Saturday, January 31, 2009

Aksi Kucing 3 : Perihal kentut & melatah

Gambar bawah ni..mengunakan Adobe Photoshop, satu gambar dijadikan tiga version yang berbeza.


Perihal kentut [ also known as fart ]

Haaa sila ambil maklum beberapa fakta tentang kentut. Jangan tahu nak kentut je tapi tak tau apa2 tentangnya. Jadilah insan berilmu.


Tuesday, January 27, 2009

Bibir mesra jiwa parah


Ray nak cakap pasal bibir hari ni. Cakap pasal bibir, Ray ada seorang kawan yang nature bibirnya memang ala-ala Anjelina Jolie. Normal people, the upper lips mcm nipis sikit compare to lower lips...but in my friend's case...atas lagi tebal dari bawah. Macam babynyer bibir.



gambar hiasan


Nooo...I am not kidding. It's true. No injection whatsoever. He is born with it. Alamak dah pecah satu klue...you now know that the person is a HE.

He is not good in accepting compliments. Bila Ray puji, dia akan maki kita balik. Since then, I created dongeng cerita rakyat yang dia duduk cucuk lemak ayam kat bibir dia. The funny thing is ...semua percaya ! LOL

My message is...the next time people compliments you...just say thank you....don't la say people propa and all ok.

Yesterday, Ray pegi GIANT beli barang2 keperluan rumah. Yes...I shopped at GIANT. Not because I boikot TESCO ke apa ke. Just simply because GIANT is nearer to my place.
Lepas beli barang, terus ke cashier. After awhile, then only I noticed and SHOCKED to see that she [the Cashier] has a swollen lower lips....It's HUGE. 2 inci tebalnya. Immediately ray alihkan pandangan ke muka my house mate. My house mate membeliakkan bijik matanya...I guess he knows jugak laaa.



bukan gambar sebenar


My first reaction was...guess what ??...nak gelak. Terflash dalam my brain muka Anjelina Jolie and kawan ray tu. Terlintas juga perkataan "terlebih suntik lemak ayam ke?" Before you keji me and tell me that's NOT the right way to react...let me explain something first.

The truth is I mmg nak gelak tapi my brain cells told me NOT to. Kesian kat dia. Bibirnya bengkak sebab jatuh ke lantai agaknya. Bila Ray fikirkan semula, contributing points yang buat Ray nak gelak ialah sebab teringat my friend si bibir tebal yang suntik lemak ayam, faktor terkejut sebab mmg bibir cashier tu tebal gila dan muka my friend yang membeliakkan biji matanya. Kalau ray fikirkan semula, it's not funny at all...malah rasa simpati.

Once upon a time, my friends came to my house for dinner. On their way to the car park, Lyn jatuh tangga....
When the others duk gelak tak henggat...Im the only one who is NOT laughing and help her up.
Luckily she did not jatuh tersembab muka ke atas lantai. Kalau tak harus la bibir dia bengkak jugak kan?

I think the reason why I'm not laughing is because ia berlaku kat my house. Somehow Ray rasa bertanggungjawab pulak. Mungkin sbb tu Ray tak ketawa bersama yang lain.

Orang yang sama pernah jatuh longkang kat A&W. That time I laughed. But orang yang jatuh pun gelak ya...so i guess it's ok to gelak.

Dah jadi kebiasaan, bila kawan kita jatuh...kita akan gelak dulu. Bukan jatuh saja, bila nampak pompuan punggung besar kita gelak....nampak lelaki tengkuk panjang kita gelak....nampak lelaki jalan terkangkang...kita gelak.....dengar Acik jual karipap bersuara sengau kita gelak.....

Ada my chinese friend ni...he has a flat face...and everyone gelakkan dia. Dorang kata dia jatuh dari bangunan tinggi...sebab tu muka dia flat. Dan orang yang sama....bila dia tak sedar...dia akan juihkan bibir bawahnya...dah jadi bahan gelak lagi....dorang kata tadah air hujan untuk musim kemarau.

Ray pernah mengadu kat kawan..."Aku rasa rambut aku gugur la sikit". Ada ke patut !!! jawapannya...."Ko buat kimo kut " hampeh nyer kawan.

Kita berjenaka...tapi kena juga berhati-hati....dan juga mestilah kena pada tempatnya dan pandang sekeliling jugak. Knows your friend well before u nak buat joke tu. Jangan sampai menjatuhkan air muka mereka.




Akhir sekali, pada yang balik dari bercuti tu...bila memandu berhati2 k...yang kat belakang jangan lupa pakai tali pinggang keledar. Yang menunggang motor, topi keledar jangan lupa k...kang ada plak lelaki cina tahan macam dalam eklan tu.


