Monday, March 30, 2009

Milik Siapakah Bag Cicakman ini?


I have lost something during my Kuantan trip.

No. Bukan bag cicakman ni yang ray hilang. Not my virginity.... Not my dignity....

I've actually lost my voice. Thanks to cuaca panas tahap sahara dan kesejukan air cond bilik hotel yang ditahap melampau.

I will update more once Ray recover back my voice.

And you guys will say..."Ray... tak payah guna suara utk buat entry blog la... guna jari pun boleh!! What do u need your voice for?"

My answer is...

These sakit tekak I had somehow effected my brains to function well...LOL

Berbalik kepada Soalan iaitu tajuk entry ini..."Milik siapakah bag cicakman ini?"

Jawapannya " Milik anda dengan harga RM15 sementara stok masih ada"

To be continued...





Friday, March 27, 2009

Ceramah Agama Dalam Teksi

Bila kali terakhir korang naik teksi?

As for me, two years ago. Dari airport ke KLIA ke USJ....Today, sebab ray pergi service kereta yang hanya siap disebelah petang...Ray terpaksalah menaiki teksi ke Sunway Pyramid. Ray service kereta kat Honda TTDI Jaya Shah Alam. Ke Sunway sebab nak mengisi masa yang agak panjang.

Mati la aku kalo nak duk sorang2 dari pagi hingga ke petang kat pusat service tu kan?

It cost me RM18 just to go to Sunway by taxi. Agak bermasalah nak dapatkan teksi..tak leh la main tahan2 dan jerit "Taxiiiiii !!!" and siul "pheeeeettt" utk menahan taxi. Jangan berangan nak buat kat KL mcm ko tgk mat saleh tahan teksi kat kota new york tu. Ko ingat ko "Carrie Bradshaw- Sex & The City " nak buat mcm tu. So ray pun call 103 dan dapatkan no teksi disekitar Shah Alam. It wasn't that hard. After call teksi.... 15 minutes....teksi pun sampai.

How's the taxi ride to Sunway? A silent ride...no conversation whatsoever with the taxi driver. Ray pun tak make an effort langsung untuk berbual. Layan keletihan kerana tak cukup tido semalam. Berangan ala2 boss duduk belakang pun ya jugak la. Can't remember when is the last time ray seated at the back.

At Sunway, I had lunch and catch a movie.

On my way back around 3.30pm, I took a taxi. It was different this time. The driver was very friendly. Our conversation started when I told him the destination.

"TTDI Jaya Shah Alam... ya bang - bukan TTDI yang Taman Tun tu"

So we talked about stuff and after a while he pop up a bonus question.

"Pernah dengar nama Masjid XXXX kat Bukit Jalil tak?" he asked

In my mind thinking that he is asking me for direction.

"Tak pasti la bang" I replied.

and the ceramah agama begun.

In his ceramah, he mentioned about akhirat. He mentioned about how greedy people yang hanya pentingkan dunia dari akhirat. About aurat...about kejadian...langit bumi...syurga neraka.... He also told me at this masjid , every weekends ada penceramah dari luar negara datang buat ceramah.

My reaction ? Politely, I listened. Apa yang taxi driver ni cakap memang betul pun. Takde la pulak ajaran sesat ke , kerajaan langit ayah pin....al mau'unah ke...apa ke. Not that bodo tu spot the good and the bad. He means well and sort of wanted to share his knowledge.

The 15 minutes ride today ada mesej tersendiri. I missed solat Jumaat and khasnya khutbah Jumaat. Instead, Ray dapat ceramah ugama dari seorang pemandu teksi.

Before you guys carut me sbb missed solat Jumaat, I missed it because tak berpakaian yg sesuai. [ not appropriately dressed for solat]. Before your imagination runs wild....NO...ray tak pakai baju ketat, tank top ke...sleeveless ke...tight jeans ke...toplesss.....LOL...NOOOOO!

I am wearing shorts [ halooo ! not the pendek one ok ] short cargo pants. This morning I thought that everything will be settled before noon tapi apakan daya...TIDAK. Taking a taxi back home will be a suicide mission. There will be no TAXI @ home for me to call. Yes! I am dead serious...taxi at my place would be a miracle to find. If you were to call...the answer would be
"Sollly a MR...NO taxi aaa" [slang cina].

Nak elakkan misi menyusahkan diri...I called a taxi to Sunway instead. From Sunway rasanya takde masalah ray nak ke TTDI Jaya semula. Banyak teksi kat sunway tuh.

I am not giving excuses just explaination. I admit la...kalau dah salah tu.

Back about the ceramah in the taxi thingy...I am not shock at all. I heard about it. from other friends as well. To me it's nothing wrong with it as long it is mutual. I also used to any type of conversation. I am an ex crew...remember? LOL.

But...if you don't like it ....bear with it la. Don't la think it is a BIG WORLD HUNGER problem... if you listen to it ....kan? I mean be polite.

Yey...my car dah tip top and I will be heading to Kuantan tomorrow. I will tell you about my journey in my upcoming posting.

PS : Teringin nak naik teksi tunai...boleh dapat duit jawab soalan.

PS2 : Off lampu esok [28-3] 8.30pm-9.30pm. Jangan jadi kera sumbang xnak join dan beri alasan mcm ray sbb xpergi solat Jumaat..LOL


Wednesday, March 25, 2009

Naik Angin di Bank Rakyat

Few weeks back, I was annoyed with Bank Rakyat. My Blood go upstairs. Not 2nd floor and 3rd floor...! Right up to 35th floor !

Ray ada buat Giro transaction. Mistakenly, RM tertansfer ke account pinjaman Bank Rakyat ray la pulok.
Yup...my bad.

I reported it to Maybank sbb duit tu keluar from account Maybank. Lepas tu Maybank pun log la report to Bank Rakyat. After two weeks, Bank Rakyat cawangan Bahau called me.

Soalan :

Bahau tu kat mana ray? Nape Bahau plak yng call?

Jawapan :

Bahau ialah sebuah pekan tu kat Negeri Sembilan. About 2 hours drive from Seremban. Akaun tu ray bukak kat Bahau sbb dulu my sis kerja kat situ...

