Thursday, April 30, 2009

Lawak Sengal


RingTone terbaru..Pasti menarik...membuatkan orang memandang anda apabila HP anda berdering...tiada lagi bunyi RingRingRing...Penuhi Citarasa Anak-Anak Muda Merdeka Lagi Terlampau...Pilih Saja RingTone Kegemaran Dan hantarkan ke 323232.



330556 - Binatang Kehidupan - Yanto/Roki

330557 - Lekat Pada Mu - Yuski

330558 - Mana Mungkin Dong - Dayang Syamelia

330559 - Color Hujan - Zamana

330560 - Jangan Pisaukan - Phyle Fendy

330561 - Simbiosis Kordinat - Elle Azlinah

330563 - Hanya Di Tahi Mata - Erre Patimon

330565 - Nehi Mungkin - Anoar Zeng

330566 - Paling Comot - Acih/Ct diano

330567 - Hoi Hoi Bye boi Roti - Ezling Nathan

330568 - Sandarkan Pada Kerusi - Kamal Abdillah

330569 - Menghitung Kari - Keris Dayante

330571 - Kebaldian Cinta - Adam Zain

330572 - Ada Apa Dengan Dinda? - Meli Goslo

330573 - Bukan Planta Biasa - Citi Noliza

330574 - Lembah Asrama - Ziane Zeng

330575 - Wasini Lusana - Wakida Ghous

330576 - Sambal Apa Saja - Hatton

330578 - Perpisahan Terlansing - Keh.R.Yuh

330579 - Lukamu Lukamu Lah - New Goi

330580 - Syurga Di Katil Kita - Ziane Zeng

330582 - Bunyi Pinano - P.Lamli

330583 - Jangan Nafaskan Busuk - Keh.R.Yuh

330584 - Pandang-Pandang Ludah-Ludah - Ct/Salin

330585 - Kasih Latijah - Spender

330586 - Anak Tapir - Tu Pet

330587 - Puncak Niaga - Ziane Zeng

330588 - Aku Sakit - O.A.GI

330589 - Aladon - Spender

330590 - Antara Kudis - Danemeh

330591 - Ala Cangkong - Tu Pet



P/s:Kami Tidak Akan Menanggung Kos Penghantaran Ke Rumah. Terms and conditioner applies. Sendiri mau ingat.


Akhir sekali, meh jawab soklan cepu cemas dibawah.





1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?

A: Alfonso D' Albuquequer

B: Al-Malek

C: Abukaki

D: Al apokobondo nih

E: Al..Al..Alpa romeo




2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?

A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.

B: Isterimu, isteriku jua, isteriku..isterikulah.

C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.

D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.




3. Siapakah pegawai British di Sarawak?

A: James Brook

B: James Beruk

C:Jem Pisang

D: James Bond Tot

E: Khalid Jamlus



4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?

A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.

B: Aweknya dikebas datuk bendahara.

C: Kalah main takraw dengan anak buahnyer, Hang Kebun.

D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la dier mengamuk.



5. Siapakah nama isteri Parameswara?

A: Parameswari

B: Parameswaja

C: Pramugari

D: Pramugara terlampau



SUBJEK : Ekonomi Asas


1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?

A: makan, rumah dan pakaian.

B: makan, awek dan uwang.

C: bini, bini orang dan anak dara orang.

D: Rokok, korok dan korokmu.




2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.

A: Sistem Barter

B: Sistem batu bata

C: Sistem kasut Bata

D: Sistem Marjerin dan butter




3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?

A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.

B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.

C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.

D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.




4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?

A: Duitmu, duitku jua, duitku, duit akulah.

B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.

C: Makan dulu, pastu blah jer.

D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang untuk membayar hutang.




5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?

A: Kumpulan Search

B: Kumpulan X-Rider

C: Kumpulan Kekanak Spastik


D: Kumpulan Anjing Jalanan


Soalan Bonus

1. Siapakah pencipta lagu lagu Menaruh harapan nyanyian Zaitun Sameon?

A: A.Ali

B: B.Ali

C: C.Ali

D: D.Ali

E: E.Ali

Tuesday, April 28, 2009

Sell Out - Award winning Malaysian film


An award winning, dark comedy about death, reality show & talent.

by [r][a][y] eusouff @yoyooh.com


I was a bit sceptical about the film at first. I have no idea what is it all about. Then, only I found out that this film had won numerous awards overseas. Yup...from the poster that I saw right infront of the GSC's hall.

How often do you watch non malay Malaysian film? Almost none.The movie was made for Malaysians, especially ordinary Malaysians who have nothing to do with films like our parents, family and friends. That's why SELL OUT is different than others.

I had a blast watching it. It is very entertaining. Sort of like watching Stephen Chow's film with Malaysian flavour in it.

It's also a musical comedy. The cast will be singing in some part of the film unexpectedly.There is also one part of the film, with lyrics on the screen, sort of a karoeke session for viewers to sing along. I've laughed out loud during this part.

What I like about this film is the script. Quite bold and sarcastic but I don't find any of it offends me. It's a comedy, a dark one and it's entertaining !

The acting was great and flawless. Especially Jerica Lai as the leading actor who potrayed a typical chinese career girl who works as a tv presenter and try to survive in her career, struggling to keep up her tv ratings. Of course, the two big bosses played by Kee Thuan Chye and Lim Teik Leong. They are not the ordinary bosses you have ever seen. Even better than Meryl Streep as Miranda in The Devils Wears Prada.

I will definately watch SELL OUT again and this time with friends and actualy pay for the ticket this time.

I have no idea how other viewers would perceived this film. It's hard to tell when it comes to Malaysian audience. One thing for sure, it has captured many others viewers and crtitics abroad.

For those who likes something different, dark comedy and musical ...it's a MUST . It's dedicated to Malaysians. and would be a waste if don't even try to appreciate our local products when it's actualy recognised by others abroad.

4.5 out of 5 !!

For more reviews and info check it out HERE @ YOYOOH


Walau weiii whyyyyy laaa so serius kan? LOL

Cerita ni memang kelakar. Seperti yang ray tulis di atas mula-mula mcm tak tahu what's the film all about. If you like apa yg ray selalu tulis kat blog ni...i guess that you are going to enjoy this film.

Cerita ni fully in Bahasa Manglish and a bit of cantonese here and there. Dialog dia sarcastic sangat dan pelakun-pelakun yang selamba je.


