Tuesday, September 22, 2009

Konklusi Aidilfitri 2009

...

Entry raya diblog ini akan diringkaskan dan diletakkan dalam bentuk points. Pastinya, blog2 lain turut menghidangkan cerita raya. Membaca satu lagi cerita raya yg panjang lebar akan meloyakan tekak anda. Ibarat loya meneguk air gas dan sirap bila pergi beraya rumah orang....So, ray hidangkanlah air RIBENA. Kalau nak diceritakan semua, berjelalah entrynya, -tak bernafsu korang nak membacanya nanti, so terimalah ringkasan raya frm this blog.





1- Recession? Puh leasssee!! Rakyat Malaysia berbelanja sakan tahun ini. Lautan manusia membanjiri bazar Syawal di Melaka pada malam raya. Dah jadi trend terkini membeli belah last2 minute. Saat2 akhir...barang murah...katanya.

Setiap sorang yg datang bazar pasti membeli sesuatu. Kalau tak beli apa kejadah datang bazar, meredah jam, hujan ....hanya utk window shopping? Tak dibuat orang.
What the hell ray buat kat sini? menemani kawan membeli kerepek!


Kueh biskut kana


2. Kueh Biskut Kana/Buah kana adalah sejenis kueh yg didapati telah pupus. Dari tinjauan rambang sepanjang beraya rumah orang, kueh ini sudah tidak mendapat tempat dihati. rakyat Malaysia. Ok la maybe Ray over reacted...mungkin belum pupus...tapi boleh dikategorikan kueh2 raya terancam. LOL

3. Raya tahun ni ray duk perhatikan jenis gelas yg digunakan utk menghidangkan minuman. Cara tuan rumah pegang gelas turut diperhatikan. LOL. Sebuah rumah yg ray kunjungi...disebabkan ramai orang, memaksa yg beraya membawa gelas dari satu area ke satu area. Area 1- ruang menunggu, minuman dihidangkan. Area 2 - kueh mueh dan kerepek disediakan. Area 3 - hidangan utama seperti nasik himpit, rendang etc. Ray telah membawa gelas ray dari Area 1 ke Area 2 dan Area 3.

4. SMS masuk bertalu-talu pada malam raya dan pagi raya. Terima kasih diucapkan. As usual bila raya, line mobile sesak...trafik jam jugak dan.....kes satu sms yg sama dihantar beberapa kali TETAP berlaku. Ada yg berpantun, bersyair, bergurindam, berlagu berkata2 memberi ucapan. Kreatif sungguh !! Ada yg tidak include nama, so 60% sms yg diterima tidak dikenali pengirimnya.


Ribena


5. Nasi lemak rumah mak my best friend Fazli sangat sedap. Mak Fazli, newly elected as Ketua Wanita Umno Kg Daching Tengah, yg memasak nasi lemak itu. [datang beraya waktu pagi ]. Iklan RIBENA, menjadi kenyataan disalah sebuah rumah member yg dikunjungi. Tapi masih ramai yg menhidangkan air sirap, air bergas oren & strawberry. Biasa je. LOL. 10 markah pada rumah yg menghidangkan air ribena...ada kelas. Masalah perut buncit terkawal.



Elyas & Aisyah


6. Dapat berjumpa dengan anak buah ray setelah 5 tahun tidak bersua muka. Malangnya dia tidak kenal Paksu Boy nya. Last time jumpa he's only 1 year old. Mereka telah dipaksa utk bergambar khas utk blog ini. Yg datang rumah my dad, semuanya memuji betapa comelnya Elyas. Bangga atuknya bila dipuji...hahaha

7. Bermain bunga api sebanyak 2 cucuk. Cucuk?? ko ingat satay ke? LOL. Bermain bunga api kerana tugas ray utk melayan anak buah. Supervised them. Ala2 dah mengawas...join la sekali.

8. Mengalami migrain dipagi raya kerana kena hujan ketika merewang di bazar pd malam raya in Melaka. Enjoy ke beraya bila kepala berpusing2 mcm gasing2?

9. Pengalaman ngeri ketika memandu ke Jasin pd malam raya. Hantar my housemate balik kampung. Hujan lebat, jalan gelap, cermin berkabus dan kereta2 laju. Terhegeh2 mengelap cermin. Tingkap rumah ray pun tak dilap raya ni...tak pasal2 cermin kereta dilap sambil memandu. Sampai rumah in Seremban jam 2 pagi.

