Wednesday, March 11, 2009

The Reader [ U ]

Jangan salah sangka ya...entry ray kali ni takde kena mengena dengan filem lakunan Kate Winslet "The Reader" tu. Sebab tu ray rate "U" for UMUM.

There will be no naked images in this entry. Maaf ya...no bogel2 sambil baca blog ni ya. LOL

The Reader versi blog Ray ni lebih kepada amalan membaca bukan amalan berbogel. Pelakunnya ialah Emilia Winslet [gambar dibawah ni ha...] pelakun sopan dari Shah Lampu.




bukan gambar hiasan


Masa kita budak2 dulu, kita akan lebih cenderung ke arah muzik dan juga mendengar cerita. Bila dengar je lagu apa-apa sekalipun...suka la sangat kan? Sampai terlonjak2. Begitu juga la dengan mendengar cerita. Terngaga dibuatnya mendengar cerita. Sebenarnya disinilah bermulanya minat membaca bagi kanak-kanak dan perlu dikembangkan dengan baik.

Sebelum Ray mengulas lanjut, meh sini dengar cerita.

Kisah seorang kanak-kanak bernama Amy Catherine Zeta dan Maimon Hj Saadon.

Amy tinggal di Kensington Street, London dan Maimon dari Kg Sungai Kandis, Klang. Dua kanak-kanak dari dua dunia yang berbeza.




bernafsu tak korang tgk buku2 ni?


London 1990-1998


Dari dalam perut lagi, ibu Amy...Shania Zeta...[nama ibunya tak nak kalah] telah memperdengarkan amy dengan muzik dengan meletakkan head set di perut. Setelah dilahirkan, Amy akan dibacakan buku cerita sebelum tidur walaupun Amy masih tidak memahami sepatah haram apa yang mak dia sebutkan.


Simon tengah baca buku Hikayat mak lampu dan pelita ajaib..LOL


Mak Amy ialah "The Reader" kepadanya. Setiap malam dalam hidupnya sehinggalah Amy berusia 9 tahun. Dengan bacaan buku cerita itulah yang membuatkan Amy mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dari imaginasi itulah yang membuatkan Amy minat pada membaca. Selain membaca, ibunya turut serta belajar bersamanya.


Klang 1990- 1998

Ketika Maimon dalam kandungan ibunya Saodah, ibunya gemar mengumpat. Bila dah lahir, kecik-kecik lagi Maimon mendengar maknya mengumpat dengan jiran sebelah dan orang sekeliling yang sesuatuh dengannya. Macam-macam topik umpatan yang keluar. Dari cerita keburukan rumah tangga orang, sape rampas laki saper, gelang dan rantai emas siapa yang banyak hinggalah ke gossip mossip.

Umpatan dah jadi pengganti buku cerita.



maimon mengumpat



Mak dia tak perlu baca buku cerita ya. Mak dia akan buat dan reka cerita. Bukan the reader tapi "The Newscaster" . Umur 6 tahun barulah mak dia hantar dia ke tadika KEMAS. Disitulah baru Maimon belajar ABC.

Bila Maimon melangkah ke sekolah rendah, barulah Maknya quite particular dengan pelajaran anaknya. Selepas cemas sbb anak tak pandai2 baca.
"Memonnnnnn !!! main je keja tuhhh...pi baca buku !!!" jerit mak Maimon

Itu jelah sumbangan mak dia bagi memastikan anaknya pandai.



Bayangkan la mak Maimon duk lekap speaker radio ke perutnya masa mengandung. Atau membaca buku cerita "Cinderella yang baik hati" kepada Maimon setiap malam. Mak Maimon akan dianggap kurang waras. Ia bukan budaya kita. Sebab tu kita tak buat. Membaca untuk anak sebelum tidur adalah amalan pelik bagi sesetengah orang. Yang peliknya...mengumpat takpe pulak..huhuhu

Bila anak tak pandai membaca, tak minat membaca....tak minat belajar...salahkan guru. Guru kat sekolah tak ajar anak tu betul-betul. Tadika KEMAS asyik main je.......Katanya....

Nak pastikan anak belajar...hanya menjerit mengarah anak itu belajar tanpa melibatkan diri sama. Yang bekerja alasan yang sering dorang bagi...sibuk...sibuk...sibuk....
Tak ada masa.

Tidak cuba mencari masa akan ada akibatnya. Bila dah terkena, tuding jari salahkan orang lain kecuali diri sendiri.

"Alahhhh..aku dulu...mak aku tak ajar aku pun...ok jer...jadik jugak" suara sumbang berkata-kata.

