukan saja menghebahkan yang anak lelakinya pandai belajar dan bakal menjadi menteri...she actually dressed me like one too. Kalaulah aruah mak tu banyak duit...jangan cakap hari raya je...tah2 hari2 ray pakai bush jacket tu. TIDAKKKKKK !!!

Masa tu, bagi ray menjadi menteri bermakna selalu keluar tv. Tak silap ray kat rtm 1 masa tu..ada berita parlimen pada waktu malam. Sambil pembaca berita menyampaikan berita, akan keluar gambar muka menteri tu. Hehehe. Mana ada visual video masa tu... still foto je banyak.

Gitulahhh harapan seorang mak kepada anaknya. Ray ada cakap kat aruah mak yang ray nak jadi arkitek. Nak buat rumah untuk aruah mak. Buat rumah besar-besar dan cantik2. Pastu panggil semua org duduk sama2..hehehe

Aruah mak sgt suka tgk reaksi muka ray bila dia mengusik anaknya utk menjadi menteri. She's just kidding around...hahaha. Aruah mak mmg kelakar orgnya. Pagi2 bersenam kat laman sambil mengira dalam bahasa jepun. Katanya masa zaman jepun dia dah biasa dah bersenam mcm tu. kadang2 ray join sekali...LOL




Back to the future. Obviously...I am not a MENTERI la kan? And I am not an architect either...hehehe.


Kerja sebagai menteri bukan satu kerja yang mudah. Jadi menteri bermakna melibatkan diri dalam politik . Something yang ray tak minat sangat. Tapi amik tau jugak la sikit2...tak minat tak bermakna xtau.

Just berangan kejap ya. Kalaulah ray jadi menteri, one thing for sure... mesti ramai yang cuba merapatkan diri dan membodek kan? Memanglah mesra rakyat dan kena merapatkan diri membantu rakyat tapi ada kemungkinan juga kes2 rakyat nak amik kesempatan kan? Especially sedara mara.


“Boy! Tolonglah acik ni ha...acik nak meniago...ado konal x sapo2 tak yang boleh tulun acik pasarkan kerepek ubi acik ni ha?”

"Acik ado tanah tu ha...kalo ada rezeki acik nak belo lombu ko...ayam ko...boleh ko tolong acik ni ha?"

Can you say to your auntie “shut up and go away” or “leave me alone!” hehehehe. Harus lah kena boikot dengan sedara lepas tu kan?




Kalau jadi menteri, quite NORM la kalau membantu kroni dulu. Tak dapat jadi menteri pun, kalau kaya atau berpengaruh kita akan tetap menolong keluarga dan kroni dulu kan? Bagi ray tolong sikit2 takpe tapi janganlah tolong keterlaluan sangat kan.

Seumur hidup ray ni...ray berkesempatan la juga bersua muka dengan menteri-menteri yang ado. Antara yang ray pernah jumpa ialah Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz dan ramai lagi.

Sebabnya...dapat jumpa menteri2 ni......ya sebab bekerja melayan mereka dalam kapal terbang sepanjang 10 tahun ray bekerja as a crew ni. Bila bersua muka, I don’t judge them by their political views. I judge them based on their behaviour onboard the aircraft.

To be honest, ada menteri yg behave well and ado juga yg menyakitkan hati...huhuhu..





Ray cerita yang baik dulu ya...Tun M and wife memang considerate dan baik. Once in Kuching, flight was delayed sebab PM nyer private jet nak berlepas dulu. So, meaning we have to wait for PM to arrive first la...baru boleh kapal kita take off.

The whole set of crew pun menunggu la kat luar. Then PM [ masa tu Tun M ialah PM] arrived. He was looking for us and gelabah la escort2 dan bodyguard nya kerana tetiba PM bergerak ke arah lain dari yang sepatutnya. PM carik crew to apologize for the delay and ask us to extend his apology to our passangers on his behalf. OMG...never see that coming!

Onboard pulak TUN M pernah singgah menjenguk crew di galley dan bertanya sama ada kami dah makan ke belum. Ada crew yang over ni...mengadu kat TUN Dr Siti Hasmah yang anak lelaki dia malas belajar dan tak tau nak buat apa. U know what she did? She wrote something on the postcard and ask the crew to pass it to his son.

Both of them simply respect others and respects is what they deserved!!!




Datuk Seri Anwar Ibrahim was on my flight to Cape town selepas dia baru dibebaskan dari tahanan. He sitted in first class. During flights, he walk around the cabin dan beramah mesra dengan penumpang-penumpang di kelas ekonomi. He is also quite friendly and tak sombong.

