Thursday, February 26, 2009

Menatang apa ni?


Sungguh la diriku merasa sangat heran melihat species menatang [binatang] ini. Agak-agak korang apa? pastu bagitau ray, korang sampai ati ke tak nak makan menatang ni untuk LUNCH? huhuhu.

Akan Ray update segalanya SOON. soooo..TUNGGGU my next posting k!

On a different subject matter, Ray diberi surat mintak kerja dari sorangmamat ni. Katanya dah banyak kali dia mintak kerja tapi tak dapat2. Siap bagi contoh surat dia lagi. Boleh korang bagitahu apa masalah dia ni?






Mohd Adam Bin Abdul Gembur
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Gelap
68000 Shah Lampu
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
12 feb 2009

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Adam Bin Abdul Gembur no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang canggih ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GEMBUR adalah seorang pekerja KWSP yang berjaya.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta...saya dengan suka hati akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Azim Workshop, Manjung, Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan.

Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Adam Bin Abdul Gembur)

PS : Sapa2 yg berminat membantu or ada kerja kosong sila tinggalkan no fon korang kat ruang komen so Adam can call korang...huhuhu

Tuesday, February 24, 2009

Yoyooh.com pulak masuk Kosmo

Awal Februari yg lepas, blog ray yg sengal ini masuk Kosmo. As mentioned in my earlier post, I would never expected that someone would be interested to do a write up about my blog.




Semua sudah sedia maklum yang Ray juga adalah pengasas/founding members of yoyooh.com yg melibatkan remaja. Ray merasakan yg yoyooh.com perlu mendapat publisiti dan dipromosi kerana ia adalah medium yang sangat baik utk golongan muda. Medium untuk remaja ...oleh remaja. Ray bersetuju untuk ditemuramah oleh Li Shian [Kosmo] supaya yoyooh.com turut dimuatkan bersama blog ray.

Setelah beberapa minggu, dengan tak disangka-sangka...ada wartawan yg lain pula berminat untuk menulis berkaitan yoyooh.com
Alhamdulillah. Terima kasih Adham [Kosmo] kerana sudi menulis tentang yoyooh.com

Kepada pembaca blog ini, Ray nak mintak tolong sikit.




Kalau korang ada blog, letakkan pautan yoyooh.com diblog korang. Harus diingat, yoyooh.com bukan platform komersil....ia adalah medium utk remaja bersuara dan menyatakan pendapat. Mungkin satu hari nanti akan ada ruang pengiklanan di Yoyooh bagi mendapatkan sedikit income bagi menjalankan aktiviti/program untuk generasi muda.

Kalau nak tolong lebih, masuk yoyooh.com hari-hari ...drop komen kat situ dan kalau boleh mendaftar terus as ahli. Tak paksa...but I apreciate sgt2 if you could.

Bawah ni artikel pasal yoyooh.com yang keluar Kosmo hari ini.

Yoyooh.com aspirasi remaja

Platform perbincangan, hiburan dan hobi Yoyooh.com kini menarik lebih 60,000 pengunjung sebulan.

YOYOOH.COM dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

DILABEL sebagai media baru, laman sesawang Yoyooh.com merupakan platform khas untuk generasi muda negara ini mengaspirasikan pengetahuan dan pendapat mereka kepada khalayak umum.

Dinamakan Yoyooh, ia mudah untuk mendekati remaja memandangkan bunyinya menyerupai bahasa slanga remaja yang bermaksud 'ya lah tu'. Nama laman sesawang tersebut juga kreatif kerana mirip perkataan youth iaitu remaja.

Melalui pelbagai artikel berbentuk perbincangan, ilmiah hinggalah hiburan, Yoyooh.com dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

Pembaca, sama ada seorang blogger atau pembaca biasa boleh mengemukakan apa sahaja pandangan mereka tentang sesuatu topik dalam ruangan original post. Anda boleh bercakap tentang isu semasa, hiburan, gender, makan, seni budaya dan banyak lagi.

Asalkan sahaja anda berdaftar menjadi ahli laman, anda boleh mengirimkan artikel atau pandangan anda termasuk menghebahkan apa-apa aktiviti untuk remaja. Tetapi, jika anda tidak menjadi ahli pun, anda masih boleh memberikan komen atas nama anonymous (tanpa nama).

Ruangan kolumnis pula merupakan ruangan artikel yang ditulis oleh individu tertentu yang dipilih oleh pihak pengendali web. Antara yang mengisi segmen kolumnis ialah Redmummy, Nama Saya Ello, Ok Moris, Corat-Coret Azra dan beberapa lagi.

Ruangan bloggers post pula satu ruang yang diwujudkan khusus untuk para blogger meletakkan perkara menarik yang ada di blog mereka untuk dipamerkan di laman Yoyooh. Secara tidak langsung, mereka dapat mempromosikan blog masing-masing.

Menariknya, laman web tersebut berusaha untuk memeriahkan bidang penulisan blog di negara ini dengan mewujudkan anugerah blogger. Anugerah tersebut dilaksanakan dengan para pembaca laman Yoyooh mencalonkan blog-blog terbaik mereka.

Daripada pencalonan, ia akan mengalami proses penyaringan dan disenarai pendek. Menerusi rating yang diberikan pembaca, pemenang-pemenang akan dipilih dan pihak pengendali laman web akan mencipta kategori bersesuaian. Antara kategori-kategori anugerah blog yang dijangka diwujudkan ialah blog jenaka, blog menyokong filem dan blog diari terbaik.

