Tuesday, May 26, 2009

Crew Life 10: India - Part 2

Dalam entry ray yang tedahulu, menceritakan kepayahan melayan kerenah penumpang ke India dan dari India. Kali ni, ray nak bercerita tentang pengalaman ray di India.




Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel tak jauh. Lima minit sahaja. Baru je duduk dalam bas dah sampai dah...huhuhu. Dekat dengan lapangan terbang bermakna agak jauh dari bandar. Lebih kurang sejam ke bandar Mumbai.

Setibanya di balai ketibaan, crew biasanya akan diserbu. Diserbu mcm ko tu artis popular. Diserbu mcm nak diminta tandatangan. Sekumpulan kanak-kanak menyerbu crew yang tiba sambil menadah tangan meminta sesuatu. Jangan la berangan ko nak berikan tandatangan...apa yang budak2 ni nak ialah duit.





Setelah penat bekerja hampir 8 jam, segala kepenatan seakan-akan hilang bila tiba di India. Hotel penginapan crew terutamanya di Bombay tersangatlah luxury. Layanan first class dari kakitangan hotel. Biliknya lengkap dengan segala-galanya. Inilah masanya crew berehat secukupnya dan memanjakan diri.

Dari segi hiburan channel kat tv beratus-ratus sampai lenguh tangan ni nak menekan remote control. Tapi dari beratus-ratus tu...ada la 20 channel yang watchable. Yang lain2 semua bahasa tamil etc yang tidak ray fahami. sorry no subtitle dek.





Katil yang cukup selesa dan bantal yang sangat empuk, tido kat bilik ni betul-betul best.
Bilik air ada beberapa bahagian. Ada bahagian untuk shower, bahagian bath tub, bahagian mangkuk lubang memerut [ lubang melepas sisa toksid] dan bahagian sink. Semuanya saperated. Macam spa pulak rasanya.

Selain bilik, ada juga lounge untuk crew berehat. Lounge ni...macam-macam ado. Ada mini teater untuk menonton dvd di big screen, pool table, free flow soft drinks, computer utk melayari internet dan satu ruang untuk berehat sambil menonton tv.

Setelah berehat, keesokkan harinya ada bus shuttle khas untuk crew ke bandar. Sesiapa yang nak membeli belah...tak melepaskan peluang menaiki shuttle ke bandar.




Sepanjang perjalanan ke bandar, duduklah di sebelah tingkap. Saksikan lah India dari dalam bas. Apa yang biasanya kita lihat ialah kedaifan penduduknya. Rumah berdindingkan guni di sepanjang jalan. Aktiviti membasuh baju di tepi jalan raya dan yang lebih mengejutkan aktiviti membuang najis di merata tempat. Imagine...kalo rasa nak berak tu...berhenti je kat mana-mana ...duduk menyangkung dah buang. Sepanjang perjalanan tu kiralah berapa kali korang nampak aktiviti pembuangan yang anda lihat berlaku. Confirm lebih dari 5 kali...huhuhu
Kalau berjalan tu hati2...terpijak pulak tahi manusia nanti.


Sebelum keluar, anda perlulah berhati-hati tentang beberapa perkara.




Pertama, peminta sedekah. Adalah dinasihatkan jangan memberi apa-apa. Beri sikit , maka akan datanglah ramai lagi meminta. Buatlah ...kalo korang sukakan perhatian...huhuhu. Tapi kalau melihat riak wajah dorang...kesian tu mmg ada...cuma jika diberi sesuatu, akan ramai lagi yang mengekori kita utk dapatkan bahagian masiing-masing.

Kedua, pastikan anda tiada masalah sakit perut. Mencari toilet agak sukar bila berada di luar. Kalau ada pun, belum tentu anda akan masuk. Oleh itu sebelum keluar berjalan-jalan pastikan sisa toksid anda dibuang habis di hotel. Kasi CLEAR.





Ketiga, elakkan dari membeli minuman atau makanan yang dijual ditepi jalan. Kebersihan penyediaan makanan tersebut tiada jaminan. Kalau boleh bawalah air sendiri. Kalau dahaga juga belilah air yang telah diseal seperti air dalam kotak dan air tin berperisa sasparila....hehehe

Keempat, elakkan dari membawa wang berlebihan atau memakai barang kemas. Bahagi-bahagikan duit tu...jangan diletak dalam satu tempat seperti wallet. Bila nak membayar, orang tak nampak berapa banyak duit yang kita ada utk mengelakkan dari perkara tak diingini.

Kelima, bawa cermin mata gelap korang. Cuaca yang panas berdebu, dan kekadang berangin kalau mata senesitif akan memedihkan mata. Walaupun musim sejuk TETAP berdebu.

Keenam, pakai mcm biasa je. Jangan la anda berpakaian seperti hendak pergi clubbing atau hendak menonton konsert. Agak-agak la weiii !! kalau xnak menarik perhatian elakkan berpakaian sexy atau berseluar pendek.