Ceritanya pasal pompuan ni yg kerja kat tv station, jadi host program pasal art. Tapi rating show dia sangat la teruk. Pompuan ni pulak, ada 2 orang boss yang tahap cipan punya perangai. Kalah Miranda devil's wears prada tu tuhhh.

hasil desakan boss nya yg kurang asam, karektor pompuan yang bernama Rafflesia ...[ nama sempena nama bunga terbesar di dunia pulak tu..lol ] mcm sangat la tertekan untuk perbaiki rating dalam shownya. One day, secara kebetulan...dia mewawancara tunangnya, seorang penyajak yang terlantar sakit. His dying wish is to be interviewed.

Masa interview tu, tunang dia pun mati. Tah mcm mana, rating show minah Rafflesia ni tetiba naik mendadak dan somehow pleases her bosses and asked for more!

Tak pasal2, Rafflesia ni kena cari orang nak mati untuk so called realiti shownya. The bosses also asked her to think of something utk libatkan undian sms penonton dengan kematian.

Haaaa...cuba fikir camna nak buat tu? Minah ni buat program pasal org nak mati tapi nak buat undian SMS?


mamat hensem ni plak, kerja di company yang sama dengan Rafflesia tapi different division iaitu dibahagian penghasilan barangan. So, Eric ni...mencipta la sejenis mesin yang boleh keluarkan air susu soya yang sedap...[takde air lain ke? dah mcm mesin tebu plak...lol]. Yang lucunya, loghat mat salleh Eric punyalah pekat. Boss Eric gamaknya ni pun sama dengan boss Rafflesia tu.

Eric sebenarnya telah mencipta produk yang perfect tapi kurang disukai bossnya. Hanya sebab prinsip syarikat yang tak suka originality. Boss eric ni memaksa eric untuk meletakkan satu merchanism dalam produk tu untuk rosak selepas tamat tempoh warranty. Atas alasan, produk yang tahan lama akan merugikan sbb orang xkan beli lagi dah.

Tertekan dengan kerja dan hidup, Eric ni mcm jadi tak tentu arah dan mencuba utk membunuh diri.

Bagaimana kisah eric ni dan rafflesia akan bertembung?

Interesting kan?

Cerita ni jugak ada part musikal. Tetiba nyanyi la pulokkk. Tapi somehow, ianya seolah2 atas kehendak penonton dan bukannya apa yang sebenarnya berlaku. Tahap paling cipan, bila part tetiba ada part karoeke pulak dalam filem ni seolah2 suruh kita menyanyi. Hampehhh kan?


Apek2 dan nyonya2 yang berlakun dalam filem ni pun kelakar gila. Babak menarik perhatian ray juga ialah babak di klinik semasa Rafflesia berlakun menjadi pesakit semata-mata nak dig out info pasal sapa yg nak mati kat klinik tu.


Marilah kita ramai2 menonton filem sengal ini. Bulan Mei ni keluar !!




Friday, April 24, 2009

Teater Kak Mah - Mahsuri


kredit kepada blogger tersohor Ajami Hashim


Sila juga baca entry yang ray tulis di Yoyooh.com tentang teater ini. KLIK SINI



"Mah....abang nak tengok teater Mahsuri kat Istana Budaya"
kata si suami.

"Banggg...sape berlakun?" tanya si isteri

"Hurmm..Vanidah Imran u ols" jawab si suami

"Banggg !! Mah nak ikutttt" gesa si isteri.

Dari dialog suami isteri di atas, jelas sekali isteri yang bernama manja Mah atau nama sebenar SalMAH ni peminat teater kann? LOL

Motif letak dialog camni? Ia adalah satu dialog teater kak mah yang sengaja dibuat-buat..LOL

Bagi Ray sendiri, sebenarnya dijemput untuk menyaksikan teater Mahsuri yang dipertontonkan kepada media dan bloggers.




Ada tiga sebab Ray pergi menonton. Satu, sebab Vanidah Imran. Kedua, sebab kat Istana Budaya dan ketiga, sebab ianya arahan primadona Ibu Fauziah Ghaous...ehhh silap...Fauziah Nawi.

Bertolak dari jam 7.30 malam dari Shah Alam. Dalam minda nak sampai jam 8 malam. Gigih kan? Kegigihan ini bukan sebab excited tapi sbb dah berjanji jam 8 nak jumpa rakan bloggers yang lain.
Memecut bagai nak gila dan akhirnya sampai ON TIME.

Wahhhh!! ramai gila yang datang. Ada jugak blogger yg ray xpernah jumpa sebelum ni...like...redmummy and ayu the sun...
I met karl, adam arjuna, wawa, reez the cyber singer and few others.



Mahsuri pose kat depan tepak sireh



Dah namanya pratonton so, no tickets...so berebut la masuk macam berebut naik bas macam masa zaman naik bas mini dulu utk nak dapatkan seats yang terbaeeek punya. Masa tu hidungku yang sensitif terbau la bau kayu-kayu kerusi yang ada kat dalam Istana Budaya iteww.

Lagenda Mahsuri bukan satu cerita baru. Boleh dikatakan semua tau sudeyhhh cerita Kak Mah kita ni. LOL.

Kak Mah....difitnah dan dihukum bunuh. Menyumpah Pulau Pangkor...ehhh Pulau Langkawi jadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Tak de kena mengena dengan AF7 dek...tiada transformasi akan berlaku ya...kui kui kui.

Paling penting masa Mahsuri dihukum bunuh tu darah putihnya keluar menandakan Kak Mah is innocent.

Itu yang kita tau.

Dah tau jalan cerita u ols so apa lagi terhegeh2 nak pi tengok lagi? It's a teater dekk...so curious nak tau...

Jadi bukan senang nak persembahkan sebuah teater yang dah diketahui jalan ceritanya. So, daya tarikan utamanya ialah lakunan mantap, lakunan mantap, lakunan mantap dan entertainment value yang kena ado.

Kesimpulan Ray sangat lah simple. Ini adalah kerana Ray bukannya seorang penonton yang detail kerana realitinya I'm not that artistic as a person.