Selain itu, laman tersebut turut menawarkan ruangan forum untuk diskusi. Yoyooh.com baru beroperasi sejak enam bulan lalu, dan setakat ini ia menerima 60,000 kunjungan dalam sebulan.

Sehingga kini, ia sudah mempunyai hampir 300 ahli.

Monday, February 23, 2009

Lembu punya susu SAPI dapat nama

Mesti korang dah terbiasa dengar malay proverbs ni kan?

Lembu punya susu, Sapi dapat nama !

Dalam bahasa inggeris nye...Milk belongs to the cow, but the bull cow gets the name. LOL
Kelakar pulak bila proverb ni ditranslatekan ke english. Pikir2 balik kenapa la lembu terpilih dalam banyak-banyak bintang in the world of survival ni kan...LOL
Kenapa binatang bersusu lain tak terpilih....?? Tak layak atau tak dapat undi SMS mencukupi kut. huhuhuhu.

Plagiarism in its essence; one man's sweat becomes another man's glory. Maksud mudahnya...orang lain yg keja teruk...orang tertentu pulak yg dapat nama.

Orang jenis ni mesti ada dalam kehidupan kita. Jika dikaitkan dengan kerja, biasanya melibatkan boss-boss, supervisor kita.

" Saya nak ucapkan tahniah kepada Salmah atas kejayaannya mengetuai projek membina jambatan emas ke Balakong" kata pengurus besar BINA MAJU Sdn Bhd.

Padehal semua dalam team tu tau yang Salmah tu la yg paling pemalas...pandai mengarah jer...gila kuasa dan hipokrit.

Masa tu Salmah tersengeh, tersenyum lebar atas pujian tu. Aiyooo...manalah tak sakit hati org bawahan dia kan? Ditambah pulak dengan statement...

"Haaaa...without my leadership skill...I don't think you guys can do it"

Mau tak meletup gunung berapi.

Kalau muka Salmah tu cantek takpe la kan. Tapi masalahnya tak cantek. Sapi yang tak cantek u ols. LOL. Cantik ke...tak cantek ke...ia adalah satu sikap yang tak elok. Menyakitkan hati orang ...no good. Bad...bad...bad...punya sapi. Obviously Sapi yang jenis ni deserve a spanking from me.

Itu kalo kes dipuji. Kalo la katakan...projek itu gagal. Mula la species SAPI ni ngelat dengan menyalahkan orang lain. TYPICAL sgt kan?

Tips nak handle Sapi ni...kenalah banyak2 bersabar. Jadilah supercow seperti gambar sebelah ni haaa.. Long term basis...dia yg rugi. When we work hard...walaupun nampak macam boss besar tak notice...tapi hasil kerja kita tu...adalah untuk diri kita sendiri. Hasil kerajinan kita itu, akan manfaat pada kita pada situasi yang berbeza nanti. Yang paling penting pada muka2 yang dah terkena ni...bila dah merasa jadi boss nanti...bukak la mata besar2. Hargai la orang yg bekerja keras tu. Be fair. Jangan la ko pulak sama jadi SAPI. Dulu bukan main lagi marah bila org buat kat dia...bila jadi BOSS lupa diri pulak.
SAPI jenis ni lagi la teruk pada pendapat Ray.

Ray dan L.E.M.B.U

Bercakap pasal lembu. Ray tak boleh makan lembu yang disembelih didepan mataku ini. Tak sembelih depan mata ok. Tak sampai hati nak makan kalo binatang tu disembelih depan mata.

Dan ray tak pernah sentuh lembu tu punya "anu " tu...walaupun i am a kampung boy...LOL

My favourite cartoon pasal lembu ialah cartoon "COW & CHICKEN". Bila ray tengok mesti gelak lentang-lentang atas lantai. Mengalahkan budak kecik. Anak buah ray sendiri pelik melihat paksu boy nya berkelakuan mcm tu. Ray juga suka makan "kacang mengelembu". Very addictive to it. Dah makan sikit and makan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Ray juga memiliki shower container berupa seekor lembu betina. Ya....seekor lembu...lembu...lembu [ echo ]. Lembu ni dalam posisi menonggeng. Telah memberi khidmat, mengeluarkan shower gel setahun lamanya. Boleh refill. LOL. One those pelik thing that ray ada kat rumah ni.

Huh? Apa? mcm mana ray tahu yg lembu ni betina. Tgk saja matanya. Warna? Pink and black spots. Nama lembu ni "MOO"

Dulu masa kecik-kecik, ray ada jam lembu...tah mana la agaknya jam lembu tu sekarang...LOL Dah aruah dah.

Lembu adalah binatang suci. Bukan saja dikalangan orang beragama hindu tapi ray juga menganggap lembu sebagai binatang yang suci. Jangan salah faham...maksud ray...lembu ni binatang yg baekk punya. Dia buat hal dia je. Cuma kat kampung ada la lembu yg notti sikit...melepas tahi sana sini n makan tanaman orang.

Apart from that lembu is allrite to me. LOL. Kalau tak suci masakan kita makan dagingnya dan hirup susunya...hahaha. Hirup? ingat sup ke apa....maksud ray... hisap...ehhh... sedut....ehhh....minum susunya. [method nak minum tak penting...yg penting susu BAGUS]
Minum susu buat anda kuat dan sehat.

Selamat Menyambut Tahun Lembu...u ols

PS: entry kali ini juga adalah tribute kepada karektor lembu yg diberi nama Sapi dalam filem "GENG" yg dibintangi oleh Upin & Ipin tu.