There's a document for me to sign...so Bank Rakyat Bahau ni have to fax to cawangan USJ document tu. Ray ada outdoor work that time...so tak sempat nak make it kat cawangan USJ on time.

Masa tu nearly 3.30pm and I'm still stuck with work. So...ray called Bank Rakyat USJ ni...

The staff asked me to come the next day. Tapi Ray akan ke Seremban malam tu. Ray pun requestlah utk dia fax kan ke cawangan terdekat di Seremban which is in Senawang. So ray boleh kesana and sign keesokkan harinya.

Pagi2 lagi in Seremban...ray dah buat panggilan. According to this staff kat usj ni...dia dah fax dan told me to see the person in charge at Bank Rakyat Cawangan Senawang ni.

Ray pun pergi la kat Bank Rakyat Senawang ni cari orang tu. Sampai je ...ray tunggu ke kejap...kejap2 pun ada la setengah jam. At last dapat la jumpa orang tu...

He bring me to the front counter. He asked his staff ada tak dapat fax from USJ. Staff dia kata xde. Dengan selambanya...he ask me to call staff kat USJ tu suruh faxkan semula. Padahal dia boleh call apa...

FINE. Ray call la pakai fon sendiri suruh staff tu faxkan semula. I have waited for another half an hour. Fax masih xde and the staff there ignored me.

Malas nak bising kat situ...Ray pun call la cawangan USJ tu sekali lagi and told them that kat sini tak dapat2 fax tu sampai sekarang. I also informed her to call Bank Rakyat where I am now for follow up.

Another 20 minutes of waiting. Ray call sekali lagi. The staff at USJ told me that she has send the fax.

Masih sabar...ray bertanya kat kaunter.

"Encik...dah dapat belum fax tu? Dah lama saya menunggu ni"

Ada la sorang kerani kaunter bodo ni menjeling kat aku as if mukanya mengatakan... ada aku kesah. Macam la aku nak nyusahkan idup dia kan?

"Habis tu ...kami takdapat fax tu...nak buat mcm mana?" balas kerani bodo ni

Bengang tak kalau korang dengar statement kerani bodo tu? Sah2 cawangan USJ yang faxkan menda tu company yang sama. Susah sangat ke nak call dan berdiri depan fax tu utk selesaikan masalah tu. Kat situ ada 2 staff lain yang buat2 busy padehal kat banking hall tak sampai pun lima orang.

Hati dah bengang maka keluarkan kata2 pedas. At the same time rasa nak CEKIK kerani bodo tu pun ado.

"Encik...jangan bagi saya tunggu lama2 hanya untuk satu fax. Dah dekat 2 jam saya menunggu ni. Kalau saya ke Bahau dah sampai dah. Kalau tak dapat fax follow up la...ni...saya pulak yang call sendiri !!! Kalau rasa2 takleh nak layan saya cakap je terus terang...Susah sangat ke nak bantu saya?"

Masa ray cakap mcm tu...ada lagi enam orang pelanggan kat banking hall.

I left the building and planning nak buat aduan bertulis. What you guys think? Should I let it go or do the necessary to seek REVENGE ?? LOL

Seriously I am so pissed off masa tu.
After 2 hours of waiting.
Ignored by the staff.
Ray terpaksa call bank rakyat USJ sebanyak 3 kali.
Kerani bodo yang rude nak mamposs.

Towards the end..still xdapat fax tu.

Korang pernah tengok iklan bank rakyat dan baju pekerja dia boleh bertukar2 tu. Kalau pelanggan tu cina...pekerja baju dia bertukar jadi baju cina etc. Pastu ada few version terbaru iklan bank rakyat baru-baru ni.

Trauma sakit hati masih ada sampai sekarang. Setiap kali iklan Bank Rakyat keluar tv...hati akan bertambah sakit. Ini adalah my worst experience bila berurusan dengan pihak bank.

Sunday, March 22, 2009

Crew Life 5 : Mak Ko ITAM

Kurang ajar beno bunyi tajuk entry kali ni. It is NOT a racist statement.

Relax. Baca dulu. Don't judge the book by it's cover. CheWahhh ! Tajuk busuk tak bermakna isinya busuk. Baju kotor tak bermakna badannya berbau. Buku tebal tak bermakna bagus. Muka cantik tak bermakna hati mulia.....huhuhuhu

Cerita ni bermula di awan biru. Masa tu Ray ada SNY onboard. Apa ke menatangnya SNY tu ek?
Supernumery. Peramugara pelatih. A very good looking indian boy.

So basically, as a senior flight steward...kenalah turun ilmu yg ada. Mengajar apa yang patut sebelum steward tu bekerja secara solo. SOLO ialah term yang crew gunakan untuk setiap peramugara yang bekerja tanpa bantuan. Bukan kerja sorang-sorang. Sila maklum.

Dipendekkan cerita, Ray sort of yang jenis benarkan steward tu heat meal for passangers. Sepatutnya SNY hanya buat observation sahaja tak tak dibenarkan bekerja. Tapi ...rasanya untuk lebih cepat pandai buat la sikit2 apa2 yg patut. Sort of bending rules sikit la nieh.

Mahesh : Bangg ! nak heat macam mana bang?

Ray : Heat 15 minit...medium 23o degrees. Masa 10 minutes check ya.

Mahesh : Ok bang !

Ray : Takyah berABANG-ABANG. Call me RAY udah.

I think that it is not that hard. Instruction simple je weii. So, I leave him doing his part so that I can do other things.

Al kisah si Mahesh ni [ bukan nama sebenar ] idakkk le mengeCHECK meal tu. So alkisahnya meal dalam oven tu sort of banyak wap keluar. He dissapeared dono where.

My leading stewardess by the name of LINA pun masuk...and she decided to check the meal. At the same time Ray and Mahesh masuk ke galley.

The minute she open the oven door...wap panas sudah keluar!!!

Lina : Oiii !!! Mak Ko ITAM !!!!! [melatah]

Immediately I look at Mahesh. And Lina look at me. And Mahesh look at Lina.

Lina : Huhuhuhu! Sorry Mahesh...I don't mean that.

Ray : LOL

Mahesh : It's ok. It's a fact. Mak I memang Hitam.

Aiyooo...