Yang buruk pulak...xpayah la ray sebut nama dorang ya. Simply...dengan crew memberi salam dan tidak dijawab oleh menteri itu. Ada menteri plak yg isterinya terkial-kial angkat barang sorang2 dengan anak kecil lagi....yang menteri ni jalan melenggang sorang2 tak hiraukan langsung bininya. Ada yang sombong, tak senyum, dan ada juga isteri menteri ni yang membaling bajunya ke muka seorang peramugari bertugas. Dalam tv bukan main plastik lagi...senyum tersengeh2...bersimpuh duduk sebelah orang2 susah.. tapi bila dalam kapal perangai mcm taik...[ sorry ...forgive my loghat ya]

Adehhh ! as mentioned earlier...I don’t judge them by their political views but from their courtesy and behaviour. Nak berlagak apa hal pulak kan? Ingatkan kita xde mulut ke nak cakap kat semua org apa yang kita tgk.

Menteri yang ray kenal personally....ialah papa Dafi iaitu Datuk Sri Ismail Sabri. Sebelum beliau jadi menteri lagi ray dah kenal dah. Walaupun muka dia serius tak henggat tapi he’s cool and down to earth person. Ray tak tau la mcm mana dia bila dah jadi menteri tapi apa yg ray komen tu berdasarkan apa yang ray lihat bila dia bersama keluarganya.

Once upon a time, I followed Dafi to Bera...kawasan parlimen ayahnya...and orang kat sana sangat2 menghormatinya dan menyanjung kepimpinannya.

Itulah serba sedikit cerita tentang ray dan menteri-menteri. Bagi ray, susah kerja jadi menteri ni. Macam2 dugaan dan cabaran yg harus dilalui.

Mesti korang tertanya-tanya...sape la gambar2 ADUN2 yg keluar dalam entry ni kan? I have experienced working with them and each one of them, are a great team player.
They are also my friends yg dijadikan hiasan entry ni sahaja...LOL

Kalau la ray bukak parti politik...confirm dorang ray amik jadi calon wakil rakyat...LOL



Thursday, May 21, 2009

Busuk Hati Lagi


Bulan Mac yang lalu, kami menerima berita baik. Tadika Rumah Si Kecil telah diberi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2008. Turut menerima penghargaan ialah 11 tadika yang lain di Negeri Sembilan.

Satu kebanggaan dan pencapaian sebenarnya bagi kami pihak pengurusan termasuk juga guru-guru dan Ibubapa. So, what I did was...design a banner and place it infront of our kindergarten.



Main reason for placing this banner is to congratulate our staffs and thanking parents for all their support. Staffs for all their hard work...can't do it without them . Bagi Ibubapa pula, menghantar anak ke tadika kami adalah satu bentuk sokongan. Hasil dari sokongan itulah yang membuatkan kami berusaha yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Gitulah susunan ayat...hehehe

Reaksi yang diterima dari guru, bagaikan satu suntikan semangat bagi mereka dan pada Ibubapa pula, ucapan tahniah yang kami terima.

Alasan kedua meletakkan banner , sebagai satu bentuk promosi. Lihatlah dunia !!! We won something and we are damn proud of it !! Especially after all the hard work.





12 tadika yang mendapat penghargaan juga turut diberi peluang untuk menjalankan satu projek. Projek Ambang Merdeka bagi kanak-kanak Tadika Swasta di Negeri Sembilan dan tadika kami dipilih untuk mempengerusikan projek khas ini. With ZERO budget to make it happen, ianya satu cabaran. Pada mulanya, the AJK are not worried..as there are more than 200 kindergarten in Negeri Sembilan and we are very positive that we can get all the help and support that we want. Projek ni, ala-ala persembahan patriotik, perbarisan yang selalu kita tengok kat tv pagi 31hb Ogos tu...

One of the ways to raise fund is by organising dinner. Sambil having dinner, sambil tu contribute duit sikit to make this project a reality. Guess what? The AJK are having hard time to sell tables to raise fund. What we need is just two tickets [ RM160 ] from each kindergarten. Out of 200 tadika hanya 40 lebih tiket [ 20 tadika ] sahaja dibeli ...Weird !!





Korek punya korek...we later found out that they won't support this project atas sebab iri hati. Mempersoalkan kenapa kita dipertanggungjawabkan untuk menjalankan projek ni dan mempersoalkan kenapa 12 tadika ini mendapat penghargaan. Ya! kes busuk hati lagi.