Lakunan mantap watak jahat iaitu watak auntie Mahura ialah tarikan utamanya. Lorrr...bukan ke Kak Mahsuri watak utamanya? Tah macam mana, watak Mahura lebih dilihat berkesan atau lebih menonjol dari watak Mahsuri itu sendiri. Ada la ketersasulan berlaku tapi her aura on stage was considered outshine Vanida. Tahniah Sabera Shaik kerana membawa watak Mahura dengan baik sekali. Lakunan Azizah Mahzan sebagai anak dara tua juga dilihat cemerlang.

Tak bermakna lakunan Vanidah tak cemerlang cuma sort of tenggelam sikit. Jalan cerita pula bagi Ray gagal nak timbulkan apa la yg buatkan Mahura tu bencik sangat kat kak Mah tu...hahahha. Kita semua tau sebabnya tapi tak sampai dalam penyampaian ceritanya.

Dari aspek musikal pulak, agak kureng sikit. Koreografi...nothing special. Teknikal ada problem sikit...here and there but can be improved.

Lepas keluar ni reaksi yang Ray terima...

Redmummy MENETESKAN ayer mata katanya...

"The hero is too handsome so I tak kesampaian nak keluarkan ayer mata" kata Ayu

" I bagi B" kata Karl.

"Good2...i enjoyed it" kata adam arjuna

"okkkk lehhhh" kata wawa

"urrrmmm" kata Reez

"Ehhh bukan kena sula ker?" kata wenkt

dan kata ajami hashim pulak...tak berani nak blogkan so baca la sendiri kat blog dia nanti.

"Mahhh...mah suka tengok teater Mahsuri" tanya suami

"Mah sukaaaaaak tapi takde pun darah putih keluar" jawab si isteri.


Sila juga baca entry yang ray tulis di Yoyooh.com tentang teater ini. KLIK SINI


Harga Tiket: RM30.00, RM50.00, RM70.00 dan RM100.00
More details pasal diskaun etc and utk book KLIK SINI


PS: suka tengok stage transform dari one scene to another.






Wednesday, April 22, 2009

Event in the making....

Currently ray sedang merancang beberapa event until end of this year.

Antaranya,

1- Dinner yang melibatkan lebih 1000 guru-guru tadika in N.Sembilan. Dinner yang nak buat kat hotel ni ialah utk raise fund for us to buat sambutan kemerdekaan [ program 3]. Imagine nak buat perhimpunan kanak-kanak tadika with ZERO fund...so dinner like this lah yang boleh raise duit.


2- Yoyooh.com Bloggers Got Talent & Awards Show yg akan LIVE online streaming kat internet. First time ever, blogger award show for youth in Malaysia. Ada ke yang lain? kang org kata ray ni propa dan kuat self proclaimed pulak...LOL

My Blog readers " You are invited to this event ya...just drop me your contact no to ray@yoyooh.com if you interested to come !!


3- Program Ambang Kemerdekaan Tadika-Tadika Swasta N. Sembilan yang melibatkan penglibatan lebih daripada 200 tadika swasta. Juga buat kali pertama tadika swasta buat menda ni...kalo tak tadika kerajaan jerr yg biasa buat kan?




4- DFC Survivor Camp berkonsep realiti tv show untuk ditayangkan di Youtube secara bersiri. Percutian Dafi bersama peminat sebenarnya ...tapi nak bagi gempak add kelainan dengan menambah konsep realiti tv dan dirakamkan. Berangannn kan? LOL

Merasa lah masuk program realiti walaupun kat youtube jerkkk...hahahahaha

My blog readers : You are also invited to join this one. Walaupun u guys bukan peminat Dafi...it's ok...dia tak kesah....infact he would be honoured to get to know you guys. Infact it's an event open to all. Details as follows :


Fees Program : RM230 seorang - 5, 6 & 7 Jun 2009

Anda boleh membuat pembayaran sekarang!!
1- Cash Deposit ke akaun Maybank 162227264418 - Nor Azlinah Bt Yusoff
2- Simpan Slip deposit tersebut
3- SMS nama penuh anda, umur, jantina, jumlah deposit & tarikh, alamat dan nombor rujukan pembayaran ke nombor 012-923 3814.
4- Anda akan menerima kod pengesahan dari nombor tersebut [Dafinites Services] setelah pembayaran kami sahkan.
5- Bila tiba masanya, pihak kami akan menghantar surat ke alamat yang diberikan.
6- Hantar semula borang yang dihantar ke alamat yang dinyatakan didalam surat.

TARIKH TUTUP IALAH PADA 15 MEI 2009


5- Jalan-jalan Raya - kalau artis lain buat rumah terbuka tapi kali ni...artis pulak yang pergi beraya dari rumah ke rumah peminat terpilih!

6- Islamic night School Concert for my tadika.

Ada lagi a few event yang x terkeluar lagi idea utk dikongsi...LOL

The person that I have to give credit for all this creativity is Dafi. And i will tell you why.

Semuanya bermula dengan Dafi. Dafi requested me to think of an event for his FC yang sentiasa membawa kelainan. Pening juga kepala memikirkan apa yg nak dibuat. Ingat senang nak create kelainan? kalo jadi ok la...tak jadi idea tu Camno?

Antara success yang boleh dibanggakan ialah majlis harijadi dafi yang diadakan di KL tower tahun lepas. Konsepnya membawa yang hadir kedalam suasana dan pengalaman didalam kapal terbang. Siap ada peramugara & peramugari lagi.

Dafi memberikan kebebasan dan kepercayaan utk buat semua ni.

My next credit goes to the wonderful people in DafiFC, khasnya the ajk of the FC yang sangat la komited. Without them semua ni takkan jadi realiti. Thank you, Amy, Lyn, Lilo, Adam, Megat, Azim, Fendy, Diba, Safia, Afreeda, Nad, Joey, capeq, kak nani, rajan and syuk.

Since ray blogging and creating Yoyooh.com I met another group of talented bloggers. Mereka-mereka ni lah yang akan membantu ray menjayakan "Bloggers Got Talent & Awards Show" yg akan diadakan bulan Julai ini. Thanks to uncle ajami, wawa, couple ikhares...hehehe, megat, talented cyber singer Rizz & wenkt !!

Bare in mind, all event diatas [ kecuali event no 6] adalah projek komuniti dan bukan commercial event yang generate keuntungan. Yang involve memberikan sumbangan tenaga dan kreativiti masing-masing. Itu bezanya event2 ni compared tu event2 meletup yang lain.

Ada duit semua boleh jadi as you will pay experts to do it. But....in this case...it's a community project yang memerlukan tenaga sukarela to do it.

