Friday, April 24, 2009

Teater Kak Mah - Mahsuri


kredit kepada blogger tersohor Ajami Hashim


Sila juga baca entry yang ray tulis di Yoyooh.com tentang teater ini. KLIK SINI



"Mah....abang nak tengok teater Mahsuri kat Istana Budaya"
kata si suami.

"Banggg...sape berlakun?" tanya si isteri

"Hurmm..Vanidah Imran u ols" jawab si suami

"Banggg !! Mah nak ikutttt" gesa si isteri.

Dari dialog suami isteri di atas, jelas sekali isteri yang bernama manja Mah atau nama sebenar SalMAH ni peminat teater kann? LOL

Motif letak dialog camni? Ia adalah satu dialog teater kak mah yang sengaja dibuat-buat..LOL

Bagi Ray sendiri, sebenarnya dijemput untuk menyaksikan teater Mahsuri yang dipertontonkan kepada media dan bloggers.




Ada tiga sebab Ray pergi menonton. Satu, sebab Vanidah Imran. Kedua, sebab kat Istana Budaya dan ketiga, sebab ianya arahan primadona Ibu Fauziah Ghaous...ehhh silap...Fauziah Nawi.

Bertolak dari jam 7.30 malam dari Shah Alam. Dalam minda nak sampai jam 8 malam. Gigih kan? Kegigihan ini bukan sebab excited tapi sbb dah berjanji jam 8 nak jumpa rakan bloggers yang lain.
Memecut bagai nak gila dan akhirnya sampai ON TIME.

Wahhhh!! ramai gila yang datang. Ada jugak blogger yg ray xpernah jumpa sebelum ni...like...redmummy and ayu the sun...
I met karl, adam arjuna, wawa, reez the cyber singer and few others.



Mahsuri pose kat depan tepak sireh



Dah namanya pratonton so, no tickets...so berebut la masuk macam berebut naik bas macam masa zaman naik bas mini dulu utk nak dapatkan seats yang terbaeeek punya. Masa tu hidungku yang sensitif terbau la bau kayu-kayu kerusi yang ada kat dalam Istana Budaya iteww.

Lagenda Mahsuri bukan satu cerita baru. Boleh dikatakan semua tau sudeyhhh cerita Kak Mah kita ni. LOL.

Kak Mah....difitnah dan dihukum bunuh. Menyumpah Pulau Pangkor...ehhh Pulau Langkawi jadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Tak de kena mengena dengan AF7 dek...tiada transformasi akan berlaku ya...kui kui kui.

Paling penting masa Mahsuri dihukum bunuh tu darah putihnya keluar menandakan Kak Mah is innocent.

Itu yang kita tau.

Dah tau jalan cerita u ols so apa lagi terhegeh2 nak pi tengok lagi? It's a teater dekk...so curious nak tau...

Jadi bukan senang nak persembahkan sebuah teater yang dah diketahui jalan ceritanya. So, daya tarikan utamanya ialah lakunan mantap, lakunan mantap, lakunan mantap dan entertainment value yang kena ado.

Kesimpulan Ray sangat lah simple. Ini adalah kerana Ray bukannya seorang penonton yang detail kerana realitinya I'm not that artistic as a person.

Lakunan mantap watak jahat iaitu watak auntie Mahura ialah tarikan utamanya. Lorrr...bukan ke Kak Mahsuri watak utamanya? Tah macam mana, watak Mahura lebih dilihat berkesan atau lebih menonjol dari watak Mahsuri itu sendiri. Ada la ketersasulan berlaku tapi her aura on stage was considered outshine Vanida. Tahniah Sabera Shaik kerana membawa watak Mahura dengan baik sekali. Lakunan Azizah Mahzan sebagai anak dara tua juga dilihat cemerlang.

Tak bermakna lakunan Vanidah tak cemerlang cuma sort of tenggelam sikit. Jalan cerita pula bagi Ray gagal nak timbulkan apa la yg buatkan Mahura tu bencik sangat kat kak Mah tu...hahahha. Kita semua tau sebabnya tapi tak sampai dalam penyampaian ceritanya.