Bila salah seorang AJK menghubungi tadika2 dalam usaha mempromosi hasil usaha kami, one of kindergarten owner even brought up about isu banner. Terasa la kan? sebab tadika ray je yang letak banner pasal penghargaan tu.

"Letak banner besar-besar nak menunjuk! Atas kriteria apa yang tadika tu dapat penghargaan? Ada lagi banyak tadika yang dah bertahun2...ni baru lima tahun dah dapat penghargaan!"


Sorry to say that kindergarten owner tu dilahirkan sebagai orang bodoh. If she is smart, ask la siapa yang bagi penghargaan tu. Membebel sana sini...dapatkah jawapan yang dicari tu dengan mengata orang dan menjaja nama? Is it our fault that tadika ko yang berpuluh2 tahun tu tak dapat penghargaan? Confirm kes jeles and busuk hati.

Selain jual tickets, we also need participants utk perbarisan. Ada tadika yang bagi alasan parents tak support and susah bagi dorang nak make it happen. On our side, the reaction that we received frm parents is overwhelming. They are quite excited about it. Untuk kebaikan anak-anak dorang. Why not kan?

Kalau tak contribute RM pun...join la pertandingan perbarisan tu. Itu pun susah nak dapat penyertaan tadika2 ni.




The AJK's were puzzled by the reaction that we received. We have decided to go on doing it with or without majority support. Harus diingat, projek ini ialah utk menanamkan rasa cintakan negara, erti kemerdekaan dikalangan kanak-kanak. Tolaklah kepentingan diri tu.

You called yourself an educator and talk about unity? Terang2 you are not showing any good example to others. No wonderlah dah berpuluh tahun [ katanya] bukak tadika masih tak dapat penghargaan. Sebab sikap bodoh sombong dan busuk hati yang sangat menebal. Busuk punya olang.

Honestly, kalo tadika ray tak dapat penghargaan tu pun, we would be honoured to join projek mcm ni. It's good for the kids. Kita mendidik bukan mengajar semata-mata. Belajarlah erti rezeki dan janganlah persoalkan rezeki org lain. Nama je islam.

Kita laungkan perpaduan sana sini tapi kita langsung tak mencerminkan yang kita bersatu padu sebenarnya. Masing2 mementingkan diri sendiri.

Despite all that, ada a few [ ada la 17 ] kindergarten who supported our efford. My full respect to all of them and my sincere thank you for the AJK for all their efford. Nice to see...malay, chinese, indian kindergarten owners [power of 12] working together towards achieving our goals to make this project a sucessfull one. I am so proud of each and everyone of them.

So readers...salahkah ray letak banner tu? Syok sendiri ke tadika ray tu? Is it wrong for me to cherish the moment by placing the banner ? Bila agaknya so called educator ni boleh buang sikap busuk hati dan pentingkan diri sendiri ini? Bila agaknya Dato' Siti Nurhaliza nak datang tadika ray tu? Kenapa Ziana Zain dah lama tak buat album? [ tarik nafas ] emosi tgh memuncak.

Kejayaan dan pencapaian selalunya mengundang kebencian. Sikap mcm ni masih ada dalam diri individu2 tertentu. What happen to bersaing secara sihat dan belajar antara satu sama lain, berkongsi pengalaman dan mencontohi yang terbaik?

If you have kids, carilah tadika yang tak pentingkan diri. Kadang2 ray terfikir... Tadika KEMAS tu ada eloknya juga kerana menitikberatkan program sebegini. Bukannya mementingkan akademik semata-mata. Ianya perlu seimbang.

PS : Apa yang kelakarnya entry ray kali ini?



Tuesday, May 19, 2009

Busuk Hati


Apa beza busuk hati dengan hati busuk?
Jika ditanya pada sesetengah orang, ini jawapannya...



- Dua dua boleh. Pertuturan tidak rasmi je tu.

- busuk hati=busuk dulu, hati kemudian
hati busuk=hati dulu,busuk kemudian

- Busuk punya orang..

- sure got different, example:
i phone or phone i ?

- no one hv smelly heart.
if take out heart, die la..


Ini jawapan sebenar. Sila ambil perrhatian.

Busuk hati ialah kata sifat yang boleh ditujukan kepada individu tertentu. Hati busuk merujuk kepada hati ayam, kibas, lembu, itik yang telah busuk sebab tak disimpan dgn betul...hahaha

Ray nak bertenet pasal orang yang busuk hati. dalam entry kali ini. Meh kita kaji...

