Saturday, April 18, 2009

Crew Life 8 : Lawak Dalam Kabin

Pernah dengar x joke dalam kapal terbang? I've got a few.

Kisah 1 -

Fokker ialah sejenis kapal yg digunakan dikawasan pendalaman yang tidak terbang setinggi pesawat boeing yang boleh mencecah ketinggian 33 ribu kaki.

Dalam ertikata lain, pesawat fokker ni terbang rendah la dan menggunakan kipas di kiri dan kanan sayapnya.

Al kisah seorang makcik menaiki pesawat fokker ni. Punya la excited makcik ni..al maklum first time naik kapal terbang.

Setelah lima minit terbang, makcik ni dah cuak dan mengigil seluruh badan.

Muka makcik yang cuak ni telah menjadi perhatian peramugari bertugas.

" ya puan, ada apa-apa yang saya boleh bantu untuk keselesaan puan" tanya peramugari bernama Siti Aisyah.

"errrrrr grrrr grrrr acik xtahan la nak...ssssseeeejuuuuukkkk !!!" gigil makcik yang bernama Hjj Kamariah

"Owh...! takpe ya puan...saya akan beritahu juruterbang" balas Siti Aisyah

"Beritahu juruterbang ??" Apooo dia boleh buek?" Puan Hjj Kamariah bersuara.

"Juruterbang boleh tutup kipas kapal kat luar tu...puan...tak perlu risau ya...Puan tidak akan kesejukan lagi" kata Siti Aisyah

Ada beberapa kesimpulan :

1- Siti Aisyah ialah seorang peramugari bengap dan tah macam mana boleh terlepas dari sekolah latihan peramugari.

2- Siti Aisyah selama ini memang duk ingat kipas yang berpusing kat luar tu lah selama ini menyejukkan penumpang.

3- Siti Aisyah seorang yang sinis. Memerli makcik tu supaya jangan komplen byk beno . Bila ditutup kipas segala masalah akan berakhir kerana kapal akan terhempas.

4- Ada kemungkinan Puan Hjj Kamariah mempercayai kata-kata Siti Aisyah dan menunggu juruterbang memadam kipas kat luar tu.

Kisah 2 - Kisah yang benar-benar berlaku dihadapan mataku sendiri.

Ketua peramugari Latoya berasal dari daerah menggatal Sarawak. Dah lama Latoya menetap di KL. Sejak dia menjadi peramugari 12 tahun yang lalu.

Latoya hari ni bertugas dan sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Latoya ni excited sebab tak lama lagi dia bersama suami akan berpindah ke rumah baru selepas setahun berkahwin.

In the next 10 mins flight dan waktu bertugas akan tamat. Latoya dah teruja sangat nak balikkk !! Tanda pasangkan tali keledar dah dipasang dan announcement dari cockpit berbunyi begini...




"cabin crew...pls be seated for the landing"

So Latoya pun duduk la sebab dah nak landing.

"yey taksabar nak balik !!! " jerit Latoya

"Wahh excited nya...mesti ada apa2" balas rakan setugas bernama Lily.

"Mestilaaaa...nak pindah rumah baru...and I off for 3 days!!!" balas Latoya.

[kapal mendarat]

"ehhhh u tau x..kedai kat mana yang jual lampu cantik2 for my new house?" tanya Latoya

"ermmm...subang kan banyak kedai lampu" jawab Lily.

"Which part of subang ekkk?" tanya Latoya lagi.

"Tak salah i, kat Subang Parade ada kedai lampu kat situ ada...besar besar lampu kat situ...chandelier besar kepala u pun ada tau" jawab Lily.

"Ohhh Subang Parade ekkkk?"

Sebab dah leka berborak...kapal yang taxing dah dekat dengan bangunan terminal ketibaan.

[ taxing bermaksud kapal bergerak dari landasan ke bangunan terminal]

Tugas terakhir Latoya ialah membuat pengumuman mendarat untuk penumpang-penumpangnya.

"Alamakkkkk !! I tak buat announcement lagikkkkk!!! Jap...jap" jerit Latoya menggelabah.

Terus terkial2 Latoya nak membuat pengumuman

[Menarik nafas panjang]

Pengumuman mendarat Latoya berbunyi begini....

"Tuan-tuan dan puan-puan..."

"Kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, SUBANG PARADE"

[ terkedu ]



Penumpang ketawa dan mengakibatkan kemaluan yang amat besar dirasai oleh Latoya. Latoya berjanji tidak akan berbual-bual semasa nak mendarat di masa akan datang. INSAF.

Ada beberapa kesimpulan.

1- Dear Latoya... Subang parade is not an airport. It's a shopping mall.
2- Latoya hanya akan insaf selepas membuat kesilapan yang memalukan diri sendiri.
3- My friend...Amy yang ray gelar mak lampu xde kena mengena dengan ini cerita.


PS : Teringin nak kerumah Latoya dan tengok lampu yang dibelinya di Subang Parade itu.

PS2: Pelik kan seorang hajjah yang dah ke mekah naik kapal tapi first time mengikut jalan cerita . Makcik tu...Puan Hjj Kamariah pergi ke Mekah naik kapal laut sebelum ini .

Nama-nama watak diatas telah ditukar namanya bagi menghormati privacy mereka. Muhahahaha!

NEXT POSTING : Crew Life 9 : Peramugara terlampau sudeyhhh !!

14 mulut cakap2 belakang:

rizz said...

Siti Aisyah ialah seorang peramugari bengap dan tah macam mana boleh terlepas dari sekolah latihan peramugari.

-- hahahha klakar lah ray! siyes hahha maybe kot!!

3- Siti Aisyah seorang yang sinis. Memerli makcik tu supaya jangan komplen byk beno . Bila ditutup kipas segala masalah akan berakhir kerana kapal akan terhempas.

-- maybe gak wakakak..adoila lawak tul macek nih la..klau ttup kipas tu mau thempass la kann hahha

yg si latoya lak leh announce g subang parade.haha adoi la ..sakan ingat nk sopink tuh..adoi funny taw

NUke_Rude said...

SUBANG PARADE!!! aku takleh terima lawak itu! hahahahahah..


adeh la! ada plak map subang parade tuh! lukih sendiri kah ray?

edzlin007 said...

memula baca cerita no 1 terpikir jg, apsal hajjah first time. hehe...naik kapal laut ek.

cerita kedua kalo saya penumpang mmg dah sakit perut dan lenguh mulut jawabnya.

[r][a][y] eusouff said...

rizz...
i told this story to Achmal, manager KRU.

And he told this story to Aznil Hj Nawawi.

According to Achmal, aznil ketawa sampai terbaring kat lantai.

huhuhu

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...
motif ray letak map subang parade..?
sape nak beli lampu kat subang parade senang kan?
LOL

lampu kat situ cantek


Edzlin...

itu adalah elemen kejutan dalam penceritaan. Buat satu fakta tak logik dan diberi penerangan diakhir cerita...LOL

F A R Y N said...

bukan takat aznil je terguling dgr cite tu....i yg baca ni dah jadi tenggiling terguling baca yer...

[r][a][y] eusouff said...

Faryn...
Tenggiling terguling?
LOL

Reez said...
This comment has been removed by the author.
Reez said...
This comment has been removed by the author.
Reez said...

haha...teringat kisah my mum ngan dad flight nak balik ke Kelantan...


before landing staff kpl terbang buat announcement kata " kita akan mendarat ke lapangan terbang kuching" sumthing like that la...haha

semua orang dh terkejut beruk ooo..then tak lamer after mendarat pastu dier cakap...APRIL FOOL (kebetulan 1 April)...hahahha...sempat tuhhhhh

April 20, 2009 5:13 PM

♥Syamelia♥ said...

motif buat kesimpulan yg ke3?
aiyoo.. of coz la i xde kena mengena dgn cite ni....
eventhough i suka pg subg parade LOL

Anonymous said...

lama dh x p Subang Parade...bertahun agaknyer...kot² lah dh ada lapangan terbang kt sane ek hahahaha


mIE...

[r][a][y] eusouff said...

Reez...
betul2
kadang2 disengajakan oleh kabin crew mengelakkan dari rasa bosan melampau.

[r][a][y] eusouff said...

amy...
apa la yg ada kat subang parade yg ko suka sgt pegi tu?

banyak kedai lampu kut...


mIE...
xde airport lagi kat situ
cuma banguanannya baru di cat...