Monday, June 22, 2009

Crew Life 12 : Emergency !!

...


Tugas utama seorang peramugara/peramugari bukanlah untuk melayan penumpang semata-mata. Habis untuk apa?

Menjaga keselamatan. Setiap anak-anak kapal [ bermaksud pekerja dalam kapal ] telah dilatih untuk menjaga keselamatan penumpang dan seterusnya membantu penumpang sekiranya berlaku kecemasan.




Ada beberapa bentuk kecemasan sebenarnya. Pertama kecemasan yang berkaitan medikal seperti...tercekik, sawan, sakit jantung, nak beranak, asma, pengsan dan lain-lain lagi. Kedua pula kecemasan berkaitan keadaan dalam kapal seperti...kebakaran, asap, kekurangan oksigen, turbulence, air pocket etc. Dan kecemasan yang ketiga ialah kecemasan utk mendarat.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya tiada crew terlatih dalam situasi2 di atas ?

Tahukah korang setiap crew wajib mengikuti refresher course dan mengambil ujian tahunan berkaitan keselamatan? Tanpa lesen, crew tersebut tidak dibenarkan bertugas. Ujian berbentuk soalan dalam komputer dan juga praktikal.



Yang paling menyeronokkan ialah sesi praktikal. Ada sebuah kapal "mock up" berteknologi tinggi digunakan untuk sesi latihan mcm tu. Sistem komputer membolehkan kapal terbang tersebut mengadakan pelbagai jenis kecemasan untuk tujuan latihan.

Setiap sorang dikehendaki menjerit dengan kuat sekali...

Emergency !!!
Emergency !!!

heads down ...grab ankle

remain seated.

Kecemasan !!!

Kecemasan !!!
Tunduk ....pegang kaki

duduk


ya...jangan tak tau yaaaa... DWI BAHASA u ols.


Dalam sesi latihan, anda akan gagal sekiranya anda xleh menjerit dengan kuat.




Jeritlah berulang kali sehingga kapal selamat mendarat ketika pendaratan kecemasan. Kalu pendaratan tu di air....kena pastikan setiap penumpang pakai pelampung keselamatan dalam kapal sebelum keluar.


Semasa latihan, kami diuji untuk memakai jaket tersebut dalam gelap dan dikehendaki siap dipakai dalam masa 10 saat. Nak pakai pun sudah ...inikan lagi nak pastikan setiap sorang penumpang pun pakai jugak.

Pelampung yg ada dalam kapal terbang x sama dengan pelampung yang korang pakai bila nak naik feri atau bot tu. Yang ada dalam kapal terbang menggunakan angin, ada wisel dan ada lampu dan boleh menyala diwaktu malam.

Pelampung ni ada kat bawah tempat duduk masing2 dalam kapal terbang. Tapi yang kelakarnya ada penumpang yg amik bawak balik. For whattttt ???

Ray pernah nampak kat Port Dickson...ada mamat ni pakai jaket pelampung keselamatan masa mandi laut kat PD !!! sengal tak? Hampeh kannn?

Nape bang??? Tak mampu beli pelampung itik ke bang????







Apabila dah mendarat anak-anak kapal ada masa 90 saat utk mengosongkan kapal. Dengan apa jua cara sekali pun. Kalau korang ketakutan dan berdrama tak nak keluar kapal...anda akan diheret keluar...anda lambat...anda akan ditolak.....masa tu jangan harap crew bertugas melafazkan

"encik sila tolong keluar ya....jemput lompat ya encik.......terima kasih"

apa yang dorang akan lakukan ialah menjerit

"KELUAR !!!! KELUAR !!! KELUAR !!!" LOMPAT !!! LOMPAT !!! LOMPAT !!! dengan sangat KUAT sekali sambil menolak anda supaya terjun mengunakan slides kecemasan.



