Wednesday, April 8, 2009

Crew Life 6 : Coffee, Tea Or Me?

Selain menjaga penumpang dan memastikan keselesaan mereka, sebagai manusia biasa...tidak lepas dari digoda dan percubaan menggoda. LOL

Setelah memasuki kabin pesawat dan segala tugas "ground duties" selesai, maka crew pun bersedialah untuk menerima penumpang.

Check grooming. Manalah tau ada cili terselit celah gigi tu kan? selepas melantak nasi lemak kat cafeteria tadi kan? hehehe

Senyuman dipasang. Radar mata juga di "activate" kan.

Radar mata ni sangatlah penting. Dari masa boardinglah, crew akan scan penumpang yang masuk. jangan salah faham bukan scan pakai benda alah yang ada bunyi "tettttt" kalau ada besi ditubuh tu. Scan crew ini lebih kepada Virtual scan...hahahha

Dalam ertikata lain profiling. Dari mata kita akan melihat penumpang yang masuk. Dari karektor penumpang maka kita tahu "what to expect" throughout the flight nanti.

Ada penumpang yang gelisah semacam, ada penumpang yang muka mcm nak makan orang dan macam2 lagi. Another reason is for safety purpose. Dari virtual scanning inilah kita akan tahu, penumpang yang ada niat lain...seperti membawa barang yang xsepatutnya.

Dalam banyak2 tujuan tersebut, ada crew yang memasang radar mata untuk tujuan lain. Ya...nak tengok penumpang yang hensem atau yang lawa.

Ada seorang mamat ensem ni masuk. Mata stewardess A, dipintu kapal dah scan dulu...stewardess A akan memandang ke mata stewardess B dalam jarak 5 baris kerusi. Pandangan mata stewardess A akan membuat stewardess B perasan sesuatu lalu memandang mamat ensem tu. Proses ini berlanjutan sehingga mamat ensem ini duduk. Selepas dia duduk, separuh crew dalam flight dah tahu kewujudan mamat ensem dalam flight tersebut. LOL.


Lawak "Coffee, Tea or Me?" adalah lawak sengal yang crew gunakan pada yang nak mengorat penumpang. Personally, tak pernah pulak ray tengok dengan mata sendiri. Ia hanya satu lawak pick up line yang digunakan untuk mengoffer diri. Kalau dipraktikan ianya agak memalukan...hahahah. Sebab itulah ianya hanya lawak yang digunakan sesama crew. As if we can say that...kan?

My Coffee Or Tea experienced lain pulak ceritanya. Kebanyakkan penumpang jika ditanya sama ada mahukan Tea atau coffee akan mengangguk kepala. Apakah maksud anggukkan kepala itew?

Ray : Excuse me Sir ! Would you like cofffee or tea ...sir?

Penumpang : [ angguk kepala ]

Ray : Coffee?

Penumpang : [ angguk kepala ]

Ray : Tea??

Penumpang : [ angguk kepala ]

[dalam hati] mana satu ni weiiiii...kang aku campur dua2 kanggg!!!! Aku rasa ko ni sakit tengkuk kut.

Menuang tea dan coffee dalam penerbangan sangat la berisiko tinggi. Dah tentu coffee/tea tu panas. Kalau kapal bergoyang mcm mana????
LOL

Pastu tumpah kat anu penunpang...tak ke naya?? ray pernah saksikan kejadian ini berlaku didepan mata. Stewardess ni tumpahkan air panas kat peha penumpang ni. Sebab mengelabah...dia terus lariiii.....

Haaaa..jangan tak tau stewardess tu lari ok.

Tapi bukan lari sebab takut. Dia lari sebab nak amik towel untuk penumpang tu lap kelangkang dia. Apepon tindakan itu tetap salah. Sepatutnya stewardess itu acknowledge dulu by saying sorry ..and lepas tu baru pergi amik towel. Ni...dia terus lari. LOL

Alhamdulillah ray tak pernah tumpahkan air panas kat passanger sepanjang ray bekerja. Tumpahkan juice oren pernah la.

Flight ke Surabaya Indonesia.

Ray : Encik nak mimum apa encik? Kita ada teh, kopi, jus jeruk dan air .

Penumpang : Tak payah susah-susah ya ...bagi saya air bandung saja sudeyhhh

Mak aiiii...tak yah susah2 katanya. LOL. Bila pulak crew kena bancuh air minum utk penumpang ni??? FYI, dalam flight, crew tidak bancuhkan air untuk penumpang. Teh dan kopi dibancuh oleh penumpang sendiri menggunakan sugar dan creamer yang ada.
So, kalau naik flight tu jangan la mintak...teh tarik ke....air bandung bla bla bla. The only thing we can bancuh is "cocktail drink".

But lain ceritanya di kelas BUSINESS dan FIRST CLASS. Untuk kedua-dua kelas penerbangan ini, crew ada peralatan dan bahan untuk membancuh minuman. Ya la kan kalau kelas ekonomi yang ada 112 penumpang...tak mati crew nak membancuh minuman setiap sorang.

Dear readers....

Coffee, Tea Or Me?

PS : Naik sesetengah airlines sekarang...jangan main mintak je...sbb ada yang dikenakan bayaran.

7 mulut cakap2 belakang:

my pink diary says... said...

kalo penumpang sure terbalik..duk scan si crew..mana-mana yg berkenan kt mata sure kena panggil selalu..mintak ni lah..tu lah..apa-apa saja..terlintas kt pikiran..kan x? syaz pernah tgk uncle syaz sndri wat cmtu..hihihihi..cian akak tuh melayan kerenah tah hapa2 my crazy uncle...

rizz said...

hahah yea entry sal airlines ray kembali..rizz suka bace haha.btw mcm ragam lak kan .coffee,tea or me? wah ayat xthn stewardess tuh haha..sshnya kan smpai tumpah kat peha erk..:p

NUke_Rude said...

me satu!

haha

best citer2 crew ni. aku igt lain kali aku nk mintak air tembikai laici la kat dlm flight.. hmm hmm..

edzlin007 said...

saya enjoy baca crew life. ini memang sah2 kalo kumpul semua bleh buat sebuah buku.

wénkt said...

ahaks.

ray, ko mmg lawak. dah la buat aku hari2 tersenyum bila ingat pasal "mak ko hitam" tu.

btw, i selalu kacau pramugara mintak pelik2 k.. white AND red tu biasa la mintak... pernah skali dia kata 'we serve halal food only sir'. sentap giler. pramugari indian k...

[r][a][y] eusouff said...

Syaz
hahahah...uncle you tu dpt x apa yg dia nak? LOL


nuke...
tembikai laici ek..?
tembikai cina aku buat utk ko
xpun tembikai susu perasa milo

edzlin..
10 tahun di awan biru...1 buku xckup kut
LOL

wenkt...
mak ko itam?
or part
kelinggggg tu?
mana satu ni?
LOL

sakura said...

sakura mau me..

'meeeloooo'


boleh???

hahahaha