Friday, February 20, 2009

Crew Life 2 : Nightmare Onboard

Perhatian: Gambar dibawah adalah gambar hiasan dan takde kena mengena dengan ceritera ray dibawah.

Mimpi ngeri juga wujud di awan biru. Bila berada tinggi tak bermakna hanya yang indah-indah saja yang akan berlaku. Mimpi ngeri adalah satu kebiasaan.

Hidup sebagai peramugara/peramugari yang melayan penumpang sangat mudah bagi sesetengah pihak.

"Serve air oren jeh" katanya

Serve air oren dan gaji ribu-riban. Kalau macam tu semua nak jadi peramugari kan?

Mimpi ngeri datang dari dua sumber. Penumpang dan rakan sekerja.


Seorang ketua peramugari baru bergaduh dengan lakinya. Lakinya disyaki main kayu tiga. Semalaman tak tido menanggung sakit dihati. Mana nak dilepaskan rasa sakit itew?
Yaaaa..pada peramugari yang baru sebulan kerja.

Seorang penumpang yang dah dalam perjalanan lebih dari 48 jam. Sebelum menaiki kapal terbang, dia dah terkandas lebih 12 jam. Semua serba tak kena...bag hilang....sakit perut...pening kepala. Bila flight dah delay...meeting yang dijadualkan tertunda. Dia dah tensen tahap cipan.
satu kesilapan kecil yang dilakukan oleh flight attendant akan dianggap kesalahan besar. Segala kemarahan yg dialami sepanjang tempoh 48 jam akan dilepaskan. Bagaikan bom atom menunggu masa nak meletop.

Scene 1

Seorang peramugari cantek yang baru sebulan bekerja.

"Excuse me Sally...this is my third solo flight" kata peramugari cantek itew kepada ketuanya. Nama peramugari cantik itu ialah Nuraini.

"So??? It is my problem?" balas Sally sambil menjeling...ketua peramugari yg semalam tak tido mengenangkan masalah laki yg suspected cureng.

Dari saat itulah nightmare Nuraini akan bermula. Semua kerja akan jadi serba tak kena.

Scene 2

Dalam keadaan tertekan sbb asyik dimarahi oleh ketuanya...Nuraini ke kabin melayan penumpang. Seorang penumpang memanggil Nuraini.

"Why is it so difficult to get a glass of drink here?? I asked for it hours ago!!!"

"I'll get your drinks right away sir !!"

Dengan segera Nuraini ke galley memanggil minuman. Sampai saja di galley...Sally dah menjeling.

"Have you clean the toilet? Nak tunggu princess diana tolong gantikan toilet roll tuu.. is it?"

Terkial-kial Nuraini..ambil air coke dan terus ke toilet. Dalam perjalanan ke toilet...seorang lagi penumpang memanggilnya...

"I'm hungry and thirsty...amikan coke dan some peanuts"

Fine [ senyum palsu ] ! Nuraini pg amik apa yang dikehendakinya. Bila kacang dan air minuman dihantar, penumpang disebelahnya pula mintak benda yang sama. Dihati Nuraini ...apa lah salahnya beritahu sekali takpayah dia berulang2.

Ok kita stopkan dulu scene ni.

Dalam satu zone kelas ekonomi ada lebih kurang 112 orang penumpang. Satu zone dijaga oleh tiga orang cabin crew. Sally...ketua peramugari [ juga bertugas di kabin ]....Rizal...peramugara yg bertugas di Galley [ dapur kapal ] dan Nuraini bertugas di kabin.

Sally pulak dah kenal steward Rizal ni dah lama dah. Dah kamceng. So dua-dua ni duduk kat galley borak2. Nuraini sorang je la nak melayan 112 orang penumpang tu.

Scene bermula semula.

Scene 3

Selepas membersihkan toilet, mamastikan tisu mencukupi. Nuraini lagi sekali dipanggil oleh seorang penumpang. Penumpang ni dari tadi duk mintak benda yg sama...tomato juice. Kali ni dah masuk lapan kali mamat ni mintak n minum jus tomato tuh.
Terdetik dihati Nuraini...minum tomato juice byk2 pun muka tetap menggerutu tak pun cantek2. Rasa2 kalo telan 10 baldi air tomato pun belum tentu wajah tu boleh licin.

LOL.

balik ke galley...Nuraini disindir lagi.

"lembab!!"
"Pgi touch up muka tu..dah muka mcm orang ilang anak dah" perli Sally. Rizal hanya tersengeh kerana mengampu Sally.

Scene 4

Nuraini pun dengan mengelabah pergi mengambil beg tangannya utk touch up. Beg tangan Nuraini terletak diatas overhead compartment. Bila membuka compartment tu...

Dushhh..jatuh satu objek keatas kepala penumpang.

Kalau korang nak tahu...sape penumpang tu?
Ya....penumpang yang terkandas selama 12 jam yg macam2 musibah telah melanda dirinya.

"You stupiddddd FOOL! Can't you be more carefullllllll!!!!!!!" jerit penumpang itu.

Sally keluar memohon maaf dan menenangkan keadaan tapi tak berkesan malah sally pula dimaki penumpang itu.

Ishhh..lagi la sakit hati Sally pada Nuraini kan?

Di galley...Sally memberikan ceramahnya. Bukan saja berceramah..Sally mula bertanya soalan-soalan cepu emas berkaitan kerja. Bila Nuraini tak dapat...dijerit oleh Sally...."And you call yourself a cabin crew????"

Scene 5

Nuraini kemudian ke toilet menangis.