Antara punca yang ada sifat keji ini , datangnya dari perasaan dengki...atau jeles. Tak boleh orang lebih. Bila dah dengki, menjadi benci.....hati menjadi busuk seterusnya membusukkan perbuatan. Secara tak langsung...perangai menjadi busuk atau digelar "busuk punya orang".

Tak faham? sila baca berulang kali sampai busuk. ehhh! sampai faham.

Nyata sekali, susah kita nak elakkan orang dari rasa dengki dari kita. Ini adalah kerana ia adalah diluar kawalan kita. Yang kita boleh kawal ialah diri sendiri.




Kalau ketiak busuk, kaki busuk, badan busuk, mulut busuk sudah tentu ada jalan nak ilangkan baunya. Macam2 produk dan cara ado. Tapi kentut busuk belum ada lagi cara mcm mana nak bagi kentut agar tidak busuk. Nak kurangkan busuk mungkin dari segi pemakanan. Nak kentut wangi...telan minyak wangi GUCCI sebotol pun belum tentu wangi.

Busuk hati...ray ibaratkan seperti kentut. Kita tak leh kawal PH kebusukannya. Tipu la kalau ray kata...yang Ray xde langsung rasa busuk hati. Setiap manusia mesti ada tapi cuma levelnya saja berbeza.

Tukarlah perasaan dengki itu ke satu energy yang positif. Bukan buat dajal kat orang. Contohnya...

"Lagi-lagi muka dia je menang !! takde orang lain ker...harus aku SABO [sabotaj] dia"

ditukarkan kepada...

"Laaa asyik dia je menang...aku harus berusaha menjadi lebih baik daripada dia agar kemenangan itu akan aku perolehi satu hari nanti"

wahhh!! menanah telinga dengar skrip...LOL

Kalau orang kentut busuk...reaksi normal ialah tutup hidung dari menghidu atau kita lariiiiiiii mencari oksigen support. Bukannya berlawan kentut atau perang kentut utk tentukan kentut saper paling busuk. Bau kentut tersangatlah subjektif. Mcm mana nak tentukan pemenang? Apa kesudahan dari pertandingan tersebut? LOL






Dalam kes busuk hati ni, pengalaman paling teruk sekali berlaku antara mak sedara sendiri. As usual perebutan hak dan harta. Tapi yang peliknya, berapa sangatlah harta yang ada pada my parents sehinggakan busuk hati mak sedaraku itu timbul. Walhal, mereka adalah adik beradik. Kalau harta my parents banyak, logik la jugak nak busuk hati tapi...nan ado. Rasanya harta mak sedaraku lagi banyak. Sampai sekarang bermasam muka. For Whatttt??? huhuhu

Xyah la berebut2 harta. Cari la harta sendiri. Hasil titik peluh sendiri. Elakkan kontroversi. Anak-anak haruslah memperbaiki taraf kehidupan keluarga sehingga Ibubapa kita hidup selesa.

Punyalah busuk hati...bila ray sekeluarga mengambil jalan lain...TETAP perasaan tu ada kat dorang. Tah la..xlarat nak melayan. PONING PALO DEN nak melayan orang busuk hati ni.

Tak salah untuk kita ada perasaan jeles. Kawal jeles tu sebelum ia bertukar menjadi benci dan dengki. Bila dah dengki...ia akan ke level busuk hati seterusnya menular ke perbuatan SABO MenyABO. [bukan sabar menyabar ya].

Wahai pembaca, apa pendapat korang tentang orang yang BUSUK HATI? Any other insights?





Ennio Marchetto yang kelakar


Korang pernah dengar tak nama Ennio Marchetto?

Digelar "The Living Cartoon" - menggunakan teknik origami sebagai costume dalam persembahannya meniru gaya artis-artis terkenal. Yang menariknya, Ennio ni menukar costumenya dengan kerap dan menyelitkan humor tahap cipan dalam persembahannya.




Ray gelak mcm orang gila bila tengok. A must watch. He is very creative and quite well known actually.

Part yang paling Ray suka masa Ennio ni meniru Whitney Houston menyanyikan lagu "I will always love you". Cari kat youtube if you want more!!

Tell me which part yang korang paling suka?







Ennio ni juga ada official websitenya sendiri. >>KLIK SINI

Monday, May 18, 2009

Fesyen Mask Infuenza A H1N1

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk keselamatan anda, kami akan menunjukkan beberapa contoh mask mulut dan hidung yang kini berada dipasaran.


