Tuesday, September 15, 2009

Crew Life 16 : Dilema Aidilfitri

...


Cuti di hari raya bagi crew adalah satu nikmat. Anugerah yg sgt2 dihargai. Berita gembira. Sebabnya, bukan mudah utk bercuti. Antara soalan lazim yg kerap diketengahkan antara crew2 ialah bertanyakan "Raya ni ...cuti ke tak?"

Masa dilatih menjadi crew, isu cuti raya diperjelaskan. Kerja ini memerlukan pengorbanan utk tidak meraikan sebarang perayaan. Jangan duk harap sangat. Kalau ada...ada lah...kalau takde...terima je lah. Proses memohon cuti bermula 6 bulan lebih awal.

The system [computerised ] yg menentukan dapat cuti ke tidak. Bukan kes siapa cepat dia dapat. Ikut rank, category, seniority, gender, ethnic dan bermacam2 lagi.

Bila dapat cuti soalan seterusnya yg ditanya...berapa hari? Kalau cutinya dua hari...dah bersyukur sgt2 dah.
Bila tak dapat cuti.....soalan lazimnya...."ko raya kat mana kali ni?"



tenung kueh raya dipagi raya di perantauan


Ada yg pagi2 raya usung beg, terpacak menunggu van. Ada yg petang raya kerja, tapi tak de makna sbb xleh kemana2. Kalau kampung dekat xpe.

Ada yang sampai KL pagi raya. Kira ok la tu... terus cabut balik kampung.

Yang memang dah berada diluar negara, raya lah sesama sendiri.

Level 1- Organise sendiri
Pakai baju melayu/baju kurung...bertandang la ke bilik rakan sekerja. Makan lah kueh yg masing2 bawak ala2 pot luck. Panaskan la rendang beku utk dijamah bersama. Pasang MP3 layan lagu raya. Ada jugak yg layan lagu2 sedihh melayan perasaan. Bukak la tv...tapi xde rancangan raya pun. Takde nasyid...takde circus pagi2....huhuhu.

Level 2 - Majlis diaturkan
Ada sesetengah hotel, menyediakan bilik khas [lounge] utk jamuan ringan. Berayalah bersama2 rakan2 atau airlines yg tinggal dihotel yg sama. Ada hotel tak sediakan langsung...pandai2 la korang - balik semula ke level 1.

Destinasi tertentu seperti London membolehkan crew ke "Malaysian Hall " utk berjumpa dengan fellow Malaysians yg lain. Pakai baju melayu...naik tube [keretapi] pepagi. Takde org London yg kesah pun ko pakai baju apa. Cuaca pun kena consider....lain benar rasanya bila beraya...salji turun...dh mcm Krismas la pulak.

Level 3 - Xtiviti tambahan
Ada yg meraikan raya dengan cara tersendiri. Malam raya berpeleseran kat kelab menghabiskan waktu, membeli belah menyedapkan hati. Dalam erti kata lain buat sesuatu utk tidak terlalu memikirkan tentang raya.

Nak kol mereka yg tersayang? Tengok jam dulu. Waktu lain2. Disesetengah tempat, Malaysia dah raya dulu. Ada tempat yg ko raya dulu.

Ada juga kes yg beraya 2 kali. Dah raya pastu balik ke KL ...raya sekali lagi.

Yang paling malang...beraya dalam kapal terbang. Tapi yg bagusnya...tak rasa2 apa2 pun sbb sibuk bekerja. Sampai destinasi...raya dah lepas. Seolah2 berada dalam mesin masa, melangkah sehari dan mcm raya tu tak pernah wujud.

Bagi crew yg tak dapat beraya, nak sedapkan hati.....sematkan dalam hati dan menaruh harapan lah agar tahun depan giliran beraya akan ada. Ada juga kes hati kering yg tak kesah raya ke tak...sama je...katanya.


Ada kes yg lebih menyayat hati. Dari 18 crew bertugas....ko sorang je la Melayu. So, pandai2 la bawak diri. Kalau night stop tu ada set crew yg lain ...kira ok la jugak. Mungkin ada Melayu yg lain kan? Tapi kalau set crew ko je la yg ada kat hotel tu.....berayalah kamu seorang diri.

Itulah serba sedikit dilema crew tentang berhari raya.

Kenangan manis beraya bagi ray ialah semasa ke Jeddah. Dapat duit raya USD1000 dari seorang jutawan arab yg berada dalam flight. Jutawan tu adalah passenger first class ! Ray yg melayannya. Plus....semua crew muslim, jutawan ni tanggung trip ke Mekah utk beraya disana. Kira2 sejam perjalanan dari Jeddah. Hotel 5 star and room service sign je dan akan dibayar oleh jutawan tu....Menjadi kenangan manis bukan kerana wang semata2, juga kerana beraya di Mekah amat berlainan suasananya. Aidilfitri diraikan serba sederhana dengan penuh ketenangan dan keinsafan.


...

12 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

hm. yeah?
skang baru aku nak terfikir prasaan crew yg kna beraya atas awan or somewhere jauh dr family. huhuhu.

||| PöJìé PööH ||| said...

OMG!!
Bsyukur jugak xpnh lepas jadi crew sbb raya is the MOST IMPORTANT event for me with family..
Xleh bygkan xleh raya ngn family, sure teriak kuat2 ohhh kat dlm flight!
HUhuhu..
Itulah pengorbanan apabila melangkah ke kerjaya yg penuh glamour nih!

farish sinclair said...

sonok n sayu bce n3 ni.tp atleast de gak la pnglman ray beraya sbgai crew cabin kan..nk gak ase cmtu huuuu

Duke Luce Dell'amore said...

byk lg pengorbanan jd krew ni..

for certain family,dowg xkesah anak2 dowg xde bile raya..just like my family when my sis xde during hari raya..

bg kami,raya or tak,tetap sama..
tp bile berkumpul tu,meriah r skit..

Abir Abhar said...

suka baca cerita ni..
hehe..
dulu cita2 nak jadi pilot..
tapi cancel arh

iamsabahgirl said...

sshnya jd crew ni..kena raya atas awan..part ray kena belanja oleh pak arabb tu suka la..murah rezeki ray yer..

edzlin007 said...

wow, rezeki korang jutawan tu belanja.

hmm, byk sungguh cabarannya jadi steward ni. abg ray, blog ini ada steward/stewardess, pilot, yg baca?

FaPet said...

owh rancangan circus dan sirap memang xdapat dipisahkan aku amat merindui mu muehehehehehehe!!!

[r][a][y] eusouff said...

Menjawab pertanyaan edzlin...ada atau tidak steward/stewardess baca, jawapannya ntah la...hahaha

my crew friends ada la yg baca kut.

ramai silent readers so susah nak tau...hahaha

[r][a][y] eusouff said...

uikkk

i am sabah girl....
first time drop komen ni...thnks!!

[r][a][y] eusouff said...

Fapet...
tak tau la kenapa dulu ada circus pagi2 raya kan? Motiffff???


Abir...
tak jadi pilot sbb apa ek?
RABUN ek?
or buta warna? LOL

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...
baru terfikir ek? hahah
bukan askar je yg tak dapat beraya
huhuhu


Pojie...
mmg ada kes peramugari yg berteriak pown...


farish...
yup pengalaman yg tak mugkin mudah dilupakan !


Jim..
sbb dah terbiasa dengan ketiadaan yur sister kowt..
mula2 masa dia join crew mungkin ada la sikit rasa kekok kowt.