Thursday, August 13, 2009

Crew Life 14 : Kaki CUCUK

...

Kali ni, ray nak bercerita pasal KAKI CUCUK. Bukan cucuk satay, bukan kueh cucuk badak ....tapi peranan manusia yg digelar kaki cucuk , menghasut dibawah akta hasutan seksyen 7 Shah Alam. Dari bengang, menjadi marah, dari marah jadi sakit hati dan seterusnya ke level-level yg lebih tinggi akibat dicucuk dengan hebat.



Lakunan semula : Adegan cucuk dalam drama "Bawang goreng, bawang hiasan"


"Cucuk" diguna pakai kerana perbuatan tersebut ibarat menggunakan jarum mencucuk orang lain. Cucuk bagi sampai [rasa] apa yg dihajat dihati.

Dalam kes ni, sape yg harus dipersalahkan? Ada yg kata, kaki cucuk yg harus dipersalahkan. Kurang tepat ! Rasanya, yg dicucuk pun harus dikeji...hahaha. Kerana terlalu bodoh utk menerima bulat2 tentang apa yg diperkatakan.

Ray nak kaitkan dengan hal cucuk ni, dengan kerjaya glamer di atas awan biru. Beberapa punca kaki cucuk wujud. Salah satunya sebagai agent mempertahan diri.

Peramugari Senior: Hey..MAHA lemps la ko ni...terhegeh2 buat kerja....!!

Peramugari Junior : Ok...i try buat cepat2 ni. Sorry2.

Peramugari Cucuk : Sorry...mory...dari dulu dia ni mmg lembab kalau u nak tau!

Peramugari Senior : OOO mmg dah dilahirkan lembab la ni !!!





Bila kambing hitam dah wujud dalam situasi diatas, peramugari kurang asam menarik nafas lega. Dah ada mangsa, so terlepas lah kali ni. Bila ada yg lebih teruk, kerja yg sesedang ni takde la nampak teruk sangat dimata supervisor tu. YES !!! ada yg lebih lemah so...chances utk tidak dimarahi lebih besar.

Bukan la nak kata Ray bagus sgt. Tapi kalau ray dalam situasi tersebut, ray xkan amik pot. Buat kerja sendiri saja sudah. Orang akan lebih hormat kita jika kita tak campur tangan dalam hal yg bukan urusan kita. Bila kita mula mencucuk, ia ibarat penyakit yg akan menular dan susah utk kita tinggalkan.

Pernah dalam satu situasi, peramugari ni teruk dimarahi sampai terketar-ketar. Yang tukang marah ni happen to be a friend of mine.

"Ko rasa2 aku ni garang x? Bitchy kan I?"
[ eh...jadi satu kebanggaan pulak bila garang ya?]

Ray membalas. "Ko tak penat ke marah2 orang ni?" "Dapat award ke kalau garang2 ni...gaji ko naik ke...dapat allowance ke? "Sudah2 la tu..."

Ray pun pernah kena marah dan dijerit. Petuanya...sabar je la tapi ada masanya Ray bersuara jugak.




"You tak payah jerit boleh tak....kalau u cakap baik2...I still ikut apa yg u suruh so tak payah nak jerit2...buat penat you je"

Berbalik pada kaki cucuk. Mereka mencucuk mesti ada sebabnya. Sama ada nak mengalihkan tumpuan, berkemungkinan jugak sipencucuk tak suka muka si mangsa. Mesti ada cerita disebaliknya.

Antara kemungkinan lain.

1- Kes balas dendam. Dulu ko kenakan aku. Ha..sekarang amik ko ...rasakan.

2- mangsa pernah ngorat boypren dia kut. Ada sejarah tarik rambut atau membaling kasut kat disko kut.

3- muka mangsa lebih cantik dari muka dia. jeles. Masing2 dah cantik masaalahnya saper lebih cantik skrg?

4- Tadi ko kekwat sgt...nak amik ko...rasakan. Kategori balas dendam jugak la ni. So, bila lalu lalang di tempat melapor diri...kena senyum kat semua orang sbb kita tak tahu sape yg akan bekerja dengan kita nanti.

Tugasan harian di awan biru, disertakan sekali dengan kaki cucuknya. Kena belajar menahannya. Jika tidak, tak lama la jadi crew. Faktor pertukaran rakan sekerja yg kerap dan berlainan perangai menjadikan ianya lebih sukar. Nak kena adapt all over again setiap kali pergi bekerja.