Friday, January 23, 2009

My working space

I have created a working space in my bedroom. It is just few steps [ setapak ] to my bed. What I have to do is just turn my chair around...std up and land on the bed. ZZZZ


Setiap manusia mesti ada working space korang masing-masingkan? bukan Myspace ya....tapi space nak buat kerja, yg boss korang suruh tu! Lebih kurang lapan jam sehari yang korang kena spend masa kat situ kan? so working space korang dah jadi sebahagian dari korang.

Kalo bersepah meja korang tu, maka ia mencerminkan betapa busynya korang. Atau mungkin betapa 'disorganised' nya korang. Meja yang kosong, teratur yang selalu kita tengok kat dalam drama tv tu, tak mungkin wujud dalam kehidupan sebenar.

As for me, kena selesa sbb kalau xselesa mood akan hilang.


Ada juga yang tepek gambar keluarga, anak-anak, boy pren, girl pren, artis pojaan hati dan ramai lagi. Kononnya , nak ingatkan diri sendiri pada orang tersayang semasa bekerja. So bila ingat korang kerja sungguh2.. Gituuuu!! Kalau berangan pulak tak ker mengganggu kerja tu nanti ? hehhehe

Ray bekerja di rumah saja. Hari tertentu saja ke opis. Selasa dan Rabu. At times, ray kena ke sana ke mari la jugak seperti pergi preview filem, event, press conference, concert, mencari bahan untuk ditulis for yoyooh.com tapi pengkalannya ialah still dirumah.



Best ke kerja kat rumah? Ada yang best dan ada yg tak best. Yang tak bestnya, u tak rasa macam nak pergi kerja. Rumah u tempat kerja u ...so apa bezanya kan? basically you have to think about your work all the time....24jam.

Ya la kan sebab kerja dah dibawa ke rumah. Tapi nasib baik jugak, I have outside assignment and certain days balik ke Seremban to manage my kindergarten. So it's kinda balance.

Kerja kat rumah kena ada disiplin yang kuat, kalau tak....kerja akan tah kemana. Almaklum...duduk kat umah kan?

Ok adalah dengan itu ray nak tag...adam, lyn, amy, Nad, lilo untuk tunjukkan mcm mana rupa working space korang kat blog korang. Teringin ray nak tau.




Ok ray tinggalkan dulu cerita pasal space kerja...dan nak habaq sikit psal blog ray ni.

This blog is kinda personal and I normally talk about what I do, making fun of my friends through photography, merepek, melalut, meroyan utk mereleasekan stress. Blog ni mmg sengal and nothing to be proud of...LOL

However, dlm melalut tu...my friends find it very entertaining and different. huhuhu. Bila dorang masuk kerja, dorang baca blog ni dan buat latihan tegangkan leher dan mulut untuk ketawa. Ada juga yang rasa nak berguling-guling. Suka hati kowang lahh.

Nak dijadikan cerita. Seorang wartawan, berminat sangat2 nak feature blog ni dalam surat khabarnya. Ini sudah mendatangkan kepelikan pada diriku ini...LOL

Mau tak pelik? Apanya yang ada kat sini sampai dia nak interview ray tu? Ray rasa okward sangat2. Setelah diyakinkan oleh kwan2...dorang kata...buat je la....ray pun on je la.

So nantikan la kemunculan blog sengal ni di dada akhbar ekkk...

Thursday, January 15, 2009

Hesteliah


Sebuah filem Sengalism yang dinanti-nantikan.


Berkisarkan kisah sekitar 21 jam 05 minit yang dimuatkan dalam sebuah filem yg hanya memakan masa selama 2 jam.

Jacyntah [ lakunan mantap Amy Cynthia Awot-Best Actress Sengal Film Festival Bangi 2006] memegang watak pensyarah kedukunan terkenal yang membawa pelajarnya ke sebuah taman untuk penyelidikan akar akar kayu untuk dijadikan tangkal. Tanpa disedari Rogayah [ Lyn Balenzyzky] terbawa sejenis akar kayu gatal puaka bersamanya. Kayu gatal puaka telah memberi kesan sampingan kepada semua ketika pulang ke kediaman masing-masing. Seorang demi seorang hilang dengan penuh misteri.

Yang menjadi lebih misteri ialah Jacyntah yang seolah-olah ada kena mengena dengan kehilangan mereka. Inspektor Syahab Labu [ Fendy Romondo ] menyiasat dan satu persatu rahsia kejahatan Jacyntah terbongkar.

"Seakan-akan kisah Mona Fendy" kata pengkritik blogger terkenal Ajami Jarum. "Amy membuatkan bulu tengkuk saya meremang dengan aksi jeritan dan amalan kedukunannya"

"Saya rasa nak muntah empat kali, terperanjat enam kali dan menutup mata dua kali" kata Ikhares blogger lagi-lagi filem.

