Monday, December 28, 2009

Nyampah kat peminat , artis dapat tempias ?

Dapat komen di bahagian "shout box". Bunyinya begini.

"To be honest, actually org bukannya menyampah dgn dafi..tp kdg2 'meluat' tgk fans dia yg 'over' dose, terkinja2,terjerit2 ble ada dafi dlm mna2 program. That's why la..org lain yg buat peel, org yg xbersalh yg kna tempias..sori to say.."

Those are the exact words.





1- It's an honest opinion. It's true that some people got irritated with other people punya behavior. Terkinja-kinja, terjerit2! Tidak tahan dan faham kenapa perlunya semua benda itu hanya kerana meminati seseorang artis itu.

2- Reaction peminat adalah diluar kawalan sesiapa pun. Ia adalah reaksi semulajadi sesetengah orang. Tak kiralah siapa pun artis tersebut, bukan Dafi sahaja. I have seen it happen during konserts with other singers as well. Ada peminat ADAM AF2 yang terjerit 2 -sangatlah nyaring sehingga menyakitkan gegendang telinga semua orang. If I am at BEYONCE concert, I will definitely scream out loud once in a while, clapping my hands with her performance. A reaction yg normal during concert. Don't expect me, to sit and watch concert seperti menonton wayang pulak kan?




3- Harus diakui, minat seseorang pada artis bukan kerana bakat sahaja. Ia juga bergantung kepada pesona artis tersebut. Pesona yg ray maksudkan termasuklah paras rupa, personaliti, daya tarikan seseorang artis utk menarik perhatian peminatnya. Ia bukanlah sesuatu yg dibuat-buat. Mempersoalkan rupa paras, pesona seseorang artis dalam menarik hati peminat adalah persoalan yang kurang bijak. Rupa paras adalah anugerah tuhan yang tidak perlu dipersoalkan.


4- Tingkah laku peminat yg diluar kawalan sukar difahami. Semenjak 3 tahun bersama Dafi, membantu kelab peminatnya, Ray akui ada perangai peminat yg sampai sekarang sukar difahami. Namun, ia bukan satu alasan kukuh utk kita menyampah pada artis tersebut. Ia juga satu alasan yg kurang cerdik.




Sebagai contoh, satu masa dulu, ketika TOMOK bersama kumpulan Newboys. Ada peminat yang terjerit-jerit sampai pengsan bila melihat TOMOK. Terdetik di hati "Laaa..sampai pengsan!!" . Masa tu ray tak tahu pun siapa TOMOK tu. Terdetik pertanyaan dihati....."Sedap sangat ke suara TOMOK tu?" "Hensem sangat ke..sampai pengsan-pengsan peminatnya?" Beberapa hari selepas tu barulah ray terlihat muka TOMOK di kaca tv. "Ohhhh...ni ke TOMOK?". Ketawa kecil ray dibuatnya. Namun ia tidak seharusnya memberi tempias kepada TOMOK dan menyampah kat TOMOK atas reaksi peminatnya.

2x5 lah kita sekiranya kita menyampah kat peminatnya yg fanatik sampai pengsan dan pada masa yg sama membenci artis tersebut kerana reaksi peminatnya. Apa bezanya mempersoalkan reaksi golongan tertentu dengan kita sendiri memberikan tempias kepada artis yg tidak bersalah pada masa yg sama?


5- Kita juga harus melihat lingkungan umur peminat seseorang artis itu juga. Seperti Dafi, peminatnya terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini, majoritinya fanatik. Dah nama pun fanatik...ini bermaksud mereka akan bertindak agak extreme bila dah minat. Bila bercakap pasal fanatik, ia bukan setakat menjerit2 semasa event saja....mereka juga akan mengikuti kemana saja artis itu pergi, menyimpan koleksi gambar tak terbanyak kiranya, koleksi artikel dan poster yang dijadikan scrap book serta ditampal menghiasai ruang dinding bilik tidurnya.

Bila mereka sudah dewasa, cara mereka meminati seseorang artis juga akan turut berubah.




6- Ada juga yg "double standard". Artis barat xpe. Ko nak tergolek ke, terkinja-kinja ke....itu lain sbb dorang artis antarabangsa. Artis melayu x boleh......kenapa? Tapi, itu hak anda kalau nak double standard...tapi hak orang lain jangan dipersoalkan. Anda tak suka, tapi ada orang lain yang suka! So?


