Sunday, September 6, 2009

Aboi anak Esah

...


Masa remaja [ long...long...long time ago ], duduk plak area Seremban...tempat lepak sgtlah terhad. Still belajar kan? so manalah ada peruntukan utk lepak ditempat grand-grand.

Meeting point, masa tu ialah semestinya kedai buku. Bila meet kat kedai buku, boleh belek2 magazine ke, buku2 ke & apa2 yg patut sementara menunggu yg lain2 sampai. Takdelah rasa bosan menunggu kan? Almaklum kelambatan satu kemestian bagi sesetengah orang dengan pelbagai alasan in the world.



Lepas semua sampai, proceed ke kedai makan. Tempat pilihan...restoren fast foodlah apa lagi. lepas makan, then off you go to the cinema. In Seremban masa tu ada lima panggung wayang.

1- ODEON - tayang cerita melayu. Tiket cuma RM1.80
2- REX - tayang cerita2 cina
3- RUBY - tayang cerita2 cina
4- PLAZA - tayang cerita2 murah/indon dan xrated . Takde air cond...kipas je...huhuhu. tiket RM1 je...LOL

Satu panggung satu filem je. So very the limited choice. Kalau filem mcm tak best, pegi main game kat Wisma Punca Emas. Insert coin 20 sen, main lah game sampai lebam. Itulah routine lepak masa remaja.

Zaman pertengahan berusia 20an, bila dah tinggal di KL, dah kerja...status sosial meningkat. Dah berduit. Ada teknologi. Dah ada hphone. Filem berlambak boleh tengok...and so many things to do. Masing-masing dah upgrade diri. Kalau dulu jumpa kat kedai buku, sekarang kat cafe2 plak. Kononnya lepak kat Starbuck, sgtlah kelas. Starbuck KLCC.



Duduk lepak sambil menghirup coffee cekik darah dan menikmati suasana panaroma taman yg dipenuhi gelagat manusia. Wahhh gitulah! Ray bersama empat rakan sekolah ray [ member yg sama lepak kat Seremban dulu] berubah citarasa sekarang. Walauweiiii !!

Semasa lepak, KLCC didatangi oleh segerombolan makcik2 dari Seremban ke KLCC. Satu bas datang melawat KLCC. Anjuran cawangan wanita UMNO KG Dusun kut. LOL

Tiba-tiba seorang makcik menegur salah sorang dari kami.

"Aboii !!!! Aboii !!!"

terperanjat beruk kami dengan suara panggilan yg sgt kuat.

" Aboii kan ni??? Aboii anak ESAH kan? Anak Esah kan??"

Ya, one of my friend yg digelar Aboi got spotted in KLCC by one of his mom's friends. LOL

Aboi dah tersengeh. Semua mata memandang ke arah kami. MALU !!!

Then she started yelling again. This time...dia jerit kat kawan2 dia yg lain.

"Timahhh !!! ni haaaa... den jumpo anak Esah !!! Aboii anak Esah !!"

Saper Aboi ni ? artis ke? Ada album ke ? LOL

Walaupun malu, dah nama pun anak melayu....kami bangun dan bersalaman dengan semua makcik2 tu sebgai tanda hormat. Walaupun status dah upgrade, rasa hormat kenalah ada.

Aboi FC meninggalkan kami setelah beberapa ketika. Agaknya, bila mereka balik...akan kecohlah satu taman tentang cerita mereka berjumpa Aboi anak Esah di KLCC. Ray rasa dorang rasa bangga kut. Berjumpa dengan orang yg mereka kenal dari ribuan pengunjung KLCC yg mereka tak kenal , mana tak excited kan.

That was then, zaman pertengahan. Masa tu nak mencari identiti diri. Nak rasa lah hidup glam sbb dah berduit. Sudah tentu ada rasa malu kan kalau ditegur dengan kuatnya dengan nama panggilan ketika nak menGLAMkan diri. LOL


Aboi anak Esah sekarang dah memiliki jawatan tinggi disebuah bank. Dah kaya. Banyak harta. Kebanggaan keluarganya. Walaupun memiliki semua itu Aboi tetap merendah diri dan menghormati orang lain. Dia tidak lupa kami kawannya yg berada dalam setiap pahir getir kehidupan sebelum sampai ke tahapnya sekarang.

Kadang-kadang bila kita semakin selesa, kita lupa. Lupa asal usul kita. Orang yang berbudi dengan kita. Jasa mereka. Lupa, orang yg membantu kita secara tidak langsung utk sampai ke tahap kita sekarang. Dulu kita menurut kata, kini kita mula membantah. Tak salah utk tidak bersependapat tapi kenalah ada caranya. Jangan terlalu lantang seolah-olah kita terlalu sempurna.


PS : Jalan cerita diubah suai mengikut kesesuaian yg sangat sesuai kesesuaiannya. LOL



10 mulut cakap2 belakang:

ai@reel said...

alhamdulilah..adat resam masih diamalkan walaupun sudah menrupgrade diri...uhuhuu

[r][a][y] eusouff said...

aha..ai@reel
betul...betul...betul kata Aboi anak Esah

queenlyana said...

Ray, I suka entri nih.
I pun tengah nak mendaki ke tahap yang lebih selesa. Tapi tetap berharap semoga kelebihan yang kita dapat tidak menjadi kekurangan yang paling hebat untuk diri kita.

mell aziz said...

huhu.. takut gak klaw terlupa diri satu hari nnt.. na'uzubillah.. huk3

farish sinclair said...

so sweet n3..yup mmg kne ingt asal usul kite kann

NUke_Rude said...

hm. kalau aku lah. tak tahulah macam mana. salute lah kat member ko tu.

[r][a][y] eusouff said...

queenlyana & mell...
kita kena saling ingat mengingat agar tak tersesat jalan


farish aka Reez,
walaupun malu tapi asal usul jgn dilupa

[r][a][y] eusouff said...

nuke,
realitinya
mmg dia malu
tapi bila fikir2 balik
org sekeliling masa tu
tak kenal dia pown

makcik2 tu kenal kedua ibubapa dia
nama keluarga harus dijaga

omgpetch said...

tu lah kan. kdg2 time nk feeling2 glam feeling2 diva la dugaan dtg menimpa. tp, nk buat mcm mane, aboi kenalah tego. nnt dianggap kekwat plak oleh aboi fc. apa2pun, asal usul mmg takley lupe. biarlah dtg dari ceruk mana pon, janji banggo dgn sapo kito sobonarnyo!

p/s: den bukan org nogori ;p

Duke Luce Dell'amore said...

mesti merah padam muka memasing kt ctu kn??hihihi...