10. My dad buka cerita pasal Kg Gebok seperti biasa. Mangsanya my brother in law...buat kali keempat kelima keenam kalinya. Setiap yg berkunjung ke rumah my dad pastinya akan melawat 2 ekor lembu yg berada di belakang rumahnya. LOL. Tak tahu la kenapa. Part of the tour package kut. Ada apa dengan lembu 2 ekor tu?

11. On the way balik KL singgah Mc D. Berderet kereta kat drive through. pelik jugak....kenapa ramai bebeno orang nak makan Mc D masa hari perayaan. Loya tekak makan lemang, rendang dan kueh kacang kut?



Jam tart panas


12. Jalan sesak on the way balik ke KL. Dah la jam...panas plak tu...huhuhu. Aircond kereta bermasalah!! Bila nak service? ntah la. Maka akan terbanglah wang dalam jangkamasa terdekat ni. Masalah aircond antara punca dalam kereta berkabus semasa otw ke Melaka pd malam raya.


Menyentuh nostalgia aidilfitri yg ray paparkan dlm entry sebelum ini, sgt jauh berbeza dengan apa yg ray alami for the past 3 days. Walaupun berbeza tetapi tetap happening! 2nd day raya, ray akan berkonvoi dengan my good friends frm one house to another. They are my school mates friends yg tak pernah gagal meneruskan tradisi tersebut semenjak 20 tahun yg lepas.

Kawan datang dan pergi...hanya sahabat yg akan setia bersama. Zam. Nizar, Fazli, Suzana & Bob...thank you for making it special each year. Harap2 dpt diteruskan sehingga semuanya tua kertu.




....




13 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

hahaha. best raya ek? sampai migrain la ape bagai..
alhamdulillah la, selamat gak sampai rumah ye. salam aidilfitri :D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

vangga maria tunku sabri =P

Farazila said...

wahh..sepantas kilat buat laporan raya yea....

bguih...

Muhammad said...

adoiiii....part dapat " kain buruk " ...utk lap cermin tu ??? ( tak masuk skrip kah ?? babak tu )..ahhahaha

edzlin007 said...

tak penah jumpa lg biskut kana tu. teringin nak makan, tapi tak jumpa.
anak buah ray dua org tu memang comel.
saya pun masuk raya kedua dah start cari fastfood, tak larat makan makanan raya yg dijamu sehari suntuk pada raya pertama

azli said...

Salam Aidilfitri sekali lagi dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
Salam Kenalan Dari Kami…

“Tanjung Puteri Pantai Gelora,
Selat Tebrau Kembara Mahkota,
Tibanya Syawal Disambut Gembira,
Salam Dihulur Kemaafan Dipinta”,

Jika tidak terlambat dan masih ade kesempatan ini

“Dalam kerendahan hati ade ketinggian budi..
Dalam kemiskinan harta ade kekayaan pekerti..
Dalam kelembutan lidah ade keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentunya ade silap berdosa”

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini aku menyusun jari salam dihulur memohon ampun dan maaf atas segalanya..

Silalah berkunjung Ke blog kami ye…

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek beb.

Selambe..

silbi abigail said...

selamat hari raya.. maaf zahir batin...

k.A said...

serius tak pernah jumpa and tak pernah dengar nama kuih tu..

zulaikha said...

never heard of kuih biskut kana.. :O
tanda2 da mau pupus..

farish H said...

hee meriah raya

queenlyana said...

masa i kecik-kecik dulu, (masa bila tah i keciknya..) err dalam 13-15 tahun yang dulu... darjah 3-4 kot..
i memang selalu kena suruh buat biskut buah kana tu sebab mak i jual biskut raya..

dia kena pakai dua acuan..
bentuk macam buah kana tu lah..
bila dah masak kuihnya.. akan dicantumkan dengan jem strawberi. baru berbentuk spt dalam gambar ray tuh.

now dah jarang jumpa..
lagi satu biskut DAM.

Tasha said...

ooo... kat kg Daching Hilir zaman dulu2 byk kueh Kana... paling sedap kueh bila makan sampai tersedak... macam makan tepong je... tp sodap...

rmh makcik dekat ngan simpang Kg Daching Tengah...