Tak tau la Mahesh tu terasa ke tak. huhuhu. Tapi kalo mahesh terasa pun kenalah dia simpan je la kut. Almaklum la kan..crew baru. Kadang2..walaupun melatah...it can hurt others as well.

Ray akan ke topik yang sama tapi ia berkaitan kanak-kanak.

Last four years, my kindergarten mengadakan pertandingan pakaian beragam. So you can wear...whatever costume la. Ada yang pakai punjabi, pakai ala2 puteri gunung ledang...dan macam2 lagi.

Salah seorang girl ni memakai sari ...iaitu pakaian tradisi wanita india.

So this little girl pun keluar la...pose sana ...pose sini...bab2 pose mengepose suka la budak2 kan?

Towards the end...nak melengahkan masa...the emcee pun saje je la tanya sikit2 soalan pada peserta as they line up to wait for results.

Emcee : Dikkkk...Cantiknya...Cantik tak? [soalan mengong]

Si kecil : Cantekkkkkkkkkkkkk

Emcee : Sape beli?

Si kecil : Makkkkkkkkk

Emcee : Baju apa yang adek pakai ni?

Si kecil : Baju KELINGGGGGGGG

Emcee : terkedu [ muka terperanjat]

nak cover balik

Emcee : owh baju sari......

Umang aiii.... nasib baik part tu budak tu cakap slow...kalo tak satu dewan akan ketawa. And nasib baik no indians yang register kat tadika or yang ada dalam dewan pada masa tu.

Moral nya...parents! pls be aware what you say infront of your children. They don't know anything. Kanak2 hanya mengikut kata2 yang selalu dia dengar. What your children said reflects you as parents.

Keling is not a good word. Never ever use it.

Sebelum kita menggelar orang racist...tgk diri sendiri. Jangan cepat prasangka. Get to know other people yang berlainan bangsa. Once you get to know them...tak jauh bezanya diri kita dengan mereka. Towards the end we are all human.

I have the previllage to work with different races when I was a crew. Ada indian, chinese, japanese, indonesian and korean yang bekerja as a crew. I am glad those experience taught me well....

Thursday, March 19, 2009

Saya Tak Nak Pergi Sekolah !!

Ada la sorang kanak-kanak perempuan ni, tak nak pergi sekolah. Pening kepala mak bapak dia memikirkan cara untuk buat dia untuk ke sekolah.

FYI, dia berumur 8 tahun...kiranya darjah 2 lah tahun ni. Sejak cuti tahun baru cina awal tahun ni...dia tak ke sekolah. Mak dia puas memujuk....cikgu sekolah pun siap datang pujuk...kawan2 pun datang pujuk....tapi sampai laaaa ni ....xnak jugak ke sekolah.

Julia Roberts [ bukan nama sebenar ] akan menangis-meraung jika perkataan "sekolah' diucapkan.

Sindrom takut ke sekolah dikalangan budak tadika dan darjah satu ialah perkara biasa.

Tapi Julia Roberts ni...elok je pergi ke sekolah masa darjah satu. Tetiba je...dia xnak ke sekolah.

Aiyooo... Ray bukan mereka cerita ni. Ini kisah benar ok. Baru berlaku 2 hari lepas.

Tiada kesan penderaan, buli. Yang lebih menyulitkan...Julia membisu dan enggan memberitahu sebab yang dia enggan ke sekolah.

Mak nya Mrs Roberts [ bukan nama sebenar ] , dah pening kepala. Bermacam iktiar telah dilakukannya. Dari berubat kampung hinggalah berjumpa doktor psikologi. Diiringi dengan doa agar minat anaknya untuk ke sekolah kembali semula.

Ray ada buat tuisyen utk budak tahun 1, 2 dan 3. Bukanlah sebab beriya-iya sangat nak mengajar. Tapi atas permintaan Ibubapa. Rata-rata yang datang ialah budak2 yang bermasalah.

PS: Gambar sebelah kiri bukan gambar Ray...Im nt bald ok...not yet LOL

Masalah yang ketara ialah masalah disiplin, minat yang takde langsung, malas, degil [ bega bak kata orang Negeri Sembilan]. Bukan tak pandai...bukan otak tak geliga...tapi tulah masalah yang ada pada budak2 yang mendapat perkhidmatanku ini. LOL.

Mrs Robert approached my sister for help. Since her daughter Julia tak ke sekolah dah sekian lama...she is looking for options. At least she can learn something rather than nothing at all. [ wah mcm tajuk lagu Ronan keating plak].

Hari pertama Julia ke kelas tuisyen...she cried. Taknak masuk kelas. As usual my sister [pakar memujuk] memainkan peranannya.

Half an hour later, berjaya jugak dia memujuk Julia untuk masuk kelas. Dalam kelas Ray tu ada 12 kanak-kanak lain. My sister left and attend to her class. Maknanya...Julia is now under my care.

So, Julia pun duduk lah sorang2 sambil menangis....Ray continue la mengajar seperti biasa. Half an hour later...semuanya berubah. Julia tak menangis lagi...malah enjoyed the class very very much. She even smile.

I must been doing something right.Towards the end...dia dah mula ketawa pulak. huhuhu.

Terdetik di fikiran ni...

Nape ek Julia ni xnak pg sekolah. We actually solves the problem within an hour je. Mrs Robert menarik nafas lega...walaupun anaknya masih taknak ke sekolah...sekurang-kurangnya dia nak belajar ngn my sister and me.

Diharapkan bila dia start kelas ngn Ray ni...minat Julia ke sekolah akan datang semula.



On different case, seorang bekas pelajar Tadika Rumah Si Kecil...yang bernama Tom Cruise...[bukan nama sebenar] yang kini darjah satu....telah dihantuk kepalanya ke dinding oleh cikgu sekolahnya. Tom dah trauma dan tidak mahu lagi ke sekolah.

Aiyooo...apa dah jadi nieh? Banyak sgt kes2 sebegini berlaku sekarang. Makin menjadi-jadi.

My primary school years dulu [ once upon a moon ] indah2 belaka. Budak hitam legam yang kuat buli org...LOL. Sebab tulah kut xde masalah...hahahahah. I am not the type yang buli pukul orang...suka buli cara lain...hehehehe. Cikgu pulak masa tu pernah ketuk kepala my classmate dengan buku sbb tulis salah. Kena cubit kat perut hanya kerana salah mengeja. Bab buku terbang melayang..toksah cakaplah....NORMAL lahhh tu.

