Thursday, October 1, 2009

Kisah Tilam Kekabu Terbang

...


Bayangkan sebuah rumah sempit didiami oleh enam ahli keluarga. Rumah yg hanya ada dua bilik tidur, satu bilik air berserta jamban cangkung dan kolam air. Ya, kolam air...bukan kolam renang atau kolam ikan. Jauh lagi sebuah bath tub. Dalam erti kata lain sebuah kolah menakung air untuk upacara bersiram harian.




Master bedroom yg sama saiznya dengan bilik yg lagi satu. King size bed for each room. In the ruang tamu, sofa set rotan bertaraf tiga bintang dan tv 20 inci berjenama SINGER. Ruang makan terletak bersebelahan ruang tamu. Di ruang makan terletak satu meja utk enam orang yg beralaskan kain dan plastik pelindung yg ditukar setahun dua kali iaitu hanya ketika musim perayaan.

Enam orang ahli keluarga ini membahagi-bahagikan kawasan masing-masing. Bilik tidur 1 utk the parents, bilik tidur 2 utk kakak yg sulung dan yg tengah. Yang selebihnya, menumpang barangan di bilik the parents.

Ruang tamu converted to a sleeping area sekitar jam 10 malam. Sebuah tilam kekabu bersaiz Queen akan dibentang. Tilam kekabu ini mudah digulung utk disimpan disiang hari. Agak berat la jugak tilam tu...almaklum kekabu isinya kan? Yang bongsu dan si ayah lah yang akan tidur diruang converted ini disebelah malam.

Pada satu malam, tilam dibentang lebih awal iaitu pada jam 9 malam. Terbaring seluruh ahli keluarga diruang tersebut sambil menonton rancangan hebat di RTM 1. Ketika ahli keluarga ini, bersantai...terdengar bunyi tetamu memberi salam.

"ASSALAMUALAIKUM !!!"

Maka, terperanjatlah ahli keluarga tersebut kerana mereka tidak sama sekali menyangka utk menerima tetamu ketika dalam keadaan santai sebegitu.




Dalam beberapa saat sahaja, ruang tamu yang mengambil masa kira-kira 10 minit utk diubah menjadi ruang tidur terpaksa diubah ke keadaan asalnya. Si ayah dengan gagahnya...LOL menggulung tilam yg berat dan mencampak tilam tersebut ke dalam bilik 1. Tilam kekabu yang berat itu seakan-akan terbang ke bilik itu. Yang lain-lain tanpa berlengah mengubah kedudukan sofa ke tempat asal. Ibarat, kekecohan semasa gempa bumi. Semuanya dilakukan dengan 'silent mode' dan masing-masing tahu apa yg harus dilakukan ketika kecemasan.

Si Emak, si kakak kemudiannya berlari ke bilik masing-masing. Tugas utama si ayah ialah menjawab salam dan membuka pintu.

Pintu dibuka seperti tiada apa yg berlaku sebelumnya. Tetamu disambut dengan penuh mesra. Dijemput tetamu itu masuk. Si Ibu setelah menukar kain batiknya terus ke dapur membuat minuman panas. Si kakak terus bersembunyi di bilik. Ya la kan...anak DARA.

Setelah duduk, tetamu bersuara "Maaflah mengganggu malam-malam ni...tak tidur lagi kan?"

Dijawab dengan palsu oleh sibapa "Ehhh tak lagiiii....baru pukul 9.30malam...tak mengganggu pown". Dalam hati si anak bongsu..."You have no idea what all of us gone through few minutes ago !!!". Gitulah kata hati anak bongsu setelah ditranslate dalam bahasa inggeris...LOL

Sejam kemudian tetamu balik.

Ruang tamu di transform menjadi ruang tidur. Semua ahli keluarga keluar semula melepet dihadapan tv. Maka berlakulah sesi post mortem. Seluruh ahli keluarga dengan spontannya ketawa tak henggat mengenangkan apa yg telah terjadi tadi.

"Tengok la tadi...cara bapak kamu campak dan gulung tilam tu!!!" kata si ibu. "Belum sempat, tetamu beri salam utk kali kedua ...semua dah settle!!" tambah si kakak.

"Huhuhu...bapak memang hebat...cover dengan cemerlang !!" balas si bongsu.

Seluruh ahli keluarga ketawa sepanjang malam. Selepas malam bersejarah itu, semua ahli keluarga seakan-akan fobia. Terasa seakan-akan ada tetamu yg hendak datang setiap malam. Namun, jika ianya berlaku sekali lagi, no hal la kan...sebab masing2 dah tahu tugas masing-masing.

Begitulah kisah satu keluarga yg menyambut tetamu pada satu malam pada pertengahan tahun 1985. One moment in time dimana keluarga tersebut pernah ketawa bersama.

Pada akhir tahun, pada bulan November...si ibu meninggal kerana penyakit leukimia. Si kakak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Si bongsu pula ke sekolah berasrama.


Ini adalah kisah benar. Kisah "tilam kekabu terbang" yang akan sentiasa diingati.

...


12 mulut cakap2 belakang:

Dari Penaku...waty... said...

iskh...waty pun ada citer pasal tilam terbang nie...bila terbaca en3 ray pasal tilam nie...terkenang saat2 waty nak pindah rumah baru2 nie...

bayangkan tilam yang ditegakkan atas lori hilux warna putih kuning tu boleh terbang atas jalan simpang empat....aduhaiiiiiiiiiiiii....sejarah tu...LOL

Duke Luce Dell'amore said...

jim leh ketawa bile terbyg2kn situasi tu..
tp ending citer ni wat jim sayu.. :(

*ayu* said...

happy & sadness... in one entry..
but yg penting.. the memory...

farish H said...

haah adoi memori!

the black pinky.. said...

ermm..kenangan... :) yang tak mungkin akan di lupakan sampai bila2 lagi2 kalau melibatkan family...psst..rayaku taun nih tenang sket...mengecat rumah di batalkan kerana tak cukup kakitangan..heheh...alhamdullillaahhhhh!!!

NUke_Rude said...

ray,
u're so damn funny man...
until the last part.
tersentuh hati aku baca ray.

:|

silbi abigail said...

kat gombak ada satu kedai yg jual barangan dari kekabu...

ikanbilis said...

what a story. suka baca cerita klasik n lawak camni..

although it did not ended happily =/

is-me said...

ni experience ray sendiri ker???tapi cool jgk family ni..haha...

sean said...

mmg kelakar and original la ur ntry. looking fwd for more.

edzlin007 said...

memang kelakar abis pengalaman abg ray, memori yg sangat berharga.

||| PöJìé PööH ||| said...

Full of memory..
Suka masa kecik² dulu duk kg kami tido ramai² la macam nih..
Tp ble sumer dah besar, umah dah besar, masing² tido blk sndiri, so xdpt lg merasai saat kelam kabut mcm tuh..
hheehe..