Tuesday, August 25, 2009

Crew Life 15 : Berpuasa di sekeliling dunia

...

Bila bulan Ramadhan tiba, beberapa perkara akan terlintas di kepala hotak crew. Salah satunya.....Cuti ke tak raya tahun ni. Approve ke x cuti yg KUMOHON [ mcm lagu Sheila Majid la pulak ] . Enam bulan lebih awal kena dah plan cuti. Itupun belum confirm dapat lagi.



Tinggalkan dulu hal cuti raya tu.

Kedua, mind set kena ready dengan jadual kerja [ roster ] utk menghadapi Ramadhan. Kat negara mana kita akan berbuka? Berapa jam berpuasa? Pukul berapa sahur dan waktu berbuka? Apa nak makan?

Ada sesetengah flight...bertolak dari KL waktu siang... disebabkan perbezaan waktu 1o jam kemudian bila tiba ke destinasi...masih siang. Kiranya kita akan berpuasa lebih dari waktu yg sepatutnya. "Musafir" boleh dijadikan alasan utk tidak berpuasa tapi cuba try test tengok dulu...boleh tahan ke tak. Dah la kerja hidangkan makanan, boleh tahan ke u ols? hahaha. Bila kita serve makanan, ada penumpang amik keputusan utk tidak berpuasa. Part of our job is to serve food NOT to bersyarah kat penumpang tentang kebaikan berpuasa.




Seorang peramugari berbangsa cina menolak cart yg penuh berisi makanan. Kelihatan seorang penumpang lelaki melayu. Apakah yg perlu peramugari ini lakukan?

DO NOT assume that he is berpuasa. Ask him.

"Di bulan Ramadhan yg mulia ini...adakah encik menunaikan ibadah puasa?" [ gitu lah bahasa baku amoi tu...LOL ] - ini kisah benar ya...mmg betul2 ray dengar. LOL

TETTTT...wrong answer ! Don't ask him sama ada dia puasa ke x. Just let him know what we are serving. If penumpang tu muslim & berpuasa, he will politely decline the food.

Lagi satu... not all yg look like malay is muslim and ada juga cina muslim, indian muslim etc. You never know kan? Jangan memandai nak jadi tukang tilik nak agak2 yg mana muslim ke tak. Nak cari nahas ...buat la. Ko bukan Madam Zora nak tilik nasib bagai.

Tapi ada juga kes yg bila kita bgtau menu makanan, dia akan rasa offended. "I puasa laaa !!" katanya marah sambil menjeling. Jenis penumpang yg mcm ni...jenis yg ingat diri sendiri je. Tak consider langsung dimana rupa tak memberi penjelasan seseorang itu berpuasa atau tidak. As if ada cop kat dahi manusia status agamanya.




Ada sesetengah negara, siangnya lebih panjang dari waktu malam. Berpuasa lebih lama. Ray pernah berbuka pukul 10 malam dan lima jam kemudian dah ready utk bersahur plak. Kelakar jugak bila dah kenyang ...tup..tup dah masuk waktu imsak. Bila waktu puasa panjang, kebiasaannya, kita akan stay indoor sbb bila kuat merayau agak memenatkan. Tapi staying indoors ada juga disadvantage nyer. Air-cond juga buat kita lesu and senang dehydrated.

Ada sesetengah negara, siangnya lebih pendek dari malam. Hanya selepas enam jam berpuasa dah kena get ready utk berbuka dah. YEYYYYY !! Tapi jangan terlalu gembira ya....faktor cuaca juga perlu dipertimbangkan. Walaupun berpuasa dalam waktu yg singkat, cuaca sejuk buat perut cepat lapar...hahahah...

Bila ray mula2 join crew, cari makanan halal jadi isu penting. Rakan sekerja yg senior biasanya akan memperkenalkan tempat makan yg halal pada yg junior. Namun, kedai2 tu bukan beroperasi sepanjang masa dan lokasinya dari hotel kena juga consider. Kena plan betul2. Beli makanan utk berbuka dan simpan sikit utk bersahur. Kena jugak bijak utk pilih makanan yg boleh tahan lama. Contohnya...di Auckland, kedai makan agak jauh dari hotel. Bila ray berbuka, masa tu order sekali makanan utk sahur.


Dah nama pun melayu...bila berbuka puasa tu...juadah kena mcm2 kan? Nasi tu dah wajib. Tapi as a crew benda tu kena sacrifice sikit. Tekak melayu ni kadang2 susah sikit nak terima makanan yg asing bagi mereka walaupun halal. Disebabkan tiada kompromi dari segi selera, ada crew yg siap2 tapau food dari KL. Makanan dibekukan semalaman dlm peti ais. Bila nak pegi flight, letak lauk pauk dalam cooler bag. Dalam flight...terkial-kial cari dry ice utk maintain tahap beku makanan tu. Bila sampai bilik hotel, freezer la yg crew akan cari dulu...sbb nak letak frozen food tu. Bila nak berbuka panaskan ajo.

Pengalaman berpuasa sebagai crew tak mungkin dapat Ray lupakan. Ia adalah pengalaman unik yg bukan semua orang rasai.

PS : Selepas tergelincir matahari, makruh hukumnya menggosok gigi. Pada tahap ini mulut akan berbau busuk. Kerana tugas, terpaksalah pastikan nafas x berbau dengan mengosok gigi or berkumur bila perlu. Non muslim takkan consider yg mulut u busuk kerana berpuasa. To them busuk is busuk. LOL


...

9 mulut cakap2 belakang:

ikanbilis said...

cam best je.

i memang plan nak jadi FA. should i, or should i not?




its a dream to be one.

queenlyana said...

waaaaaaaaa ray..!!
entri ni best2..!

banyak maklumat, iktibar dan panduan. Sebab tu la penting untuk tahu mengenai hubungan antara budaya..!

rObOt said...

wow best jer! btl kata ray, pengalaman yg tak semua org boleh dpt :)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

susahnya nak telekan kerjaya dgn tuntutan...but u did =)

zanetti_be said...

respect bro..gua nie walaupun study je tp penat gile..asyik ikut nafsu je mase berbukak padahal tido je lebih.heheh

farish sinclair said...

heheh sonok bce kisah ray mse bulan pose jd crew cabin ni .pglman kann

edzlin007 said...

LOL betul2 straight to the point je amoi tu. suka entry ni, byk maklumat tau.

NUke_Rude said...

tolong lah ray!
aku ni puasa la. tak larat nak gelak.
betul ke amoi tu cakap macam tu?? aduh la. amoi amoi..

nway, apsal skema sgt entry ni? rewrite balik. haha.

good one.

Duke Luce Dell'amore said...

jim sgt suke dgr kisah flight attendant ni..sronok!
jim suker dgr my sis bercerita pengalaman die mlayan kerenah mcm2 org..yg penting,siap menyumpah seranah..
jim dgr,ketawa guling2 je...

btw,my sis pun Cabin Crew..in MAS.

ingat lg,last 3years, die ade flight ke London on the morning of pagi raya..kitowg blk kg,pastu around 6am gegeh p antar die kt KLIA.pas antar,tros p masjid smbhyg raya..hahaha..