Sunday, November 1, 2009

Muka Ketat

Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Ucapkan kata2 itu dengan muka anda yg ketat. Ya, la kan...siapa yg tak sukakan kecantikan?


Al kisah seorang artis wanita yg ingin berkongsi rahsia kecantikan wajahnya dengan umum. Al maklum la kan...public figure...mesti yg ingin tahu apa rahsia disebalik kecantikan wajah itu. Dalam perkataan yg lebih tepat....rahsia disebalik wajahnya yg ketat.

Apakah itu "muka ketat"? Kulit muka yg tegang sehingga ianya kelihatan sangat palsu. Bila senyum nampak dibuat-buat. Mimik muka sangat limited. Muka sedih mcm tu...muka risau...macam tu....muka marah pun macam tu...LOL

"Apakah rahsia kecantikan wajah Kak Norma ?" [ bukan nama sebenar ] tanya seorang wartawan yg dengan sengaja nak propah lebey. Wartawan kan biasanya suka bertanya menda yg mereka dah tau...saja je nak dengar statement utk menghangatkan isu.




"Kak Norma selalu minum air masakk, makan ulam/sayuran yg banyak dan berkat amik air sembahyang..." jawab Kak Norma dengan satu nada tanpa rasa bersalah.

Ternganga mulut penonton mendengarnya. Ada jugak yg menganguk-anggukkan kepala tanda percaya mereka kepada petua artis tersebut. Jangan tak tau...ada jugak yg nak terbeliak bijik mata bila mendengarnya....Wartawan itu hanya tersengeh kerana jarum dah masuk lobang. Esoknya, bila nak publish artikel tajuk headline nyer ialah "KAK NORMA AMALKAN ULAM JAGA KECANTIKAN"....LOL.

Apalah kemudaratan yg bakal diterima dengan mengamalkan petua tersebut? Tiada. Kerana apa yg dinyatakan adalah tabiat yg positif. Ada korang dengar kes makcik makan ulam muka dorang jadi bersisik? kendur dan melondeh? Ada? Ada? Habaq kat cheq kalau ada. No harm done kan? So apa lagi nak kecoh2...biar je la...suka hati la apa artis tu nak cakap. Tak menyusahkan pun ? Gitu?



Yang mengangguk

Makcik Jenab, 50 tahun ++ yg selama ini tinggal dikampung, rajin bersolat [maknanya selalu amik sembahyang], makan ulam & sayur-sayuran, minum berbotol2 air masak sehari... tidak pula secantik wajah idolanya Kak Norma yang seusianya dengannya. Apa bezanya ulam yg Kak Norma dengan ulam yg Makcik Jenab makan? Berlainan gred kah? imported kah? berbaja bahan organik kah?


Poor makcik Jenab ! Percaya dengan mengamal petua artis pujaannya, membolehkan wajah menjadi ketat seperti yg dilihat di kaca tv.



Yang terbeliak bijik mata.

Golongan ini langsung tak percaya apa yg diperkatakan oleh Kak Norma tu.
"Alahai.....apa ko ingat kita org ni BODOH sampai tak tahu beza...antara suntik dgn kecantikan semula jadi ??!!!" "Makcik Semah yg duduk corok tu boleh la ko tipu wahai Kak Norma !!!"

Selain daripada terbeliak bijik mata...kesan sampingan pada golongan ini ialah rasa mual2 dan ingin muntah bila mendengar statement tersebut.

Bak kata seorang primadona dunia lakunan "Muka je ketat....leher beropol-ropol". Apakah makan ulam takde kesan pada leher? Pandai pulak khasiat ulam tu pergi ke bahagian muka ya?

Peliknya ada segelintir golongan yg percaya bulat2 apa yg diperkatakan. Mereka menaruh harapan agar kelihatan secantik seperti Kak Norma dengan mengikut petua yg telah diberikan. Walhal Kak Norma mendapatkan rawatan muka berharga ribuan ringgit. Cucuk sana...cucuk sini....kasik tegang apa yg telah kendur. Part leher yg beropol kalau boleh ditegangkan dah lama dorang buat kut.