Bersalam-salam dahulu, bercucuk-cucuk kemudian.


Kaki cucuk dan peranan mami jarum lebih kurang sama. Mami jarum dengan gelang sampai ke siku...cuma jarum je tak dijadikan hiasan badan. Bila bercampur dengan kaki cucuk, memang seronok tengok gelagat dorang tapi bila terkena..sangat la terasa bisanya.

Minggu lepas, masa bertugas ray sempat berkenalan dengan seseorang. Diperkenalkan oleh seorang rakan yg rapat. Dalam masa 5minit saja, dia ni dah keluar cerita buruk orang lain. Not to judge people easily tapi rasa pelik.


Dalam 5 minit kenal, dah keluar mcm2 cerita keluar...bayangkan....apa akan jadi bila dah lama kenal. Dalam masa yg singkat tu sempat mencucuk pulak tu.

As mentioned...ray tak nak cepat judge dia...tapi my data prosessor kata...I have to be alert and be careful with this person.

Sama ada berkerja di awan biru atau tidak, kaki cucuk ada dimana-mana. Berhati-hatilah.


PS : Nak kredit pelakun jemputan dalam poster. Syamelia Contessa sebagai mak bawang, Lyn bueh sebagai bawang goreng & Fara debab sebagai bawang hiasan. Lokasi pengambaran : Syamelia Home Deco. Jurugambar : Megat Eusofe

Oh ya. Ada yg bertanya. Kenapa bila ray buat entry psal crew life tapi tak pernah ray sertakan gambar ray semasa ray jadi crew dulu. Ini jawapannya.

Menjadi satu kesalahan jika ray paparkan gambar tersebut. Boleh disaman u ols. Crew tak boleh paparkan gambar peribadi bila in uniform. Ray juga xleh mentioned nama airlines tersebut.

FYI, juga menjadi satu kesalahan bila seseorang crew dalam uniform berada ditempat awam seperti dikedai mamak atau naik bas dengan uniform lengkap.


....

12 mulut cakap2 belakang:

*ayu* said...

ok!
i laugh like real laugh tengah2 malam buta ni..
muka kak amy sangat tak leh blah weeii!!!
muka nakal masa ngaji dulu..
ahahaa...


kak amy!! *peace* lebiu.. :P

Indera said...

hehe..gigih nyer ray buat entry nih.ahahaha..its true ray.kaki cucuk ni kejis sgt.huhu

[r][a][y] eusouff said...

ayu...
she's the star
LOL


indera...
hahaha
tang mana kegigihan tu?

I am Karl said...

berkesan sgt gmbr diatas

mcm btol2 adegan dlm drama minggu ini

ray shud come out dgn a book la

koleksi cerpen2 ray

haha

rizz said...

hayoo keji toll org yg suke cucuk2 ni kan .mmg pntang taw:(

i'm shin... i'm inesen said...

hmm cucuk la benda lain plak...

edzlin007 said...

oohh baru saya tau pasal peraturan tu.


org yg selalu mencucuk ni biasanya takde self-confidence. taknak org nampak kelemahan dirinya.

ewan said...

kelakar la tengok gambar poster tuhhh

♥Syamelia♥ said...

ray!!!!!!!!!!!!!
motif letak pic 2.....
raya ni xperlu buat 'photoshoot' lagi ek?
ekekkekkeke

btw, beside kaki cucuk, the terms is aso known as 'batu api' or 'batu ronsan' (xsure spelling, tp org2 lama use this term)


ayu,
i nakal ke masa ngaji dulu?
mmg pun, suka bercakap, pas2 kena rotan dgn mak andak... lol

u have no idea how many shots we took to hasilkan this pose...
hahhahhaha...
megat as photographer n ray as director...

NUke_Rude said...

ray ray,,

taubat lah ray.
tak baik buat org lain gelak sampai sakit2 perut ni. nanti akan daat balasan dari tuhan kang!


hahaha.

silbi abigail said...

sakit perut? makanlah pil poh cai... nanti leh samb gelak...

ada susuk x leh makan benda bercucuk... tapi suka kena cucuk..

miss C said...

silbi abigail...
mcm ader pengalaman aje tentang susuk??pernah try ke??