Thursday, September 17, 2009

Nostalgia Malam Menjelang Aidilfitri

....


Mengimbal masa lalu, tarikh hari raya tak diketahui seperti sekarang. Ibarat AF yang penuh dengan kejutan. Berdebar2 tunggu pengumuman kat TV. Dua reaksi berbeza.

1- Ray - berharap raya keesokan harinya. Tak yah puasa lagi. Nak celebrate cepat u ols.

2- Ahli keluarga yg lain - Jangan la raya esok. Lusa la mintak2 nya.



Perlu ke duduk atas kerusi tu? LOL

Bila penyimpan mohor besar raja-raja umumkan tarikh.....sambil duduk atas fancy chairnya...my sis menjerit !!!!

"Pengumuman RAYA !!!"


Berlari seluruh ahli keluarga ke ruang tamu rumah menenung tv kecik SINGER yang masih tak habis dibayar ansurannya.

Setelah diumumkan, ini reaksi yg diterima.


ESOK RAYA !!!


Ray menjerit ...melompat gembira !!!

Yang lain-lain....menggelabah. Kelam kabut semacam. My mom berlari ke dapur...nak cabut bulu ayam. My dad sibuk baru nak kemas rumah. My sis terhegeh-hegeh nak pasang langsir, tukar kusyen, isi balang kueh dan menghias rumah.

My house pada malam raya mcm baru lepas bencana alam. Tunggang terbalik.

Ray pelik ngn keluarga ray ni. Rumah achik Sipah sebelah rumah, dua hari sebelum raya...dah ditatariaskan. Langsir dah tukar....kiranya dah 90% ready. Lampu lip lap lip lap dah berkerlipan depan anjung rumah. Rumah keluarga ray...semuanya persediaan akan berlaku pada malam raya...sebaik sahaja selepas pengumuman raya.





Then, I asked my mom. Kenapa kita tak kemas rumah awal2? Wahhh bertanya ni..padehal haram nak tolongkan. She replied...."tak syok la kemas awal2". Menyibukkan diri saat2 akhir agak trill sikit kut.

Rumah dekat dengan surau. Takbir raya berkumandang. Mercun kat luar meletup2. Sepanjang jalan dipasang pelita. Meriah sungguh !!! Surau ditempat ray juga akan pergi dari rumah ke rumah utk bertakbir. To my mom and my dad malam raya mmg tak tido. Sepanjang malam membuat persiapan.

Ray tido semasa keadaan rumah macam tongkang pecah. Bangun tido je....waktu pagi raya...semuanya berubah. Ibarat kejutan ERIC LEONG "SUPRISEDDD !!!!!" mcm buat house make over. LOL.


Final touch, ialah hidangan atas meja. Punyalah pelik umah kita org akan ada kek icing atas meja as hiasan bukan utk dimakan. Atas kek fancy tu...tertulis selamat hari raya. My mom yg akan siapkan final touch atas meja. My sis akan buat final touch...letak apa menda tah kemenatang benda yg letak kat kusyen tu. Yang beropol2 kat tempat sandar tu. Bila duduk menda tu akan jatuh. Dah satu keja plak nak betulkan!!! Akan juga digantung/ditampal kad raya pada dinding rumah as hiasan. lagu banyak kad lagi bagus...maknanya keluarga tu popular.



versi yg ada kat rumah ray yg berlapis & bertingkat2. Lebih kurang la ni.


Setiap rumah masa tu mesti ada meja bulat dengan kain alas beropol2 berlapis mcm kain baju Siti Nurhaliza masa mula2 nak popular dulu. Wajib for my mom tu prepare "BUNGA KERTAS" . Bukan bunga kertas yg tu yg ray maksudkan. Bunga ROS kertas yg mom buatkan setiap kali raya as her signature.

Masa raya la my mom nak show off skill dia buat bunga ros guna kertas, her serunding daging, her famous kueh tart, her CHINA ware, gelas2 yg lazimnya jadi perhiasan dalam almari kaca.


KALAU LUSA RAYA !!!!

Ray sorang je yang berduka cita. Nak ilang kan tension...merayap pergi rumah kawan2...main galah panjang.

Yang lain menarik nafas lega. So xyah kelam kabut. My dad layan tv...my mom buat routinenya mcm biasa. Kononnya.....ada banyak masa nak prepare apa yg patut. Al maklum la kan ada sehari lagi.

Tapi dari sudut pemerhatian ray la kan...sama je....LOL
Tetap kelam kabut malam raya....Tetap tak tido malam. Tetap sama ...Apa bezanya?

Itulah reaksi keluarga ray malam menjelang raya. Now my sis and her family sort of doing the same thing. GENETIC ke ? LOL


Dikesempatan ini, Ray nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin" kepada semua pembaca blog [r][a][y] eusouff yg tak seberapa ni. Juga kepada rakan-rakan bloggers, pengikut/blog followers yg seramai 178 orang tu, artis-artis, yang perasan diri artis dan popular, kroni-kroni, sahabat handai dan tak handai, musuh ketat dan juga pada yg tak membaca blog ini...hahaha. Kira semua lah. Ya la kan, mana la tau ada yg tersentap, terasa bila membaca blog ray ni. Den tak tahu la , so kira pakej la...mintak mahap kat semua orang.


PS : Bukan ray tak nak membantu keluarga pd malam raya. Anak manja ini tak dibenarkan membantu kerana dianggap melambatkan lagi proses kerja dorang tu. Lagipun ray paling kecik sekali. ALASAN !!



...

