Monday, December 14, 2009

Perihal Profile Palsu, Penyamar aka POSER

Rambut palsu, gigi palsu, duit palsu....dan sekarang ni....profile palsu....penyamar hebat yang bermaharajalela di alam cyber.



Dalam dunia cyber ni, banyak beno penipu. Toittt letak gambar tah sesapa tah...pastu letak la nama sesedap rasa and pretend to be "that" person.

Menyelam pemikiran insan yg gemar menyamar atau mengunakan identiti palsu adalah sangat sukar. Sukar apa? Sukar nak faham.




Apa la yg difikirkan through that one particular person head, pretending to be someone else and enjoying doing it? Some say, by creating an identity...you will be creating someone better than yourself. Makna nye hapa? Tidak yakin pada identiti diri sendiri. Lack of self confidence. Or simply desperate for attention. Or SICK ?

Nama Jaafar bin Sameon . Ada profile sendiri. Pastu create another profile letak muka makwe yg ko rasa cantek atau yg ko rasa mukanya akan menarik perhatian orang lain. Then, give her a perfect name. Jaafar ni sangat rapat la kononnya dengan makwe yg diciptanya sendiri. Nak disedapkan cerita, makwe ni kononnya belajar jurusan engineering in US. Bapaknya kerabat diraja. Mak mat saleh la alkononnya. MIXED.Wah! hebat. Bertuah Jaafar dapat makwe lawa. Tapi ianya hanya khayalan dan imaginasi liar Jaafar sahaja. Boleh jadi penulis skrip Jaafar ni..LOL

Penyakit apa yang ada pada Jaafar ni? Terlebih sum sum tulang....sendi-sendi retak atau penyakit geli otak?





Ada jugak penyakit yg letak identiti artis popular. Alahhh..bukannya susah..gambar berlambak kat internet...just google or cedok dari profile asal artis tu. Seronok bebeno nak berlakun jadi artis popular tu. Kat FB/MS etc... berlambak artis palsu nieh. Golongan ini digelar dalam bahasa inggeris as "POSERS". Cara nak sahkan identiti artis anda tu...senang saja....hanya perlu verify dengan website kelab peminat rasmi atau syarikat rakaman artis tersebut.

Ray pernah ditegur oleh seorang artis popular di MySpace. Yang kelakarnya tegurannya berbunyi begini. "Elloooo..dah mamam [makan] ?". Friendlynya artis tu menegur ray tak pasal2. Tanya ray dah mamam plak tu...LOL

Yang paling best, mereka2 ni sgt la YAKIN. Macam la semua orang yg hado tu percaya akan penipuannya itu. In their mind...no harm done whattt...alah who can find out! Kalau find out pun..what can they do kan?

Pretending to be someone else is one thing. Kategori syok sendiri. Lying to people is another thing. Ada kes yg dah naik syok sampai perasan bila digoda secara online. Mangsanya ialah golongan yg naive, yg lurus bendul. Ada kes penipuan yang tak begitu obvious. Tanda2 kecil profile palsu, profile picture tak berubah2..tu je la yg HADO. Friends list pencipta profile palsu tu....lebih kurang sama je dengan friends list identiti palsu tu.

Bila kita mengenali personaliti paslu ini......pada mulanya kita tak la perasan sangat. Then after converse among each other....masa tu la mula terbau penipuan. Disebabkan dah namanya menipu...mana nak ingat apa yg telah dikelentongkan. Dekat A ko kata ko ada 4 adek beradek, kat B ko kata ada lima. Bila dah lama sikit...ko lupa penipuan ko sendiri. Dah kantoi.

Kononnya belajar kat overseas. Sedangkan ko tak pernah pun pergi sana. Dibuatnya secara kebetulan orang yg nak ditipu tu pernah belajar kat sana? Macam mana? Soalan perangkap are...bertanyakan tempat2, cuaca, waktu...minta gambar terbaru dan juga membuat pertanyaan berulang bagi melihat konsisten ke tak jawapannya.






Ada juga yang sangat pro bila buat profile palsu ni sehingga tidak boleh dikesan. Ada juga yg daring ... bagi fon no dan memberanikan diri bercakap.

Apa pun anda kenalah bijak menilai. Jangan la mudah percaya dan terlalu yakin dengan kata2 manis di alam cyber. Di US ramai remaja menjadi mangsa jenayah cyber yg akhirnya terperangkap dengan penipu2 ni. Ada yg kena rogol dan dijadikan hamba seks.

Pada yg buat profil palsu atas sebab suka-suka...fikirkanlah apakah kesudahannya? Apa faedahnya? Dan jangan fikir takde yg terbau penipuan itu. Tak bersuara atau menegur tak bermakna tidak syak. Janganlah terus memperbodohkan diri.


Do something healthy for a change !


PS: kakak kedai dobi bawah apartment ray dah resigned. Kakak jual kueh plak dah lama x nampak. Amboiii lamanya cuti raya!

.....

7 mulut cakap2 belakang:

i'm shin... i'm inesen said...

i'm shin.. i'm inesen.. x suka penipu penipu ni... apa dapat kan... x bahagia, hidup stress.. kepala hotak berserabut sebab byk nak pikir idea menipu.. kekadang basi.. mesti diaorg ni ada masalah mental!

NUke_Rude said...

bro, aku stuju ngan ko bro.
tak perlu la sampai ada 2 3 4 account n mnyamar jd org lain..

b urself :)

zanetti_be said...

biase la tue bro dalam dunia virtual skang nie.kite tak nampak muka betul so macam2 benda leh jadi.stakat tipu saje2 takpe tapi yang parah yang tipu sampai hilang duit dan kadang2 maruah yang itu yang naya tue.

edzlin007 said...

kakak dobi dengan kakak kuih sibuk dgn kenduri kut, maklumlah musim skrg.

posers ni hobi agaknya menyamar2.

Dari Penaku...waty... said...

memang! patut dipancung je kepala orang yang menyamar2 nie...wah!..gitu yer statement...

nak wat camner ray...dalam dunia nie kalau semua sama jew...kang bosan pulak...dapat pulak mcm2 perangai...pening pulak...so camno?

tapi memang tak patutlah memalsukan profile nie...kira cam tak jojor...leh makan hati berulam jantung...LOL...

The Spiral Eyes said...

rasanya lebih seronok menjadi diri sendiri

Anonymous said...

bile ray post psl ni, tringat plak kat cascinov yang kat cb dafi dulu tu.