Kerana filem ini agak sengal dari biasa, tayangan di Boleh land telah disekat. So, pg la ke Singapore to watch it kalau ado. LOL.

PS: Satu masa dulu filem Malaysia menghadapi kesukaran kerana unsur tahyulnya. Sekarang dah longgar sikit tapi masih lagi ada filem Malaysia yang masih disekat. Sungguh pelik bila ramai yg terpaksa menonton filem Malaysia diluar negara.


Poster credited to Aku Pelukis

[ poster dan jalan cerita adalah rekaan dan imiginasi penulis semata-mata. Takde kena mengena dengan yg idup atau yg buat medical check up - manalah tau ada sengal dan betul2 percaya filem diatas exsist LOL ]

Wednesday, January 14, 2009

Mee Bandung


Al kisah mee bandung.

Untuk beberapa tahun, Azim De La Renta telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya , Sutina Hermosa. Suatu hari, Sutina memberitahu Azim yang dirinya mengandung akibat perbuatan orang …Azim yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana …

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Azim menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti manakala Azim akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Azim pulang dari kerja, isterinya Azlinah menegur Azim dengan muka yang keliru …

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Azlinah.

“Oh, tak pe … ayang bacalah poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Azim

Azlinah pun membaca poskad itu kepada Azim dan Azim mukanya merah lalu
terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada
telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”


PS: Tiada mee bandung ditumpahkan dalam pembikinan cerita diatas.

Sunday, January 11, 2009

For Youth By Youth - Part 1

Ray berpeluang mengikuti "Youth'09 - Malaysia Largest Youth Lifestyle Festival".

For Youth By Youth.

I like the idea. Berapa kerap, ada festival yang dikendalikan oleh generasi muda untuk generasi muda kan?

Hosted by Kementerian Belia & Sukan, Malaysia. Organized by Youth Malaysia [NGO]

Ok, here's the thing...I always have this impresssion, anything that got to do with Government...will be boring....like those perhimpunan hari belia...contoh je ni ya...
Skema...and sort of uptight sikit. Rasmi sangat rasanya.
Perbarisan....pertunjukkan dan macam-macam lagi tapi tak mencerminkan keadaan sebenar generasi muda Malaysia.

Apa yang ada di Youth'09 mencerminkan sebaliknya. It's so different than what I've expected.

Apa Ray lihat ialah remaja begitu selesa sekali disini. They wear their thingy...act the way they usually do...and really have a good time. No ristriction. Just let loose and be themselves.
Seronok pulak melihat gelagat mereka dan cara mereka menonjolkan diri.


Ada yang kita tak tahu...jadi tahu. Parents kalau pergi, they will sort of have an idea mcm mana generasi muda Malaysia sekarang ni.

My point is..if parents pergi they can understand more la about their kids. Educate themselves and be a bit open minded about it. Tapi tu la kan...kalau bawak parents dah jadi family day pulak kan? lagi pun tak cool la kan bawak parents pergi...ahaks.

As for me, besides learning and entertain myself...I actually impressed with what they can do.

I have the chance to meet with the Project Director of Youth'09...Joel Neoh in person. Joel founded YouthMalaysia.com, an award winning NGO which promotes the empowerment of youths. He also emerged as the winner of Malaysia's first corporate reality TV show, The Firm.
A very nice down to earth guy and seriously I like the way he inspires youth to excel.

Youth'09 - also a place for youth to show off their talent.

Talent to me yang biasa2 ...ialah menyaksikan pencungkilan bakat yg biasanya kita lihat kat tv, radio.....dalam erti kata lain mainstream media. Tapi kat sini, you can see talent yg raw dan ada potensi. You will be suprised that there more talent out there than what you see on tv.

Ok ler...apa beza menda ni ngn Jom Heboh etc. Ray akan jawab dalam posting yg berikutnya...dengan gambar sekali.

Sorry ya...kedai gambar dah tutup... x sempat nak develope gambo...kikiki

Next posting k.

nak pengsan jap...ZZZZ

Ps: Friends ...ray akan upload sekali talent kawan2 menyanyi soon k.

Thursday, January 8, 2009

Perihal Pelupa




Ari ni, adik-adik sekelian, ray nak bercerita pasal kes pelupa.

Dalam sehari la kan...berapa kali korang lupa...?

Lupa tutup pintu la...lupa letak henpon kat mana la...lupa tutup air...tutup sterika....lupa tarikh birthday...lupa cuci tangan dan macam-macam jenis lupa yang sewaktu dengannya.