Nak tau ...tunggulah posting Ray yang akan datang.

Kesimpulan: School supposed to be FUN for children. Dicipline and FUN learning is the KEY to attract pupils to school. Teachers must know how to tacle your student. Parents must always instilled learning habbits from home.

Soalan: Apa pendapat korang pulak? Ceritalah sikit pengalaman korang masa mula2 masuk sekolah dulu.


Monday, March 16, 2009

Crew Life 4 : Catwalk Disaster



Dah lama Ray nak menulis pasal Aci yang duduk kat kawasan perumahan Ray ni. Setiap petang aci ni akan berjogging kat kawasan parking lot.

Bagus...! Amalan yang sihat dan harus dipuji. Jarang sebenarnya nak tengok kan warga emas buat amalan menyihatkan badan sebegini.

Tapi setiap kali melihat aci ni...Ray akan ketawa besar...

Jahat sangat bunyinya kan? MENGERTAWAkan orang tua. Sebelum korang carut tu...continue reading dulu ya.



Obviously... this is not the ACI lahh..xkan Topless kut? LOL


Yang janggalnya aci yang berusia 60an ni berjogging pakai kain batik. Berlari anak dalam 20 meter...dia akan berhenti dan membetulkan kain batiknya....dan berlari anak lagi 20 meter.....berhenti lagi betulkan kain batiknya. Macam tu la prosesnya kitarannya - keliling parking lot tempat den tinggal ni haa.

Selain menjalankan aktiviti sihat, yang harus dipuji ...aci ni very the melayu one. Pakai kain batik kan?LOL... Jarang beno tengok aci pakai kain batik. Lebih jarang kita tengok aci berkain batik berjogging. Tak dapat den bayangkan kalau aci ni pakai sari dan berjogging.

Ok...now u guys can carut me if you want la. I know it's bad to gelakkan orang tapi...kes ni...gelak tu datang secara NATURAL. Kalau Ray buat filem...mesti ada yang mempersoalkan logiknya babak diatas. Seperti mana org mempersoalkan scene tertentu filem Yasmin Ahmad yg dikatakan tak logik tapi sebenarnya memang berlaku...cuma dinafikan...sbb tak dilihat....kannn?

mesti aci tu dulu bekas peramugari kan? LOL

Ray nak amik je gambar aci tu tapi tak sampai hati....mengAIBkan orang pulak nanti kan?

Tinggalkan kisah aci jogging pakai kain batik tu...ray nak bercerita pasal catwalk pulak.




Detik membanggakan bagi seseorang peramugari ialah ketika menarik trolley bag dan berjalan ke kapal terbang. Masa tu lah mata sekeliling memandang. Ayunan kaki melangkah , baju kebaya yang dipakai....boleh dikatakan semuanya diperhatikan.

Di KLIA, berjalan dari tempat melaporkan diri ke kapal terbang agak jauh. lebih kurang 1km jauhnya. Waktu melaporkan diri ialah 90 minit sebelum kapal berlepas.

Katakan la kapal berlepas pukul 9malam. Waktu melaporkan diri ialah pukul 7.30malam. Masa melaporkan diri cabin crew akan berkumpul dalam satu bilik untuk briefing. Briefing diketuai oleh INFLIGHT SUPERVISOR [IFS]. Masa briefing...IFS akan membahagikan tugas, buat sikit penerangan, tanya soalan sikit dan lain-lain. Masa yang di tetapkan utk briefing ialah 20 minit.

Tapi ada IFS yang ambil masa lebih dari tu untuk briefing. Ada yang makan masa sampai sejam.

Kalau dah sejam tu....maknanya kita ada 30 minit saja lagi sebelum berlepas. Waktu penumpang boarding/masuk kapal pula ialah 20 minit sebelum waktu berlepas.

So...maknanya u kena catwalk 1km, melalui immigration check dan security check, buat ground duties...check kapal...check catering...check equipment...chill benda2 yang patut....dan lain2 dalam masa 10 minit. Tak ke disaster cara crew berjalan?? LOL

Itu dah bukan catwalk tapi walkathon...namanya.




Masa walkathon tu...dalam kepala terfikir..kerja dan disaster ground duties yang bakal diharungi.

KAPAL akan tetap berlepas ONTIME sama ada kerja siap atau tidak.

Ada pulak minah peramugari ni...kaki sakit sikit...terheret2 kaki mcm orang tempang....mintak mc kat klinik tak dapat...so kena la pegi keja kan.....kena la jugak catwalk kan? LOL
Bayangkan la mcm mana rupanya dia berjalan. Nak berjalan sebelah dia ...rasa pun malu. Peramugari tempang pegi keja.


But I would say...without all those hassle mentioned above...mmg bangga gila walking towards /from the aircraft especially kat overseas. Eyes are looking and admiring the image that we cabin crew bawakan. It's the proudest moment bagi seseorang cabin crew.

Tak dinafikan, bukan semua crew ni jalan elok. Ada gak yang tertongek2...terkangkang2 sikit, terhenjut2 tapi lama kelamaan ok ...bila ditegur.


How often do you see yourself walk? Apa kata sekali sekala tengok or tanya pendapat orang lain.


PS: When the last time you ever pakai kain batik and walk pegi kedai ke apa ke? LOL
Mungkin ada yg dah lupa mcm mana nak pakai kain batik/pelikat kan? Ok...dibawah ni panduannya...LOL







Saturday, March 14, 2009

Tikam Menikam Dush dush!

Seperti talam dua muka : ertinya seseorang yang mendapat keuntungan dari dua belah pihak yang berselisih. Bermuka-muka. Ada banyak muka.


Sebelum tu...Ray nak tanya sikit...apa itu Talam? Heheheh...Bukan Talam Holdings pemaju perumahan yang tak reti buat rumah kat area bukit jalil tu ya.


Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam dan ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Dari berTALAM akan berlakunya TIKAM MENIKAM.


Ray sendiri pernah kena tikam dari belakang. Kita bekerja dengan ikhlas [ no pay/suka rela] tapi ada manusia hasad pendengki ni...carilah pasal. The best part tu...tak confront...cakap2 belakang je berani ..Bijaknya si talam ni...dia cari kelemahan atau kesilapan kecil kita untuk dibesar-besarkan.


