Tuesday, October 13, 2009

Crew Life 18 : Uniform & Grooming.

...


Uniform & grooming memainkan peranan penting dalam kerjaya sebagai cabin crew. It carries the airline's image. Dalam erti kata lain, jaga imej sebab it will relect the image of the airlines that you are working with. For example...bila in uniform duduk terkangkang...orang akan tanya..."Crew airlines mana yg terkangkang tu?". Bila badan gemuk plak, dorang akan bertanya "Airlines mana yg amik peramugari gemuk tu? dah macam nangka kena bungkus dah!"

When you don your uniform, tak boleh nak melepak sana-sini. For example...menebeng tepi jalan hisap rokok or makan roti telo sambil menghirup teh tarik halia kat kedai mamak in uniform. Mungkin ada yg tak tau, bila in full uniform you are not allowed to take public transportation. Maknanya tak boleh naik bas yg turut dinaiki oleh orang awam. You can only take taxi.

Faktor keselamatan juga diambil kira. That's why kenderaan tersedia utk mengambil dan menghantar ke destinasi. Imagine if your pick up time is at 2 am, takkan nak naik kenderaan awam kan?




Back to uniform thingy. During training, setiap sorang akan diberikan satu manual tebal berkaitan grooming dan uniform. Baca dan kena patuhi setiap apa yg terkandung dalam manual tersebut. You have no idea how details it is. Lebih2 lagi if you are a stewardess. For example, the amount, type, shape, color of your make-up, cincin, rantai, riben rambut, watch, dan bermacam-macam lagi.



Setiap airlines, ada grooming department. Department ini akan memastikan cabin crew mematuhi segala details yg ditetapkan utk dipatuhi. Bukan saja dari segi rupa, malah berat badan anda juga akan dipantau. Biasanya, grooming department lokasinya adalah berhampiran dengan tempat melapor diri. Satu cermin besar membolehkan staff2 grooming ni memerhatikan and memantau crew sebelum mereka mula bekerja. Ala2 fashion police.


Pada yg ditangkap melakukan kesalahan akan dipanggil. Jika terdapat laporan tentang anda melanggar code semasa penerbangan, surat 'Pink' akan diletakkan dalam folder anda. Tak cukup dengan surat, bukak email saja akan ada appointment utk anda berjumpa mereka. Bila dah nama naik, anda akan lebih diperhatikan. Siap ada indication dalam crew list tentang salah laku anda agar dapat diperhatikan oleh supervisor penerbangan. Yang ada masalah berat badan, anda kena weight check pada tarikh2 tertentu. Kalau berat tak turun, anda tidak dibenarkan terbang. Begitu juga dengan masalah kulit muka.

Uniform tidak boleh lusuh atau pudar warna. Tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Waktu bertugas, sekiranya ia kotor, hendaklah ditukar dengan serta merta. Make up utk perempuan plak..warna eyes shadow kena ada warna2 yg ada pada uniform. Begitu juga dengan pengilat kuku. Kalau letak warna pink, kat kuku kaki kena letak juga. Lipstick kena sentiasa ada. Pemerah pipi kena letak. Muka xleh pucat. Mascara, eye liner kena nampak jelas. No such thing as...I don't make up because I have natural beauty. Kalau nak kena carut...silalah jawab macam tu.

Panty hose kena warna kulit. Jangan berangan nak pakai warna hitam. ..kalo kulit ko tak itam legam. Ditangan hanya dibenarkan satu jam tangan - jam tangan sports tak dibenarkan , satu cincin dan satu gelang - cincin tak leh yg berbatu besar sebesar lubang hidung korang....gelang plak xleh yg tebal2 mcm anak mami pakai..... Barang kemas yg berbunyi2 diharamkan. Subang telinga xleh yg tergantung2 or yg bulat2 ala2 hoola hoop tu...only stud type yg dibenarkan with minimal design. Hiasan Kerawang2 yg boyfriend bagi sila simpan saja di rumah ya.




Antara masalah grooming yg pernah ray hadapi sepanjang 10 tahun ray bekerja ialah warna jaket yg sudah lusuh. Butang warna gold di pangkal lengan jaket dah menjadi silver. LOL. Kasut tak kilat. Sulaman songket di jacket servis yg sudah berbulu...terkeluar. Side-burn yg melebihi paras ditetapkan. Warna stoking yg ditetapkan ialah hitam...ray pakai kelabu. Bila ray pakai hitam, kantoi plak pasal logo sebab stoking xboleh ada logo yg besar atau terang. Haihhh !! banyak la.

Ada sekali tu masa security check in New York. Semua crew kena tanggal kasut...dan kasut kena Xray screen. Masa tanggal kasut kantoi dengan supervisor ray sebab stoking ray tu berlubang. LOL.

"Haihhh...gaji ribu2....xkan pakai stoking koyak !!!" perli supervisor tu bila tengok ibu jari kaki terkeluar. LOL.

Adehhh...dengan segera ray tukar. Bukannya apa, malas nak kotorkan yg lain...pakai je yg ado. Lagipun masih bersih dan tidak berbau. LOL. Bila dah tukar, dalam kapal dia tanya lagi.

"dah tukar dah?"