Apa kata korang rekodkan, berapa kali korang lupa dalam sehari. Rekodkan. Kalau nak rekodkan pun korang lupa....kak enon nasihatkan korang pegi jumpa Nek kebayan pakar penyakit lupa.




Setiap kali kita lupa ada la akibatnya. Lupa nak beli susu anak? akibatnya kena maki la dengan bini. Lupa tutup lampu...bayar la bil letrik lebih sikit bulan tu...lupa tutup sterika....merasa la dapat kunjungan bomba ke rumah...lupa tarikh birthday kekasih...kaki naik ke muka..LOL

Akibat yang maha hebat.

Lupa tutup lampu keta...alamat habis la battery keta tu dan xleh la tutup enjin lepas tu. Pastu nyusahkan orang nak kena bawak jumper malam2 buta semata2 nak idupkan enjin keta ko. Chuantuek la muka ko kan nak lupa pastu nyusahkan owang. LOL.

Ok lehh..mari la kita kaji kenape orang cepat lupa. Kalau tanya amy jawapnya senang jer...



"Berangannnnn la khoje ko...sebab tue lerr luperr bebenooo"

Dalam erti kata lain...duk pikir benda lain...tak beri tumpuan...lalai.

Ada juga lupa berpunca daripada tekanan. Stress sikit lupa...benda yg buat korang stress tu "take over'" brain capacity sampai tak cukup space dah.

Lupa sebab faktor umur. Aikk.. umo setua mana dihalalkan untuk lupa? 40? 50? 60?
Tua bagi ray ialah yang dah nyanyuk...nyangyuk...nyaguk....ehhh lupa plak camner nak eja...mak lampu ratu spelling bee hospital assunta please help !!!


Ok la adik manja semua...

Kalo lupa tu ada cara untuk xnak lupa. Contohnya tulis....rekod... bak kata kakak jual karipap kat belakang umah tu. Kalo x henngatt tu " refer je kat notasi tu" wahhh !!!



Kak Sri Linah pulak...katanya....kes pelupa berlaku bila keadaan terlalu selesa bila ada orang yg sentiasa ingat ada bersamanya. [ tak tau pulak ada gelaran kak Sri sekarang nihhhh!]

sejak orang gajinya yg tukang tutup lampu...tutup gas...tutup sterika...tutup itu ini....sekali bila org gajinya cuti pergi disko...terus dia lupa nak buat semua tu...

ya la kan dah terbiasa...org tolong tutupkan. Bak kata kawan omputih , take things for granted...giteww!

Pepon...otak nak kena exercise jugak....cakap pasal exercise...jangan la korang ingat pegi jogging tu...membantu mengentalkan kepala hotak korang tu...

exercise yang dimaksudkan kak enon ialah buat latihan teka silang kata...iQ test....game mengingat....soduku.....melukis dan laen2 lagi. Otak kiri dan kanan perlu seimbang. Azimah....ko tak yah nak cari penimbang nak timbang bagi seimbang otak ko itu....

buat jer apa yang eton suwoh tu...jangan nak memandaiii.


Kes lupa yang paling hanj sekali yang layak dikeji ialah lupa kawan. Kawan ....bila single ok ok jerrr...tetiap hari menebeng kat umah tu....tapi....bila dah berlaki aka berboypren...terus lupa kawan....satu sms pun tak berhantar....




Lupa paling jijik sekali ialah LUPA DIRI. Haaaaa...ini ubatnya takde ....mungkin ada kat tapak tangan Syarifah Aini....kekkekeke

Apa kes kak pah termasuk plak ni...hehhhee..jap fokus2

Maksudnya, LUPA DIRI ini sgtla bahaya. Cerita zaman dulu kan kat pelem2 lama....bila bini lupa diri je...PANGGGGGG!!! laki bagi sekali....nangis teresak2...gigit kuku...terus sedar diri semula. Now....not that easy k.
Lempang sekarang...silap2 laki kena terajang or kena karate or dikerat 14. Tahap lupa diri yang sangat menebal.

Moralnya...senang je...LUPA boleh dikawal kalau kita nak kawal. Lupa diri takleh nak tolong derr ...

Cuba tanya kak Syamelia...mungkin dia tau.

ps: Ray lupa nak tutup zip seluar masa menaip enrty ini.

Join ME @ Youth'09

Badge

This Friday, I will be attending this event. Event ni terbuka kepada semua dan percuma aje.
What u need to do...just click di atas...and register online...then print pass masuk utk dibawa ke sana.

Dafi will be there too to attend programme conducted by MURAI.COM
Details pasal event murai ni
CLICK HERE




YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival





Hi,

I'm going to YOUTH'09!