Situasi ini adalah benar ya. Ianya betul-betul berlaku cuma nama saja yang Ray ubah. Selagi kita bernama manusia...akan berlaku perkara sebegini sama ada di darat atau di udara. Bezanya di udara, you akan extra tension sbb you have nowhere else to go.

Begitulah nasib seorang peramugari yang baru. Ada masanya..takde masalah ...tapi kalau tak kena tempatnya inilah yang bakal dialaminya. Baru dan tidak berpengalaman bukan alasan untuk tidak bekerja dengan sempurna. Dari tekanan inilah yang mempercepatkan proses kemahiran anak-anak kapal dalam menangani stress. You have no choice but to adapt.

Thursday, February 19, 2009

Sayang You Can Dance, Talentime & Skrip 7707


Yesterday, Ray dapat panggilan dari Bjarne Wong the director of the upcoming feature filem "Sayang You Can Dance". Yey ! dapat jemputan tgk filem ni on behalf of Yoyooh.com

He also extends his invitation to para bloggers yg selalu buat review filem kat blog masing-masing. Ikha [ Lagi-lagi Filem ], Uncle Ajami.... you have my no so...contact me ya for more details about the preview.

Bjarne also told me that he is quite nerveous. Ini filem melayu arahan pertamanya. Sebelum ni, Bjarne mengarahkan filem seram bertajuk "Possessed" yg dibintangi oleh Amber Chia pada tahun 2006. Gila tak nerveous kan??? If I am at his place.... I will feel the same way.

So blogger filem tegar yang akan pergi tonton filem ni nanti...pls be gentle ya...hahahha. Komen la positive dan yg membina sikit. Hahahaha!

Tetiba, ray pulak yg berdebar....apa kes kan? macam la den yg berlakun filem ni kan? LOL
"Baby...aku x reti nok nari" arahan Amy Ahmad Nawab pun keluar sebagai saingan kpd filem ini. Ditayangkan dipawagam bergerak di padang-padang sekolah...kalau korang jumpa ya..LOL

Bukan Bjarne je yg berdebar-debar. Dafi pun sama. Ini filem pertama dia juga. Nak mencuba nasib dalam bidang lakunan....katanya. As a good friend...mesti support penyerrrrr! Dafinites yg baca blog ray ni...dafi pesan...jom serang pawagam ramai2.

Bulan Mac ini juga pelajar Uitm ada menganjurkan tayangan untuk dua buah filem iaitu "Talentime" arahan yasmin Ahmad dan filem seram "Skrip 7707" araham Prof Madya A. Razak Mohaideen. Yoyooh.com juga merupakan salah satu penaja kepada promosi filem pelajar UiTM ini.

Tarikh 10-11 mac 2009 - 8.30 malam. Tiket murah aje. RM10 dan korang boleh tonton kedua-dua buah filem diatas. Lagi2 zaman gawat kan? kena la jimat...hehhehe. Tempat : Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam

Mana nak dapat kan? 10 hengget dapat tgk 2 filem. Tempat lain ADO? As for me. I always support pelajar2 UiTM ni...al maklum ray dulu cita-cita nak buat filem...tapi tak kesampaian. Rezeki hanya setakat buat poster filem merepek...pastu tayang kat blog sendiri kan? pelakun2 muka tu jugak...ttakde muka orang lain....LOL

Adehhh. [ tarik napas ]

Sayang You can Dance...mmg ray dah lama menunggu tayangannya. Dah beberapa kali filem ini ditangguhkan tayangannya. Talentime plak...mmg Ray nak negok. I am a big FAN of Yasmin Ahmad yaaa.

Skrip 7707, ray idok le pernah dengar psal filem ni. Pepon...apalah salahnya nengok sekali kan? cerita seram genre filem yg ray suka la jugak. Dari info yg ray ada psal filem ni...pelakun utamanya Norman KRU [ huh ? - sejak bila pulok Norman ni berlakun ], pengantin baru...Que Haidar..., bekas peramugari MAS [ den konal ni...pernah fly sama2 dulu ] Fouziah Ghous dan Fasha Sandha. My friend Syamelia Amelia Contessa Siliconne...tak tersenarai dalam senarai pelakun yaaaa...LOL

Jom nengokkkk wayang !!

And Bonus lagu : Baby...Harus bersama. Ciptaan Ajai dan nyanyian Dafi. Salah satu soundtrack utk filem Sayang u Can Dance.

YouTube kredit to : Kematz


Monday, February 16, 2009

Rumah Si Kecil Dihatiku

Ray mulakan entry kali ini dengan berita gembira.

I was told by my sis that our kindergarten has just been awarded "Tadika Khidmat Cemerlang" by Jabatan Pendidikan Swasta Negeri Sembilan berdasarkan pemerhatian mereka. From over 200+ kindergarten in Negeri Sembilan, eight was selected.
Never see that coming !!

tepuk tepuk tepuk tepuk untuk diri sendiri.
LOL.

Six years ago...As I was dragging my trolley bag, baru balik dari flight....I received a phone call.
"Boy! Apa kata kita bukak business"

[ apa mimpi kakak aku ni tetiba nak bukak business pulak ni ]

"Im listening"

"Kita bukak TADIKA"

"TADIKA???"

I was expecting kedai runcit or kedai jahit. LOL Nolah..

Ray tak pandai nak meruncit and menjahit. Makin membuncit skrg ada lahhh..

Dalam akal ...ray dah berangan dah. Nak letak nama tadika apa. Uniform designnyer macam mana dan macam-macam angan yg tak sudah.

Ya...ray berangan throughout my journey from KLIA to USJ. That is about 30 minutes of angan-angan ride in MAS van.

