Tuesday, July 21, 2009

Do Not Disturb

...

Kita manusia ni, ada masanya, kena ada ruang privacy. Ray rasa semua bersetuju dengan fakta tersebut.

Antara ruang privacy dan waktu tidak mahu diganggu ialah waktu berehat. 12 tahun lepas, Ray tak kisah sangat bila diganggu bila Ray berehat. Tapi sejak menjadi peramugara, pantang kalau orang ganggu waktu rehat.

Crew memerlukan masa rehat yang cukup. Tanpa rehat yg cukup, maka mood bekerja akan jadi mcm sial. Akan cepat sentap. Rehat yg ray maksudkan ialah tidur. So, biasanya setelah 12 jam bekerja, letih ya amat... ditambah plak dengan perbezaan waktu, sampai ke bilik hotel saja, akan ray gantung sign "Do Not Disturb" di tombol pintu bilik. Sign tersebut bagi mengelakkan dari gangguan ketukan pintu dari staff2 hotel dan juga rakan crew yang lain.


Ray juga akan memberitahu pihak operator hotel untuk menghalang sebarang panggilan masuk. Kalau ada, tolong amikkan pesanan. Bukan semua hotel boleh buat menda ni. Ada sesetengah hotel, dah ada automatic voice msg system, so ray hanya perlu perlahankan nada dering. Selepas beberapa kali berbunyi, panggilan itu akan terus ke peti suara utk seseorang itu meninggalkan pesanan.

Hotel lima bintang ada hospitality law or rules. Tetamu boleh request supaya kediamannya dihotel tersebut dirahsiakan. Private & Confidential stay. Biasanya golongan VIP & Celebrity yg gunakan kemudahan ini. Biasanya.

Tapi ada juga golongan yg nak buat maksiat gunakan kemudahan P&C stay ni. Bagi mengelakkan dari dikesan oleh isteri/suami. P&C stay bermaksud, data anda dirahsiakan. Contohnya....

Hotel Selesa : Good Morning, Hotel Selesa, May I asist you?

Pemanggil : Err...can you put through to room of Ms SHARON STONE?

Hotel Selesa : Just one moment sir. I'll check the name. Can I have the surname again please?

Pemanggil : Surname : S.T.O.N.E [mengeja]

[ operator check dan nama x listed ]

Hotel Selesa : Sorry sir, the name given NOT listed in our system.


Walhal Ms Sharon Stone ada kat bilik suite 1412 tengah mandi. Hahahaha. Btway...mcm cilaka je nama hotel tempat sharon stone tu duduk kan?

Sistem data tersebut telah "diset", membuatkan operator hotel tersebut gagal mengesan nama guest yang statusnya P&C. Ada sesetengah sistem data yang ada nama guest tu tapi disebabkan status P&C, operator terpaksa menidakkan kewujudan tetamu tersebut.

Semua ini diwujudkan bagi menjamin privacy setiap tetamu yg memerlukan. Ia adalah satu bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh hotel yang bertaraf lima bintang ke atas. So, kalau anda ke RUMAH TUMPANGAN NAM KEOW atau MOTEL HJJ KAMARIAH, jangan la berangan nak minta request privacy tu. Bila dinafikan request tu, jangan gatal bijik nak kata "Can I see your manager?" kononnya nak buat complain. Tak pasal2, Mr Nam Keow jumpa korang maki korang nanti.

Itu kalau duduk hotel. Kalau duduk rumah dan nak privacy, sila silentkan hp anda. Tutup pintu rapat2. Jangan lupa tutup tingkap sekali. Hahaha.

Dari segi peribadi plak, ada masanya...ray agak private dan tak mahu diganggu. There are days when I wish I could wear one of those "DO NOT DISTURB" signs around my neck. Ray plak jenis yg susah nak tunjukkan mood sebenar. My line of work, helps me not to show any kind of moody face bila bekerja. Ray diajar to put my problem aside bila bekerja.