And I got you a free pass so
* You don't need to line up the long queue
* You can get an exclusive YOUTH'09 goodie bag
* You may be one of the 1000th visitors to get a free RM400 G-SHOCK watch

Just claim the YOUTH'09 pass I gave you [ click above top page ]


****************************

YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival

What is YOUTH'09?

It's Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival, based on the success of YOUTH'08, where 20,000 youths came together, participated in over 100 different activities, and sponsors pitched in RM300,000 worth of cash and prizes! The buzz created over RM1,000,000 of media value, and touched the lives of many.

The excitement makes a comeback... THIS WEEKEND... with

YOUTH'09 in January 9th ~ 11th 2009 at PWTC

Youth personalities, friends, online communities, students, celebrities, Facebook groups, entrepreneurs, hot chicks, cute guys, bloggers, dancers, singers, photographers, fashionistas, college kids, young adults... will be there for 3 days of celebration and activities across every youth interest you can imagine.

Together, we will make this the biggest youth lifestyle celebration Malaysia has ever seen! ;)

Now that you know why we totally have to be there!

Claim the free pass I gave you:
Badge


Hurry, before they run out!

And see you there!

Wednesday, January 7, 2009

Demam/uhuk2/Saturday Nite fever..


What's the big deal kan? just demam...nak kecoh2 pehal?
Some people say...LFA...looking for attention.

I said... "I couldn't care less"

Sebelum ni, ray demam...demam la jugak tapi takla seteruk ini. Masa keja crew MAS dulu...sakit agak selalu...perubahan cuaca la katakan. Lepas resign tak pernah pulak demam teruk mcm ni...Kalau ada temperature sikit...telan panadol...dah settle. Tapi kali ini ...tidak ya...panadol xjalan.

Selepas dua hari since Saturday nite meroyan pagi2 lepak kat KL, demam & sakit tekak yang tidak berkesudahan ...ubat biasa yang dimakan tidak berkesan, ray paksa la diri ini untuk ke klinik.

I live in Bukit Subang. 8km drive from Shah Alam. Risau nak drive jauh2 sbb kepala ting tong tahap gaban...niat di hati nak pi klinik kat Bukit Subang ni je la. Tup-tup...TUTUP. LOL

Ini operation hoursnya.... 10am - 12.45pm and 8.00pm-10pm. Jam ditangan pukul 1.30pm.
Dah 2 tahun duduk kat sini pun ray tak pernah amik tahu pukul berapa klinik kat situ bukak.

Ku gagahi memandu diluar kawasan liputan. 2 km away from Bukit Subang. Sebuah klinik bersebelahan restoren western "Big Plate". Hampeh...!!! Bila nak register...ray diberitahu doktor balik rumah sekejap. Sesuka hati jer doktor ni balik umah!! LOL

Ray tanya la.."ermmm bila doktor masuk semula?"...Nurse [nurse kew?] tu kata "Tak tau la encik...pukul 3 kut"

Pulakkk!!! main kut -kut pulak.

Ray terus ke Kg Melayu Subang. Klinik yg selalu ray pergi. Klinik panel MAS masa ray kerja crew. Mulanya nak elakkan pergi jauh2 tapi kesana jua akhirnya..huhuhuhu.

Yang kelakarnya doktor siap bagi 2 hari mc...[ tak mintak pown ]. Nak submit mc kat sape ek??

Balik tu... telan la ubat. Ubat iteww membuatkan diri ini terkulai kat katil selama 2 hari. [ Baru paham kenapa mc 2 hari diberikan] Nak pengsankan aku rupanya. Ray sedar2 je...cerita DO RE MI tayang kat ASTRO...masa tu dorang nyanyi lagu "UBAT".

And I lost 4 kg sbb demam.

Good thing is...im getting better. Hari ni dah boleh melompat dah. LOL

Esok aku nak melompat lebih tinggi.

Disebabkan demam, ray telah menyusahkan my sis utk handle kindergarten sorang2. pity her. How can I make it up to her?

This weekend I will be at PWTC for Youth'09. The biggest youth gathering !! More info layari www.yoyooh.com

Friday, January 2, 2009

Bermulanya 2009....

Masuk saja tahun baru, I will be busy with lots of things. I don't usually celebrates new year. Only recently...i mean few years back, I started to celebrate. Knowing that I'll be working my a*s off
..heyyy why not enjoy myself before all that. kan?





My idea of a celebration is having a good time with people that matters in your life. Bare in mind, my family x pernah celebrate new year langsung. Normally, all of us just mengadap tv and buat count down infront of the TV. 10 minutes later, my dad force me to go to sleep. Ahaha!


Since, my family x pernah celebrate new year except for hari raya...new year akan diluangkan bersama kawan-kawan.





