Monday, November 30, 2009

Crew Life 20 : Chicken Or Beef ?

Makan dalam kapal terbang to some people is something to look forward to. An experience lah katakan. Dine 33,000 feet above sea level. Gituhh la.

Ada beberapa tiny details yg penumpang x berapa nak take note bila melantak dalam kapal terbang ni. Pertamanya, efford yg telah diberikan oleh staff membuat persediaan makanan yg telah bermula lebih awal. Berjam2 lebih awal...

Antara lain juga ialah details makanan yg disediakan. Sebagai contoh di kelas business, salad segarnya ditanam di ladang khas di Melbourne. Kemudian bayangkan pula proses2 nak sediakan makanan tu sebelum dihidangkan ke meja penumpang. Bagi memastikan makanan tersebut segar, ia disejukkan dalam suhu tertentu dan dipanaskan beberapa minit oleh peramugara sebelum ianya dihidangkan.






Di kelas economy, ada 2-3 pilihan main course. Setiap main course ada jumlah portion tertentu. Sebagai contoh 40% chicken, 40% beef dan selebihnya 20% vegetarian.
So, subject to availability la kiranya. Kalau ada 400 penumpang...jumlah makanan tepat2 tak lebih dan tak kurang.

Tapi, manusia ni selera masing-masing berbeza. Jap taste kat chicken...kejap taste kat beef ...dan kadang2 taste kat ray pun ada jugak dan lauk2 yg sewaktu dengannya. Makanan dihidangkan gilirannya mengikut tempat duduk. Ada flow line nya. Point A ke point B. Yang duduk dekat point A dapatlah choices makanan. Yang duduk kat point B, kira nasib la....ada chances "NO CHOICE" of food. Sebelum itu, kanak-kanak dan ibu yg menjaga bayi diberi keutamaan utk makan terlebih dahulu. Ini bermakna dorang dapat memilih.

"Selamat tengahari Puan... Untuk makan tengahari, ada dua pilihan...Beef Straganoff bersama kentang putar atau Dada ayam kari bersama nasi" Itu kalau ada pilihan.

Bila dah sampai point B, "Maaf Puan, hanya satu pilihan saja yg tinggal iaitu Beef Straganoff bersama kentang putar". Muka Puan tu dah ketat semacam. Frust giler .

"Saya tak makan BEEF !!!"




Itulah typical penumpang. Akan mendatangkan satu kemarahan kalau pilihan makanan yg dia nak tak dapat. Nak salahkan crew pun xleh jugak ya...kerana pilihan makanan berdasarkan portion yg ditetapkan.

Tahukah anda?

Makanan boleh dipesan semasa membuat penempahan. Tapi bukanlah memilih menu dengan tepat...cuma secara general.
Sebagai contoh : No beef, allergic to seafood, vegertarian, hindu meal dan lain2.

Memandangkan kapal terbang tidak memasak makanan seperti di restoren, keperihatinan penumpang kenalah ada. Tak leh nak expect apa yg nak dilantak ada di depan mata. Kalau ada yg cerewet dan allergic pada makanan tertentu, masa buat booking maklumkan kepada mereka.


Flight yg paling lama ialah selama 12 jam. Flight ke destinasi di Europe. Dalam jangkamasa 12 jam tu...ada 2 kali makan hot meal....sekali selepas berlepas...dan sekali lagi sebelum mendarat. Di tengah2 tu ada la sandwich utk dimakan. Don't expect la setiap kali hot meal tu anda akan dapat portion sebesar pinggan kat rumah korang. Inikan lagi nak tambah nasik bagai. Makanan di kapal hanyalah cukup mengalas perut dan bukan utk melantak sakan.

Kalau lapar bebeno, bawaklah something utk kunyah2 sambil tengok movie. Atau telan air berkabonat banyak2 kasik kembung perut tuhh...atau cuba2 la tido. Dah sampai kang...pi la makan puas2.

Sekarang kebanyakkan airlines tambang murah menjual makanan dalam kapal. Ia memberi pilihan kepada penumpang mengikut selera masing-masing. Namun walaupun ada pilihan, ada portion tertentu ditetapkan. Bila ianya makanan popular, ada kemungkinan ia akan habis dan terpaksa membuat pilihan yg lain.




