Wednesday, October 28, 2009

Rentetan : Harga Telo Turun 2 sen

....


Ini adalah kategori terbaru utk blog ray. Rentetan ialah ruang baru berkaitan dengan isu semasa dan kemudiannya dikaitankan dengan kita, dengan harapan agar kita sentiasa ada 'awareness' tentang apa yg berlaku disekeliling kita. Ya la kan...sambil membaca blog merepek...ada juga diselitkan info semasa. Sebelum tu, terimalah senyuman manis daripada Ms Phuket utk semua.



Amacam? Taste ? manis tak senyuman Miss Phuket tu? Manis kan? kan? kan? Manis kepala hotak korang la.....itu bukan manis namanya. Kalau nak tau inilah namanya buat muka KETAT ....sebab tak boleh senyum terlebey, kalo terlebey pasti semua line kedut akan timbul. Muka ketat ibarat muka disuntik BOTOX.


Senyuman telah diberikan sebagai pembuka selera dan seterusnya moving on utk intisari blog utama.



Beberapa minggu lepas, tgh duk berborak merepek dengan kawan2, tetiba je Rajan - indian friend of mine bersuara dengan satu topik yg langsung takde kena mengena.....membantut nafsuku bercerita.



"Abang Ray....abang ray...abang ray....harga telo dah turun lebih kurang 2 sen sebijik"

"huh???"

"Yesss !! harga telo turun ke 26 sen skrg !!!" tambahnya lagi.

"Telo ASIN kau lah yg turun 26sen" carut ray pada rajan yg suka menukar topik...serba sedikit mengganggu emosi ku waktu dan ketika itu. Masa tu mmg rasa nak baling je bola ke muka rajan tu..



Mana tak terganggu...punyalah rancak berborak hal "GOSSIP" tetiba plak diselitkan dengan topik harga telur yg telah turun harganya. POTONG STIM betul la. ishhh...pantang betul ray pada org yg suka menyelit2 ni. As if I care laaaa...Why la suddenly susan nak bgtau kat ray menda ni semua? Why me?

Maybe kat my muka ni terpalit logo antara penggemar telo ayam sehingga someone need to highlight THAT to me ??

Or ada ke cop mohor ke kat dahi ni ha....bertulis bapak ayam yg mewajibkan ray mengetahui harga telo ayam dipasaran?

Or adakah ray ni muka peniaga kueh bahulu yg berjaya yg bakal memborong telo ayam setiap pagi?

What did he expect me to say ?? "Yey ! telo ayam harga dah TURUN"??? Let's celebrate?? LOL

Curious jugak nak tau...what makes Rajan so excited about penurunan harga telo ayam tu kan. Why so sudden, he brought up that matter. Dalam banyak2 isu...telo ayam jadi pilihan...why? why? why?

Sepanjang ray makan telo ayam ni...honestly ray tak amik pot pun harga telo naik ke...turun ke....gred telo pun ray tak amik pot. Ask me again ....berapa harga telo gred A, gred B, gred C...confirm I don't have the answer.


Last two days, decided to buy few telo ayam kat kedai runcit bwh apartment ray ni. Out of nowhere, tetiba je ...ketika mengutip dan mengira telo ayam tersebut terFLASH back statement Rajan tentang penurunan harga telo ayam tu. Selama ni, ray beli 10 bijik terus tak terpikir plak soal gred dan berapa harga setiap bijik...hahaha

Harga telo turun 2 sen is a big deal to some people. Terutamanya pada peniaga yg menggunakan telo ayam as bahan niaga. Pada yg berjimat cermat...dan juga pada kaum ibu yg mengawal bajet dapur konpem lebih perihatin tentang isu harga ni. If you are one of those people yg tak pernah amik pot tentang naik turun harga barang...I guess that you fall under kategori yang bernasib baik or dalam erti kata lain hidup senang. Biasa la kan....selagi tak menyusahkan selagi tu lah buat dekkk je.

Walaupun Rajan telah di carutkan...but still .....point taken. LOL.

My point is, kita kenalah amik tahu tentang naik turun harga barang mcm ni. Kalau harga MCD lunch set hafal plak korang kan? Bukan saja, harga telo je...semua info berkaitan hak pengguna haruslah kita ketahui. Jangan jadi BIMBO bab2 harga barang2 ya.

Rentetan dari kesengalan Rajan buat statement yg harga telo ayam turun 2 sen, telah membuka mindaku ini agar lebih perihatin tentang harga barang2 kawalan ni...rentetan dari itu juga membuatkan ray lebih bijak membeli telo ayam sambil meneliti gred telo tersebut. Sebelum ray merentet dengan lebih lanjut baik ray hentikan dulu rentetan pd kali ini. SEKIAN.



Nota Info : "Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A 24 sen (26 sen), gred B 23 sen (25 sen), gred C 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E 20 sen (22 sen)"




Nota peha :

Oh ya....setelah blog ray, Ikhares, Megat masuk KOSMO, kini tiba giliran blog kroni Ajami Hashim pula menghiasi ruang tamu blogger Kosmo - Infiniti.


Tahniah Encik Ajami !! Blog hang memang baekkk punyer !!



[ Klik pautan utk membaca artikel ]




dah mcm alien plak ray tgk ajami dlm gambar nieh...huhuhu.


...


4 mulut cakap2 belakang:

apezs shah said...

kelakar pulak cer nie ray hehe..
sabau yew.

ain said...

alahai
pasal teluq pun jadik cite ya

edzlin007 said...

hahaha sian rajan.

hmm, tp kalo mcm saya ni, tau sal harga barang kawalan, tp selalu je tak check bila beli barang.huhu

blog abg ray ni mmg penuh informasi, walaupun keje gelak je bila ku baca

[r][a][y] eusouff said...

sian kat rajan ek?

takpe la
rajan is a good boy

akim dh puji rajan depan mak dia masa deepavalee aritu