Friday, April 3, 2009

Talented Mr Nik Akmal Hareez

Ini adalah entry yang Ray tulis @ yoyooh.com


Nik Akmal Hareez atau lebih dikenali sebagai Reez ialah seorang entertainer di laman web.

Ray mula tertarik untuk menulis berkenaan Reez setelah beliau menghantar artikel berjudul "The Unsigned - Cyber Singer" di laman web yoyooh. Artikel tersebut menceritakan tentang penyanyi Cyber Space yang diminatinya. Yang menariknya, beliau sendiri adalah merupakan seorang penyanyi di alam cyber.


Picture taken from Reez personal blog


Pada mereka yang telah biasa dengan web forum CARI, mungkin sudah mengenali Reez kerana beliau telah menjuarai pertandingan nyanyian di laman web tersebut yang telah diberi gelaran "CARI IDOL". Pertandingan tersebut dijalankan secara online dan peserta dikehendaki menghantar video nyanyian. Begitu juga yang dah biasa melayari YouTube, nama Nik Akmal Hareez mungkin sudah tidak asing lagi.


Ramai penyanyi seperti Reez menggunakan Cyber Space untuk menunjukkan bakatnya. Difahamkan, Reez yang masih belajar hanya menyanyi untuk mengisi masa lapang atau sebagai hobi. Jika digali lagu-lagu nyanyian Reez di YouTube, ada diantaranya adalah lagu ciptaannya sendiri. Selain Cyber Space, Reez juga pernah perform dihadapan penonton. Beliau pernah menyanyi dan bermain gitar di MASKARA 10, sebuah majlis yang berkonsepkan performing arts. Tertanya-tanya dihati ini, dengan bakatnya itu...mengapa beliau tidak mencuba nasib menyertai pertandingan realiti seperti One In the Million, Akademi Fantasia dan yang lain-lain.


Reez performing at MASKARA


Yoyooh akan mendekati Nik Akmal Hareez untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah kami akan paparkan tentang Reez di dalam entry yang akan datang. Sementara itu, layarilah blog peribadinya di http://reezmusic.blogspot.com/


Ini lagu hasil ciptaan Reez sendiri. To download CLIK HERE


Ini pula lirik lagunya


Lyric of Kau Bagai
song - Reez
lyric- Reez
singer- Reez

Dengarkan lagu aku ini
Yang ku tuliskan untuk dirimu
Ku tahu ku takkan bisa memiliki dirimu
kerna aku tak punya apa yang kau mahu
sebagai lelaki yang megukir senyuman di bibirmu
sebagai lelaki,yang mampu membuat kau gembira
ooooooo

Dimana kan ku mencari mu
Siapa yang tahu

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih

Kini kau jauh,
Tiada tercapaiku lagi,
Hilang lah sudah,
Segala baraan yang menyala di hatiku ini

Tidakkan lagi,ku menunggu,
Bayangan yang takkan tiba

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih

Kau bagai kan irama yang mengalunkan lagu
Merdu suara mu mengasyikkan hati ini
Kau bagai, kan lautan yang mengalir di pantai
Sepinya jiwa ku mengenangkan dikau kasih


Dibawah ialah lagu nyanyian Reez...Sayang-sayang & Widuri. Tell me what do u guys think of Hareez and drop comments ya.



12 mulut cakap2 belakang:

rizz said...

wahh talented lw reez nih ray!.rizz pon nk folow la blog die hehee

co0L^^guRL said...

fantastic voice.... :)) bez suara dia. hm... match dgn bunyi gitar.

ayu said...

boleh tahan gak suara mamat ni
rupa pun ada
masuk af conpem i afundi

Reez said...

alamak..terharu lak ..tengs ray n all~..huhuhu

edzlin007 said...

reez mmg best! sedap sangat lagunya.. hmm, rupa paras menarik pun ada, kalo masuk mainstream leh sukses kan.

Ikhares said...

hehe..reez datang dengan pakej...

sweet, nice voice, smart n...pemalu..

:) i like!

Reez said...

wah..pemalu pown pakej ke ika? haha

Ajami Hashim said...

amboi! amboi! amboi!

artist management baru kah?

ahahaha!

[r][a][y] eusouff said...

Reez...
nanti i buat satu video clip for you.

pengarah ajami hashim

and producernya
Ikhares


gituuuuu!!! LOL

Reez said...

haha..wahh...buat kat overseas arrr..bley holidayy..ekekeke *pbelanjaan ditanggung ajamihashim.blogspot gituu* haha

[r][a][y] eusouff said...

kan...
overseas tu mana reez?
medan?
LOL

cuti2 ajami la jadinya
har har har

Ikhares said...

producer??

baru berangan nak jadi model video clip tu..

haha..larikkkk....