Tuesday, May 19, 2009

Busuk Hati


Apa beza busuk hati dengan hati busuk?
Jika ditanya pada sesetengah orang, ini jawapannya...



- Dua dua boleh. Pertuturan tidak rasmi je tu.

- busuk hati=busuk dulu, hati kemudian
hati busuk=hati dulu,busuk kemudian

- Busuk punya orang..

- sure got different, example:
i phone or phone i ?

- no one hv smelly heart.
if take out heart, die la..


Ini jawapan sebenar. Sila ambil perrhatian.

Busuk hati ialah kata sifat yang boleh ditujukan kepada individu tertentu. Hati busuk merujuk kepada hati ayam, kibas, lembu, itik yang telah busuk sebab tak disimpan dgn betul...hahaha

Ray nak bertenet pasal orang yang busuk hati. dalam entry kali ini. Meh kita kaji...

Antara punca yang ada sifat keji ini , datangnya dari perasaan dengki...atau jeles. Tak boleh orang lebih. Bila dah dengki, menjadi benci.....hati menjadi busuk seterusnya membusukkan perbuatan. Secara tak langsung...perangai menjadi busuk atau digelar "busuk punya orang".

Tak faham? sila baca berulang kali sampai busuk. ehhh! sampai faham.

Nyata sekali, susah kita nak elakkan orang dari rasa dengki dari kita. Ini adalah kerana ia adalah diluar kawalan kita. Yang kita boleh kawal ialah diri sendiri.




Kalau ketiak busuk, kaki busuk, badan busuk, mulut busuk sudah tentu ada jalan nak ilangkan baunya. Macam2 produk dan cara ado. Tapi kentut busuk belum ada lagi cara mcm mana nak bagi kentut agar tidak busuk. Nak kurangkan busuk mungkin dari segi pemakanan. Nak kentut wangi...telan minyak wangi GUCCI sebotol pun belum tentu wangi.

Busuk hati...ray ibaratkan seperti kentut. Kita tak leh kawal PH kebusukannya. Tipu la kalau ray kata...yang Ray xde langsung rasa busuk hati. Setiap manusia mesti ada tapi cuma levelnya saja berbeza.

Tukarlah perasaan dengki itu ke satu energy yang positif. Bukan buat dajal kat orang. Contohnya...

"Lagi-lagi muka dia je menang !! takde orang lain ker...harus aku SABO [sabotaj] dia"

ditukarkan kepada...

"Laaa asyik dia je menang...aku harus berusaha menjadi lebih baik daripada dia agar kemenangan itu akan aku perolehi satu hari nanti"

wahhh!! menanah telinga dengar skrip...LOL

Kalau orang kentut busuk...reaksi normal ialah tutup hidung dari menghidu atau kita lariiiiiiii mencari oksigen support. Bukannya berlawan kentut atau perang kentut utk tentukan kentut saper paling busuk. Bau kentut tersangatlah subjektif. Mcm mana nak tentukan pemenang? Apa kesudahan dari pertandingan tersebut? LOL






Dalam kes busuk hati ni, pengalaman paling teruk sekali berlaku antara mak sedara sendiri. As usual perebutan hak dan harta. Tapi yang peliknya, berapa sangatlah harta yang ada pada my parents sehinggakan busuk hati mak sedaraku itu timbul. Walhal, mereka adalah adik beradik. Kalau harta my parents banyak, logik la jugak nak busuk hati tapi...nan ado. Rasanya harta mak sedaraku lagi banyak. Sampai sekarang bermasam muka. For Whatttt??? huhuhu

Xyah la berebut2 harta. Cari la harta sendiri. Hasil titik peluh sendiri. Elakkan kontroversi. Anak-anak haruslah memperbaiki taraf kehidupan keluarga sehingga Ibubapa kita hidup selesa.

Punyalah busuk hati...bila ray sekeluarga mengambil jalan lain...TETAP perasaan tu ada kat dorang. Tah la..xlarat nak melayan. PONING PALO DEN nak melayan orang busuk hati ni.

Tak salah untuk kita ada perasaan jeles. Kawal jeles tu sebelum ia bertukar menjadi benci dan dengki. Bila dah dengki...ia akan ke level busuk hati seterusnya menular ke perbuatan SABO MenyABO. [bukan sabar menyabar ya].

Wahai pembaca, apa pendapat korang tentang orang yang BUSUK HATI? Any other insights?





10 mulut cakap2 belakang:

edzlin007 said...

setuju. hmm, kenapa ya, busuk hati lebih mudah berlaku dalam keluarga/saudara-mara berbanding dgn orang yg tiada kaitan darah daging. sebab keluarga saudara saya macam itu juga. isk2...tak suka la, buat dosa kering je

Mr NAEmnzr said...

hmmm...
in my pov,
org yg busuk hati ni mmg la akan busuk jugak perangainya.
mmg mcm tu,kalo dh nama pun busuk hati,
ada ja perasaan x puas hati kt org lain,
lagi teruk kalo nk bersaing secara tak sihat dn nk membuktikan dia yg lebih,
lagi teruk kalo org tu nk menjatuhkan org lain dgn cara yg sgt busuk,bermakna busuk lagi dr hati ayam yg busuk tu.

[r][a][y] eusouff said...

wahhh
penuh perasaan Mr naemzr berhujah
mesti ada experience dgn org busuk hati ni kan?

edzlin..
mmg pelik tapi selalunya berlaku among saudara mara

zanetti_be said...

orang yang busuk hati nie maybe hati die lebih banyak kepada dengki dan hipokrit serta menyebabkan tidak bersyukur dan redha atas apa yang ada.Menyebabkan die selalu tidak selesa dan sentiasa mahu lebih dari orang lain.bahaya busuk hati nie, kerana dapat menruntuhkan bangsa,agama dan negara jika tidak dibendung seperti america yang berpecah belah atas semua perkara (kaum,bangsa,warna kulit,bahasa,ekonomi,sosial)Moga Malaysia kita dijauhi.Kembali kepada ajaran yang betul.

[r][a][y] eusouff said...

Zanetti_be
u always write the right thing...
setuju sesangat2

Abir Abhar said...

betul ni leh jadi model yoyooh?
ahha..
biar encik Megat n encik shaz jealous tertonggeng-tonggeng!

- busuk hati ngan hati busuk lain ek?
jap nak pegi bau hati rumet

rizz said...

yup org yg busuk hati ni mmg keji lah xleh tgok org lebih sket..sume die nak..

NUke_Rude said...

haha. aku rasa entry ko ni mmg tpat ngan situasi yg aku lalui skang. aku pun tatau knapa makin ramai org yg bsuk hati lately.

nway, sorry aa lama x mnyinggah. bz jaga exhibition.

[r][a][y] eusouff said...

Nuke..
sebab cuaca panas kut..
hati mcm exposed dan menjadi semakin busuk...LOL

welcome back bro!

Shaima said...

i feel you ray.sbb tgh melalui keadaan yg lebih kurg sama.for the past seven years man!!mak sedara.mau mengucap je bila teringat.
busuk punya olang.