Saturday, November 7, 2009

MyFace

Sebelum memulakan entry...nak ucapkan tahniah kpd pasukan NS kerana berjaya menjulang PIALA MALAYSIA dalam perlawanan menentang Kelantan sebentar tadi. Hoben Jang Hoben ! Nak declare tadika cuti hari Isnin...LOL

Ok...back to entry .....Bak kata Kak Eton "Semua org dah ada Facebook sekarang". "Add la akak..." tambah Kak Eton lagi. Kak Eton yg jual karipap kat depan rumah ray adalah antara jutaan yg memiliki akaun Facebook ! Laman web sosial ini semakin popular di kalangan penjual karipap. Semakin banyak pilihan sekarang utk bersosial di alam maya.








Kalau dulu ada friendster, Myspace dan Facebook, kini muncul rangkaian sesawang sosial terbaru "MyFace". MyFace akan dilancarkan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Tettttt!!

Takde maknanya....

My sis lah founder "MyFace" atas ketelanjuran katanya. My sis [si buta IT] baru buka akaun FB. Dalam nak menunjuk2 yg dia dah ada akaun ....dari panggilan FaceBook dah jadi MyFace. Sesuka hati je......sedap mulut dan memandai2 je.


"Ibu dah ada akaun MyFace!!" kata Kak Juli dengan riak muka 'jobo' kpd anak-anaknya dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk...LOL. walhal akaun tersebut dibuka oleh suami beliau.

"MyFace ???" "Apa tu?" balas salah seorang anaknya.

Satu keluarga gelak...

My brother in law terus amik cermin kecik dan dihalanya cermin tu ke muka kak Juli...."MyFace ni ke?" kata abg sham sambil mengetawakan isterinya.

Keesokan harinya dengan gigihnya Kak Juli membuka akaun emailnya. Dalam inboxnya...ada "kawan lama" add dia kat Facebook.




"Camne nak bukak ni ya?" rungut Kak Juli sambil terkial2 menekan mouse. Setelah di KLIK ...kata laluan diminta....tak henggat la pulak. Ya la kan...mana nak henggat...suami yg buatkan. dengan gigihnya dia kol suaminya meminta password. Dengan bantuan anaknya Nily yg berusia 15 tahun dan dengan kata laluan yg diberikan suaminya, Kak Juli berjaya membuka Myface...LOL. Setelah mengapprove kawannya itu...Kak Juli ditegur kat ruang wall....

"nak tulis apa ek?" tanya Kak Juli lagi...

"Ibu balas la....letak thnks for the add" jawab Nily mengajar ibunya utk bersosial.

Dengan membuka akaun MyFace...Kak Juli telah ditegur oleh rakan sekolah rendahnya yg dia sendiri tak kenal...hahahah...lawak2....lelaki pulak tu !

"Aiyooo siapa plak ni??" rungut Kak Juli. Terkejut la kan...tetiba je ada org menyapanya bertanyakan tentang sekolah lamanya tu.

Sebelum meninggalkan rumah Kak Juli petang tadi.....dengan selambanya dia bgtau ray...suruh ray add dia kat akaun Myface nya itu...LOL

Apa pun...she sort of addicted to it....tak lama lagi ray bakal menyaksikan Kak Juli conquer desktop kat tadika utk melayari MyFace nya itu.

Curious nak tahu. Dapatkah Kak Juli bertahan? atau hanya "hangat2 tahi ayam" je? Kita tengok je la nanti. Tah2 password tu pun dia tak henggat. LOL. Kalau nak berkenalan dengan Kak Juli niehhh...silalah add dia dengan email...juli@streamyx.com Entah dia appove korang ke tidak. allahualam!!! tapi mesti dia perasan dia popular kalo korang ramai2 add dia kan? LOL


By the way..... profile picture Kak Juli pun masih kosong....Myface apa kemendanya...???


...

15 mulut cakap2 belakang:

is-me said...

haha..cute larh kak juli tu..

[r][a][y] eusouff said...

is-me...

kelakar tgk ragam Kak juli tu gigih nak bersosial di alam maya

is-me said...

yar...so funny..ouh ya..kenape ray dah tak selalu update??almost 1 week tak update..or dah 1 week dah...haha

edzlin007 said...

LOL. keje ketawa je saya baca. at least kak juli baca myface tu sendiri kan.. ada jg parents yg ada fb tp anak kena duduk sebelah sepanjang parents nya guna fb :p

p/s: saya nak try add. haha dah di promo sini kan

edzlin007 said...

eh2 profile nya dah ada muka la abg ray.hehe

[r][a][y] eusouff said...

edzlin...
ada ek?
wah!!! ada kemajuan...LOL


Is-me...
lama tak hupdate sbb sibuk bebeno kat negeri sembilan

nanti ray buat entry pasal kesibukan itu bila dah tak sebuk nanti...LOL

silbi abigail said...

sis u mgkin dgr2 ttg myspace, jd bila wat facebook.. nak ckp tu tersasul lak.. jdlah myface.. ray.. leh jdkn komuniti tuk bdak2 kindergarten tu...myface.. reg la..

Anonymous said...

serious ke your sis ckp MyFace?
lol.. so cute laa dia.. hehehe..
hmm, mcm nak add tpi mcm ray ckp nanti dia prasan popular.. haha.. tak baik tau.. and maner tau dia tak accept.. LOL..

- Lina RD

Anonymous said...

serious ke your sis ckp MyFace?
lol.. so cute laa dia.. hehehe..
hmm, mcm nak add tpi mcm ray ckp nanti dia prasan popular.. haha.. tak baik tau.. and maner tau dia tak accept.. LOL..

- Lina RD

FaizalSulaiman said...

gigih betol kak julie tu yer.hehehe
Selamat maju jaya!hehe

NUke_Rude said...

ray!
layan gak bro.. MyFace!! hahaha.

"ko da ada myface?"

♥Syamelia♥ said...

dats cute........
maybe she ter-mixed up myspace dgn facebook kot...

farish H said...

myface plak ahhah gteww

Farazila said...

ray wujudkan rangkaian sosial yg br..myface okies..
:P

acap said...

hoiyeee , ahahah , myFACE , made in malaysia punyee , hahah.

btw , me pun ade ckp psl fb ni , hahaha!

http://imhappylah.blogspot.com/2009/10/fenomena-facebook.html