Maybe I should get title "datuk" after this....LOL



Saturday, April 18, 2009

Crew Life 8 : Lawak Dalam Kabin

Pernah dengar x joke dalam kapal terbang? I've got a few.

Kisah 1 -

Fokker ialah sejenis kapal yg digunakan dikawasan pendalaman yang tidak terbang setinggi pesawat boeing yang boleh mencecah ketinggian 33 ribu kaki.

Dalam ertikata lain, pesawat fokker ni terbang rendah la dan menggunakan kipas di kiri dan kanan sayapnya.

Al kisah seorang makcik menaiki pesawat fokker ni. Punya la excited makcik ni..al maklum first time naik kapal terbang.

Setelah lima minit terbang, makcik ni dah cuak dan mengigil seluruh badan.

Muka makcik yang cuak ni telah menjadi perhatian peramugari bertugas.

" ya puan, ada apa-apa yang saya boleh bantu untuk keselesaan puan" tanya peramugari bernama Siti Aisyah.

"errrrrr grrrr grrrr acik xtahan la nak...ssssseeeejuuuuukkkk !!!" gigil makcik yang bernama Hjj Kamariah

"Owh...! takpe ya puan...saya akan beritahu juruterbang" balas Siti Aisyah

"Beritahu juruterbang ??" Apooo dia boleh buek?" Puan Hjj Kamariah bersuara.

"Juruterbang boleh tutup kipas kapal kat luar tu...puan...tak perlu risau ya...Puan tidak akan kesejukan lagi" kata Siti Aisyah

Ada beberapa kesimpulan :

1- Siti Aisyah ialah seorang peramugari bengap dan tah macam mana boleh terlepas dari sekolah latihan peramugari.

2- Siti Aisyah selama ini memang duk ingat kipas yang berpusing kat luar tu lah selama ini menyejukkan penumpang.

3- Siti Aisyah seorang yang sinis. Memerli makcik tu supaya jangan komplen byk beno . Bila ditutup kipas segala masalah akan berakhir kerana kapal akan terhempas.

4- Ada kemungkinan Puan Hjj Kamariah mempercayai kata-kata Siti Aisyah dan menunggu juruterbang memadam kipas kat luar tu.

Kisah 2 - Kisah yang benar-benar berlaku dihadapan mataku sendiri.

Ketua peramugari Latoya berasal dari daerah menggatal Sarawak. Dah lama Latoya menetap di KL. Sejak dia menjadi peramugari 12 tahun yang lalu.

Latoya hari ni bertugas dan sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Latoya ni excited sebab tak lama lagi dia bersama suami akan berpindah ke rumah baru selepas setahun berkahwin.

In the next 10 mins flight dan waktu bertugas akan tamat. Latoya dah teruja sangat nak balikkk !! Tanda pasangkan tali keledar dah dipasang dan announcement dari cockpit berbunyi begini...




"cabin crew...pls be seated for the landing"

So Latoya pun duduk la sebab dah nak landing.

"yey taksabar nak balik !!! " jerit Latoya

"Wahh excited nya...mesti ada apa2" balas rakan setugas bernama Lily.

"Mestilaaaa...nak pindah rumah baru...and I off for 3 days!!!" balas Latoya.

[kapal mendarat]

"ehhhh u tau x..kedai kat mana yang jual lampu cantik2 for my new house?" tanya Latoya

"ermmm...subang kan banyak kedai lampu" jawab Lily.

"Which part of subang ekkk?" tanya Latoya lagi.

"Tak salah i, kat Subang Parade ada kedai lampu kat situ ada...besar besar lampu kat situ...chandelier besar kepala u pun ada tau" jawab Lily.

"Ohhh Subang Parade ekkkk?"

Sebab dah leka berborak...kapal yang taxing dah dekat dengan bangunan terminal ketibaan.

[ taxing bermaksud kapal bergerak dari landasan ke bangunan terminal]

Tugas terakhir Latoya ialah membuat pengumuman mendarat untuk penumpang-penumpangnya.

"Alamakkkkk !! I tak buat announcement lagikkkkk!!! Jap...jap" jerit Latoya menggelabah.

Terus terkial2 Latoya nak membuat pengumuman

[Menarik nafas panjang]

Pengumuman mendarat Latoya berbunyi begini....

"Tuan-tuan dan puan-puan..."

"Kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, SUBANG PARADE"

[ terkedu ]



Penumpang ketawa dan mengakibatkan kemaluan yang amat besar dirasai oleh Latoya. Latoya berjanji tidak akan berbual-bual semasa nak mendarat di masa akan datang. INSAF.

Ada beberapa kesimpulan.

1- Dear Latoya... Subang parade is not an airport. It's a shopping mall.
2- Latoya hanya akan insaf selepas membuat kesilapan yang memalukan diri sendiri.
3- My friend...Amy yang ray gelar mak lampu xde kena mengena dengan ini cerita.


PS : Teringin nak kerumah Latoya dan tengok lampu yang dibelinya di Subang Parade itu.

PS2: Pelik kan seorang hajjah yang dah ke mekah naik kapal tapi first time mengikut jalan cerita . Makcik tu...Puan Hjj Kamariah pergi ke Mekah naik kapal laut sebelum ini .

Nama-nama watak diatas telah ditukar namanya bagi menghormati privacy mereka. Muhahahaha!

NEXT POSTING : Crew Life 9 : Peramugara terlampau sudeyhhh !!

Wednesday, April 15, 2009

About Blogging & Hard Rock Incident

Walaupun tak berkesempatan menHUPDATE blogku ni...ray ada jenguk2 la jugak setiap hari. Nengok komen kat cakap2 belakang tu...tapi tak bertambah pun...kat Shout box tu...ada la sorang dua yang menjerit kat situ. Kesimpulannya...ada ke korang kesah bila ray tak update blog? dari pemerhatian rasanya takde yang kesah kut....hahahaha.



Al kisah seorang ibu kepada seorang yang ray kenal. Kata anaknya itu...ibunya membaca blog ni dan mengikutinya. Katanya lagi... bila ibunya online, dia akan check out this blog and few others. Katanya laaa.

Tetiba rasa teramat segan la pulak. A mother of someone I know is reading my blog.