Siapa sangka angan-angan itu menjadi kenyataan. To my friends, it's a bit weird for a guy to bukak tadika. Lebih-lebih lagi Ray...What do I know about children?

Children excites me. Ray suka perhatikan gelagat budak-budak. That's about it. But my sister thinks that I'm good at managing things. So kami menGABANkan tenaga...bersekutu bertambah MUTU.

Few years back, we were planning to go for a field trip. And TUGU NEGARA was in my mind. Weeks before the trip, Ray tunjukkan gambar TUGU NEGARA kat budak2 ni...supaya dorang tau pasal tempat yg dorang nak pergi ni. Kalau tak tau apa pun ...lawatan tak mengembangkan minda pulak nanti.

"Aaaaa...what picture is this?" I asked. Seriously...I was expecting the children to know this.

[ budak semua menganga tengok gambar ]

"TUKUU NERAKA!!!!!!" jerit sorang budak ni

'@#$$%^^^&& !! dalam hati

"Tempat ni...untuk apa? Siapa tau?"

"errr tempat askar BATI...owang jaat bunuh...kesian kan"

LOL

Semua budak2 dah bising....and gelak

"Put up your hand if you want to talk"

few chidren angkat tangan.

I selected one of them.

"Semalam kan kita tengok tv...kelakar cerita dia...dia mula2 jaat...pastu polis tu FIRE dia....mak kita kata kan tak lama lagi kita kan nak pindah umah contoh!"

"huh pulakkk??" huhuhuhu off topic laaaa.. budak niiiiii!! merapu pulak tu..hehehe

Punyalah sekejap dorang dah ilang minat pada apa yg kita cakap.

FYI, untuk ajar kanak-kanak, kena cepat ubah topik dan move on. Sitting and listening to an adult talking about one subject for 30 minutes, like in our primary school days....xboleh digunakan pada kanak-kanak yang tiada asas pembelajaran.

The first five minutes, you talk about it, the next two minutes...you sing...followed by 5 minutes playing thinking games...moving on with writing etc. Semua benda diatas kena mengikut satu tema. In this case, you mulakan dengan bercerita pasal tugu negara, you nyanyi lagu berkaitan tugu negara, bermain puzzle tugu negara, menulis "TUGU NEGARA" dan mewarna tugu negara.

There! you have it. They will learn how to listen, converse, sing, read, write, colouring in 30 minutes. Ramai yang tak tahu kan?

Zaman kita dulu....dalam setengah jam tu kita nyanyi...setengah jam lagi mengeja dan membaca sampai muak...setengah jam lagi menulis sampai juling....

Itu semua cara lama. Ramai parents tak tahu tentang hal ni.

At RSK, bukan saja nak kena educate the children tapi juga kena educate parents as well.

Dalam komen entry sebelum ni, ada yang tanya apa yang ray buat for a living.

Jawapannya...ray berkongsi membuka tadika bersama my sis. No...ray tak mengajar...syllabus related matters I leave it to my sis. Ray hanya buat management work, in house training promotion and quality control. Currently tgh dalam proses buat buku tadika sendiri. Upon request, I teached primary school students yg bermasalah.

Besides that, Ray bukak company related to IT and web designs. I live in Shah Alam and my kindergarten is in Seremban...LOL

Monday to Wednesday...ray ada kat Seremban dan hari yang lain ...ada kat Shah Alam. Resigned from MAS as a flight crew a year ago after 10 years of service. Still single...and available.

Ada juga yang tanya...kenapa ray resigned as a flight crew. Ray resigned sebab nak cuba benda baru dan lebih suka bekerja sendiri. It gives me more satisfaction. Haziq [gambar diatas] dahh melambai....so maknenya it's the end of my entry.

Sorry la if posting ni membosankan sikit...hahaha. Adults pun boleh bosan baca blog.... bukan budak2 je yg tau bosan kan? hahaha. Ray cuma nak share with pembaca blog ni about me and what I do.

Tak kenal maka tak cinta.

Kannnn?

Entry ni Ray tujukan pada pembaca blog ray yg berada di JB yang suka kucing dan kanak-kanak. hehehehe. You know who you are.

Thursday, February 12, 2009

Crew Life 1 : Upgraded Lifestyle

Masa mula-mula Ray kerja dulu, I only received a salary of RM850 per month. I always thought that, if i was to received RM2000 as a salary, akan selesalah hidup ini. Tiada masalah kewangan. Bolehlah beli apa ko nak.



Bila berpeluang utk jadi peramugara...Ray menarik nafas lega, thinking that ..."Yuhhuuuuu, tibalah masanya untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa".

From what I heard during that time, earning as a cabin crew will be between RM2,000 to RM4,000. Itu if you fly domestic. If you go abroad, you will earn more that RM4,000.




Berbekalkan muka yang tak berapa nak ensem ku gagahkan diri ke temuduga. Dapat...bagus!!...tak dapat ...it's ok!!...teruskan kehidupan. To some people, it's a dream job. To me, I just wanted to travel and earn more money.

Sebenarnya, duit takkan pernah cukup. Bila dah capai apa yang dihasratkan, tak pun pernah cukup duit tu...I wonder why.



Bila difikirkan, as I earned more money...the more I spend. Standard of living sort of upgraded by itself lahh.

