Thursday, October 29, 2009

Persediaan Menyambut Tetamu Konservatif

Apakah bentuk persediaan yg perlu diadakan bagi menyambut kunjungan saudara yg konservatif ?

Hujung minggu ini, apartment ray akan dikunjungi oleh pasangan suami isteri yg konservatif. Kunjungan ini adalah salah satu transit mereka sementara menunggu utk ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya disebelah malam. Mereka bakal menunaikan haji.

[ Tiba2 teringat lagu - Bulan haji...telah tiba lagi...menunaikan ibadah...panggilan Baitullah and so on ]

Bila ada tetamu datang berkunjung beberapa persediaan bagi memastikan keselesaan hendaklah dilakukan. Standard la tu kan. Macam tak biasa. Tapi kali ini agak berbeza....kerana tetamunya adalah orang sangat konservatif. Yang paling pedih...mereka akan cakap LEPAS.

Sebelum menerima kunjungan mereka, ada beberapa perkara yg perlu korang lakukan.

1- Menyimpan kesemua DVD yg ratingnya 18SX.

Takut plak ada yg terperanjat tgk cover dvd cerita Hollywood yg kebiasaannya sexy mexy.
DVD seperti filem dibawah is OK.







2- Menyimpan majalah2 hiburan, fesyen etc

Majalah fesyen yg kebanyakkannya terdedah sana sini haruslah sorok dari pandangan mata. Banyak nak kena sorok ni sbb...ray ada koleksi majalah fotografi/hiburan yg tersangatlah banyaknya. Because too much SKIN was shown dalam majalah fesyen ni.


3- Menyimpan dekorasi berbentuk benda yg hidup

Rumah ray ada ukiran kayu berbentuk zirafah. Benda ni ray beli sebagai tanda ingatan semasa berada di Johanesburg, South Africa beberapa tahun yg lepas.

Malaikat tak masuk rumah...kalau rumah ada patung2 ni. Mmg confirm akan ditegur kalau dibiarkan !! So removekan...patung kucing, barbie, gajah, panda yg korang ado.

Teringat ray pada satu statement seorang rakan. Bila ada teguran/leteran orang tua, tentang malaikat tak masuk rumah bila rumah ada patung, dibalas dengan...

"Ehh..ada la ....malaikat yg conpem akan masuk....ialah ....Malaikat Maut !!"

Terbeliak bijik mata orang tua tu bila dengar jawapan itu.


4- Lukisan/Gambar

Semua lukisan berbentuk muka manusia kena dialihkan utk sementara waktu. Begitu juga dengan gambar2 sexy korang bersama gf/bf yg menghiasi bilik tido korang.

Poster2 Shakira, Beyonce, Pussy Cat Dolls yg ado kat bilik tido korang tu silalah tanggalkan...hahaha. Rumah ray xde poster...so save dah satu keja.

Rumah ray ada beberapa lukisan Megat yang berupa manusia....menghiasi ruang utama terpaksalah dialihkan.


5- Berpakaian kemas

Jangan masa dorang datang....baekk punya dengan seluar pendek menampakkan peha...LOL. Yang perempuan plak spagetti string, g-string...elakkan. Selubungkan diri dengan kain selimut lebih selamat. LOL

Tak pun sarungkan saja baju kelawar pada yg perempuan tu.


6. Menyediakan kain batik/pelikat & sejadah

Pada rumah yg xde sejadah tu nampak sgt korang x sembahyang kan? huhuhu. Jangan plak sejadah ada... tapi bila ditanya arah kiblat ...terkebil2 nak jawab...LOL

lebih baik sediakan satu bilik berasingan utk mereka bersembahyang. Bukan bilik yg ada gambar poster Madonna di dinding...LOL


7. Sediakan gayung atau paip getah

Pada rumah yg serba moden la kononnya dimana toilet korang DRY TOILET katanya...., sediakanlah gayung bersama baldi atau paip getah. Convert toilet korang kepada WET TOILET. Kalau korang x convertkan.....sudah pasti ia akan diconvertkan secara automatik !!! It will be wet anyways.

Dry toilet just don't work with conservative people.



Membuat persediaan..bukanlah tujuan utk berpura-pura tetapi lebih kepada menghormati kehadiran tetamu yg ternyata sensitif dengan perkara2 diatas. Takkan nak cari penyakit dengan membiarkan apa yg ada.


Ada lagi tak menda2 yg ray missed out? LOL
Let me know...before it's too late.



...

14 mulut cakap2 belakang:

Abir Abhar said...

ada!
start belajar masak nasik!
haha
nanti dorg komplen,
anak dara eh silap,
anak bujang tak reti masak!

[r][a][y] eusouff said...

masak nasik...
yg tu dah pass dah...


what worries me is...
barang kat dalam fridge x cukup...
LOL

Dari Penaku...waty... said...

persediaan yang paling akhir adalah:

-bersedia dengan soalan2 cepumas semasa bersembang santai tu...ahai..mesti bertubi2 kena das tembakan nanti...
good luck!!!

[r][a][y] eusouff said...

hahaha
betul tu waty
tu la yg paling menakutkan...LOL

mell aziz said...

Abg Ray, pastikan bukak channel tv9 sahaja.. huhu..~

||| PöJìé PööH ||| said...

Hahaha..
Good tips bro!
Klo x kene lagi sedas dua macam i kene last 2mths ngn makcik pakcik yg very derrr...
Hohoh..

farish H said...

hehe tringat ble my parents ngn sdara dtg.:p

silbi abigail said...

tgk dlm fridge.. ada apa2 makanan atau minuman yg mencurigakan..

[r][a][y] eusouff said...

Mell...
dun worry astro oasis pun ado..LOL


Pojie...
kena sedas dua xpe
jangan kena BOM terus...

[r][a][y] eusouff said...

Farish...
yup...parents dtg pun kena consider.



Silbi...
tgk tarikh luput makanan sekali....pastikan ada tanda halal...LOL

*ayu the sun* said...

channel tv harus oasis or tv9 je okeh..
hahahahahhaa...

queenlyana said...

hahaha gud entri lah abang ray. Yang penting tempat solat lah kalau orang2 tua ni. Kalau dapat tempat solat yang elok.. dorang tak bising sangat dah.

Mak Lyana selalu cerita pasal tempat solat dulu lepastu baru masuk bahagian lain bila dia balik dari travel mana-mana. hiihi

edzlin007 said...

haha good tips. mujur rumah parents ku biasa je, cuma dalam bilik tidur memasing je ada pelbagai benda hiburan.

kalo channel astro tu, baik lock channel hiburan dan movies, takut ter tgk pula. tok ku dulu penah ngucap pjg bila ter tengok channel MTV. LOL

[r][a][y] eusouff said...

ayu....
rtm ok jugak kot...LOL


lyana...
keselesaan Parents keUTAMAAN kita kan? kalau ditegur pun...dh biasa sbb parents kan?

hahaha


edzlin...

a'ah segan semacam kalau ada adegan kiss2 bila tgh tv dgn org tua...