Monday, October 12, 2009

Makcik & Tong Gas

...


Photographer : Megat Eusofe
Lokasi : Sekitar Sungai Gabai, Selangor



Kalau tong gas rumah korang habis, apa yg korang akan lakukan?

A. Pergi kedai, bayar & mintak orang kedai hantar.
B. Call aje. Nanti abang GAS hantarkan.
C. Rumah saya tak pakai gas...pakai letrik
D. Pakai trolley bawak tong gas kosong tu ke kedai dan beli macam makcik dalam gambar.
E. Makbapak saya yg uruskan semuanya.
F. Tak masak, beli makanan kat luar aje.


Hari Sabtu lepas, berkesempatan ke Sungai Gabai bersama rakan-rakan. Sementara menanti yg lain sampai [ paham2 je la kan..janji Melayu & India ] perut yg lapar, perlu diisi. So, kami pun berhentilah di gerai tepi jalan utk bersarapan.

Sambil menikmati kueh cucur udang & teh tarik, terlihat seorang makcik menarik trolley berisi tong gas. Sempat dirakam lensa kamera Megat. Yang pasti, makcik itu menarik trolley dengan penuh gaya.

"ntah2 acik tu bekas peramugari kut....tah2 ray punya senior dulu" kata Capeq.

"hurmm..I love the simple life here !!...bestnyer !!" tambah Megat sambil menghirup udara segar.

Ray plak terFLASH BACK zaman tarik2 trolley bag masa jadi peramugara dulu.

Nasib baik makcik tu ada trolley tu. Kalau takde haruslah makcik tu angkut kat bahu mcm yg biasa kita lihat tu. If that happens, bukan saja amik gambar...ray akan temuramah makcik tu terus. Boleh?

Kalau lah ray nak buat iklan tong gas petronas, ray akan pilih makcik ni to be in it.

Selepas itu kami order Tauhu Goreng dan layan lagi teh tarik [ lebih sedap dari kedai mamak ] sambil menyaksikan gelagat orang kampung disekitar.


PS: Kereta ray apesal la kilat semacam? walhal dah dua minggu tak basuh. LOL


...

10 mulut cakap2 belakang:

Dari Penaku...waty... said...

nasib baik waktu siang makcik tu tarik tong gas...bayang kan waktu malam..."JANGAN PANDANG BELAKANG"....jeng! jeng! jeng!

Dari Penaku...waty... said...
This comment has been removed by the author.
Dari Penaku...waty... said...
This comment has been removed by the author.
NUke_Rude said...

haha. aku tak suka tong gas!

asal gas habis je, aku kena g order kat kedai jimat blakang rumah tu. huhuhu.

[r][a][y] eusouff said...

waty...

waktu malam laki makcik tu la kut yg pegi kedai beli tong gas kut. LOL


Nuke...

tak suka eh? order je kan? bukan kena angkut pun kan? kan? kan? kan?

lepas order tu jgn lupa bawak sampah kat dapur tu and buang sekali ok. LOL

zulaikha said...

my parents yg uruskan.. xD
usually they will drive to the kedai then tukar tong and come back.. haha..

farish H said...

hehe tik penuh gaya skli..aaha klau iklan comercial msti mnrik kan ray

Duke Luce Dell'amore said...

saper sangka masih ade lg makcik2 yg sanggup bersusah mcm ni kn??
walaupun kebykkan owg zaman skrg ni just suruh owg kt kedai antar tong gas kt umah je..

onenoxee said...

ray...sg gabai tu kat hulu langat tu ke? hubby saya org hulu langat, kebanyakan org yg berniaga tu sedara mara die,tah2 itu makcik saya tak...huhu

edzlin007 said...

ahaha mmg sesuai jd duta iklan petronas. hmm, saya pun slalu tunggu abg gas je