Sunday, October 11, 2009

Mencarut

...


Apakah perkataan carutan pertama anda?

Apa? Anda tak ingat? Ternyata anda terAMAT kuat mencarut sampai hilang ingatan. Atau anda tidak pernah mencarut langsung. Tahniah la ray ucapkan , kerana sekarang ni species yg tidak mencarut dah diperingkat endangered species dah . Syabas kerana berjaya mengelakkan dari perkataan busuk itu keluar dari mulut korang. Rasanya ramai yg tau apa itu mencarut walaupun tidak mengamalkannya. Sebabnya ramai beno tukang carut diluar sana.

Sebelum ray mencarut ehh silap! mengarut dengan lebih lanjut, marilah kita lihat dulu apa maksud mencarut.


Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Faedah mencarut biasanya hanyalah utk memuaskan hati atau melepaskan rasa geram. Ibarat lega meneguk air ketika haus. Ini bermakna perkataan SIAL, BABI, BODOH , MAMPUS jatuh dibawah kategori CARUT. Carut bukan hanya perkataan berkaitan alat kemaluan dan seks semata-mata. Dalam bahasa Inggerisnya, CURSING.

Sesetengah manusia menganggap mencarut sebagai perbuatan "COOL". Ia menjadi satu trend. Carutlah as much as you can and you will look so cool doing it. Walaupun ray ada masanya mencarut tapi I don't see it as a cool thing to do. Banyak filem2 luar sekarang yg mencarut lebih banyak dari menyebut "magic words" seperti please, thank you etc.

Masa kecik dulu, melafazkan "BABI" akan dicili mulut. Inikan lagi menyebut alat kemaluan orang. Tak taulah apa bentuk hukuman yg my parents akan bagi kalau ray menyebutnya. Agaknya akan disuruh telan sepaket cili boh kut. Bila berkawan kita akan terikut-ikut. When I was 5 years old, a friend sebelah rumah melafazkan satu perkataan carut. Curious nak tau apa meaningnya, I asked my mom. My mom simply told me...it's a bad word and she will punish me if she heard that word ever again.



Memikirkan hukuman yg amat berat, mencarut di depan parents wajib dielakkan. Ray pernah menyaksikan seorang bapa mencarut didepan anaknya. Satu masa, bila anaknya mencarut [mencontohi bapanya] dilempangnya muka anaknya as if mencarut is ok for adults but not for children.


Seorang kanak-kanak bijak pernah bertanya ayahnya kenapa ayahnya mencarut. "Ayah !! kenapa ayah mencarut? Mencarut kan berdosa? Ayah juga kan yg pernah cakap mcm tu" tanya si anak. Si ayah yg dah malu menjawab "Buat apa yg apa yg ayah cakap & suruh tapi jangan buat apa yg yg ayah buat!!". Another ajaran sesat dari seorang ayah yg terlebih pandai.

Pernah beberapa kali ada kes di tadika tentang mencarut. Bila perkara tersebut dimaklumkan kepada ibubapa, ada yg memberi reaksi bijaksana. "Takpe anak saya kecik lagi !! Biarkan saja". Pulak dah. Di tadika kalau seorang kanak-kanak mencarut dan dibiarkan, ia ibarat penularan virus. Another 7 kids akan mencarut. Ini secara tidak langsung akan mengundang 7 lagi aduan dari ibubapa yg mengatakan anaknya belajar mencarut disekolah. Tadika ialah tempat belajar bukan tempat belajar mencarut. Kanak-kanak ini biasanya akan dinasihatkan, diberi amaran dan diasingkan sebagai hukuman. Kemudian ianya akan dimaklumkan kepada Ibubapa mereka. Sekiranya ianya berulang dengan kerap, pihak tadika akan memberhentikan kanak-kanak tersebut.

Dari kajian rambang mata Ray di Malaysia masa yg paling kuat manusia mencarut ialah bila memandu. Bertalu-talu carutan keluar dari mulut pemandu. Bila dah penat mencarut dan dah tak larat, keluar plak sign tangan yg femes. Walaupun tak keluar perkataan dari anak tekak, ia juga adalah sejenis carutan. Carutan dari hati ke tangan. Tak cukup tangan gunakan "Horn" pulak. Atau kesemua diatas.