Bila ray check email...ada juga yang duk jerit suruh update blog tu...wah susah2 je...! kan senang kalo drop je komen atau jerit kat shoutbox tu kan? huhuhu

Bila ray buat round check kat yoyooh.com, ada la sorang mamat tu tulis kat shout box
"ray.. cpat updet blog kamu.. nak baca nih!" Nuke !!! Sila buat pengakuan...LOL

Dalam ramai-ramai yang mengenali ray....bukan semua baca my blog. Ada dua ke tiga orang jugak yang buat dekkk jer. Mungkin ray bagi dorang ni...ibarat ayam dalam kartun kat bawah ni haaa.





Nak cerita sikit ni ha. Semalam yoyooh dijemput ke sesi media dan showcase sebuah kumpulan rock Indonesia diberi nama "KOTAK". Bagi Ray satu penghargaan kepada media baru. Juga satu pengiktirafan mereka terhadap medium blogging sebagai medium promosi. Terima kasih Rizal - SRC- Suria Records kerana sudi menjemput.


Dah sebab orang jemput tu ku gigihkan diri [ walaupun sibuk ] drive all the way from Shah Alam to hard Rock Cafe. Mengharung traffic dan kelebatan hujan.

Ramai media electronik dan suratkhabar yang datang. Selepas sesi soal jawab dengan media, ray pun duduk la sorang diri kat satu meja ni selepas mengambil juadah buffet yang ado.


Sebelum ray continue al kisah kat hard Rock ni....ray explain about things that I normally blog about.



Do you really need to know that much? LOL



I am not the type of blogger yang tell everything about my life. As you can see, my blog bukanlah blog berbentuk journal yang menceritakan apa yang berlaku. Ray hanya fokus pada point-point tertentu saja and present it dalam bentuk apa yg korang baca ni.


Ada my friends yang even alert others...be careful what you say...as ray might write it in his blog. LOL.

Apa yang ray ceritakan di blog mula mendapat perhatian rakan-rakan yang mengenali. I normally joke around about things that happen around me. Make fun of myself and friends. Entah mcm mana ada yang melabel blog ray ni as merepek dan entertaining. Even ada yang buat statement, nak ilang stress keja masuk blog ray...


Sometimes ray talk about serious things as well and shared things that i do. Bila lepak with my new friends they always wanted to know about my life as a flight crew. Most of them encourage me to blog about it and some sampai ke tahap suruh ray menulis buku.




blogging sorts of widen your options...muhahaha



It's also another way of me communicating with friends yang busy beno to find out about me by a simple phone call...LOL


Dalam bersuka-suka blogging, words spread and tah macam mana menjadi perhatian wartawan Kosmo pulak. In my previous post, I did mentioned how shocked I am about her offer , to write an article about my blog.




Berbalik padfa kisah kat Hard Rock ni.
Tengah-tengah makan. Waiter hardrock ni datang. Masa tu ray tengah menyuap mee hoon ke mulut.

"Bang ni meja untuk customer. Meja untuk media meja yang tu " [sambil menunjuk kawasan tengah].

Waiter tu berdiri tercegat sambil membuat muka bengangnya kat situ menunggu ray beralih tempat.

First....meja tu tidak bertanda pun sbb tu ray main duduk je.

"kalau ya pun...boleh tak tunggu sampai saya abis makan" ray balas balik. [ dalam hati rasa mcm nak sumbat je mee tu kat mulut waiter tu]


Second...cara menegur tu bang...baik je timing masa tgh ray menyuap... masa tu la ko nak bersuara. Pastu...ko buat muka bengang ko apahal?

Ketiga...meja lain banyak kosong. As if ada customer yang desperately nak duduk kat situ.

Hilang selera terus ray tinggalkan makan dan duduk di kawasan bar.



My dad will tochure me if I dare to say that...LOL


Masa ray duduk kat kawasan tu, ada la seorang pompuan ni...pekerja or PR SRC agaknya...menegur...

"Errr... you dari mana ya?" tanya pompuan ni

"I'm Ray... from yoyooh.com" I said

"owh blogger la ni" she replied

"sort of" I replied

"Alah blogger ni banyak tulis menda tak betul dari yang betul" balas pompuan tu

then she went off.
[ owh how i wished that i said something like cartoon diatas kat pompuan tu ]


first....where's your courtesy. Aren't you suppose to introduce yourself first. Secondly, necessary ke buat remarks yang terakhir tu? I bet if I am from melodi TV3 it would be a different approach from her.


Tu la dia cerita serba sedikit tentang apa yang terjadi semalam. Sakit jugak la hati. Tapi bila difikirkan semula, apa peduli sgt sbb dalam sesuatu menda yg kita buat mesti ada juga yang lain yang menghargainya. Bak kata Dafi yang biasa dikutuk di cyberspace, "let it be...bukan senang nak kawal mulut orang...learn to appreciate apa yang ado".






Pembaca blogku yang kucintaik...thank you for reading this blog. Tak lupa juga pada pembaca Yoyooh.com yg membantu niat suci murniku ni membina komuniti blogger generasi muda.

Setakat dua tahun ray blogging ni...dah mencecah 90,000 visitors and 100 followers.

Alhamdulillah

PS : Bukan glamer yang ku cari tapi sekadar berkongsi sahaja.

Tak leh tulis panjang2 nak crowning jap lagi

Friday, April 10, 2009

Crew Life 7 : Crowning

Apa pulak kena mengena crew life dengan crowning kan? LOL

Ko ingat ko ratu ke nak crowning2 bagai?

Bila sebut je perkataan crown semua girls tau la ...benda yang ko pakai kat kepala tu...bila ko jadi Ms Sentul, Ms Bulgaria, Ms Ulam Batu, Ms Hanjo.....Nama lain bagi crown ialah TIARA. Bukan Tiara Jaquelina ya.....

Atau masa jadi raja sehari. Masa kawin merasalah pakai crown kalau tak dapat jadi Ms..Ms yang telah ray sebutkan diatas.

Atau kalo korang memang kerabat diraja. Ada ke pembaca blogku ini dikalangan ROYALLL?? Kalau pun ado...kerabat pun tak pakai crown hari2 ok. LOL

CROWN ing , ialah satu upacara pertabalan bagi raja atau pemberian title bagi pertandingan ratu cantik.

Berbalik kepada kaitan Crowning dengan kehidupan flight crew. Apa kena mengena?

Back to our training days....