So, bila mood x berapa nak elok...my option is to be alone. Takleh bersama kawan kerana..one...dorang takkan paham bahasa...hahaa...two ...xnak lah mood ray tu spoilt others...manalah tau tetiba meletup....xpasal2 yg lain2 sentap plak kan? Dah la sorang-sorang kawan ray kuat sentap2 ni.



Ray ada seorang kawan yg sangat particular tentang privacy. Ada masa2 tertentu..jangan kol. SMS pun diHARAMkan. Knowing partnernya yg sgt cemburu, ray paham. Sebagai kawan, terpaksalah akur. Kenalah hormat request nya itu. Dalam ertikata lain...hormati privacy orang lain.

Tapi to be honest, kadang-kadang frust la jugak. Sedih pun ya. Bila nak ajak lepak xleh. Nak call pun xleh. Rasa mcm 2nd choice plak. Hahaha!

Tapi itulah pengorbanan namanya. Tanpa pengorbanan, dimanakah nilai sebenar sesuatu persahabatan itu?

Ray pernah ada housemate yg agak private orangnya. Balik dari kerja, ray pun ketuklah pintu biliknya nak mengajak keluar makan. Selepas pintu diketuk pintu terdengar jeritan

"PRIVACYYYYYYYYYYYY PLEASEEEEE !!!"

maknanya "DO NOT DISTURB" dan pergilah ko makan sorang-sorang. Yang kelakarnya...ray tak pernah dengar housemate ray ni cakap BI...tetiba je kan?

Hurmmm...curious...tgh buat apa agaknya tu? kekekeke


PS: Entry ini ditaja oleh HOTEL SELESA. Jaminan keselesaan dari yg terBAEKK!!

Ada yg kata...rajinnya ray mengupdate blog. Ray kata...salah satu tanda-tanda besar nak menutup blog !

...


13 mulut cakap2 belakang:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

yer yer sayer setuju...

privasi itu perkara peribadi
ruang masa tuk kita bersendiri

eh pantun 2 kerat! :p

Duke Luce Dell'amore said...

hehehe..menarik!
ade masa,mmg kite perlukn waktu privacy sama ada bersendirian or bersama teman..

[r][a][y] eusouff said...

pandai nuar berpantun

jim...
bila nak lepak pakli lagi ni? hahaha

Indera said...

very good entry.kdg2 kawan2 ni ada jenis tak paham bahasa.jenis nak kena tepek perkataan "do not disturb" kat muka dia.
hahaha

k.A said...

memang waktu mood tak berapa nak elok je rasa nak privacy

err,hotel selesa kat mana?
hehe

NUke_Rude said...

yeap. stuju ngan kamu,

ada kala time mood tak berapa nak baik pun, kita akan rasa selesa untuk tak diganggu.

eh?

FaPet said...

uik?? nak tutup blog? why? jangan r Ray...

Adam Arjuna said...

err..
igt ni posting crew life td...
sbb ada part- citer airlines lak dlm nih.. :P

rizz said...

lameex tdo kat hotell ekekkeee

edzlin007 said...

ada t-shirt "do not disturb". silap2 teksi pun takmo berhenti amik penumpang.


huh, tutup blog? mau gi mana bang ray

wénkt said...

kalau i tinggalkan komen, i kacau privacy u ke??

FaPet said...

Wakakaka...eden pon ponah wat kojo nie di beberapo otel...yg paling lawak ado sorang grani from london nie mintak eden carikan daun pisang nak wat apo ntah eden tak amik port.time tu gak r eden mengagau gi cr kan utk dio sampai ke psr chow kit.pas dah tolong grani tu hati eden raso puas sgt2 coz dpt makbulkan wish my master as u said ala2 gini gituuuu...Tp yg eden xgemar tu part kne jd bapak ayam r.

Duke Luce Dell'amore said...

nk lepak pakli??next week ok je..
for sure kene tgok waktu wenkt free...sbb die driver jim kt shah alam tu..
MATILER!! Statement brani mati ni!
larikkk!!