Ray amat meminati kumpulan Take That dan Micheal Jackson satu masa dulu. Sampai sekarang ray tak faham "kenapa perlu terjerit-jerit sampai pengsan" bila menonton persembahan mereka. Den pun minat yo...takdolah sampai terjorit-jorit ....mcm nak terkeluar
anak tokak den. Itulah hakikatnya dan ianya diterima kerana lain orang, lain cara mereka memberikan reaksi.

Cakap pasal Micheal Jackson...teringat ray pada cerita Kak Juli beberapa minggu lepas. Ada seorang ibu kepada anak lelaki yg berusia 8 tahun mengadu pada kak juli. Katanya beliau risau melihat reaksi anaknya yg secara tiba-tiba meminati Micheal Jackson. Anaknya itu disekolahkan disebuah sekolah agama. Reaksi kak Juli dengan selambanya berkata "Saya pun peminat Micheal Jackson". Tergelak besar ray mendengar jawapan Kak Juli tu tapi pada masa yg sama faham apa yg dimaksudkannya. As if she's saying " Look at me...im Micheal Jackson's fan.....elok je...x screwed up pun" . Minat seseorang tidak boleh dihalang tapi perlulah dikawal.

Anak buah ray yg sorang (sekolah agama gak) tu minat gak kat Taylor Swift, Lady GAGA....sembahyang tak tinggal...belajar PMR dapat 9A! LOL.






Dari pandangan artis pula, sorakan...jeritan...tepukan....memberikan suntikan semangat. Ia memberikan satu tenaga luar biasa bagi seseorang artis membuat persembahan. Mereka rasa dihargai bila terdengar nama mereka dijerit oleh peminat mereka. Sebagai artis mereka seharusnya menerima reaksi peminat mereka seadanya. Ada ke artis yg memilih peminat mereka? Atau menasihati peminat mereka agar jangan over dose? LOL.

Kesimpulannya, ray setuju ada sesetengah peminat yg OVER sampai den sendiri x faham dan xtahan....hahaha tapi membenci artis atas reaksi peminatnya adalah satu tindakan kurang cerdik.



10 mulut cakap2 belakang:

I am Karl said...

idop kak g hehehe

eh, ziana zain

edzlin007 said...

betul tu. lagipun kalau takde sorakan peminat,tengokkk je. senyap-sunyi lak show tu.

nana zz said...

For me , everyone perangai kan lain . Biaselah fans bila nampak artis tu , dia jadi excited kan . * mcm me jugak , haha * Tapi if tak suke fans , tak payah lah tak suke artis tu pulak (:

Anonymous said...

lain org lain ragamnya..
rambut sama hitam, hati lain2.. :p

- Lina RD

farish H said...

setiap pminat ade artis pujaan m,sing2 kan ray..haih.mcm2

Dari Penaku...waty... said...

ni sapa yang memandai2 dok kutuk fan dafi nie ha...jangan..jangan bagi mak temah nie bercakap...kang sekali dia cakap...berdesing telinga kang...

hihihi....poyo la waty nie...

alah ray..mcm tu perangai manusia nie...PHD tah habis2...ha..duit depa ke yang habis sampai nak sakit hati sangat tu...ha nie nak marah nie...ok2 serius sikit komen...

itu pendapat mereka...kita terima dengan hati yang dingin selembut salju...hanya jauhari mengenal manikam...mana tau hari ni benci..esok2 sayang...lusa2 over pulak...kih kih kih..

yang penting fan dafi happpppppyyyyy

*ayu the sun* said...

i think its more on 'sifat semulajadi' manusia lah ray. anything pun.. ada je yang nak cari pasal.. artis OK.. cari sampai dapat apa yang tak OK.. tak leh artis.. hala ke peminat pulak...
the thing is.. satu jari tunjuk kat orang.. lagi EMPAT????

manusia..manusia...
haihs...

VISIT ATS-SHOPPE ~ Click here for a lot of products out for grab!

w.i.T.t.Y said...

erm...point no.5 tuh cm ala2 tkena lak pd diri ku..lalala~ XDDDD

joey said...

itu namanya menarek perhatian

supaya artis tuh nampak peminat ni

tapi..kalau dah 20 juta berfikiran sama...

so jerit ajerla..

...ngeee...

Wawa said...

kadang2 usia pn x tentukan 'kematangan' seseorg peminat tu ray. ada je yg dh tuo, tapi pemikiran? mengalahkan budak sekolah yg lum amik pmr, hahaha. buat benda ikut suka. but then, as u said, benda2 mcm ni jgn la smpai efek pandangan org pada artis tersebut. artis pn kna terima semua peminat dia seadaanya, tanpa prejudis. sbb tnpa dorang, even yang over nak m*mp*s tu(lol), dia x ke mana... :)