Setiap crew akan dilatih first aid yakni rawatan kecemasan. Ya...la kan emergency onboard. Kalau xde doktor 33 thousand feet on air...mana ko cari kan? Ko ingat ado superman terbang kat sebelah tu...nak datang tolong...atau singgah kat hospital kayangan....

Ko ingat kapal terbang tu boleh main singgah je kat mana2 buat stop??

So we have to learn basics thing on how to handle emergency berkaitan hal-hal medical. Ini termasuk menyambut kelahiran baby. Miscarrige adalah medical terms nya. I am not going to into details here...hahahaha

They teached us theory. They also tochured us by showing us videos. The exact thing on what to expect during miscarrige. It is not something that you normally see in your daily routine lifes . Yang perempuan menutup mata sebab tak sanggup tengok dan the guys sort of stunned sbb tak pernah tengok benda tu jadi mcm tu....LOL

Crowning ialah bahagian dimana, kepala baby itu mula muncul di bahagian virgina. The most critical stages dalam proses melahirkan baby.

It's a MIRACLE !!!!. Bayangkan kepala budak yang punyalah besar dan keluar. See it to believe it !

Dalam bilik First aid juga ada patung wanita untuk crew pelatih buat practical untuk deliver baby. Without the blood part of course. Macam2 nama kita org bagi kat patung tu...rosmah la...Junita la...mama bosan laa...

Ada lagi maksud crowning bagi crew.

Bila nak buang air besar. Part dimana benda tu kat hujung2 nak tunggu keluar....LOL

Crew A : "Apasal ko ni? dari tadi tak tentu arah?"

Crew B : "ERghhhh!! Aku dah tak tahan dah ni"

Crew A : "Tak tahan amenda nyer?"

Crew B : "Dah nak crowning dah ni !!!!!!!"

Jangan la jadi mengong. She is not pregnant. What she meant was her WASTE dah nak keluar dah...LOL

Off she goes. To the nearest toilet. Terms lain yang digunakan selain crowning ialah TERBERR dan TERKENCHH

Setiap kali boarding...bila nampak pregnant lady masuk....muka crew sort of CUAK dah. Semua ilmu pasal miscarrige sort of run through kat kepala dah. You also will be praying hard that ada medical personnel onboard so that you don't have to go through it if miscarrige happens.

Being crew is not just about serving passengers, smiling and look pretty. It is more than that!! pernah berlaku dalam flight sekali sepanjang ray bekerja as a crew. Additional info: A baby borned dalam kapal terbang di panggil "[airlines name] baby". Ini bermakna, baby ni dapat free travel from that particular airlines sepanjang hidupnya.

It's also a policy in certain airlines, not allowing pregnant lady yg dah mencecah minggu ke 35/36 to travel long haul flight. Kebenaran doktor diperlukan if she still wants to travel. EARLY Miscarrige also means that, baby tu keluar awal dari yang sepatutnya. Eventhough ada rules...chances to happen onboard tetap ada.



Ray akhiri dengan gambar my good friend Amy dengan crown nya. This picture was taken 5 minutes after her crowning ceremony. An hour later, she had another crowning session because too much to eat. Get it? mati la aku kena jerit ngan Amy lepas ni...larikkkk

PS: When is the last time you seen crowning session in progress? This morning???? LOL

PS2: Ray akan berehat dari dunia blogging for awhile. Drop komen banyak2 ya atau baca dan khatamkan my prevous entry while Im gone. AWAY..sbb busy dengan benda bawah ni haaaa...


www.yoyooh.com
New Media For Malaysian Youth


Wednesday, April 8, 2009

Crew Life 6 : Coffee, Tea Or Me?

Selain menjaga penumpang dan memastikan keselesaan mereka, sebagai manusia biasa...tidak lepas dari digoda dan percubaan menggoda. LOL

Setelah memasuki kabin pesawat dan segala tugas "ground duties" selesai, maka crew pun bersedialah untuk menerima penumpang.

Check grooming. Manalah tau ada cili terselit celah gigi tu kan? selepas melantak nasi lemak kat cafeteria tadi kan? hehehe

Senyuman dipasang. Radar mata juga di "activate" kan.

Radar mata ni sangatlah penting. Dari masa boardinglah, crew akan scan penumpang yang masuk. jangan salah faham bukan scan pakai benda alah yang ada bunyi "tettttt" kalau ada besi ditubuh tu. Scan crew ini lebih kepada Virtual scan...hahahha

Dalam ertikata lain profiling. Dari mata kita akan melihat penumpang yang masuk. Dari karektor penumpang maka kita tahu "what to expect" throughout the flight nanti.

Ada penumpang yang gelisah semacam, ada penumpang yang muka mcm nak makan orang dan macam2 lagi. Another reason is for safety purpose. Dari virtual scanning inilah kita akan tahu, penumpang yang ada niat lain...seperti membawa barang yang xsepatutnya.

Dalam banyak2 tujuan tersebut, ada crew yang memasang radar mata untuk tujuan lain. Ya...nak tengok penumpang yang hensem atau yang lawa.

Ada seorang mamat ensem ni masuk. Mata stewardess A, dipintu kapal dah scan dulu...stewardess A akan memandang ke mata stewardess B dalam jarak 5 baris kerusi. Pandangan mata stewardess A akan membuat stewardess B perasan sesuatu lalu memandang mamat ensem tu. Proses ini berlanjutan sehingga mamat ensem ini duduk. Selepas dia duduk, separuh crew dalam flight dah tahu kewujudan mamat ensem dalam flight tersebut. LOL.


Lawak "Coffee, Tea or Me?" adalah lawak sengal yang crew gunakan pada yang nak mengorat penumpang. Personally, tak pernah pulak ray tengok dengan mata sendiri. Ia hanya satu lawak pick up line yang digunakan untuk mengoffer diri. Kalau dipraktikan ianya agak memalukan...hahahah. Sebab itulah ianya hanya lawak yang digunakan sesama crew. As if we can say that...kan?

My Coffee Or Tea experienced lain pulak ceritanya. Kebanyakkan penumpang jika ditanya sama ada mahukan Tea atau coffee akan mengangguk kepala. Apakah maksud anggukkan kepala itew?

Ray : Excuse me Sir ! Would you like cofffee or tea ...sir?

Penumpang : [ angguk kepala ]

Ray : Coffee?

Penumpang : [ angguk kepala ]

Ray : Tea??