Itu dulu. Sekarang orang dah semakin pandai. Persaingan semakin hebat. Kalau ikutkan cara lama tak sesuaiiii dah.



melihat org membaca di luar negara adalah perkara biasa



Ray nak kaji amalan membaca dalam kehidupan seharian average Malaysian yang bernama Maimon. Maimon bekerja sebagai seorang setiausaha.


Bangun pagi...gosok gigi..mandi wajib....solat subuh....breakfast nasi lemak..bla bla bla

Dalam bas on the way pg kerja...MEMBUTA


Masuk kerja, bukak PC...baca email. Mana-mana memo tu kena take note. Itupun terpaksa baca sebab kerja kan?

Sebelum memulakan kerja, yang boleh surf internet tu akan baca blog2 kroni . Bila tea break sebelah pagi mestilah baca suratkhabar. Tak senang duduk kalau tak tahu perkembangan terkini. Kalau tak baca surat khabar, duduk bergossip dgn rakan sekerja.

Bahagian mana dalam suratkhabar yang korang baca dulu bergantung kepada minat. Ada yg bukak suratkhabar terus ke sukan...ada yang mulakan dengan hiburan. Ada jugak yang baca tajuk je dulu. Lepas baca tajuk, kalau tajuk mcm menarik barulah baca isinya. Dalam kes Ramlah, ruangan hiburan yang dicarinya dulu. Nak tahu artis mana bercerai hari ini.


Gambar candid Dafi & Adam sedang membaca sambil menunggu giliran membuat persembahan

On the way balik naik bus...MEMBUTA.

Ok. Balik rumah dah penat. Kena settlekan hal2 rumah tangga. Hujung minggu...sebulan sekali beli magazine hiburan . Kalaulah Maimon takde duit nak beli magazine...merayau-rayau kat BORDERS...baca for free. Kalau kedai newstand tertentu takleh baca free. "NO FREE READING" katanya.

Apa la sangat yang kita baca dalam sehari. Bayangkan kalau takde suratkhabar, magazine dan blog...


Tanda2 yang anda malas membaca

Baca baru satu muka surat dah menguap.

Tengok tulisan banyak2 terus pening kepala.

Fail SPM.

Baca buku yang ada gambar je.

Beli barang....instruction tak baca langsung. Gunakan ilmu memandai...namanya.

Beli makanan tak baca dulu label. Main masuk je dalam bakul trolley.

Tengok filem sbb tak payah baca buku. Sekarang pun dah banyak buku yang telah difilemkan.

Tak payah baca suratkhabar, tengok je berita kat TV.

nak luaskan pengetahuan AM...mengumpat ramai2. Ala2 study group.




Membaca sambil "membuang" jadi amalan budaya barat


Ada juga amalan membaca yang tak perlu kita ikut. Ini kes terlebey sudeyyyhh. Seperti membaca sambil "meneran" atau membacakan anak sebuah buku semasa anak buang ayaq . Ianya tak sesuaiii and tak senonoh ...! Nak meneran sambil membaca....?? There are lots of things you can do while doing something else at the same time. Tapi come on lahh..teran and read...tak match! LOL

Dan sudah tentu...contoh yang lain ialah membaca sambil berbogel mcm cerita THE READER tu. Ini dah kes KINKY. LOL


Jauh-jauhkan ya.

Terpulanglah kepada anda untuk mencontohi Maimon atau AMY.


Menutup entry Ray kali ni, Ray nak ucapkan TAHNIAH kepada anda. Obviously anda kategori yang suka membaca kerana telah membaca entry yang Ray tuliskan ini tanpa rasa bosan.

Ray selitkan dibawah ni satu lawak mengong utk anda baca.




Seorang posmen yang datang menghantar surat .

” Assalamualaikum “ kata posmen ni

” Walaikumsalam “ jawab Maimon

” Ni rumah Puan Maimon Hj Saadon ye? tanya posmen ni

" No 69, Kondo Sri Sesedang, Jalan Tonggang, Bukit Gantung?" tambah posmen tu lagi

” Ya saya...ya betul alamat tu” balas Maimon

” Poning kepala saya mencari alamat rumah puan ni “ keluh posmen tu

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje" Maimon menjawab dengan CONDIFENT

Kang ada pulak yang makan surat kang.... kata posmen tu dalam hati..ala2 ally mc beal jugak..LOL


Itulah akibatnya kurang membaca. Otak puan Maimon dah masuk angin...LOL


PS: Telah menonton TALENTIME kat Uitm and akan tonton lagi petang ni . Ada media screening. Ray bagi 5 bintang for this movie!!


20 mulut cakap2 belakang:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

membaca sambil meneran agak pelik kan...datang aura ker nak membaca dgn suasana sempit dan beraroma tuh? tp ramai yg wat...ekeke...mcm2 :D

Nad. said...