28 mulut cakap2 belakang:

ikanbilis said...

salam lebaran, maaf zahir dan batin kalau tersalah silap =)

Indera said...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin Ray!!

my pink diary says... said...

naper cm sama ek famili kita? wawawawa..last minit seme..taun nih lagi haru..siap kata nk cat umah...esok stat..ley? wawawa..tulunnn...tulunnn...apa pun..slamat hari raya en ray..mahap zahir batin k? ;)

[r][a][y] eusouff said...

Ikan bilis & Indera....
Selamat hari raya ...
sama la kita
Raya elok2 k


my pink diary....
esok baru nak cat rumah??? LOL
luar ke dalam?
termasuk pagar sekali kan?
hahahaha

Duke Luce Dell'amore said...

hihihi..anak bongsu ke??

mlm raya biasanya kami duk gegolex tgok drama kt tv je..
klu bosan,kuar p Jln TAR cuci mata..

hikhikhik..

[r][a][y] eusouff said...

Jim...
uik duduk gegolek je?

Siapa pasang langsir, kemas rumah, sapu sampah, buat kek, hias umah, masak rendang?

org gaji buat ek?
hahahaha

cuci mata malam raya.
agar pagi raya mata besih dan jelas bila memandang kan?

farish sinclair said...

ahha sonoknya bce..meja bulat tu mmg wajib sume ade kan wakakak..smpat men galah pjg lagek ehhe

[r][a][y] eusouff said...

Farish....
meja bulat tu kat umah mak2 kita wajib ada..
cantek katanya...
LOL

Dari Penaku...waty... said...

Salam ray,

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

nostalgia ray menyentuh hati waty. teringat zaman kecik2 dulu.yang pasti suasana itu jadi kenangan terindah.

rObOt said...

selamat hari raya!
maaf zahir batin :)

zulaikha said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to you!!! :D
maaf zahir and batin.. :)

[r][a][y] eusouff said...

waty...robot...eca....
thanks
selamat hari raya to all of you too.

zaman beraya as kanak2 mmg berbeza
so spe kanak2 tu or tak cukup umuq
enjoy la raya selagi masih muda

kannn??

is-me said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin....
persiapan utk raye taun ni buat sendiri ke ray???kek2 tu sume ray buat ke ???since dah besar segale2 nye besar takderluh istilah anak manje kan dan kechik....muahahaha...kidding...

[r][a][y] eusouff said...

is-me...

still manja lagik
my sis buat semua
huhuhu

FaPet said...

Uncle..uncle!!!...bite nak mintak maap ye uncle..klu kite slalu wat uncle marah muehehehehehehehe!!! Selamat Hari Raye bro maaf zahir dan batin!!!

Nak duit raye uncle...

NUke_Rude said...

sangat nostalgia ok.
by the way,
salam aidilfitri juga. maaf kalau ada salah silap spanjang perkenalan kita menerusi blogging nih. Hahaha.

Nak duit raya boleh?

zanetti_be said...

salam lembaran.selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir dan batin..memang aidilfitri imbau banyak kenangan kan

CikguNurin said...

Ray,suasanatu sebijik cam umah akak,kitorang tak tido malam raya...tapi tu sumer masa mak masih ada,dah tiga tahun mak akak pergi (11 ramadhan),dah tiga tahun jugalah,kami tak macam dulu,raya dah hilang semua seri....(sedih baca entri ni,teringat meriah masa mak masih ada...)

is-me said...

ish ish ish....teruk nye ray...nasib baik ray ader sis mcm tu....kalau tak wat is going to happen??tak beraye lah kot...haha...

edzlin007 said...

ahahaa...sebijik sama mcm family den, termasukla meja bulat ropol2 bagai...dgn bunga kertas tu...tp semua itu masa sekolah dulu.

selamat hari raya aidilfitri abg ray, maaf zahir dan batin

[r][a][y] eusouff said...

Zanetti be...
tak terimbau banyaknya nak mengimbau kenangan lalu...hahaha
selamat hari raya bro

Cikgu Nurin...
same here. My mom jugak passed away when I was only 11 yo. Kemeriahan yg berlainan sbb cara menyambut, dengan siapa menyambutnya dan usia yg berbeza.

It's good to remember dari tak ingat langsung...kan?

[r][a][y] eusouff said...

is-me...
raya tetap raya
kakak ray tak buat persiapan
ray boleh harap kakak sorang lagi...hahaha


edzlin...
itu lah cara org kita menghias rumah dan beraya dulu.
Tapi sekarang apa kelainannya yg mungkin membawa kpd satu persamaan?
Samakah kita dalam taste menghias rumah pd zaman sekarang?
susah nak carik persamaan tu skrg kan?

Selamat hari raya edzlin...!!

Ajami Hashim said...

wow! i suka lapik meja bulat pink itu!

p/s: Salaam Aidilfitri jugek utk u skuarga abg [r][a][y] :-)

[r][a][y] eusouff said...

Ajami...
suka?
i bley belikan for you if u berkenan...LOL

slamat hari raya uncle blogger tersohor !!

Anonymous said...

salah sorang pembaca senyap blog u
tak penah miss
ari2 bukak

just nak wish eppy eidulfitri !!

♥Syamelia♥ said...

selamat hr raya, ray...
maaf zahir batin...
may u have a joyous n great raya...
take care n drive carefully...

ps:
if mkn burger ijan (not kueh tart) igt i, ya...lol

Farazila said...

ray....
amboi kechik2 senang lenang yeaaa....

lilo teringin nk rase rendang ayam yang ray buat..
nt lilo nk dtg umah ray beraya leh x??

selamat hari ray ray....
0 - 0 k..

Alinsays said...

Selamat Hari Raya Mr Ray Eusouff !!!

Maaf zahir & batin...