Sambil pakai mask sambil buat pengiklanan Mr Potato Chips. Inilah advert "word of mouth" yang dimaksudkan...hahaha


Pernah tak rama-rama hinggap kat muka korang? LOL. Dah ala2 silence of lambs.



Lelaki sebelah kiri...sedondon mask dier dengan tshirtnya. Mask sebelah kanan yg biasa kita tengok kat hospital

"Stay away from me!!"


Influenza A H1N1 boleh membawa maut


Sanggup korang pakai mask ni? Tak tau la pompuan ni dia gelak ke atau meneran.


Beberapa kes Influenza A H1N1 telah pun dikesan di Malaysia. MENAKUTKAN !!

It reminds me, few years back masa ray bertugas sebagai crew. Imagine la....kerana tugas...terpaksa ke Hong Kong..salah satu negara yang paling banyak kes pada masa itu.
Through out the flights, ray kena pakai mask semasa bertugas. The risk that I have to take.

Sebelum penyakit itu dikesan....Hong Kong tengah berkempen tahun melawat Hong Kong dengan tag line "Hong Kong - Take My Breath Away".
Kena sangat tagline nyer kan?

Soon after that, Hong Kong immediately change their tagline to "Hong Kong - Live it, Love It".

PS : Mask yang mana satu sesuai dengan jiwa korang? LOL

Friday, May 15, 2009

Crew Life 10: India - Part 1



Before ray start bercerita tentang INDIA, ray nak selitkan satu joke dulu. Pembuka selera. Appertizer bak kata bahasa menu.


Indian Starter...bukan cekodok yang mak korang selalu buat tu..kekeke


Kisahnya seorang penumpang India yang duduk berhampiran dengan galley [tempat crew bekerja] Yang menariknya, gelagat penumpang yang datang dari India ni...telah menarik perhatian seorang peramugari.

Penumpang ini membawa makanannya sendiri.



"Sir...it look delicious! What is it?" sapa peramugari itu.

"Ohhh..it's Chaat Masala! It's an Indian appertizer " balas penumpang iteww.

selang beberapa minit....

penumpang itu mengeluarkan satu lagi jenis makanan.

As usual punya la kepoh chi...stewardess ni tanya lagi....dan jawapannya...

"It's Aloo Chockha....vegetarian main course of India"

"Sir...why you bring your own food?" tanya stewardess ni lagi.

"My mother prepared me all this food for me to eat" jawabnya.


One of indian desserts [ flower petals not included n xleh makan]


Selang 10 minit, dia keluarkan satu lagi jenis makanan.

and here we go again....peramugari tu tanya lagikkk dan kali ini jawabnya....

"It's Gulab Jamun...it's an indian dessert...sweet of India"

Lepas selesai makan this Indian passangers mintak air....

"Can I have a room temperature water pls"

Stewardess ni pun dengan gigihnya pergi la amik air room temperature untuk dia ni.

Masa....nak hidangkan air tu...

PROTTTTTTTTTTT PRETTTTTTTTTTTTTTTT

[ bunyi kentut yang sangat kuat ]

sambil menggelengkan kepala penumpang itu menjawab

"No need to ask me....It's AIR INDIA"

Lawak ni adalah bahan lawak crew semasa bosan yang disampaikan dari mulut ke mulut.

India adalah destinasi yang sangat mencabar bagi crew. Tak pernah tak penuh kapal kalau destinasinya India atau berlepas dari India.

Yang buat penerbangan ni mencabar ialah melayan kerenah penumpangnya. Penumpang dari India ada beberapa common request/ syndrome onboard.



air yg mengiurkan


1- Jejak kaki je dalam kapal mereka akan mintak plain water. Room temperature.

"I am verrrry thirstyyyy...water pls...room temperature!"

Apa kes kan? room temperature...hehehe. Motif cakap u thirsty?

Mungkin sebab dorang xsuka minum ais. Motif cakap thirsty bermakna...cepat ya...aku nak air ...aku dahaga beno ni.

Air kat India satu nikmat. Hard to find clean water. Basically mineral water is satu benda yang dorang sangat suka.



tanam kapas banyak2



2- mintak cotton nak sumbatkan ke telinga.

bagi nak elakkan air pressure kat telinga. Tapi kan...teknik ni biasanya untuk baby. Tah kenapa ia jadi satu benda yang dorang mesti nak bila naik flight. Later ray found out, indian airlines actually offer everyone cotton tu...so bila naik flight lain dorang mintak menda yg sama.




rasa mcm nak bagi je dorang satu bucket sorang air sebelum masuk kapal


3- kuat drama. Kalo air tu dia baru mintak lima minit lepas...dorang akan kata...dorang mintak an hour ago.

