Monday, July 20, 2009

Typical Malaysian 1 : Pergi rumah orang

...


Perkara ni sgt dekat dengan kita. Kita tahu... tapi buat-buat tak tau. Kita tau.... tapi kita tak buat. Mungkin ada juga yg tak amik tau langsung. So, entry kali ni...ray nak sentuh typical Malaysian behaviour berkenaan menziarah rumah orang dalam bentuk garis panduan. hehehe

1- Greet/Bagi salam tiga kali

Bagi salam tiga kali...kalo tuan umah x menyahut...sila berambus. Sambil bagi salam, ketuk pintu or tekan loceng. Ya la kan...kadang2 suara masing2 x la kuat mana pun kan?


Kat kampung plak, dari pengalaman ray...makcik2 sekitar umah cukup gemar menyelak langsir dari tingkap.

" HUiiiiiiii....mak ko ADO??" Kadang2 terperanjat ray dibuatnya. Ya...rumah kat kampung memang xdek privacy langsung. AWAS.

Masa kecik plak...main jerit nama je... kalo ajak kawan keluar main.

"Sulaimannnnnnnnnnnn!! Sulaimannnnnnnn !!". Rumah ray skrg ni, ditingkat satu , sering terganggu dengan panggilan kanak-kanak dari tingkat bawah memanggil kawannya yang berada di tingkat dua [atas rumah ray]. Yang mengANGINkan tu, panggilan tu tak berhenti-henti.




Setelah beberapa minit beri salam/ketuk/tekan loceng/jerit, bila xde respond....ini lah tanda-tanda yg tuan rumah xnak tgk muka korang atau dorang xde umah, so xyah la gatal bijik nak tunggu.
Ada ke kategori orang yg xreti bahasa dan terus menunggu? Ada ya. Pernah berlaku. In my case, unwelcomed guest ni, tunggu hampir sejam kat luar.

Kes ni, zaman skrg x patut berlaku, nak dtg umah org ....apa kata SMS atau call dulu.

2- Salam semua orang

Dah dijemput masuk, pegi la salam semua orang yg ado dalam umah tu. Tapi jangan la muka selamba, cari satu umah org yg ada hanya kerana nak bersalam. Cukup la dengan bertanya "Suami ko kat mana?" or "Siapa lagi dirumah?'

Kalau tetamu perempuan, jangan yo yo oh je gatal nak bersalam dengan laki tuan umah plak. lain plak jadinya kang. huhuhu.

Bila dah ditanya, tuan umah pun carilah suami, nenek, atuk, adek tu utk keluar bersalam dengan tetamu yg datang. Tuan umah plak, bila dah buka pintu...layanlah tetamu...jangan buat dekk je. Buka pintu maknanya layan sebaik mungkin walaupun terpaksa. Too late to halau already.

Tetamu, jangan terus duduk je. Tunggu tuan rumah cakap "jemputlah duduk"...barulah duduk.


3- Makan & Minum apa yg dihidang

Jangan mengada-ngada nak minta air kegemaran korang bila datang umah orang.

Tuan rumah plak, xyah la gatal-gatal nak tanya tetamu

"Nak minum apa ?" - padehal umah xde choices air pown. Umah korang bukan 7-11 pun kan? Ape kejadah pegi tanya lagik? Sengal la.

Hidangkan saja apa yg ada.

Budaya bertanya nak minum apa, bukanlah budaya kita orang melayu. Mat salleh je yang buat menda ni.

Korang mat salleh ker? kekekeke.


cekodok Pictures, Images and Photos

So, kalo air sirap dihidangkan...minum je la...kalo cekodok yg terhidang makan je la. Jangan nak banyak songeh...

Korang datang nak ziarah ke or nak makan minum bagai?

It's considered as RUDE kalo kita tak sentuh langsung apa yg dihidangkan. At least rasa la sikit atau hirup la sikit air sirap yg manis tu. Faham la sekarang ni...org banyak yg tak makan itu tak makan ini....tapi jangan la mengada-ngada sangat. Mati ke kalo korang teguk sikit air sirap tu?? Mati ke korang makan cekodok yg berminyak tu?

Bagi tuan rumah yg berlainan agama, alert la sikit...apa maknanya HALAL.

4- Jangan terlalu selesa.

Walaupun tuan rumah kata "Make yurself at home"...janganlah lurus bendul buat betul2 mcm umah sendiri. Selamba je pergi toilet tanpa izin...selamba je jalan2 kat dalam umah. Umah orang bukan MUZIUM ya..yg korang boleh sesuka hati pergi melawat!!