Pada masa tu...orang2 yang kita pikir akan menyebelahi diri, akhirnya go against me. Since I am not that stupid to layan all the BULL SHIT yang dia created...I ignore it. Malah, I even offered myself to help out whatever I can, but my assistance was rejected.


ALLAH maha kuasa, orang yang melaung2 yang dia boleh buat itu ini...akhirnya tak kemana pun! sepi je...Alhamdulillah, atas faktor masa...ada yang tersedar. Kawan2 yang go against me...finally realised it. The best part is...I don't have to say a word to make them realised that.


Ray dipujuk semula oleh kawan2 yang dah sedar ni untuk membantu . As requested, I continue doing things that I like. Without distraction dan gangguan. Things work out very well. Even better than before.


Dush...something going on diluar pagar... kisah yang takde kena mengena dengan ray. Tup2...I was mentioned dan dituduh antara punca benda tu berlaku. Tetiba nama keluar balik...Nak tergelak pun ada. Cepatnya nak menuding jari kat orang lain bila konflik berlaku. Lupa nak kaji punca sebenar benda tu berlaku. My name was mentioned, sbb ray kenal salah seorang yang berada diluar pagar tu. Atas sebab tu je dah jadi suspect.


Haihhh...

Seperti yang ray katakan tadi...things that I do is only voluntary work. I did not gained RM or anything out of it. Yang ray gained ialah persahabatan dan pengalaman. Bila my close friend dengar apa yg ray buat...dia akan pelik...sbb ray buat benda yang bagi dorang menghabis BOREH jo. But...that's me...nak buat camno...kan?



Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh . Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!


Senario ini boleh juga kita lihat dengan apa yang berlaku di dunia sekarang ni. Contohnya di GAZA. Ia bermula dengan individu yang talam dua muka, lepas tu jadi lebih melarat.


Kannn? serius beno bunyinya entry Ray kali ni kan? But I just want to share with you guys. Ray percaya korang pernah ada pengalaman masing2 dan pernah rasa dikhianati dan ditikam dari belakang oleh mereka2 yang talam dua muka ini .


Masa ray jadi steward dulu pun, banyak kes tikam menikam dan dalam dua muka ni. Atas sebab dah terbiasa la yang buat Ray lebih dewasa dalam menanganinya.


Nasihat Ray ...apa yang kita buat biar ikhlas....hanya orang yang ikhlas dan yang menghargai kita yang akan nampak apa yang kita buat. Kalau dia tak nampak sekarang... mungkin nampak ...satu hari nanti. Kalau tak nampak jugak.....takpe...biarkan je la. Ia satu petunjuk that this kind of people not worth to be your friend.

Jangan lemah semangat hanya kerana ditikam dari belakang. So move on with your life and do what's best for yourself.

PS: Ray nak letak gambar orang tikam menikam tapi xjadi sebab terlalu 18SG...hehhehe.

TRIVIA
Dalam setiap gambar diatas ada talam dua muka...masalahnya muka saper? huhuhu.
Gambar 1 & 2 tu rasa2 korang tahu...cuma gambar ke tiga tu..
jawabnya: gambar queen elizabeth dan elton john
[tgk ngn teliti]

Wednesday, March 11, 2009

The Reader [ U ]

Jangan salah sangka ya...entry ray kali ni takde kena mengena dengan filem lakunan Kate Winslet "The Reader" tu. Sebab tu ray rate "U" for UMUM.

There will be no naked images in this entry. Maaf ya...no bogel2 sambil baca blog ni ya. LOL

The Reader versi blog Ray ni lebih kepada amalan membaca bukan amalan berbogel. Pelakunnya ialah Emilia Winslet [gambar dibawah ni ha...] pelakun sopan dari Shah Lampu.




bukan gambar hiasan


Masa kita budak2 dulu, kita akan lebih cenderung ke arah muzik dan juga mendengar cerita. Bila dengar je lagu apa-apa sekalipun...suka la sangat kan? Sampai terlonjak2. Begitu juga la dengan mendengar cerita. Terngaga dibuatnya mendengar cerita. Sebenarnya disinilah bermulanya minat membaca bagi kanak-kanak dan perlu dikembangkan dengan baik.

Sebelum Ray mengulas lanjut, meh sini dengar cerita.

Kisah seorang kanak-kanak bernama Amy Catherine Zeta dan Maimon Hj Saadon.

Amy tinggal di Kensington Street, London dan Maimon dari Kg Sungai Kandis, Klang. Dua kanak-kanak dari dua dunia yang berbeza.




bernafsu tak korang tgk buku2 ni?


London 1990-1998


Dari dalam perut lagi, ibu Amy...Shania Zeta...[nama ibunya tak nak kalah] telah memperdengarkan amy dengan muzik dengan meletakkan head set di perut. Setelah dilahirkan, Amy akan dibacakan buku cerita sebelum tidur walaupun Amy masih tidak memahami sepatah haram apa yang mak dia sebutkan.


Simon tengah baca buku Hikayat mak lampu dan pelita ajaib..LOL


Mak Amy ialah "The Reader" kepadanya. Setiap malam dalam hidupnya sehinggalah Amy berusia 9 tahun. Dengan bacaan buku cerita itulah yang membuatkan Amy mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dari imaginasi itulah yang membuatkan Amy minat pada membaca. Selain membaca, ibunya turut serta belajar bersamanya.


Klang 1990- 1998

Ketika Maimon dalam kandungan ibunya Saodah, ibunya gemar mengumpat. Bila dah lahir, kecik-kecik lagi Maimon mendengar maknya mengumpat dengan jiran sebelah dan orang sekeliling yang sesuatuh dengannya. Macam-macam topik umpatan yang keluar. Dari cerita keburukan rumah tangga orang, sape rampas laki saper, gelang dan rantai emas siapa yang banyak hinggalah ke gossip mossip.

Umpatan dah jadi pengganti buku cerita.



maimon mengumpat



Mak dia tak perlu baca buku cerita ya. Mak dia akan buat dan reka cerita. Bukan the reader tapi "The Newscaster" . Umur 6 tahun barulah mak dia hantar dia ke tadika KEMAS. Disitulah baru Maimon belajar ABC.