AHAHHAH semestinya mengikut jejak langkah amy :D

waty said...

tok!tok!tok! slamekom....amboi...cian kak amy...asyik kena buli dengan ray jer yer...tapi takpa....leh promote mrs.presidon....hehehe...sobar yo lah kak amy....

ammar said...

:P funny stuff

The Reader versi blog Ray ni lebih kepada amalan membaca bukan amalan berbogel.

i like this part.
lawak posmen tu pun sengalll!!

rizz said...

hehehhe mmg da jd satu tabiat da ray..rizz msuk opis godek email,blog segala bru start keje:) da lme xmbaca..kene amik time la.hurmm

[r][a][y] eusouff said...

Nuar...
i miss the aroma part...
how can reading become stimulating dgn bau yg mcm tu kan? mcm2. LOL


Nad...
bagus2 ikut langkah kak amy ko

[r][a][y] eusouff said...

waty...
as mentioned in my previous posting...Amy is the star of my blog...lagi pun dah sign contract...LOL


Ammar...
cuba la bogel sambil baca
masuk otak tak apa yg dibaca tu? LOL

[r][a][y] eusouff said...

rizz...
ok la tu
at least u baca jugak kan? skrg mcm2 medium bacaan dah ada..so xsalah kalo kita gunakan.

katakukata said...

hey ray..i'm getting more interested in reading ur blog frm days to days. thanx to kosmo for introducing ur blog. i think i'm gonna be like the children frm the kindergarten coz i feel very comfortable to read ur N3s and at the same time to ponder on the photos posted in it. yeah..sumtimes reading too much is too much n that's the reason u need to have some visual aids.

neways, i have just started to enjoy reading books(mostly any genres). back then, i cud not even imagine myself reading n enjoying books but now, i have fell in luv with it. it's just the time that make's the difference. n trust me, reading books is sort of a theraphy in this hectic life. u juz need to knw which one is the most suitable with ur interest(s)(",)

again, thanx n all the best.

Bie said...

cek ngaku cek rajin mmbace....
but it's limited 2 sumthing that's not too long...

kalu bace paper pun, bace headlines n isi pnting...dlm 10min dh siap bace...

Reading skill tuh....! Susah woo...hehehe....

edzlin007 said...

LOL suka lawak tu.

hmm, mujur saya hidup dlm keluarga yg gemar membaca. patutnya sekarang kita amalkan cara amy tu, zaman sekarang persaingan sangat sengit. huhu.

p/s: talentime memang patut dpt 5 bintang. best gile. tak sangka ada org kuar dr dewan dgn mata bengkak.

joey said...

marilah membaca..

membaca jambatan ilmu

matila slogan mural kat bangunan sekolah...ahaks

ins hassan said...

tq eusoff...harap2 talentime dpt sambutan hangat...:)

zanetti_be said...

membace membina tamadun.surah terawal dalam al quran pun psl membaca.bagus2.kene bnyk membaca blog ray lagi nie.heheh

♥Syamelia♥ said...

moral of the story :
jgn la anta tadika kemas, antalah ke RSK yg mengamalkan system 'smart reader'...
i but pr 4 RSK ni... hehhehehe

waty,
ray mmg kejam... suka buli i, kn... :)

ray,
i love reading, tp ironically x don't fancy something too long...
esp. the ones with long chapters...
Lydia's writing is just nice, not too long yet interesting and has lots of messages...

loved the book so much...
thx a lot for the lovely b'day present :)

[r][a][y] eusouff said...

Farrah [katakukata]...

glad that you enjoyed reading my entries.


Bie...
ngaku aaa..hehehe
bagus2
i'll make sure ray buat entry yang less than 10 mins bila dibaca.
heheheh


edzlin...
Dah tonton Talentime?
kat Uitm ek?

[r][a][y] eusouff said...

Joey...
sekolah mana punya moto ko amik tu? LOL

Ins hassan...
Talentime is a good film. Insyaallah akan dpt sambutan.
Kalau ada masa drop kat yoyooh.com
ray ada buat review filem Talentime kat situ


Zanetti_be....
yaaaa!!!
banyakkan membaca blog ray ni..LOL

[r][a][y] eusouff said...

Syamelia..
yup..nowdays org tak suka baca benda yg panjang2.
org suka yg pendek2
huhuhuhu

NUke_Rude said...

wuwu. aku tak suka baca. aku suka tulis blog je.

tapi,
entry yang ni aku baca la. sebab (konon2nya) ade unsur ilmiah skit. (ceh!)

[r][a][y] eusouff said...

unsur ilmiah...katanya
kebetulan je tu..

LOL