" I have waited for an hour for simple room temperature water"

pada hal kapal baru je 5 minit berlepas. Bila ko mintak...masa check in kew? Muhahahaha.




Epppppp !! jangan gatal2 korang nak tekan !!!


4- suka tekan "call button"

Setiap tempat duduk ada call button. Bila dorang tekan button tu..akan menyalalah lampu diatas tempat duduk dorang tu sebagai tanda utk crew to attend them. Lepas attend, kita akan offkan lampu tu. Bila tekan..akan ada bunyi "TING" mcm tekan loceng bas sebelum berhenti tu la lebih kurang...huhuhu.

Flight pergi India...lampu2 tu menyala mcm lampu kelip2 during christmas. Jangan lupa bunyi "ting" tu kedengaran tanpa henti. Tak terlayan nak melayan.



kalau ray hidangkan...cookie tu dh ilang dah...LOL

5- Vegetarian Meal

katakan la dalam satu kapal boleh muat 300 orang. Yang request vegetarian meal seramai 232 orang. Agak2 korang mcm mana nak serve setiap special request tu? LOL

Kalau vegetarian meal tu ada satu jenis je xpe tapi ada bermacam2 jenis. Ada indian vegetarian, ada Vegan Vegetarian, Western Vegetarian, Asian vegetarian dan mcm2 lagi yg sewaktu dengannya.

Lain destinasi, lain ragamnya. Akan ray ceritakan lagi dalam posting akan datang....sebelum follow up tu ada part 2 pasal my experience in India. Tungggggu ya.

One more joke sengal before entry ni berakhir.

A man telephoned an airline office in New Delhi and asked, How long does it take to fly to Kuala Lumpur?

The Clerk said, "Just a minute...."

"Thank you!" the man said and hung up.



Flight stewardess yg bernama Janet berselisih dengan Ray. Janet baru balik flight dan Ray pulak on the way pergi flight.

"Haiiii Ray !!! Where are going?"

"Madras laaa Janet"

"Condolence to you ya...hikhikhik"

"Thanks!!!"

It means...good luck to you.

Tuesday, May 12, 2009

She said...I said. Period

An old friend of mine called me recently. Menceritakan masalah peribody.

Ok..hold on. Bukan nak kepoh psal hal org or xrespect hal peribadi org. Sekadar berkongsi pengalaman. Lagi pun ...no name mentioned. Furthermore dpt kebenaran lisan dah dari tuan punya masalah.



obviously u need a mirror to solve these problem


Weird thing is my closest friends always ask for my help kalo ada masalah. I am not the type yang cakap "Sabar lah ya...itu dugaan...". I would like to tell them the truth. Bila masalah dilontarkan, I will ask "U want to know the truth or something that you want to hear?"Oleh sebab itu, jenis2 kawan yang menceritakan masalah ialah dari kategori yang dah tersepit dan comfort advice is not something that they are looking for.

So Tini [ bukan nama sebenar] menceritakan masalahnya.

"Ray...aku pening la" kata Tini

"May i suggest panadol actifast....cepat elok doe" I said.

"%^*%* kan! Ini bukan pening yg perlukan panadol laaa" she said

"Okkkkkkkk...sila luahkan" I said

"My hubby offlate...balik umah skrg ni always marah2 and masam je muka. Aku masak xmakan. Aku tanya kenapa...HARAMMM nak jawab....semua aku buat serba xkena....tapi bila kawan dia call...........terus je berubah mood tu...siap gelak2.....abis fon call....buat muka taik balik...dah lama dah hubby aku mcm ni....ni la yg aku pening bila fikirkan ni!!!" luahan Tini

"huhuhu...first sekali...look yurself in the mirror" I said

"WEIIII!!! [marah] apakejadah aku nak tgk kat cermin lak ni" she said.



the real Camelia


"Aiyooo! seriously i don't know why your husband react that way...so nak cari sources nyer...we have to dig deeper...bukannya apa...tgk cermin supaya ko tau mcm mana keadaan rupa ko bila hubby ko balik...muka ko bukannya mcm Camelia...." I said.

"Huikkk carut aku laaaa" she said.