Ketujuh, bawak kain atau tisu. Anda akan berpeluh dengan banyaknya. Semburlah minyak wangi sikit tapi jangan terlalu banyak. Minyak wangi yang keterlaluan akan bercampur dengan bau peluh akan mengakibatkan kekeliruan bau yang maha hebat akan berlaku.




Bagi crew, membeli belah satu kemestian. Harga barang agak murah dan doleh ditawar. Takde masalah dalam komunikasi kerana mereka faham Bahasa Inggeris, cuma nak membiasakan lenggok bahasa sajer. Tipsnya, jalan2 dulu dan survey harga untuk mendapat harga yang berpatutan. Al-maklum, bila dorang nampak muka orang asing, harga akan melambung sikit dari biasa. Tebalkan muka dan tawar harga serendah mungkin. Antara item popular ialah langsir [ boleh dijahit terus ] dan kain-kain sari...huhuhu

Lepas seharian berada di luar, balik cuba berendam dalam air bath tub. Tengok la kaler air tu nanti...huhuhu.




India memang sebuah negara yang unik. Lain dari negara-negara yang pernah ray pergi. Walaupun India akan memberi kejutan tetapi ia menyedarkan kita betapa selesanya hidup kita di Malaysia. Rasa bersyukur tu akan ada bila kita melihat kehidupan dan kepayahan orang lain.

Selain cara hidup, India juga ada tempat-tempat yang breath taking view. Pastikan anda pergi ke Taj Mahal if you are in India. Memandangkan night stop di India tidak lama bagi crew, tak banyak sangat tempat yang kami boleh pergi kerana banyak tempat menarik lain agak jauh dari tempat kami menginap.

Oklah ....itu lah serba sedikit tentang India dari kaca mata Prada ray ni untuk dikongsi bersama. Masa kat India tercarik2 la juga muka2 femes bollywood tapi nan ado.

Setelah menikmati India, tiba masa untuk berangkat pulang. Kerja la weiii. Tempuhi cabaran melayan kerenah sekali lagi sebelum sampai ke KL. Rehat kalo x cukup sebab dek berjalan sana-sini, perut kalo meragam sebab makan tak menentu, duit plak dah habis....haaa..mahu tak mood melayan penumpang pun terganggu. Nasib laaaa...huhuhuh

PS1 -sebelum terlupa, selama ray berblogging ni..idak la pernah jumpa blogger malaysian berbangsa India. Cari2 la jugak tapi tak jumpa. Rasa pelik pun ada. Apa dorang x blogging ke apo. Habaq kat cheq kalau kenai naaa.

PS2 - When the last time korang mengunakan perkataan menyisir>sisir rambut?




9 mulut cakap2 belakang:

Farazila said...

ray..
sape kata xde blogger indian.
adeje..
ni link blog diorang...
akssara.blogspot.com
n
shals88.blogspot.com
hehhehe....byk agy....

edzlin007 said...

berapa kali ray gi india ye?

thanks tuk tips semua. mmg bersyukur tinggal d malaysia ni. satu yg saya slalu skeptical ialah d india kalo kaya, kaya yg amat, tp kalo miskin sampai papa kedana

sipuri said...

Ada sorang je yang Indian blogger menarik perhatian saya, http://rames.blogspot.com. Dan, dia agak famous dengan web nya itu. Banyak kali masuk CSS Gallery lah. Dan antara 100 top blogger di Malaysia.

NUke_Rude said...

cis!

ko tau ray, at first aku mmg nk komen pasal entry india ko ni. aku prasan yg pnulisan ko (makin skema)...hahahaha.


tapi,
bila aku baca je PS2 ko tu. aku rasa geram. kenapa ea?


hahahaha.

[r][a][y] eusouff said...

thanks for the info ttg indian blogger itu.
Dear nuke,
Sengaja aku menulis entry ini dengan skema kerana nak bagi org perasan. Pasal apa bro? Ko sakit hati? Apa salah aku?

Ps: aku dh agak ko lah org pertama yg perasan keskemaan entry ini. Neslo ais lg satu. Haha

[r][a][y] eusouff said...

edzlin, ray pg india byk kali sampai x igt dh.

Lilo n sipuri,
Ray tanya psal indian blogger tu sbb ada wartawan prnah tanya soalan yg sama pd ray. Noted the info..thanks

Nuke,
pembetulan.
Geram bukan sakit hati. Sorry la kalo ko terasa. Nanti aku beli sesisir pisang. Huhuhu

NUke_Rude said...

hahahahah. :D

rizz said...

hehe sonok bce n3 ray..rizz da xtghn gelak bile ray ckp dorg buang merata rat tuh..sian dorg daif kan...mcm slumdog milionaire kan

geo_life said...

nice experience bro..i always hope to travel oversea..takpelah, takde rezeki lg..anyway,nice blog