"Yes...!" I replied.

"Oh ! mampu plak beli stoking?" kena perli lagi. Adehh!!

Pernah kat dalam flight, jaket terkena air juice. Ray lap and gosok sikit jaket tu. Malas nak tukar. Guess what? kena perli lagi.

"Setau I, jaket kita ni mana ada corak2 peta!" sambil menunjuk kesan tompokan pada jaket ray tu. PANASSSS telinge dengar. LOL.

Grooming and your uniform is EVERYTHING !! I was considered lucky. Stewardess even worst. lebih details. Rambut disiputkan terkeluar sikit akan ditegur. "Go and check your hair !! You look like you has just given birth !!" by the way for guys...rambut xleh wet look ya.

Grooming juga termasuk bag. Bag tak leh letak benda2 yg bukan2 utk digantung. Hand bag utk perempuan xleh terlaly penuh. Mengelembung semacam. Cara berjalan tu part of grooming...jangan plak jalan terkangkang ya. Bila night stop di luar negara, out of uniform pun ada dress code. For example, jangan pakai bra coklat dan seluar dalam ketika mandi manda ditepi pantai. As for guys xleh pakai selekeh2 or tshirt yg ada logo carut mencarut or naked ladies...no seluar ketat2. Dress decently and appropriately.

How I wish to put photos of me in full uniform in this blog. Tapi I just can't. So, ray letak la satu yg tak berapa nak nampak uniformnya setelah diedit warnanya.




Itulah serba sedikit drpd banyak and banyak lagi rules, code of conduct abt grooming. Al maklum la kan...larat ke nak tulis semua yg ada dalam manual tu dalam blog ni. LOL


PS: Ada yg mungkin perasan, lately ray rajin bebeno update blog. Kenapa ya? Kerana excited melihat statistik minggu lepas, visitors yg mencecah hampir 500 sehari. Terima kasih diucapkan kepada pelawat2 dan pembaca setia blog ini. You guys makes me wanted to write more dan diharapkan ianya dapat diteruskan dimasa akan datang.


...

14 mulut cakap2 belakang:

mell aziz said...

hoho.. eyeliner ngan mascara kena nmpak jelas eh? okeh.! nnt sy pekat kn lg.. hahaha

ikanbilis said...

i love reading these.

tapi cam semakin demotivate to dream and become cabin crew. camne eh..?

farish H said...

mnarik sgt entry ni..ssh kan nk jd steward ni..pnyela rizz veranganz ni nk jd steward haha..tgok cte awan dania pon aritu sonok sgt

Adi Luqman said...

i love,love,love, loooooooovvveeee..reading ur entries!!!

mcm baca magazine yg best tau! loves it!


hehe

[r][a][y] eusouff said...

mell...
jelas ya...hahaha


ikan bilis...
uik ! demotivate? sorry if u feel that way...

ramai yg anggap kerja crew ni senang or jalan mudah utk dpt duit banyak.
Ray pun rasa menda yg sama sebelum join.

It take me two years to get use to it. I would consider it as a professional/challenging job that requires years of training. Especially an airlines yg ada standard yg tinggi. sbb tu they have theri own academy that provides training etc.

Not doubt that the traveling part for fun and the money was good but it takes patience, determination and hardwork to make it.

[r][a][y] eusouff said...

farish...

aha...awan dania aite? frm my point of view awan dania tak begitu details. dorang missed part night stop and the fun of going places.

but it was entertaining to watch.


Adiiii Luqman!!
I'm glad that u like my entries!
keep on reading aite...more to come. aha !

thnks...im really honored !

queenlyana said...

ray,
i suka entri ni (haissh, lately I selalu menginap kat blog you...)
asal ada entri baru... i terhegeh-hegeh datang komen. huhuh

kalolah i dapat baca that book. ada lah guide untuk grooming diri sendiri.. huuhu

[r][a][y] eusouff said...

queenlyana...

terhegeh2 dtg komen? LOL. Sbb ada yg komen la ray excited nak tulis new entry. Kalo xde y sudi baca or komen ....alamat labah2 buat sarang la kan? hahaha.

||| PöJìé PööH ||| said...

Jd cabin crew mmg best n glamour, tp byk gak do's n don't's kan!!

NUke_Rude said...

ray! r u sure u dah edit warna uniform cabin tu?
or u edit warna kulit u?


hahahahah! >:D

*kamu tahu aku bergurau kan?! ha ha ha

[r][a][y] eusouff said...

pojie....

betul3x


nuke...

ya la ya la aku hitam
nak pakai panty hose itam kat kaki laen kali....huhuhu

actually dulu creah...skrg mmg gelap akibat cuaca mesia yg terik & panas.

cis.. !

Anonymous said...

how i wish to have my hands on the manual... :) ray, do share more about the manual please...

edzlin007 said...

wow byk saya tahu sini. abg ray, pakaian steward/stewardess tu dibekalkan? sebab nampak mcm sangat la kerap kena tukar

[r][a][y] eusouff said...

yup...
edzlin.
ianya boleh ditukar. setiap item uniform ada waktu luputnya.

Uniform yg diberikan juga banyak spare.
kira-kira 5-6 pasang seorang.