"ya la...kalau muka ko mcm Camelia...aku akan cakap - Awak tak perlukan..saiiiiiya [sambil campak berus blusher] wajah awak dah cantekkkk!!" I said.



google2...dapat camelia yg ni...LOL


Both of us laughed.

"Pastikan ko look good when u r at home...part masak tu...cuba ko rasa...sedap ke x? Kalo ko sendiri xlalu nak hadap..paham2 je la...by the way...ko masak apa?" I said.

"Alaaa masak biasa2 jer...ayam masak kicap..hihihi" she said.

"Erghhh..ayam masak kicap??? lapar plak aku...ermmm .ko ni...dah 5tahun kawin...mesti ko tau apa masakan yg dia suko...buat la something special...special ke ayam masak kicap ko tu? SODAP ko?" I said.

"Okkkkk I get it !!...tapi kalo dia tetap mcm tu...camner?" she said.

"Ko ada buat salah kut....pujuk2 la hubby ko tu...korek2 sikit!!" I said.

"Ok...kalo still mcm tu...camner...risau laaaa" she said.

"You already tried to find solutions..... you already done your level best to selesaikan masalah......kalo dia stil mcm tu...maknanyer mental atau period la hubby ko tu...!!...LOL...worried when you do something about it and worried when not doing anything...lain rasanya" I said.

"Hurmmm..betul jugak tu" she said.

"Fill up masa ko tu dengan benda2 lain...go out and have fun with your friends utk ilangkan sikit stress ko tu...at the same time work on your problem and jangan lupa sembahyang doa2 lembutkan hati hubby ko tu" I said.





Ecehhhh..mcm la terror beno aku menyelesaikan masalah. Bila ray sendiri ada masalah...gelabah semacam...pastu muka mcm jual kueh xlaku.....xpulak terror nak handle. Quite common la...bila kita dilanda masalah, we can't think straight...so let it out or share with our closest friends. But choose la jugak siapa yg u nak luahkan...kalo ko tu jenis sentimental...cepat meroyan...tak ke nak bunuh diri bila experience n dengar cara ray consult ni...LOL

If you the type yg nak luahkan rasa je, cari la friends yg sudi nak dengar...but if u want results or tamparan dimuka tu utk wake up call....cari lerr org yg mcm ray. As for me, ray idokkk le...consult semua orang mcm tu...heheheh...tgk orang la jugakkk kan...kalo dah datang menangis xkan nak buat mcm tu...huhuhuhu. lagi satu...try buat analisa tentang diri sendiri sebelum mula nak carik salah orang lain. Tanpa kita sedari mungkin masalah itu datang dari kita sendiri. So cermin2 la diri selalu. Kalo rumah xdek cermin...pinjam cermin kawan yg sedia pinjamkan.

Tak pun tulis kat blog ke apa ke...hehehe...itu pun satu bentuk terapi.

Oh ya...Tini and hubby now dah ok...about a week jugak la...baru ok...either she managed to handle it problem in hand or period hubby dia dah over. I don't know...I don't usually kepoh chi...and buat post mortem tentang masalah orang...[sambil tgk cermin]

PS : Ray ada masalah ni haaaaa...sape nak TULUN?

PS2 : Blogger nukerude wrote something about me and this blog in his personal blog. Kembang nieh kena puji...LOL. Thanks bro...compliments and support adalah apa yang kita perlukan sebagai blogger. It helps.

PS3 : Ada yang tertanya2...kenapa xbuat entry pasal mother's day...ada yg curious nak tahu how i cherish the moment with my mom. Klik kat sini to find out more.

Thursday, May 7, 2009

Crew Life 9 : Perkara Terlarang


Ray hari ni nak bercerita tentang benda yang cabin crew xleh buat tapi berlaku jugak atas kapal.

1- Berkokok

Al kisah seorang peramugari berkokok mengejutkan penumpang utk bangun sarapan. Kisah ni berlaku di kelas Business.

Mengikut cerita lagenda, Stewardess ni...mengalami kemalangan sebelum itu dan didapati "tak betul" sikit kepala hotakknya. Sikit ? Tak betul banyak ni.

2- Offer minyak angin

Bila penumpang ni pening kepala, dengan baik hatinya stewardess ni mengoffer minyak angin dalam bag tangannya. Akibatnya, satu kapal berangin dan memeningkan kepala penumpang yang lain.




Adalah dilarang bagi crew utk offer ubat-ubatan peribadi yang ada pada penumpang.