Kawan yang ramai kalau nak dikumpulkan bukannya senang. Masing-masing akan ada agenda masing-masing.

Mula-mula, kawan-kawan sekolah rendah....pastu tah mana ilang. Ada la lima orang yang kita kenali yang bersama ray di sekolah menengah.

Bila dah ramai-ramai berkawan di sekolah menengah, bila dah masuk U...ilang lagi....tinggal la dua tiga kerat.

Pastu kerja, lagi orang baru kita kenal....bila kita ingatkan balik semua rakan terdahulu...semua lost contact dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.

About being busy....Busy doing what you may asked?

Busy dgn intake baru kanak-kanak@ RSK. Pengubahsuaian web DFC. and....other things yang TOP secret yg ray xleh bgtau in a blog.



Pengubahsuaian web dfc ni akan dibuat perlahan-lahan. Step 1 ubah layout nya sikit2 dulu. Kalau tak mencukupi , barulah akan diconsider untuk tukar template. Tukar template ni leceh sikit and kalo boleh nak elakkan dari ditukar.


Yoyooh.com dalam tempoh tiga bulan akan datang akan sibuk dengan bloggers awardnya dan promosi. Award yang kami buat bukan award biasa yang boleh dipass seseuka hati sesama bloggers. Ia akan melalui proses pemerhatian oleh panel yg dipilih. Seramai 200 orang ahli akan membuat pemantauan seterusnya calon akan di short listed. Selepas short listed, pengunjung Yoyooh akan membuat undian.

Selama 6 bulan yoyooh online, alhamdulillah lebih daripada 60,000 pelawat sebulan mengunjungi yoyooh.com

Dafi akan sibuk dengan tour mempromosi albumnya. Masa yang terluang, insyaallah ray akan membantu atau mengikuti tour tersebut.

Thursday, January 1, 2009

remake Ibu Mertuaku



Lihat poster Ibu Mertua diatas. Nantikan remake filem tersebut dalam bentuk digital dan super imposed lakunan biduanita Shah Lampu Amy Dara , seniman P. Azim, Azlinah Tejo, Adam Mahmud dan lain-lain.

Berdasarkan skrip dibawah yang ray terima melalui email. Macam2 cara nak promo insurans sekarang kan?

"Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat?" jerkah Nyonya Mansor.

Sabariah teresak-esak.

"Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?" jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.

"Ejen takaful" jawab Sabariah di dalam sendunya.

"Apa???? Ejen takaful ??!!!!" terperanjat besar Nyonya Mansor.

"Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!" jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.

"Tapi mak " Sabariah merintih.

"Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat" Nyonya Mansor memberi kata dua.

Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak dihempas oleh ibunya.

Fahamlah Nyonya Mansor akan jawapan yang diberikan oleh Sabariah.

Lantas Nyonya Mansor memanggil pemandunya, "lekas kau bawa Kassim Selamat kepada aku sekarang juga".



Tiba sahaja di rumah Sabariah, Tok Kadi telah sedia menunggu kehadirannya.

"Mana satu Kassim Selamat?", tanya Nyonya Mansor dengan mata yang bulat, hampir terangkat kaca matanya.

"Saya Kassim Selamat", jawab Kassim Selamat.

"Oh, kamu rupanya Kassim Selamat", ternyata Nyonya Mansor mengenali Kassim Selamat yang pernah mendatanginya untuk mempromosi takaful melalui anaknya, Sabariah. Namun tidak sangka lansung yang mereka berdua mempunyai hubungan.

"Bagus. Tok Kadi, nikahkan mereka", arah Nyonya Mansor.

Maka Tok Kadi pun menjalankan tugasnya. Dengan sekali lafaz, kini Kassim Selamat dan Sabariah sah menjadi suami isteri, dengan disaksikan oleh sanak saudara Nyonya Mansor.

"Nah, ambil pakaian kau dan ini wang di dalam ini beg. Mulai hari ini, engkau bukan lagi keturunan aku!," kata Nyonya Mansor sambil mencampakkan sebiji beg pakaian dengan sepucuk sampul surat berisi wang RM 10,000.00.



"Aku akan buktikan suatu hari nanti", getus hati Kassim Selamat, mengenangkan penghinaan ibu Sabariah terhadapnya.

Dia kini adalah sah sebagai suami kepada Sabariah, gadis yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Semenjak kali pertama Kassim bertemu dengan Sabariah ketika di kampus dahulu, dia sudah terpikat dengan perwatakan Sabariah. Sabariah juga merupakan antara pelanggan pertamanya yang mengambil polisi takaful dengan Kassim ketika dia mula-mula menjadi ejen takaful.