Bila Maimon melangkah ke sekolah rendah, barulah Maknya quite particular dengan pelajaran anaknya. Selepas cemas sbb anak tak pandai2 baca.
"Memonnnnnn !!! main je keja tuhhh...pi baca buku !!!" jerit mak Maimon

Itu jelah sumbangan mak dia bagi memastikan anaknya pandai.



Bayangkan la mak Maimon duk lekap speaker radio ke perutnya masa mengandung. Atau membaca buku cerita "Cinderella yang baik hati" kepada Maimon setiap malam. Mak Maimon akan dianggap kurang waras. Ia bukan budaya kita. Sebab tu kita tak buat. Membaca untuk anak sebelum tidur adalah amalan pelik bagi sesetengah orang. Yang peliknya...mengumpat takpe pulak..huhuhu

Bila anak tak pandai membaca, tak minat membaca....tak minat belajar...salahkan guru. Guru kat sekolah tak ajar anak tu betul-betul. Tadika KEMAS asyik main je.......Katanya....

Nak pastikan anak belajar...hanya menjerit mengarah anak itu belajar tanpa melibatkan diri sama. Yang bekerja alasan yang sering dorang bagi...sibuk...sibuk...sibuk....
Tak ada masa.

Tidak cuba mencari masa akan ada akibatnya. Bila dah terkena, tuding jari salahkan orang lain kecuali diri sendiri.

"Alahhhh..aku dulu...mak aku tak ajar aku pun...ok jer...jadik jugak" suara sumbang berkata-kata.

Itu dulu. Sekarang orang dah semakin pandai. Persaingan semakin hebat. Kalau ikutkan cara lama tak sesuaiiii dah.



melihat org membaca di luar negara adalah perkara biasa



Ray nak kaji amalan membaca dalam kehidupan seharian average Malaysian yang bernama Maimon. Maimon bekerja sebagai seorang setiausaha.


Bangun pagi...gosok gigi..mandi wajib....solat subuh....breakfast nasi lemak..bla bla bla

Dalam bas on the way pg kerja...MEMBUTA


Masuk kerja, bukak PC...baca email. Mana-mana memo tu kena take note. Itupun terpaksa baca sebab kerja kan?

Sebelum memulakan kerja, yang boleh surf internet tu akan baca blog2 kroni . Bila tea break sebelah pagi mestilah baca suratkhabar. Tak senang duduk kalau tak tahu perkembangan terkini. Kalau tak baca surat khabar, duduk bergossip dgn rakan sekerja.

Bahagian mana dalam suratkhabar yang korang baca dulu bergantung kepada minat. Ada yg bukak suratkhabar terus ke sukan...ada yang mulakan dengan hiburan. Ada jugak yang baca tajuk je dulu. Lepas baca tajuk, kalau tajuk mcm menarik barulah baca isinya. Dalam kes Ramlah, ruangan hiburan yang dicarinya dulu. Nak tahu artis mana bercerai hari ini.


Gambar candid Dafi & Adam sedang membaca sambil menunggu giliran membuat persembahan

On the way balik naik bus...MEMBUTA.

Ok. Balik rumah dah penat. Kena settlekan hal2 rumah tangga. Hujung minggu...sebulan sekali beli magazine hiburan . Kalaulah Maimon takde duit nak beli magazine...merayau-rayau kat BORDERS...baca for free. Kalau kedai newstand tertentu takleh baca free. "NO FREE READING" katanya.

Apa la sangat yang kita baca dalam sehari. Bayangkan kalau takde suratkhabar, magazine dan blog...


Tanda2 yang anda malas membaca

Baca baru satu muka surat dah menguap.

Tengok tulisan banyak2 terus pening kepala.

Fail SPM.

Baca buku yang ada gambar je.

Beli barang....instruction tak baca langsung. Gunakan ilmu memandai...namanya.

Beli makanan tak baca dulu label. Main masuk je dalam bakul trolley.

Tengok filem sbb tak payah baca buku. Sekarang pun dah banyak buku yang telah difilemkan.

Tak payah baca suratkhabar, tengok je berita kat TV.

nak luaskan pengetahuan AM...mengumpat ramai2. Ala2 study group.




Membaca sambil "membuang" jadi amalan budaya barat


Ada juga amalan membaca yang tak perlu kita ikut. Ini kes terlebey sudeyyyhh. Seperti membaca sambil "meneran" atau membacakan anak sebuah buku semasa anak buang ayaq . Ianya tak sesuaiii and tak senonoh ...! Nak meneran sambil membaca....?? There are lots of things you can do while doing something else at the same time. Tapi come on lahh..teran and read...tak match! LOL

Dan sudah tentu...contoh yang lain ialah membaca sambil berbogel mcm cerita THE READER tu. Ini dah kes KINKY. LOL


Jauh-jauhkan ya.

Terpulanglah kepada anda untuk mencontohi Maimon atau AMY.


Menutup entry Ray kali ni, Ray nak ucapkan TAHNIAH kepada anda. Obviously anda kategori yang suka membaca kerana telah membaca entry yang Ray tuliskan ini tanpa rasa bosan.

Ray selitkan dibawah ni satu lawak mengong utk anda baca.




Seorang posmen yang datang menghantar surat .

” Assalamualaikum “ kata posmen ni

” Walaikumsalam “ jawab Maimon

” Ni rumah Puan Maimon Hj Saadon ye? tanya posmen ni

" No 69, Kondo Sri Sesedang, Jalan Tonggang, Bukit Gantung?" tambah posmen tu lagi

” Ya saya...ya betul alamat tu” balas Maimon

” Poning kepala saya mencari alamat rumah puan ni “ keluh posmen tu

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje" Maimon menjawab dengan CONDIFENT

Kang ada pulak yang makan surat kang.... kata posmen tu dalam hati..ala2 ally mc beal jugak..LOL


Itulah akibatnya kurang membaca. Otak puan Maimon dah masuk angin...LOL


PS: Telah menonton TALENTIME kat Uitm and akan tonton lagi petang ni . Ada media screening. Ray bagi 5 bintang for this movie!!


Wednesday, March 4, 2009

Crew Life 3 : Senyum Plastik

"What is your smile made of?"