Ada yg tak pandai berbahasa Inggeris. Tapi, kalau part mencarut, pandai pulak berbahasa Inggeris. Ada juga yg belajar banyak bahasa. Tamil, cantonese....tapi yg dorang tau hanyalah ayat-ayat carutan dalam pelbagai bahasa. Dalam erti kata lain, berkebolehan menyebut alat kemaluan orang dalam pelbagai bahasa. Katanya...ayat kotor/carut senang nak ingat.


Ada kalanya mencarut, juga berbentuk sumpahan. Mendoakan sesuatu yg tidak baik kepada seseorang. Adakah itu yg dikatakn COOL? Beberapa bulan lepas kita pernah dengar cerita ahli parlimen mencarut di parlimen. Ya, kita terkejut. Tetapi itulah realitinya. Kenapa perlu terkejut sedangkan kita sendiri mengamalkannya?

Entry ini bukanlah satu entry larangan atau nasihat. Ia adalah satu entry berbentuk realiti yg menyingkap sikap manusia yg tipikal. Kita tau yg mencarut tu salah dan kurang sopan but still buat jugak. Kenapa agaknya? Kepuasan diri ? atau sekadar ikutan tanpa berfikir sebelum mengucapkannya.



...

16 mulut cakap2 belakang:

is-me said...

yup...btl ckp ray...moz cases is influence frm others...saye pun blajar mencarut dari kwn2...ble diorang mrh..*%#$&*& will cum out of their mouth tak kire lah bahase aper..sampai terikut2...haha..dulu mase kecik2 mmg tak pernah sebut word babi but when u grow up tat word is commonly use when u get angry...

NUke_Rude said...

kalau BABI tu kira mencarut ke ray?

babi la!!

hahaha.. carut ke ray? carut ke? carut ke?

silbi abigail said...
This comment has been removed by the author.
silbi abigail said...

ni ama ka fulat.. ni klu ckp dpan org yg sporting x pe lah.. tp biasa aku lbh suka mencarut kt benda2 mati sbb dorang x mlawan.. hahaha.... bila buat keje x nak mjadi, mulalah.. ayat popular.. ni ama ka fulat kuar dr mulut aku...

[r][a][y] eusouff said...

Is-me...
yup pengaruh persekitaran!


Nuke...
bunyi sebutan BABI yg membuatkan ianya sedap diucapkan bila marah.

cuba translate ke english,
PIG...
sedap tak bila disebut ketika marah?

Ya nuke BABI is mencarut..LOL

[r][a][y] eusouff said...

silbi,
mencarut dalam bahasa arab ke bro? LOL

Ajami Hashim said...

pakcik rasa nak mencarut jugak nih coz korang tak dtg book launch ari khamis lepas!!! huaaa!

p/s: jumpa kat maskara shorties lah ekk nak bagi buku itu!

edzlin007 said...

memang susah. saya pun kekadang marah sgt carut jg, tp dalam hati atau bila sorang2 je. tak sopan langsung kalo org lain dgr.

farish H said...

hehhe tah la kdg2 dorg ckp mende ni dhh cm jd kebiasaan je

tengku_fir21 said...

owwh...
perkataan mencarut pertama adalah "babi" tapi jujur ckp tk tahu "babi" itu mencarut
hahahaha

||| PöJìé PööH ||| said...

btol..
byk pengaruh dari rakan sebaya..
ingat dulu klo mencarut "Babi" jer itu dah kira kes besar, mmg kene cili mulut nih..
paling² kuat pun "Bodoh"..
now since dah keje ngn customer yg byk cekadak, member² pun byk mncarut, terikut² ngn depa sumer..
it is not COOl kann!

Byah Tingtong said...

sial??kira carut gak ke...cakap kasar dengan mencarut..two different things right??

[r][a][y] eusouff said...

Byah,

Ray rumuskan berdasarkan maksud mencarut kat kamus.

"Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat"

kata2 kesat n kasar bagi ray sama je.
lain la kalo becakap dengan nada kasar.

Aisyah Aina said...

whoah..nak share entri ni ye ;D

alif haris said...

melatah kot .. sampai terkeluar carutan tu ..haha

cik sakdi said...

babi tu binatang,ape salah dia. haha kadang2 tlepas ckp mase memandu. biasa la kite ni bukan baik sangat; hoho