Thursday, September 10, 2009

The art of holding a glass

...

Situasi : Lepak kedai mamak

Order teh tarik.

Mamak tu datang bawak teh tarik yg diorder itu.

Perhatikan cara mamak tu pegang gelas yg mengandungi teh tarik itu.




Adakah mamak itu pegang bahagian bawah gelas atau dibahagian mulut gelas tu? Cara yang betul ialah seperti gambar diatas. Ada yg amik kisah dan ada jugak yg tak ambil peduli cara orang yg menghantar minuman korang tu.

Ok. Now...tengok dengan lebih teliti jari mamak tu...huhuhu. Bersih ke? Kuku? Silap2 jari penunjuknya siap terendam lagi dalam air yg bakal korang minum tu. Then, tengok tangan kanan ke kiri yg pegang gelas tu ? LOL

Mamak! saya mintak teh tarik la...bukan teh tarik celup. Celup ngn jari.



baru lepas korek tahi hidung agaknya


Ada selera? LOL

Bila kita terlepas pandang, tanpa disedari , mulut kita akan menghirup teh tarik tersebut pada tempat yang dipegang tadi.

Insan normal akan rasa geli. Anda?

Ada yg kata, tak nampak takpe. Ada juga yg buat2 tak nampak.

Worst case, kita sendiri bila pegang gelas pun kita buat benda yg sama. Tak gitu? How often do you really look on how you actually hold your glass while serving or drinking ke anak tekak sendiri?


Pegang gelas ada seninya


Sebenarnya tak perlu nak beriya-iya belajar cara nak pegang gelas. Dari designnya, logiknya kita sepatutnya tau cara nak pegang gelas tu. It's quite simple and make sense. Macam gelas diatas....kita pegang dikakinya. Biasanya gelas mcm ni, utk wines. Since muslim HARAM minum wine , tapi rumah Kak Temah ada jugak. Boleh isi air ribena raya ni...hahaha.

Nama gelas ni...goblet. Ada jenis yg lebih besar. Ada juga yg panggil gelas jenis ni...wine glass. Kat hotel kita akan lihat gelas jenis ini digunakan utk diisi air putih.

Jangan gelak ya. Ray pernah pegi umah sorang nenek ni masa raya. Tu diaaaaa...keluar gelas jenis tu ya...utk tetamu. Diisi dengan air FANTA. LOL. Walaupun yg servenya berpangkat nenek, tapi TETAP pegang gelas dengan cara yg betul ya.

Ray pun bertanya. "Wahhh nek..pandai nenek pegang gelas tu...mana nenek belajar?". Nenek tu jawab " DEN belaja masa zaman omputeh jajah malaya dulu"


pecah kaca pecah gelas, pegang gelas jangan malas.


Rumah Kak Saleha pun ada jugak. Tapi jenis yg panjang. Gelas yang panjang sebenarnya utk champange. Gelas jenis ni dipanggil FLUTE. Tapi certain ocassion, Kak Saleha serve air buah anggur buih tanpa alkohol pakai FLUTE utk tetamu yg datang umah utk party direct sellingnya. Kalau hari x spesel, keluar gelas biasa je. Flute ni Kak Saleha simpan dalam almari kaca utk ditayang pada tetamu. Dah macam muzium gelas plak ray tengok. Berangan n kelas kan kak saleha ni? Tapi malangya dia tak train embok dia cara pegang gelas tu. Hilang Kak Saleha punya kelas...hahaha.

Oklah lupakanlah pasal gelas fancy mancy tu. Katakanlah gelas biasa. Cara nak pegang kenalah betul. Tapi masih ramai yg tau tapi tak buat. I guess it's a bad habit.

How would you really react, bila minuman yg dihantar dipegang dengan cara yg salah.

A. Bagi fast course cara nak pegang gelas
B. Simbah air kat muka mamak tu
C. Buat muka geli dan sound mamak tu
D. Tak minum air tu, dan order air kelapa
E. Minum je air tu. Tak mati pun kalau minum.

Terpulanglah...LOL

So raya ni...atau bila berbuka...fikir2 la apa yg ray tulis kat dalam entry ni.

Additional info : Masa makan, use your left hand to hold your glass. Right hand utk suap makanan ke dalam mulut. Walaupun pakai fork & spoon still use your left hand to hold the glass. Ada sebabnya, gelas tersebut diletakkan disebelah kiri pinggan bila makan kat hotel.

When you are serving drinks, use your RIGHT hand to hold the glass. Tak perlu nak lentikan jari ya. Tak wujud dlm syllabus. LOL


...

12 mulut cakap2 belakang:

Muhammad said...

Tun

me dulu lagi kuang hajor...
pegang gelas bertangkai tu..kat part area lain ( tak pegang pun tankai tu )

tapi tak lah..sampai jari 3 ruas ..masuk dalam cawan. hoohhohoho

tapi..bukan orang2 tua ada cakap.

" rasa air tangan " ..baru sedap!!!

[r][a][y] eusouff said...

dear muhammad...

bergantung juga pada air tangan sapa kan?

air tangan mamak yg baru je keluar toilet tanpa membasuh tangan?

hahahaha.

Ajami Hashim said...

Salaam..

blog anda di-hilite kat sini >> ajamihashim

:-)

p/s: eh! mcm kenal lah blog owner nih! kita pernah jumpa kannnn? ahahaha!

si nakal andi said...

ah

haritu masa berbuka di hotel
ada guna gelas goblet tu
drink juice lah, of course
tapi agak nya masa pegang gelas tu
sudah ter'lebih' STYLE
member sebelah tengok dan spontan menegur

"apesal ko pegang gelas macam tu? jambu lah ko nih"

MACAM HARAM!!

farish sinclair said...

coi lak tgok kuku tuh ahhaha

ai@reel said...

suka melayari blog anda..psl tangan tu apa hal pegotor sangat mamat tu...uuhuhuhu

al-Wann said...

slalu ak g kdai mamak ak x aware cara dorg pegng gleas nie..thanx bro..lepas nie akan lebih bhati2..

Farazila said...

huhuhu......mamak oo mamak..kenapa la kamu je yg kene...
sedap pe teh tarik mamak..
dats y malam2 lilo selalu lepak kat hafiz coner..

hiihhih

omgpetch said...

"tak masuk dlm syllabus" eh? hahah cannot go la ray!

FaPet said...

Umah Mr.Ray ado Goblet of fire x?? dah lame den cari mende tu...muehehehehehe!!!

amiena said...

nasib i baik sebab kat sarawak ni susah nak jumpe kedai mamak..hahahhaaa...balik semenanjung pun tak suka sangt nk makan kat kedai mamak....hehehehe...pasal glass tu i baru terpikir 2 day le....

Duke Luce Dell'amore said...

suker entry ni..
salah satu pengajaran table manners..

pasni ray tulis pasal mkn guna sudu & garfu plak tau..
coz still ramai lg owg yg xreti nk guna..