Bak kata my crew friends yg perempuan, dulu kita pakai pencuci muka Zaitun je....minyak wangi follow me....sekarang pakai SKII...pakai minyak wangi GUCCI
Dulu kita pakai baju beli kat supermarket je...now you shop kat London, Paris & New York. Pakai make up besa-besa je dulu...cukup setakat bedak tepek kat muka...lipstick murah tenyeh kat bibir tapi sekarang range of product kat muka mengalahkan expenses nak cat satu rumah. Seluar dalam beli kat pasar longgok...akhirnya diupgrade ke Victoria Secret yang ko boleh beli kat Los Angeles jehh.



Hiasan... dulu beli je la kat SINMA...now NO it isn't ya...dari bag tangan ke rantai...kasut....gelang kaki....gelang tangan, subang, pakaian dalam...semua upgraded.

Well, lelaki pun sama...dari lelaki yang just basuh muka dengan sabun lux..sekarang kena scrub, toner dan krim pelembab. Mask la....gel...rambut...clay ...padehal dulu cukup setakat CODE10 jerrr. Tranformation to be "METROSEXUAL"

That is when, duit jadi tak pernah cukup. The more you earned, so to spend pun The MORE jugak ler...LOL.

Alahhh...jimat ler...jangan la upgrade lifestyle tu. Senang je bercakap. Tapi if you in the same situation, it's hard to resist the temptation.

Bukan semua crew terjebak. Ada jugak species yang terselamat dari jadi mangsa upgrade ni.

I have a friend yang, tak keluar masa night stop @ overseas. Instead of eating out...he just eat MAGGI in the room. Dia tak shopping sangat. Belakang dia orang mengata....

"Godddd !! eat Maggi jerr...apa kehlasss...!!"



"Aiyoooo gugur rambut ler makan maggi jer..."

"Ya lorrr..nanti nak rawat rambut bila gugur...kena damage kontrol...lagi banyak keluar duit"

"I bet she is still wearing one of those bra yang warna coklat tu...yang jual longgok kat GIANT tu"

"kannnn? look at her sense of fashion...so the KAMPUNG"

" I bet her mother chose the baju for her and her make make up...mak andam kampung mana dah dia belaja"

"Aiyooo very the BUROKKK...an insult to cabin crewnya image"

" huhhuhuhu...so saddd"

Haaa..itulah antara umpatan yang diterima for being different. For not willing to upgrade your lifestyle...


It's not cool and you will be left out.

Bila ray tanya balas pd species ni...antara jawapan dorang.

"Alahhh ray...pakai bra coklat murah pun...orang nampak ke masalahnya"

"Ada label CHRISTIAN DIOR ke kat lipstick tu...kalo aku pakai"


Tapi u ols...golongan yang tak terpedaya dengan sistem lifestyle upgrade ni lahhh yang akhirnya owned a business, 2-3 houses, a car....without berhutang ngn mana-mana bank pun....Siksa dihina, dicerca, diumpat...berbaloi selepas 10 tahun.

Masalahnya tahan ke hidup berjimat dengan dugaan segala yang ada..selama ITU?

You must be wondering which category of crew that I falls into...right? The upgraded crew or the jimat cermat crew.

My answer is....both. Ray honestly spend a lot the first six years. Towards the remaining 4 years, started SEDAR DIRI and percubaan untuk berjimat ada ler sikit2.


Foot Note :

There are 1001 untold stories about cabin crew life. Few friends suggested me to write a book about it, the whole experience thingy. Me...writing a book??

Upcoming posting : Crew Life 2 : Nightmare Onboard

Sunday, February 8, 2009

Ya Ampunnnss !!

Ketika blog Ray tersiar di Kosmo, ada insan yang terasa. Bukan saja terasa tapi juga "TERSENTAP RATU" atas apa yang berlaku.

Insan yang terasa tu, tak lain tak bukan...kawan baik Ray sendiri. Bukan saja beliau adalah kawan baik...malah beliau adalah "the star" of this blog.

Sila lihat gambar dibawah. Fokus kepada bintang utama poster tersebut.





Yaaaaaa ...wanita itulah yang telah SENTAP. LOL
jap...kasik fokus sikit...

Haaaa..baru terang



Semua sedia maklum, yang screen captured inilah yang telah dipublish di Kosmo. Dalam banyak-banyak posting...screen capture tu jgk yang diambil. Ia adalah gambar candid yang diambil dan telah diphotoshopkan oleh Megat dan dijadikan poster filem seram. LOL
Nak baca cerita disebalik poster ni >>>KLIK SINI

Pepon, YAB [Yang Amat Bersinar ] Amy...sebenarnya tak kisah kalau gambar itu hanya dipublish diblog ray..., tapi akhirnya gambar yang tak berapa nak elok [ not her favourite ] tu jugak yg dipilih. Bayangkan berapa ramai yang beli Kosmo dan tengok muka Amy tu! Rakan taulan, sedara mara, sepupu sepapan, seantario bekas pelajar sekolah Assunta PJ, Sofea jane...senior Amy ..kekkeke

Oleh yang demikian, Ray ingin memohon maaf kepada Amy. Buat niat dihati ya. Ya ampunssss banyak-banyak. Dah nature blog Ray ni mempersendakan kawan2 for humor...manalah la sangka kan Kosmo nak interview pulak kan? LOL

Ray : Hallllo Amy. Dengar cerita, you sentap...betul ke?

Amy : Mau tak sentap. I punyalah excited nak check it out artikel tu kat kosmo...tetiba muka I tertepek kat situ...maluuuuu....maluuuuu... I maluuuuuu

Ray : LOL . Aiyooo. I tak tahu pun gambar tu akan keluar. I faham perasaan you. Mesti satu tempat kerja tau. Sah2 opis u langgan Kosmo kan?

Amy : Tau ...takpe....[nangis air mata tak kelua]

Ray : takpe nanti I belanja you makan STIM BOAT...