Wahai Kak Norma, sekiranya kebenaran memeritkan atau rasa segan utk membuat pengakuan ...rasanya tidaklah perlu sehingga mengeluarkan petua mcm tu. Makan ulam la...amik air sembahyang la....minum air masak laaa....

Why ray brought up menda ni? Masa kat kampung tgh berborak2 ngn makcik2 ketika kenduri kendara...keluar kesah ni. Makcik ni taksub ngn artis ni sehinggakan dia quote and unquote petua artis pujaannya itu. Siap promo suruh kawan2 yg lain2 amalkan, agar kulit kelihatan tegang sentiasa. Masalahnya...kulit makcik tu takde la tegang mana. Jauh bezanya dengan ketegangan kulit artis pujaannya itu.

Dari apa yg ray perhatikan, mereka mudah terpedaya dengan apa diperkatakan. Naive sangat. Dalam kerancakan perbualan keluar suara sorang makcik berhaluan kiri membidas. Dari kesah petua menegangkan kulit....terus menegangkan keadaan...LOL. Lain pulak yg tegang !


Bagi menegangkan lagi keadaan...hahaha..share la jugak rahsia kecantikan/kelicinan/ketegangan kulit muka korang. Apa produk korang pakai....ubat yg korang makan....amalan yg dipraktikkan. Nak cantik sorang je ? Share la....jangan kemut ya.....kerana kecantikan itu adalah hakmilik setiap insan. Cantik sangat ke muka korang sampai xnak share ? LOL


....

14 mulut cakap2 belakang:

zanetti_be said...

kita sekarang hidup dalam zaman budaya popular yang menyebabkan kita percaya apa yang artis cakap dan yang sepatutnya kita percaya apa yang dicakapkan oleh tokoh akademik dan ulamak.bukan nak kutuk tapi golongan artis memang kebanyakkannya memang macam tue pun kan?makan ulam konon.meh la ajak diorang makan nasi ulam kampung nak tengok kekwat cedok nasi tue.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

OMG!!! Nuar dan kawan2 malam semalam berborak tentang tajuk ni lah...tentang 'muka ketat' n 'muka jatuh'...hahahaha =D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

marah abang Mahathir...LOL =p

nobuta said...

cakap artis memang tak boleh caye hoho

tengku_fir21 said...

huhu
artis dan bukan artis sama jer
cakap boleh mengundang rasa ketidakpercayaan yang tinggi

[r][a][y] eusouff said...

Zanetti_be...
tepat sekali !!


Nuar...
dorang baca ke blog ray ni? LOL


nobuta...
not all artis mcm tu
kita kena timbang kati
...LOL


tengku_fir21...

good point...
kita sama saja. Artis juga manusia biasa cuma mereka lebih dikenali

mell aziz said...

yeszza..!! tepat2.. kaedahnya diet kak norma ngan abg mahader lain lar..? ape abg mahader x mkn ulam ke sampai berkedut-kedut..? huhuhu

edzlin007 said...

huhu kata jelah pegi buat rawatan muka beribu ringgit. tp kan, emak saya pun buat rawatan mencecah belasan ribu, takdela kulit tegang semacam seperti sesetengah artis itu. cuma kulit muka bersih, licin tu yela. jadi, saya leh jd skeptikal bila baca statement seperti ini.

[r][a][y] eusouff said...

mell...
tak kowt...
never to late to start..LOL


edzlin...
tu la pasal
pemikiran org kita dah berbeza skrg
jgn mudah memperlekehkannya.

Rara said...

artis..bsela..btw,rmai gk kate daku muke ketat..hek.. :D

rAy jR...@...Aliff said...

uwh....bab2 artis ni aku xreti nk ckp..kang salah fakta..hahaha..pakai susuk sudahh..lalala

||| PöJìé PööH ||| said...

Alah now artis non-artis dah sama..
Bila xdpt terima kenyataan diri dah tua, mula la bhabis ribuan ringgit ingin mengekalkan keremajaan..
Huhuh..

farish H said...

hahah mcm 2 gaya ader!

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum, semua...
Untuk 'ketat'kan muka, membuatkan kulit tegang muda sentiasa, anda sebenarnya perlukan cara ini:

Rawatan Penghapusan Kuman Di Muka supaya muka sihat berseri

Semoga berjaya. Thanks.