"Mine...is plastic. How about you?"


"Same here laaa.. LOL"


Apakah makna nyer senyum plastik itu. Ok let me explain so jadi clear. Plastik ialah istilah yang cabin crew gunakan pada senyuman yang palsu atau dibuat-buat. Sebagai cabin crew, it's our job to "smile". Not sengeh...not muncung...not kemut...not gebehkan mulut...but SMILE.

Alah senang je nak senyum. Kata kawan Ray yang kerja kat bank mengadap duit hari2.

Ladies & gentleman, it's not as easy as you think. In my previous post, ray ada explain psal on air can be "HELL" to certain crew...bila tak kena pada tempat dan waktunya...kan?

In that situation, hati dah meronta-ronta "Ya Allah bila la nak abis azab ni?". Few seconds later...out you go in the cabin and you have to smile. Disinilah datangnya senyum plastik buatan orang namanya. LOL.

Setelah lama bercekedondong [ berkecimpung ] dalam dunia terbang tinggi melangit...melangit...melangit [ ala2 gelek dangdut ], ray boleh tahu siapa yang senyum plastik dan yang senyum ORI.

Senyum ORI ada banyak jenis jugak. Senyum gatal, senyum menggoda, senyum simpul, senyum manis...huhuhu to name a few.

Back to senyum kategori plastik ni, can you guys tell ? It's hard to explain...but if I see one...papppp straight away I know.

Ray pernah buat ke? honestly...yup pernah! I would be lying if I say no kan?

An indian passanger board the aircraft.

"Hello sir...Welcome onboard" I said

Haram passanger ni...bukan nak jawab salam...eh bukan nak balas greeting aku...
[kata dalam hati ala2 ally mc beal]

"I am a general manager of a big company and I want a coke" cakap passanger ni dengan slanga indian dia, sambil terkial-kial letak bag murah petak2 dia, atas overhead compartment.

"Pedulik apa aku general manager....I am a flight steward...and I want you to sit down and shut up"
[kata dalam hati ala2 ally mc beal]

And I give my biggest plastic smile and replied " Certainly sir..."

On my way to the galley to get the bloody coke...my mind telling me this.
"Smile...smile...smile"

So...I came back with a COKE. " Sir...here's your coke as requested" sambil senyum.

less than 2 seconds...he teguk air coke tu sampai abis and added "get me Another one!!!"

"Mangggg aiiiii...ko ingat keja aku bagi ko sorang minum laaaa"
[kata dalam hati ala2 ally mc beal]

Please understand why I am so pissed off. Masa tu tengah boarding. Passanger tengah masuk ke dalam kabin dan laluan masuk sesak. dah jammed dah jalan. Pada masa yang sama, seorang perempuan ni bwak bag...empat kali ganda berat badan dia. Dah la berat...besar gedabak....kerusi kapal tu pun muat utk dia tapau bawak balik . LOL

From a cabin crew, I have to turn to a police traffic utk mengawal lalu lintas...and offer assistance pada minah tu to place her bag ke atas tempat ruang penyimpanan atas tu. At the current moment, bag gedabak dia cantekkk berada ditengah laluan. Punca utama laluan sesak tu.

"let me help you with that" I said with a smile.

From a police traffic I turn to a superman. So ray angkat la bag yang maha berat tu.

Tiada ucapan thank you ....whatsoever from that lady.
"bawak batu nesan apa dalam ni..."
[kata dalam hati ala2 ally mc beal]

Pembaca sekelian, kejadian diatas berlaku dalam 10 minit sahaja. I dah jadi penyambut tetamu pelayan [amik coke], polis trafik dan superman. Bayangkan la the next 12 hours flight ke LONDON.

Lepas passager semua dah duduk. Kapal pintu ditutup. Ada kekecohan sikit di kabin.
Seorang passanger ni, tgh marah2 kat stewardess ni. Al kisah dia nak duduk bersama dgn awek dia. Tah macam mana terpisah masa dia check in kat ticket counter tadi.

He insisted to seat together with his GF.

Flight penuh ya. Here i go again, from steward ...tukar jadi seat negotiater pulak. Meaning, I have to approach other passangers to change their seat.

" Sir...what I can do is...I will ask the person seated next to you or your girl friend, if they can swap seats"

Luckily, a person seated next to him, heard me saying that...and offered his seats.

And this time ...senyum ORI ray keluar. This guy so bertimbang rasa and deserve my genuine thank you and smile...he is a MAT SALEH.

Lepas tu terus, check kabin jadi police traffic balik...sbb nak check pakai tali pinggang keledar.

The flight took off............

I don't mind doing all these...sebenarnya...it's part of the job. But, there are ways to ask for something kan? If this guy...tak marah2 stewardess tu....tak la kita terasa sangat bila nak tolong kan? Kita pun paham yg ko beriya2 nak duduk ngn gf ko kan....rindu and xleh terpisah walaupun 12 jam.

kes pasal bag tadi....eventhough bag dia besar and berat a "thank you" would be sufficient for me kan?

and that bloody general manager thingy....You don't to tell me who you are in order to get a COKE....if you are janitor sekali pun I would be happy to get you a drink...kan? and a simple word such as PLEASE would really make the difference.


PS: Esok 5 Mac , I am going to media screening utk filem Sayang you can dance.

Upcoming posting : Crew life 4 : Catwalk disaster






Tuesday, March 3, 2009

A.Y.A.M & Teka-teki susah

Jawapan kepada soalan menatang apa in my previous posting. AYAM.
Ramai yang meneka dengan betul. Tahniah ya!!

Bab sama ada ada ayam itew ada campuran species ngn menatang lain ke idak le ray tahu ya... pan asian ke , pan euro ke, pan pacific ke, pen pal ke...allahualam. Ray tak gali sedalam tu.

Caution : Entry kali ini mempunyai level merepekness yg agak tinggi.

Sebagai hadiah kepada pembaca blog ini, Ray anjurkan fashion show ayam ASIA universe 2009.


Berkonsepkan devils wears Prada, ayam dari Bhutan ini masih lagi muda remaja. Suka bersiar-siar dan mematuk cacing di masa lapang.


She's a vegetarian. Orang kuat dalam kempen "Anti makan ayam" di Bhutan. Duta jugak nih ala2 Anjelina Jolie.