"Tiket bang" sapa pemeriksa tiket keretapi mematikan lamunannya.

Lantas Kassim menunjukkan 2 keping tiket yang dibelinya tadi.

Sabariah masih terlena di bahunya. Gadis yang dulunya hidup di dalam kemewahan, kini dibuang oleh ibunya sendiri.

Kassim Selamat tahu, tindakannya menyimpang arus setelah tamat belajar bidang undang-undang dahulu sememangnya penuh onak dan cabaran. Tambahan pula, memilih untuk menjadi ejen takaful yang dikatakan tidak sesuai lansung untuk graduan undang-undang sepertinya.

"Apa kau gila Kassim??!!!! Sia-sia engkau belajar empat tahun, campur dua tahun di pusat matrikulasi, semua sekali enam tahun. Buang masa engkau sahaja", masih ingat lagi kata-kata Nasir, sahabat baik Kassim ketika di universiti dahulu apabila Kassim mengutarakan perancangannya pada hari terakhir peperiksaan.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Kassim. Sabariah juga pada awalnya menegah kemahuannya.

"Abang, Sabariah rasa abang sesuai untuk menjadi peguam. Abang petah berkata-kata", pujuk Sabariah ketika mula-mula Kassim Selamat membayangkan yang dia tidak akan meneruskan bidang guaman untuk kerjayanya. Namun, semua itu Kasim anggap sebagai cabaran.

Sabariah betul-betul kecewa dengan hasrat kekasihnya untuk meninggalkan bidang guaman yang sama-sama mereka pelajari. Sabariah yang setahun lebih muda daripadanya telah puas memujuk dan merayu Kassim Selamat supaya melupakan cita-citanya untuk menjadi usahawan takaful. Namun sia-sia.

Bulan pertama menjadi ejen takaful dahulu, Sabariah merupakan orang pertama yang mengisi borang takaful menjadi pelanggan Kassim Selamat. Orang kedua adalah Nyonya Mansor, ibu Sabariah. Namun, ibu Sabariah tidak peduli sangat tentang takaful ketika diberitahu oleh Sabariah tentang kepentingan takaful. Ketika itu, yang menguruskan segalanya adalah Sabariah. Nyonya Mansor hanya mengeluarkan wang untuk penyertaan takaful tersebut. Hanya sekali Nyonya Mansor berjumpa dengan Kassim Selamat, itupun hanya untuk menandatangani borang takaful yang disertainya. Selebihnya diserahkan kepada Sabariah. Yang tidak diketahui Nyonya Mansor, polisi tersebut bernilai lebih RM500,000.000 dengan premium bulanan kira-kira RM 1,000.00. Caruman tersebut agak tinggi kerana usia Nyonya Mansor yang sudah berumur. Semuanya dilakukan demi untuk memberi sokongan kepada Kassim Selamat. Untung Kassim Selamat mendapat pelanggan yang sebegitu.

Kini, dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar, Kassim Selamat nekad membawa dirnya dan isteri ke tempat orang. Keretapi terus membelah malam dan Kassim terlena bersama deru enjin keretapi..



Lima tahun berlalu..

"Abang, minum air ni", lunak suara Sabariah mematikan tumpuannya terhadap berita yang dibacanya di dada akhbar.

"Terima kasih," jawab Kassim, mesra, sambil membetul tempat duduknya.

"Apa berita hari ni bang?" tanya Sabariah.

"Biasalah, tiada apa yang menarik" jawab Kassim.

Tiba-tiba Kassim kaget. Gambar seorang wanita tua yang betul-betul dikanalinya. Lebih-lebih lagi kaca mata wanita tua itu yang masih tidak berubah semenjak lima tahun dahulu kali terakhir dia melihatnya.

"Sabariah, cuba lihat ni", kata Kassim sambil menunjukkan berita bertajuk Wanita Hidap Penyakit Misteri Perlukan Bantuan Kewangan.

"Emak…!", terperanjat besar Sabariah.



Kini mereka kembali. Kembali dengan sebuah kereta mewah, keluaran terbaru.

Sesampai sahaja di dalam rumah, Nyonya Mansor dilihat terbaring lesu di ruang tamu. Berbeza dengan lima tahun dahulu, ruang tamu yang dulunya penuh dengan perabot, kini kosong. Hampir kosong.

Lantas Sabariah meluru ke arah ibunya sambil menangis teresak-esak.

"Kassim", terpacul suara dari mulut Nyonya Mansor.

"Ampunkan mak Kassim, mak dah tua", rintih Nyonya Mansor.