Selamba je amik remote ASTRO dan tukar channel yg korang nak tengok. Korang datang umah orang nak tengok ASTRO ke? Umah korang xde ASTRO ke? Kesian.


Jangan dengan selesanya buat remarks mcm ni

"keciknya umah ko...sempit"
"boleh la plak korang berempat tinggal sini ya"
"ehhh...xde tv ke?"
"Jauhnya umah kooo...ULU sgt..Payah nak carik !!"

Agak-agak la waktu korang bertandang tu. Setengah jam to an hour is acceptable. Consider la yg tuan umah ada hal lain nak buat...bukan nak layan korang jer.

5- Minta diri

Bila mintak diri tu. Mean it. Bukan mintak diri pastu....sejam kemudian masih lagi menepek kat situ.

Kalau masa mintak diri...pastu tuan umah bersuara

"Ehhhh..kejap je....lepak la dulu...makan malam sekali"

Pls consider....term "ajak-ajak ayam"...kut2 kawan korang tu saja je as courtesy mengajak. Bukan ajak betul2.

6. Terima kasih

Ucapkanlah terima kasih walaupun air kegemaran korang tak dihidangkan. Bersalam-salaman dan ajak la tuan rumah utk bertandang kat umah korang plak.

Kalo rasa-rasa mengajak orang ke rumah not your thing...xyah la ajak

ajak je la lepak kat kedai mamak je!

Malaysian sangat dikenali kerana peradabannya serta keramahan dan sentiasa menyambut tetamu dengan mesra. Tapi lama-kelamaan, kita lupa ...apa adab kita yg buat kita special kerana terlalu nak mengikut budaya barat yg bukan budaya kita. Baik, dari menjadi tetamu dan yg menjadi tuan rumah, masing2 kenalah mainkan peranan.


Ada ke lagi typical behavior pegi umah orang yang korang nak add up? Share2 la.


...


11 mulut cakap2 belakang:

I am Karl said...

suke3x

ray ni pndai la menulis something yg ade message + humour as well

Duke Luce Dell'amore said...

ya ampon!!
ketawa guling2 jim baca this entry...

[r][a][y] eusouff said...

karl...
suker ek?
bila nak ajak ray bertandang ke umah plak??
LOL

Jim...
guling2 ek?
ajak la ray datang umah
nanti ray buat demo
tapi make sure wenkt ada sekali...huhuhu

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tak rasa lucu pong...rasa 'ketegasan' dalam entry ni dlm menyampaikan sesuatu :) mmm...tertunggu sambungannya ;)

air sirap bandung campor cincau satu abg ray...kehkehkeh :p

Indera said...

love ur entry ray!

sangat berguna tip2 nih. trimas ray!

emm apa nak buat ek kalu tetamu tu jenis tak paham bahasa?ada kan org jenis camni?. suka suki jer buat rumah kita cam rumah dia. ingat hotel ka?hehe

[r][a][y] eusouff said...

Nuar...

xrasa lucu ek?
pada pendapat ray ..nuar mengambil isu ni dgn penuh serius dan rasa tanggungjawab..chewahhh

Indera...

it's rude to tell off your guest.
So the best solution is
"lain kali jgn ajak lagi"

LOL

zanetti_be said...

bab astro tue mmg btl pun bro..skang nie mcm satu kemestian je bab astro kan padahal astro byk ulang je.skit2 budaya n adat kta yang lama dah terhakis dah..bdk2 dah tak ckp sgt dah ngan tetamu.leka tgk tv takpun dpn pc je

[r][a][y] eusouff said...

Zanetti_be...

kalo masa ray kecik2 dulu...
tuan umah x bukak tv
tutup ngn kain
masa tetamu datang

umah org kaya plak biasanya
bilik ruang tetamu berasingan dengan family hall

bilik ruang tetamu xde tv
so ala2 lawatan rasmi gitu


hahaha

rizz said...

hehe suke la n3 ni mmg serius typical org mlyu kan pnuh ngn adab.gud job ray!

edzlin007 said...

org yg menunggu sejam luar rumah tu ntah2 along tak.
family saya tanya tetamu, tapi tanya nak minumam panas atau sejuk je.

Duke Luce Dell'amore said...

meh ler dtg umah..
tp kene bg tau awal2.. supaya kitowg leh kemas umah...
sbb umah kitowg cam sarang kucing..
hehehe..