Tyra Banks adalah idolanya. Selain melawa, ayam ini juga suka membeli belah di Jusco. Gemar menyertai pertandingan "KAIS & MENANG".

Self procliamed : The first SUPER AYAM in the world










Memilih konsep batik kontemporari, ayam dari Indonesia ini memang mempunyai bentuk badan yang cantik. Telah lima bulan berkecimpung dalam dunia peragaan dan finalist model utk Piala Seri Hendon. Aktivis anti penderaan utk Persatuan AMAH2 ASIA.

Baju rekaan Syamelia Batik , syarikat yang dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dalam rekaan pakaian seragam pekerja kantin hospital

PS : Batik seni warisan kita.









Peserta dari Malaysia. Kurang pasti ngn konsepnya. pernah menyertai pertandingan kawat kaki ayam sedunia yang diadakan di Munich pada tahun 2005. berkecimpung dalam bidang peragaan dan duta "ayam brands". Berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan.

memakai tights hitam dan baju kebaya ketat belah tepi yang dibeli sendiri di TAN BROTHERS.

Ayam yg sudah biasa berCATWALK di Bintang Walk ni, amat mengemari bermain UNO di masa lapangnya.

Walaupun dilabel "RATU kampung" , ayam ini tetap ingin membuktikan yg ayam kampung pun mampu menang dalam pertandingan.

PS : Kita kan ada habit suka melabel orang tu kampung ke tak. Betul x? mcm datuk CT dulu.











Mendapat jolokan persis TITI DJ.
LOL. Hobi menyanyi dan set rambut di Azim & Guys Saloon di PUTATAN, Sabah.

Kain bajunya ditaja oleh Tokeh kedai kain Menllon Nilai3 dan dijahit oleh tukang jahit fofular dio Nilai iaitu Mei Mei.

Gemar menyanyi lagu R&B dan Soul. Pernah menyertai pertandingan realiti tapi sampai sekarang tak dapat tawaran buat album. Baru saja pulih /discharged dari tekanan mental. This is considered a come back !!


PS : Kain kat Nilai 3 mmg murah. Nak tempah langsir pun cepat boleh siap.










Makan hati tengok contestant ni. Penampilan ayam ini persis Whitney Houston yg sememangnya adalah idolanya.

Diva tak jadi ini berasal dari kota Singa. Berniaga kueh tart nanas bila musim raya menjelma.

Sukakan warna putih kerana baginya warna putih melambangkan kesucian. Beliau mengakui mencuci bulunya setiap agak rumit dan memenatkan.

Menafikan yang ada menyuntik dan pembedahan plastik memancung idong dalam kenyataan nya kpd wartawan baru-baru ini. Kelicinan kulit dan kecantikan bulu, berkat makan ulam dan amik air sembahyang...katanya.

PS : Makcik2 duduk angguk2 kepala . PERCAYA



Setelah diriku melihat gambar2 ayam2 ni barulah diri ini sedar mcm2 rupa ayam in the world sebenarnya.

Tak kiralah mcm rupa dorang, yang penting bila nak makan sembelih dulu...cara HALAL. huhuhuh

Ada beberapa lagi ekor ayam tak masuk reban...nanti ray tambah lagi naaaa..

Ok...NEXTTTTT !!

Ray nak bagi teka-teki susah ...huhuhu. Himpunan dari koleksi teka-teki yg menyakitkan hati kalo tau jawapannya. Ada masanya tak perlu tahu jawapan utk ngelak dari sakit hati.

Here are the teka teki teka tekuk...

1- Kadang2 aku kuat, kadang2 aku lemah, tak de bahasa yg aku takleh cakap tapi aku tak pernah pergi sekolah. Aku ni sape?


2- Jamal berusia 10 tahun dan Ibu Jamal mati. Ayahnya pula kawhin dengan perempuan lain. Pastu dia dapat adik tiri. Ayahnya telah wasiat hartanya kepada Jamal apabila dia sudah mati. Walaubagaimanapun setelah ayahnya sudah mati Jamal tidak dapat harta itu tetapi adik tiri dia je dapat kenapa?


3- Satu petang sepasang suami dan isteri sedang berada dlm perjalanan ke suatu destinasi. Tiba2 kereta diorg terbabas. Diorg selamat cuma enjin kereta dah rosak dan si suami nak pergi mintak tolong. Sebelum pergi dia tutup sume tingkap dan kunci kereta. Tapi bila dia balik semula isteri dia dah mati dan ada stranger dalam kereta tu. Kereta tu langsung takde kerosakan pecah masuk. Camne isteri dia mati dan camne stranger tu ada kat situ?


4- Sorg lelaki telah di temui mati meniarap kat padang pasir. Dia pakai beg galas nampak macam pengembara. Dia telah mati sejak 2 bulan lalu tetapi padang pasir tak dilalui oleh org sejak 3 bulan lalu. Apa sudah jadi?


5- Boleh tak seorg lelaki kahwin dengan adik janda dia?


6- Seorg ayah telah mewasiatkan syarikatnya kepada anak tunggalnya sebelum dia mati. Namun setelah ayah tu dah mati si anak kecewa dia tak dapat syarikat itu. Kenapa si anak tak dapat syarikat itu?


7- Seorg lelaki pelupa telah disuruh oleh ibunya utk mengepos surat. Sebelum dia pergi ke pejabat pos dia pergi ke restoran. Setelah dia nak keluar dari restoran penjaga pintu kata kat dia "Jangan lupa poskan surat ibu encik" . Dia berasa pelik dan kini dia sedang mengepos surat ibunya di pejabat pos. Tiba2 seorg budak perempuan memanggilnya dan dia menoleh ke belakang. Budak perempuan tu pun kata "Tahniah abang telah berjaya mengepos surat ibu abang!". Penjaga restoran dan budak perempuan itu 100% tak dikenali oleh dia mahupun ibunya. Camne perkara ini boleh berlaku?


Korang fikir2 la jawapannya. Jawapan ray letak dalam ruang komen/ cakap2 belakang. >>>KLIK SINI

Don't la baling botol kat blog ray ni kalo korang tau jawapan yg sebenar nanti. bukan ray yg reka teka-teki ni. LARIKKK !! [ slo mo]