Dari aspek musikal pulak, agak kureng sikit. Koreografi...nothing special. Teknikal ada problem sikit...here and there but can be improved.

Lepas keluar ni reaksi yang Ray terima...

Redmummy MENETESKAN ayer mata katanya...

"The hero is too handsome so I tak kesampaian nak keluarkan ayer mata" kata Ayu

" I bagi B" kata Karl.

"Good2...i enjoyed it" kata adam arjuna

"okkkk lehhhh" kata wawa

"urrrmmm" kata Reez

"Ehhh bukan kena sula ker?" kata wenkt

dan kata ajami hashim pulak...tak berani nak blogkan so baca la sendiri kat blog dia nanti.

"Mahhh...mah suka tengok teater Mahsuri" tanya suami

"Mah sukaaaaaak tapi takde pun darah putih keluar" jawab si isteri.


Sila juga baca entry yang ray tulis di Yoyooh.com tentang teater ini. KLIK SINI


Harga Tiket: RM30.00, RM50.00, RM70.00 dan RM100.00
More details pasal diskaun etc and utk book KLIK SINI


PS: suka tengok stage transform dari one scene to another.






14 mulut cakap2 belakang:

*ayu* said...

hi ray! nice meeting you!

all in all, i agree dengan ur review.. X factor je x de.. cam kurang umpphh la...

yg penting Wan Darus hot! hiihihih...

NUke_Rude said...

wah! best tu. best ke teater? hoho tak pnah tgk...

Indera said...

huhuhu..cambest jer:-)

rizz said...

wahh pra tonton ke.rugi lak x p heheh pingin gak lah ngeeeeeee

[r][a][y] eusouff said...

ayu...
wan darus ensem?
wan darus dah duda anak satu dah. apa lagi nograt la. kekeke


nuke...
should go to find out best ke x
what i can say it's different.

zubin said...

Nama pelakon Wan Mahura tu Sabera Shaik. Seronok baca komentar ni, saya pun buat jugak, bacalah kat saloranseni.blogspot.com, tapi sekadar point sebelum tidur semalam, belum sempat nak menulis dengan lebih komplet. Best jugak kalau semuanya yang datang semalam bloggers tu kumpul minum2, thanks Ajami, pandia dia mengumpul. Tak gi tengok drama 10 minit di DBP ke, aku plak promote. and esok ada Pak Samad cakap2 kat pj seks16. enjoy reading urs

[r][a][y] eusouff said...

indera...

cambest? hahahah


rizz...
a'ah ramai bloggers ada semalam...muka rizz je x kelihatan.

[r][a][y] eusouff said...

Zubin...
dah baca your blog...
suka gak points yang u senaraikan tu..

same thing in mind and most bloggers yg dtg malam tu...
tajuk teater ditukar ke "mahura"

aiseymenn..
im in seremban for the weekends
ada project GREEN
yg dijalankan student Kolej Tunku Kurshiah.

Ajami Hashim said...

"blogger tersohor Ajami Hashim"

kena tambah '..dan termasyur' baru gempakkk bro! ahahaha!

[r][a][y] eusouff said...

tersohor ON

termasyur ...belum agy
lepas buat ulasan mahsuri

maybe YES

LOL

edzlin007 said...

ala...nape kureng teater tu. suka kisah mahsuri. teringat dulu tgk d langkawi, part kena tikam/sula tu, tetiba hujan. huhu.

mat rempit said...

lawanya mahsuri !!

I am Karl said...

hehe

yup

mmg layak B

bak kate Kak Wawa, if sejarah MAHSURI tu lebih dicitekan dgn mendalam lg best, meaning dat susur galur keluarganya

ending mmg nmpk tergantung

manela wan darus

dh menang, x balik ke? kawin dgn org lain kt siam ke? hehe

alfasih~amiruliman said...

o ray dtg ke?

preview mmg la hancur.. tu 1st night kitorg on stage, sempat full dress sekali je dek sbb jadual IB yg tersangatlah pack dgn aktiviti dalaman.

thanx 4 coming n ur comment k!

Adi Sulaiman a.k.a awang