"Errr...saya sakit perut la" kata penumpang itu.

"Jap ya encik...saya amik ubat "cik ket tek aun" saya...sebelum flight tadi saya sempat beli kat seven-eleven... sakit perut encik akan hilang" kata peramugari itu.


Sesuka ati je ko mengoffer ubat-ubatan peribadi ko kat penumpang kan? Sebenarnya, penumpang hanya dibenarkan diberi ubat-ubatan yang telah disediakan dalam kapal. Dibuatnya penumpang tercirit pastu pengsan kerana makan ubat ko ...ko nak bertanggung jawab ke?

Kalau dah bagi ubat yang disediakan pun...tolonglah....jangan buat benda dalam gambar dibawah.


Seriously...how can u enjoy panadol?


3- Bercerita masalah rumah tangga

Sebab tertekan dengan laki, nak cerita kat rakan sekerja...semua hampehhh...cari mangsa lain. PENUMPANG.

"Wahhhhh u look like a happy couple! Married?"

"Yes...it's our 2nd anniversary"

"Congrates!!"

"How about you?"

dah dengar orang tanya mcm tu...apa lagi la stewardess ni....sesi bersama Kak Nita lahhhh...meluahkan perasaan.


4- Perli penumpang.

Antara perli yang ray pernah dengar.




"Wahhhh! banyak nyer shopping...mesti banyak duit kan?"

"First time to Melbourne with your father?" Walhal si tua tu laki dia.

"Few gifts from us...some postcards, pens dan combs" Walhal penumpang tu BOTAK.

"Bila due ni kak??....anak sulung ek" Walhal pompuan tu xngandung pun..cuma buncit.

"What perfume are you wearing?" Walhal bau kaki penumpang tu bau gtahap cipan.



5- Blame others

menyalahkan orang lain setelah menerima aduan penumpang.

"Sorry ya encik...ni semua salah kapten....bawak kapal terhoyong hayang dan membuatkan encik pening kepala"

"Catering kami mmg camtu encik...saya sendiri tak lalu nak makan"

"Ini semua salah ground staff la encik...sebab tak tanya preference seat utk encik dan keluarga"

"maaf encik...barang yang encik mintak tu xde....airline kami tak mampu nak adakan"

BONUS

Al kisah seorang peramugara. Berlaku semasa domestic flight. Domestic flight biasanya kat kelas economy, serve air oren juice.

Masa catering supply on ground x check betul2. Tup2 tak cukup.

Bila kehabisan air oren, steward ni dengan baik hatinya mengeluarkan pati air sirap dari bagnya.




Dengan gigihnya, dia membancuh air sirap untuk dihidangkan kepada penumpang yang masih tidak mendapat minuman.

Instead of getting whatever minumana yang lain yang ado like 7up, sprite etc or going to business class to get juice balance kalo ado...he offered sirap ROS onboard.

Ko ingat kenduri kawin ke dikkkk ???


Atas permintaan, ray selitkan satu lawak sengal psal kapal torbang versi nogori sembilan. Caution ya...ia agak berbaur lucah.



cubo sobutkan bezo eh antaro burung dan kapa torobang ?

Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Then, berlakulah perbualan berikut:-

Dara : Abang sayang tak kek den..?

Teruna : Dah tontulah sayang..apo hal eh pulak tanyo nih..?

Dara : Sajo, yo…abangggg. .eden ado satu toka toki nih..??

Teruna : Apo bondo eh ??

Dara : Kalau abang sayang kek eden..kono jawab dongan botul tau²….

Teruna : Abang cubolah.. camano tuh..

Dara : Kalau abang botul² pandai..cubo sobutkan bezo eh antaro burung dan kapa torobang ?

Teruna : umangg aiiii…Sonang eh….burung bondo idup, kapa torobang tidak..botul tak ?

Dara : Salah… cubo laei..

Teruna : Burung kocik dan kapa torobang bosa gilo…….

Dara : Salahhhhhhhhhh. . cubo laei..ni poluang terakhir tau

Teruna : Burung ringan…kapa torobang boghek gilo….

Dara : somuo eh salah…!! apo la punyo lombab.. hahahahah.

Teruna : Apo nih..somuo eh salah..apo jawapan ehh..??

Dara : Dongar botul² yo..

Kapa Torobang bilo naik..makin lamo makin kocikk…

‘BURUNG’ lak makin naik makin memBOSARRRRRRRRRRRR …..!!
hwah..hwah.. hwah..tak gitu…