Siapa Amy ni? Jom kita berkenalan.




Besides being a good friend, Amy juga ialah the elected Presiden The Official Dafi Fan Club. Dalam beribu-ribu peminat dafi tu, she is the CHOSEN one. Ada auranya yang tersendiri. Pada tahun lepas Amy telah dinobatkan secara rasmi. Kat DFC, level president ni dah kira tahap ROYYYAL ok. Baca posting pertabalannya. >>>KLIK SINI

Kiranya, sekira ada salah laku pada Amy ni... dah dikira kes DERHAKA. Ray taknak dilabel sebagai penderhaka pulok. Lawak je ni. Yang nak berkenalan dengan Amy yg real ...silalah ke blognya>>>KLIK SINI

Lagi-lagi sekarang kat Perak kecoh pasal bab-bab derhaka ni...kan??? baca kat yoyooh...ada artikel pasal isu ini. >>>KLIK SINI

Thursday, February 5, 2009

Cekik - Mencekik - Dicekik - Tercekik

Tengah menonton berita di tv. Tup tup cerita cikgu cekik anak murid pastu tolak sampai jatuh ke longkang. Mangsa, Almastidi Kandaung, 15, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion mendakwa, dia dibelasah dan ditolak ke dalam longkang oleh ketua warden asrama sekolah berkenaan.

Apa ke halnya?

Children - pls don't try this at home


Bila the last time korang pernah mencekik dan dicekik ? Bukan makan - mencekik tu yang ray maksudkan ya. Cekik yang Ray maksudkan ialah mengunakan kedua-dua belah tangan di leher orang lain mengakibatkan orang yang dicekik mengalami masalah bernafas. Masalah bernafas ...leading to kematian ya. Budak darjah dua pun tahu...mata pelajaran sains " living things and non-living things" yang dorang belajar tu. Living things can breathe. Cannot breathe means...??


So, mencekik orang boleh mengakibatkan living things turn to be non-living things. LOL. Living things can't produce their young ok. Harap maklum.


Dulu kat Kota tinggi ...tak salah ray bulan Julai 2007 pun ada kes yang sama. Bezanya...pada masa tu ...murid yang cekik cikgu. Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan menolak seorang guru sehingga hampir jatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya dikenakan tindakan dibuang sekolah.


Apa nak jadi lah ngn guru dan pelajar sekarang ni.

Pernah dengar expresi "Aku cekik ko kang!"?. Walaupun bersahaja berdasarkan kata-kata la...lama -lama jadi realiti.


Bila ditanya guru-guru...[ kawan ray yg bekerja sebagai guru ]. Ini jawabnya " Budak sekarang perangai teruk...tak hormat orang...bukan semua la...tapi kalau teruk...teruk sangat2". "Mungkin cikgu tu ada tekanan perasaan sebab terpaksa deal dengan disiplin mereka yang teruk tu".


Nak cerita seimbang, Ray tanya la anak buah Ray "Pernah tak rasa sakit hati ngn cikgu korang sampai rasa nak cekik cikgu tu?". Anak buah ray ketawa dan berkata " Dosa la paksu...cekik cikgu"

Opppssss....Sorry tersalah tanya. Anak buah Ray ni...pemenang anugerah sahsiah terpuji....masakan dia terfikir nak cekik cikgunya kan? Ray beli air coke pun ditegurnya. "Paksu ...kurangkan minum air coke..sebab banyak gula...lagi pun ianya barangan jenama dari Israel".


Secara jujurnya, Ray rasa ada kebenaran keluhan pelajar yang mengatakan guru agak menjengkelkan dan tidak tahu mcm mana nak tackle hati pelajar. Guru pulak kena terima hakikat yang pelajar sekarang bukan macam dulu lagi. Sebagai yang lebih dewasa dan terpelajar ...rasanya guru kena cari formula mcm mana nak handle pelajar-pelajar yang bermasalah. Takkan nak tuding jari pada pelajar 100%.


Kalau yang dewasa tu senang je nak rasa tertekan...inikan lagi orang-orang muda. Harga barang sekarang akibat kegawatan ekonomi...membuat harga barang cekik darah. Bila dah sesak, ambil jalan cekik orang bertujuan nak meragut & merompak...bagi orang lain sesak nafas aka tercekik


Ibubapa pun kena lah disiplinkan anak-anak. Awasi pergaulan mereka. Pengaruh kawan adalah major contributing points dalam masalah disiplin. Terikut-ikut.

Hurmmm...Apa kata korang?

PS :

Masa kecik Ray paling takut bila mimpi kena cekik hantu.

Sebagai ex cabin crew Ray dilatih untuk buat first aid - menangani masalah orang tercekik masa makan. Pasal cekik mencekik yang lain...Ray kurang arif.

Budak sekarang paling takut dicekik cikgu

Cikgu sekarang paling takut dicekik budak

Wednesday, February 4, 2009

raydrevil @ Kosmo

First of all, Ray nak ucapkan tima kasih banyak2 pada yg sudi masuk blog ini setelah membacanya di Kosmo. Honestly, I'm quite surprise dgn sambutan yg diterima. If you have a blog, drop a msg at my Shout box atau jadi followers blog ni, so that I can catch up with u guys. I would love to read blog korang. Follow memolow...hehehhe

Received a call from a friend today.

" I'm browsing through Kosmo today looking for my story" katanyerr

Me : " And ? "

He added " Cari story aku...tetiba muka ko yg keluar"

Me : LOL

The called I received is from a celebrity friend...yg mukanya selalu sgt keluar Kosmo. Seeing my face instead, buat kita gelak besar.