Masa ray jadi peramugara, ray berpeluang menikmati juadah mahal. Kalau tak jadi crew, tak mungkin dapat merasa makanan tersebut. Juadah mahal biasanya dihidangkan di kelas pertama [First Class]. Antara yg pernah ray merasa ialah Caviar. Sejenis telur ikan [fish roe] yg hanya boleh didapati ditempat tertentu. Bukan semua ikan boleh diambil telurnya dan dijadikan caviar. Ikan kembung, ikan masin telurnya xleh dibuat caviar ya. LOL. Hanya beberapa jenis ikan sahaja seperti sturgeon (black caviar) dan salmon (red caviar). Ia adalah sejenis makanan mewah dan sering dikaitkan dengan status kemewahan dan harganya mencecah ratusan ringgit.

Caviar dimakan dengan jumlah yang sikit dan diletakkan dengan biskut untuk dimakan. It's not like sambal dan dimakan dengan nasi ya. Ianya adalah makanan sebagai pengalas perut sebelum main course. Sedap ke? My answer is YES. Jumlah yg sedikit, tapi pelbagai rasanya dan mengenyangkan.

Satay kalau dimakan di restoren oleh Malaysian biasanya sebagai makanan utama. Tapi berbeza di dalam kapal terbang di kelas pertama dan kelas perniagaan. Satay dimakan sebagai appertizer atau pembuka selera. Hanya lima cucuk sudah memadai. 3 cucuk ayam dan 2 cucuk daging. Diikuti dengan salad, bread, soup dan kemudiannya main course. Selepas main course, ada cheese plus crackers, diikuti dengan dessert buah-buahan atau pemanis mulut seperti ice cream , coklat atau cake. Kemudiannya diakhiri dengan coffee dan tea.

Gitulah hidangan2 yg ada dalam kapal terbang mengikut kelas mengikut kemampuan masing-masing.




Yang menjadi satu kepelikan ialah dengan kepelbagaian juadah di kelas pertama (first class), bukanlah satu sebab utama mereka memilih utk memilih kelas tersebut. Ia lebih kepada keselesaan dan privacy. Genuine first class passengers, they don't really eat. Naik kapal terbang...makan sikit dan tidur. Oleh sebab itu banyak makanan berlebihan dan apa lagi...berpeluanglah crew yg bertugas merasa. Ray difahamkan, dari KL ke London (harga dulu la kan-sekarang tak tau) terbang first class ni tambangnya mencecah 28 ribu ringgit seorang utk perjalanan sehala. Itulah harganya utk travel in style, privacy and comfort.






Working as a crew, gives me the pleasure of enjoying food. to a certain extend. Learning how to appreciate the efford. Airlines foods are expensive for a reason. It's not just the food but the service. Ia melibatkan ramai tenaga kerja sebelum ianya dihidangkan.


Besides the traveling part, food is one of the things yg ray missed sgt2.



....


11 mulut cakap2 belakang:

Anonymous said...

wah best2...boleh propose kat airline bukak cafe kat ground tapi jual makanan as if you are in the flight...hehe...yummy!

hu3x tetiba rasa nak naik flight semata2 nak makan makanannye...

[r][a][y] eusouff said...

aha...
someone i know thought of that before...
but can sell ke?

FaizalSulaiman said...

salam ray;
thanks for the entry.sangat bermanfaat eventho i involve in foodservice industry, knowledge ttg food serve in airlines agak kurang berbanding type of foodservice yg lain mcm conventional dan ready prepared spt restauran dan fast food

edzlin007 said...

taste kat ray? hahah

mmg beri byk informasi kepadaku. saya tak pernah makan dlm kapal terbang. tak tau la nape walaupun berjam. takde selera ketika perjalanan. tp bila baca ni, rasa nak plak. :D

i'm shin... i'm inesen said...

:(

x penah naek kapal tobang

*ayu the sun* said...

caviar adalah best!!! i aggree wit u ray...

Anonymous said...

ray, who knows kan...
ada satu airline tu want to sell almost everything kan..hehe..n they would probably do this.

uh..tapi tak tau la kan selera org lain? selera kat ray, hehe..

well lucky enough, ada satu caterer ni used to be chef/cook for airline..so the food is always gooooooooood!

teringat bau2 yg datang dari business class tapi bila fly business..bukan nak makan sangat pun hehe

Dari Penaku...waty... said...

best en3 kali nie...kebetulan baru2 ni fly ke Miri..so far memang takde benda la nak complain pasal food...taste..good...presentation...improve...kira best la...

ray try to post en3 pasal pengalaman ngeri kat atas kapal...

farish H said...

mltop sgt seat 1st class n then sshnya nk hndle guest cmtu ray...

NiZaM said...

rm 28 ribu.. wow!! kata saudagar unta...

getah76 said...

selain mkn.. paling besh kalo leh "curik" selimut MAS! hehe..

lalala... ops! :)