Penumpang : [ angguk kepala ]

[dalam hati] mana satu ni weiiiii...kang aku campur dua2 kanggg!!!! Aku rasa ko ni sakit tengkuk kut.

Menuang tea dan coffee dalam penerbangan sangat la berisiko tinggi. Dah tentu coffee/tea tu panas. Kalau kapal bergoyang mcm mana????
LOL

Pastu tumpah kat anu penunpang...tak ke naya?? ray pernah saksikan kejadian ini berlaku didepan mata. Stewardess ni tumpahkan air panas kat peha penumpang ni. Sebab mengelabah...dia terus lariiii.....

Haaaa..jangan tak tau stewardess tu lari ok.

Tapi bukan lari sebab takut. Dia lari sebab nak amik towel untuk penumpang tu lap kelangkang dia. Apepon tindakan itu tetap salah. Sepatutnya stewardess itu acknowledge dulu by saying sorry ..and lepas tu baru pergi amik towel. Ni...dia terus lari. LOL

Alhamdulillah ray tak pernah tumpahkan air panas kat passanger sepanjang ray bekerja. Tumpahkan juice oren pernah la.

Flight ke Surabaya Indonesia.

Ray : Encik nak mimum apa encik? Kita ada teh, kopi, jus jeruk dan air .

Penumpang : Tak payah susah-susah ya ...bagi saya air bandung saja sudeyhhh

Mak aiiii...tak yah susah2 katanya. LOL. Bila pulak crew kena bancuh air minum utk penumpang ni??? FYI, dalam flight, crew tidak bancuhkan air untuk penumpang. Teh dan kopi dibancuh oleh penumpang sendiri menggunakan sugar dan creamer yang ada.
So, kalau naik flight tu jangan la mintak...teh tarik ke....air bandung bla bla bla. The only thing we can bancuh is "cocktail drink".

But lain ceritanya di kelas BUSINESS dan FIRST CLASS. Untuk kedua-dua kelas penerbangan ini, crew ada peralatan dan bahan untuk membancuh minuman. Ya la kan kalau kelas ekonomi yang ada 112 penumpang...tak mati crew nak membancuh minuman setiap sorang.

Dear readers....

Coffee, Tea Or Me?

PS : Naik sesetengah airlines sekarang...jangan main mintak je...sbb ada yang dikenakan bayaran.

Tuesday, April 7, 2009

Top 5 Taktik Menyeludup Masuk PATI

Wawa posted me these pictures through email. Walau weiiii....tak tercapai akalku. Mereka, pendatang asing sanggup buat apa saja untuk memasuki sempadan.

Sumber email ni tak diketahui asalnya..dari negara mana. Pepon, ianya agak melucukan dan dianggap kreatif la jugak kan dorang ni.

Tepuk2...LOL

Berikut adalah carta top 5....





No 1 : Dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!!
Bergeliga betul otak diorang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!

Patut la tebal dan empuk semacam je kerusi ni ...huhuhuhuhu





No 2 : dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???

Tak panas melecur atau sesak nafas ke? adehhhhh.




No 3 : dalam rear seat kereta...macam sardin King Cup pula dia tu...!





No 4 : dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot! Confirm kan tak bergegar dashboard tu.




No 5 : dalam beg pakaian..isk...isk...isk...


AWAS!!!! AMARAN..
SEMUA PEMBACA YANG MEMILIKI KERETA DISARAN SUPAYA MEMERIKSA BETUL-BETUL KERETA
MASING-MASING SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. MANALAH TAHU ADA PATI YANG BERSEMBUNYI
DALAM STERING KAH, DALAM WIPER KAH, DALAM TANGKI PETROL KAH, DALAM TAYAR KAH...

Kepada yang suka main nyorok-nyorok tu, mungkin boleh memberikan anda ilham untuk bermain nyorok2 bersama rakan taulan dan sahabat handai...wakakakaka!

Ray nasihatkan janganlah cuba melakukan aksi2 diatas. Don't try this at home. Aksi ini dilakukan oleh golongan professional yg berani matinya olang.

PS : Celah mana lagi korang rasa boleh nyorok dalam kereta?

Sunday, April 5, 2009

Seumur Hidup - Soundtrack filem Jin Notti


Dafi hampir dilanggar dengan kereta mewah. Ianya sebahagian daripada video clip sebenarnya.



Semalam sehari suntuk Ray berada di Putrajaya. An invitation for yoyooh.com from AC and Pooh of[KRU] to check out "The Making Of Dafi's Upcoming MTV-Seumur Hidup".

The crew dah get ready as early pukul 7 am and ended up around 7pm in the evening.

Imagine shooting all day for 3-4 minutes video clip.



Bila shoot kat luar cuaca yang sangat panas adalah antara cabaran utama for the crew.

And make up artist la yang kerja nak meLAP peluh dan touch up talent sepanjang pengambaran berjalan.





Ha...ni apahal pulak ni? Inilah namanya drive through make up service. Now available in Putrajaya. LOL.



Bila dah sehari suntuk dorang kerja, without in house crew entertainment...akan bosan la idup dorang ni. His name is Pooh. One of the exec of KRU Studios. A very funny tahap cipan guy...tak kering gusi tengok telatah dia.



Hari sabtu tak ramai orang kat Putrjaya, so xe la masalah2 nak control traffic ke apa ke. Cuma ada fans dafi dari Bangladesh...LOL...gigih tgk pembikinan video clip ni...
Ramai pulak Bangla kat Putrajaya sekarang ni....kan?

Sila cari mana Bangla2 tu dalam gambar diatas? LOL




Bila nak abis ni weiii? lawak Dafi dalam gambar ni. Apa pun, it's very educational day for me. It's a hard work to produce a video clip. There are so much efford in producing it. Tak sabar pulak nak tengok the outcome.



PS : lagu "seumur hidup" nyanyian Dafi ialah soundtrack kepada upcoming filem terbitan KRU studios berjudul "Jin Notti". Ia adalah sebuah filem komedi yang dibintangi oleh Mawi dan Farah Fauzana.

Friday, April 3, 2009

Talented Mr Nik Akmal Hareez

Ini adalah entry yang Ray tulis @ yoyooh.com


Nik Akmal Hareez atau lebih dikenali sebagai Reez ialah seorang entertainer di laman web.