[ Flashback ]

Li Shian [ Kosmo ] : " Hi ray ! saya Li Shian from Kosmo"

Me : ???? " Hi Li Shian!"

Li Shian : " Kosmo ada satu ruang baru Tamu Bloggers and I kalau boleh nak interview you for this section"

Me : " huh? My blog?"

Li Shian : "Yes"

[ still blur ]

Me : " Errr...Li Shian...weird laaa...may I know why?"

Li Shian : " Segmen ni mmg untuk blog yg ada kelainan dan bukan blog diari yang biasa"

Me : " My blog tak femes laa..I can recommend a few yg best"

Li Shian : " We are not looking for blog yg dah femes...Ray"

Me : "pulakkk??"

As mentioned dalam artikel tu, Ray buat blog ni for fun and never my intention to be known...carik galmer or anything. It's ok for friends to read it tapiiii untuk orang lain baca agak okward sikit for me. Tapi after buat consultation sikit dengan kawan rapat...ramai yg kata "Go for it". Ada jugak yg add up...sekali je keluar dan org akan lupa pastu...it's not like u akan keluar every week.

Memandangkan Ray memang nak promote youth portal ray yoyooh.com why not la kan? Sambil buat psal blog ni boleh ceritakan psal yoyooh sekali.

So, I went for this interview at Kosmo's office. Jumpa Li Shian. Impressed jugak bcause she can speak malay fluently. The interview mengambil masa satu jam dan satu jam lagi berbual-bual berkongsi pengalaman. After that the photographer took few pictures. I was asked to sort of put my BIG head closer to the screen [ bukan senang ya ] so that he can capture my face with the the screen. Tak pernah ray buat ok. Photographer Kosmo ni mmg kreatif...tengok je la gambar Dafi yg diambil. Siap suruh baring dalam boot keta lagi..kan??




INFINITI

Humor dalam blog

Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my



ELEMEN humor adalah sebab mengapa blognya terkenal. Sehingga artikel ini ditulis, blog peribadi lelaki bernama Abdul Rahman Abdul Jalil, 35, (http://raydrevil.blogspot.com) itu telah dikunjungi seramai 81,742 orang pelawat dalam talian. Satu jumlah yang sangat mengagumkan biarpun usia blog itu belum pun mencecah setahun.




Saat bertentang mata dengan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ray, populariti blognya itu bersebab. Pengalaman hidup yang luas dan keterbukaan minda, Ray berjaya mengolah situasi-situasi dalam kehidupan harian sebagai bahan humor yang memberangsangkan jiwa.


"Saya sebenarnya tak ada latar belakang profesional sebagai penulis. Cuma, saya suka tulis dalam cara yang boleh berinteraksi dengan pembaca.


"Jadi, saya suka gunakan kejadian-kejadian dalam kehidupan harian sebagai subjek. Kehidupan itu sendiri ada sisi humornya. Itulah kreativiti yang ingin saya selitkan setiap kali blog dikemaskinikan," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara, baru-baru ini.


Ray yang pernah menjadi pramugara selama sedekad pada mulanya hanya menulis blog untuk keseronokan peribadi. Tidak sangka, ia akhirnya menjana begitu banyak komen dan perhatian ramai.



Biasa menggunakan imej-imej pegun yang diterjemahkan sebagai poster-poster filem, Ray mengakui kebanyakan subjek dalam tulisan blognya adalah kawan-kawannya sendiri.


"Rakan-rakan yang baca tahulah siapa mereka dalam tulisan-tulisan blog saya. Lagipun, saya tak ada agenda lain. Tak ada niat pun nak komersialkan blog peribadi ini. Cukuplah sekadar orang terhibur membacanya," jelasnya yang kini menceburi bidang teknologi maklumat dan pembinaan laman web.


Sama seperti kebanyakan blogger, Ray mengakui titik tolak kewujudan blognya berlaku atas dasar bosan. Namun, minat itu kian berkembang hanya selepas membantu seorang kenalan membina laman web.



Selain blog peribadi, Ray turut mewujudkan sebuah blog berkumpulan yang juga forum blog remaja (www.yoyooh.com) kira-kira enam bulan lalu.




"Portal Yoyooh ini saya jadikan sebagai tempat mengupas isu-isu remaja. Kita ada kolumnis atau artikel daripada mana-mana blogger yang sudi disumbangkan. Semuanya untuk bantu membentuk persepsi berbeza dalam minda remaja tentang sesuatu isu," terang Ray ringkas.


Blog menurutnya, banyak digunakan sebagai medium alternatif bagi sebilangan besar aktiviti berunsur hiburan. Strategi ini dikatakan mudah mendekati jiwa remaja yang sukakan perkara santai.


"Kebanyakan pembaca blog peribadi saya dan Yoyooh ialah remaja. Mungkin bagi mereka, apabila saya memperkatakan sesuatu seluruh dunia sedang mendengarnya.


"Jadi, saya harap Yoyooh secara tidak langsung boleh meluaskan pandangan mereka. Mana tahu, blogger-blogger remaja ini mungkin tulis benda-benda pelik tapi merekalah bakal penulis blog berunsur politik nanti," ujar Ray.


Selain menghimpunkan suara-suara kolumnis dan blogger lain, portal Yoyoh juga terbahagi kepada beberapa segmen kecil.


Tidak menghampakan selera orang muda, Yoyooh mempunyai ruangan mengenai sukan, isu semasa, hobi, seni budaya, percutian dan makanan.