Melalui pembantu rumah yang dikenalinya semenjak kecil, Sabariah mendapat tahu Nyonya Mansor telah lima bulan menghidap penyakit misteri. Ketika mula-mula menghidapinya dahulu, Dr Ismadi, sepupu Sabariah yang pernah menaruh hati kepada Sabariah meminta sejumlah wang yang besar untuk memulihkannya. Namun, selepas habis digadai kereta, harta benda dan tanah milik Nyonya Mansor, Dr Ismadi hilang tanpa berita. Mujurlah rumah tempat Nyonya Mansor berteduh tidak sempat diusik. Barang-barang perabot di rumah itu habis dijual untuk menampung pembiayaan sehari-harian. Dengar khabarnya, Dr Ismadi sebenarnya tidak puas hati tindakan Nyonya Mansor menikahkan Sabariah dengan Kassim Selamat.



"Abang, macam mana tuntutan polisi takaful mak tu?", tanya Sabariah apabila Kassim Selamat pulang daripada pejabat takaful.

"Alhamdulillah, selesai", jawab Kasssim Selamat tersenyum.

Mujurlah polisi takaful yang pernah diambil oleh Nyonya Mansor dahulu masih berkuat kuasa. Walaupun duit di dalam akaun bank Nyonya Mansor sudah tidak cukup untuk menampung pembayaran polisi berkenaan, namun nilai tunai polisi berkenaan yang tinggi dibayar secara automatik kepada syarikat takaful. Dengan polisi tersebut, Kassim Selamat menjalankan tugasnya sebagai ejen takaful merangkap menantu kepada Nyonya Mansor, membuat tuntutan terhadap perlindungan penyakit kritikal yang terkandung di dalam polisi takaful tersebut. Setelah permohonannya diproses, syarikat takaful mengesahkan bahawa penyakit yang dialami Nyonya Mansor merupakan salah satu daripada 40 penyakit yang dilindungi oleh takaful. Maka, tuntutan sebanyak RM 100,000.00 telah diluluskan oleh syarikat takaful. Dengan wang RM 100,000.00 tersebut, Sabariah membawa ibunya untuk menjalankan rawatan di luar negara.



Kini hidup mereka sekeluarga bertambah bahagia.

Ny0nya Mansor menerima kembali Sabariah dan suaminya.

Catatan Tambahan (MESTI BACA!):

1. Polisi yang diambil oleh Nyonya Mansor yang berjumlah RM 1,000.00 dengan jumlah perlindungan RM 500,000.00 adalah disebabkan usia Nyonya Mansor yang sudah tua, kira-kira 45 tahun. Jika jumlah perlindungan yang sama dicadangkan untuk peserta takaful yang berusia sekitar 20-an, caruman bulanan yang dikenakan hanyalah RM 150.00 hingga RM250.00. Bergantung kepada plan.

2. Kassim Selamat seorang yang rajin bekerja. Selama beberapa tahun sahaja dia mampu memakai kereta mewah dengan pendapatannya sebagai ejen takaful. Dengan mendapat peserta sebanyak 10 orang sebulan dengan purata caruman RM 100.00, Kassim Selamat berjaya mendapat pendapatan lebih daripada RM 10,000.00 sebulan setelah menceburi bidang ini secara aktif selama lima tahun.

3. Walaupun duit di dalam akaun bank Nyonya Mansor sudah tidak cukup untuk menampung pembayaran polisi berkenaan, namun nilai tunai polisi berkenaan yang tinggi dibayar secara automatik kepada syarikat takaful. Nilai tunai polisi tersebut terkumpul setelah beberapa tahun Nyonya Mansor mencarum di dalam polisi berkenaan. Setelah kira-kira lima tahun Nyonya Mansor menyertai plan takaful tersebut, nilai tunai polisi Nyonya Mansor adalah kira-kira RM 50,000.00, dan ia cukup untuk menampung kira-kira dua tahun pembayaran polisi berkenaan sekalipun Nyonya Mansor sudah tidak membayarnya lagi!

4. Kalau mengikut versi asal Ibu Mertuaku, di pertengahan cerita, Kassim Selamt menjadi buta akibat terlalu banyk menangis. Sebenarnya, jika dia mengambil polisi takaful, dia boleh menuntut pampasan akibat buta tersebut. Manakala di akhir cerita Kassim Selamat menjadi buta selepas dia mencucuh matanya dengan garfu. Jika ini berlaku, Kassim tidak boleh menuntut haknya untuk pampasan takaful kerana mencederakan diri sendiri adalah salah satu pengecualian pempasan.

5. Sekarang Kassim Selamat menjadi pengurus ejensi. Dia berpesan, sekiranya ada mana-mana pembaca yang ingin menyertai plan takaful tersebut, bolehlah menghubungi salah seorang kawannya di afyan.ikhlas@gmail.com.