Ray mula tertarik untuk menulis berkenaan Reez setelah beliau menghantar artikel berjudul "The Unsigned - Cyber Singer" di laman web yoyooh. Artikel tersebut menceritakan tentang penyanyi Cyber Space yang diminatinya. Yang menariknya, beliau sendiri adalah merupakan seorang penyanyi di alam cyber.


Picture taken from Reez personal blog


Pada mereka yang telah biasa dengan web forum CARI, mungkin sudah mengenali Reez kerana beliau telah menjuarai pertandingan nyanyian di laman web tersebut yang telah diberi gelaran "CARI IDOL". Pertandingan tersebut dijalankan secara online dan peserta dikehendaki menghantar video nyanyian. Begitu juga yang dah biasa melayari YouTube, nama Nik Akmal Hareez mungkin sudah tidak asing lagi.


Ramai penyanyi seperti Reez menggunakan Cyber Space untuk menunjukkan bakatnya. Difahamkan, Reez yang masih belajar hanya menyanyi untuk mengisi masa lapang atau sebagai hobi. Jika digali lagu-lagu nyanyian Reez di YouTube, ada diantaranya adalah lagu ciptaannya sendiri. Selain Cyber Space, Reez juga pernah perform dihadapan penonton. Beliau pernah menyanyi dan bermain gitar di MASKARA 10, sebuah majlis yang berkonsepkan performing arts. Tertanya-tanya dihati ini, dengan bakatnya itu...mengapa beliau tidak mencuba nasib menyertai pertandingan realiti seperti One In the Million, Akademi Fantasia dan yang lain-lain.


Reez performing at MASKARA


Yoyooh akan mendekati Nik Akmal Hareez untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah kami akan paparkan tentang Reez di dalam entry yang akan datang. Sementara itu, layarilah blog peribadinya di http://reezmusic.blogspot.com/


Ini lagu hasil ciptaan Reez sendiri. To download CLIK HERE


Ini pula lirik lagunya


Lyric of Kau Bagai
song - Reez
lyric- Reez
singer- Reez

Dengarkan lagu aku ini
Yang ku tuliskan untuk dirimu
Ku tahu ku takkan bisa memiliki dirimu
kerna aku tak punya apa yang kau mahu
sebagai lelaki yang megukir senyuman di bibirmu
sebagai lelaki,yang mampu membuat kau gembira
ooooooo

Dimana kan ku mencari mu
Siapa yang tahu

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih

Kini kau jauh,
Tiada tercapaiku lagi,
Hilang lah sudah,
Segala baraan yang menyala di hatiku ini

Tidakkan lagi,ku menunggu,
Bayangan yang takkan tiba

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih


Dibawah ialah lagu nyanyian Reez...Sayang-sayang & Widuri. Tell me what do u guys think of Hareez and drop comments ya.



Wednesday, April 1, 2009

Dafi @Jom Heboh Kuantan

Photo Credit : Megat

I am getting better now. Suara dah semakin pulih. Menyanyi belum boleh lagi. LOL. Pada yang wished me to get well....thank you very much....terima kasih daun keladi.

Ray tak pernah pergi ke Karnival Jom Heboh TV3. Dah berapa lama dah benda ni exist kan...tapi satu kali pun Ray tak pernah pergi. Tak tergoda pun diriku ini untuk pergi. Walaupun diriku ini tak tergoda tapi this kind of Karnival is favourites among Malays for years.




This time, Dafi invited me to join him and KRU to Karnival Jom Heboh. KRU Studios ada buka booth jualan dan promosi disana. Since, weekend nothing to do maaa..why not join kan?

Lately ni panas sgt. Dalam kereta...walaupun aircond full blast....TETAP mcm sotong kena bakar. Very the uncomfortable 3 hours ride from KL to Kuantan. Antara punca suara ray hilang....

Dafi called me few hours ago asking me how am I doing. Besides Dafi , Amy , Zam and few others wished me to get well. Sayang jugak korang kat ray ni ya.....

In this posting, ray nak bercerita pasal Dafi.



Cerita tentang kesungguhannya melayan peminatnya. Ray tak tau lah pasal penyanyi yang lain tapi since dafi is a friend of mine...I will tell you what I know.

He is very hardworking person. Ya...hakikatnya ramai yang suka dan ramai yang tak suka dengan dafi ni. Even he knows that. Tapi ia tidak sama sekali melemahkan semangatnya untuk terus bekerja keras dalam bidang yang sangat diminatinya ini.

Yang mengkagumkan ialah keupayaan Dafi mengenali peminatnya.

Dafi sangat aktif melayari laman web peminatnya. Setiap minggu dia akan membaca dan drop comments. Selain laman web www.dafi-fc.com dia juga aktif melayan peminat di Facebook.

"Eh...you kan yang drop komen kat my FB saying that you will be coming to Kuantan" sapa Dafi kepada salah seorang peminatnya.

Terkejut peminatnya itu yang sama sekali tidak menyangka dirinya dikenali.



Pada hari Sabtu, Dafi meluangkan masa selama 2 jam di booth KRU. Pada hari Ahad pulak lebih dari empat jam!!! Dari pukul 3 petang sampai pukul 7malam!! Dafi menyanyi lebih daripada 8 buah lagu, bermain games bersama peminat dan 2 sesi bergambar dan sesi autograph....



Dafi juga aktif menjual produk2 KRU yang dijual di booth. Yang kelakarnya, bila Dafi masuk ke belakang khemah berehat...terus kosong kawasan depan khemah. Bila dafi keluar je...berpusu-pusu orang datang semula.



Hasil usaha kerasnya, Dafi dah ada album, kelab peminat yang sangat aktif dan rezeki yang mencurah. Dafi juga merupakan duta ice cream WALLS, duta BRANDs, Duta COKE dan coming soon duta SILKY MEN.

Ok...sebelum ini 2 years back....Ray ada la rasa mcm tak suka dengan sesetengah artis. Levelnya sampai tak boleh tengok langsung muka artis tu kat TV...Bila difikirkan balik...apa la salahnya artis tu sampai Ray phobic sgt...LOL

Now...I have better understanding towards them and I have learned to respect them for what they do. Janganlah mengutuk seseorang artis hanya kerana kita tidak menyukainya. Tak suka buat tak tau je la...tak yah la kutuk2. Takde sesiapa pun memaksa kita untuk suka atau tidak.

Rezeki seseorang itu datang dari ALLAH dan siapalah kita untuk mempertikaikannya.