So, sekiranya anda naik flight...terpandang seorang peramugari yang lemah lembut dan penuh sopan santun...jangan terpedaya....

mereka mampu menjerit dengan kuat dan menendang anda keluar dari kapal. Yang exclusivenya korang hanya mampu melihat mereka dalam keadaan tersebut semasa kecemasan sahaja.

kalau mereka tak mampu menjerit dan bertindak tegas...mereka tidak layak berada di dalam kapal dan bertugas. Ini bermakna...apa yang anda lihat atas kapal adalah antara yg layak dan terlatih.

PS : " Kak !!! bagi goreng pisang tu tiga ringgit " "CEPAT !!! CEPAT !!! CEPAT !!!"
Terperanjat kakak tu dan terus pengsan.





17 mulut cakap2 belakang:

omgpetch said...

seronoknya dgr crite life seorang steward ni. dlu penah terpikir nk jd steward. aha

[r][a][y] eusouff said...

omgpetch...
abis tu knapa tak jadi..
kenapa pikir je?
kekekek

omgpetch said...

alah masa tu bru abes spm. umo pon bru 18. haha. standard la nk cari duit je keja. katanya steward ni duit byk.haha *mata duitan*. last2, smbg blaja je la. tp, mmg ada niat dan cita2 dari kecik lagi nk jd pilot. kalau tak pilot, steward pon jadi la aha

amin h said...

mcm citer awan dania!hehehe!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tingin nak men gelongsor2 kapal torobang tuh...alah time emergency tgk kt tv omputih tu...ngeee :D

rizz said...

ahhaha tkutnya klau time emergency cmtu ray..kna standby la yer ekeke

NUke_Rude said...

"Yang exclusivenya korang hanya mampu melihat mereka dalam keadaan tersebut semasa kecemasan sahaja."


hahahaha.

teringin gak nak tengok! hehehe

Shaima said...

asyik2 goreng pisang je.tensen ke ray!hehe...prnah tgk drama jepun 'Attention Please'.mmg respect terus stewardess after that.they are tough.:)

edzlin007 said...

haha best la baca pasal crew life ni. saya siap print lg tiap chapter. hehe.

mcm mana eh org tu leh dapat life jacket tu? senang nak seludup keluar ke.

sian akak pisang goreng.

mrazahar85 said...

penah tgk org pakai selimut n bantal MAS dlm bas express..
ingatkn MAS baik hati bg..rupernya...humm..

[r][a][y] eusouff said...

amin h...
awan dania la sgt ek.
to be honest
ray xpernah tgk pun
huhuhu


Nuar...
gelongsor aka slides tu mmg best...part paling menyeronokkan part training


Rizz...
cannot imagine la kan?
hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...
teringin nk tengok ek?
sila amik borang di kaunter 4, jabatan disaster tingkat 10 ya...


Shaima...
yup I saw that japenese series as well...
sebelum ray join crew actually


Edzlin...
tah la...kurang pasti plak teknik meng OFF LOAD barabg2 kapal ni...hahaha

jgn kesiankan akak jual goreng pisang tu
dah kaya dah
ya la...hari2 beli kat dia
kekekeke


mrazahar...
sbb tu la MAS kerugian kut
kekekeke

tengku_fir21 said...

errmm...
thank q utk info yg tk terpkir nk tahu..
(*_*)

[r][a][y] eusouff said...

Tengku_fir21...

yur welcome
there will be more
dlm entry akan dtg

asked said...

hahahhaa..
lawak2
drama...huu hiperbola sguhhh~

hahhaha~

amin h said...

ray...
speaking of which,awan dania tuh lebih kurang je ngn japanese series tuh...hehehe

ishh skg ni dah x keje cabin crew kan?rugi lah camni blk msia nnt xleh nak buli suroh serve 1st class punyer hahhaahah!:p

[r][a][y] eusouff said...

amin_h

cukup la 10 tahun keja
huhuhuhu

serve 1st class
tak semstinya on air
hahaha

on ground pun bleh
hahahah