Tuesday, March 3, 2009

A.Y.A.M & Teka-teki susah

Jawapan kepada soalan menatang apa in my previous posting. AYAM.
Ramai yang meneka dengan betul. Tahniah ya!!

Bab sama ada ada ayam itew ada campuran species ngn menatang lain ke idak le ray tahu ya... pan asian ke , pan euro ke, pan pacific ke, pen pal ke...allahualam. Ray tak gali sedalam tu.

Caution : Entry kali ini mempunyai level merepekness yg agak tinggi.

Sebagai hadiah kepada pembaca blog ini, Ray anjurkan fashion show ayam ASIA universe 2009.


Berkonsepkan devils wears Prada, ayam dari Bhutan ini masih lagi muda remaja. Suka bersiar-siar dan mematuk cacing di masa lapang.


She's a vegetarian. Orang kuat dalam kempen "Anti makan ayam" di Bhutan. Duta jugak nih ala2 Anjelina Jolie.

Tyra Banks adalah idolanya. Selain melawa, ayam ini juga suka membeli belah di Jusco. Gemar menyertai pertandingan "KAIS & MENANG".

Self procliamed : The first SUPER AYAM in the world










Memilih konsep batik kontemporari, ayam dari Indonesia ini memang mempunyai bentuk badan yang cantik. Telah lima bulan berkecimpung dalam dunia peragaan dan finalist model utk Piala Seri Hendon. Aktivis anti penderaan utk Persatuan AMAH2 ASIA.

Baju rekaan Syamelia Batik , syarikat yang dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dalam rekaan pakaian seragam pekerja kantin hospital

PS : Batik seni warisan kita.









Peserta dari Malaysia. Kurang pasti ngn konsepnya. pernah menyertai pertandingan kawat kaki ayam sedunia yang diadakan di Munich pada tahun 2005. berkecimpung dalam bidang peragaan dan duta "ayam brands". Berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan.

memakai tights hitam dan baju kebaya ketat belah tepi yang dibeli sendiri di TAN BROTHERS.

Ayam yg sudah biasa berCATWALK di Bintang Walk ni, amat mengemari bermain UNO di masa lapangnya.

Walaupun dilabel "RATU kampung" , ayam ini tetap ingin membuktikan yg ayam kampung pun mampu menang dalam pertandingan.

PS : Kita kan ada habit suka melabel orang tu kampung ke tak. Betul x? mcm datuk CT dulu.











Mendapat jolokan persis TITI DJ.
LOL. Hobi menyanyi dan set rambut di Azim & Guys Saloon di PUTATAN, Sabah.

Kain bajunya ditaja oleh Tokeh kedai kain Menllon Nilai3 dan dijahit oleh tukang jahit fofular dio Nilai iaitu Mei Mei.

Gemar menyanyi lagu R&B dan Soul. Pernah menyertai pertandingan realiti tapi sampai sekarang tak dapat tawaran buat album. Baru saja pulih /discharged dari tekanan mental. This is considered a come back !!


PS : Kain kat Nilai 3 mmg murah. Nak tempah langsir pun cepat boleh siap.










Makan hati tengok contestant ni. Penampilan ayam ini persis Whitney Houston yg sememangnya adalah idolanya.

Diva tak jadi ini berasal dari kota Singa. Berniaga kueh tart nanas bila musim raya menjelma.

Sukakan warna putih kerana baginya warna putih melambangkan kesucian. Beliau mengakui mencuci bulunya setiap agak rumit dan memenatkan.

Menafikan yang ada menyuntik dan pembedahan plastik memancung idong dalam kenyataan nya kpd wartawan baru-baru ini. Kelicinan kulit dan kecantikan bulu, berkat makan ulam dan amik air sembahyang...katanya.

PS : Makcik2 duduk angguk2 kepala . PERCAYA



Setelah diriku melihat gambar2 ayam2 ni barulah diri ini sedar mcm2 rupa ayam in the world sebenarnya.

Tak kiralah mcm rupa dorang, yang penting bila nak makan sembelih dulu...cara HALAL. huhuhuh

Ada beberapa lagi ekor ayam tak masuk reban...nanti ray tambah lagi naaaa..

Ok...NEXTTTTT !!

Ray nak bagi teka-teki susah ...huhuhu. Himpunan dari koleksi teka-teki yg menyakitkan hati kalo tau jawapannya. Ada masanya tak perlu tahu jawapan utk ngelak dari sakit hati.

Here are the teka teki teka tekuk...

1- Kadang2 aku kuat, kadang2 aku lemah, tak de bahasa yg aku takleh cakap tapi aku tak pernah pergi sekolah. Aku ni sape?


2- Jamal berusia 10 tahun dan Ibu Jamal mati. Ayahnya pula kawhin dengan perempuan lain. Pastu dia dapat adik tiri. Ayahnya telah wasiat hartanya kepada Jamal apabila dia sudah mati. Walaubagaimanapun setelah ayahnya sudah mati Jamal tidak dapat harta itu tetapi adik tiri dia je dapat kenapa?


3- Satu petang sepasang suami dan isteri sedang berada dlm perjalanan ke suatu destinasi. Tiba2 kereta diorg terbabas. Diorg selamat cuma enjin kereta dah rosak dan si suami nak pergi mintak tolong. Sebelum pergi dia tutup sume tingkap dan kunci kereta. Tapi bila dia balik semula isteri dia dah mati dan ada stranger dalam kereta tu. Kereta tu langsung takde kerosakan pecah masuk. Camne isteri dia mati dan camne stranger tu ada kat situ?


4- Sorg lelaki telah di temui mati meniarap kat padang pasir. Dia pakai beg galas nampak macam pengembara. Dia telah mati sejak 2 bulan lalu tetapi padang pasir tak dilalui oleh org sejak 3 bulan lalu. Apa sudah jadi?


5- Boleh tak seorg lelaki kahwin dengan adik janda dia?


6- Seorg ayah telah mewasiatkan syarikatnya kepada anak tunggalnya sebelum dia mati. Namun setelah ayah tu dah mati si anak kecewa dia tak dapat syarikat itu. Kenapa si anak tak dapat syarikat itu?


7- Seorg lelaki pelupa telah disuruh oleh ibunya utk mengepos surat. Sebelum dia pergi ke pejabat pos dia pergi ke restoran. Setelah dia nak keluar dari restoran penjaga pintu kata kat dia "Jangan lupa poskan surat ibu encik" . Dia berasa pelik dan kini dia sedang mengepos surat ibunya di pejabat pos. Tiba2 seorg budak perempuan memanggilnya dan dia menoleh ke belakang. Budak perempuan tu pun kata "Tahniah abang telah berjaya mengepos surat ibu abang!". Penjaga restoran dan budak perempuan itu 100% tak dikenali oleh dia mahupun ibunya. Camne perkara ini boleh berlaku?


Korang fikir2 la jawapannya. Jawapan ray letak dalam ruang komen/ cakap2 belakang. >>>KLIK SINI

Don't la baling botol kat blog ray ni kalo korang tau jawapan yg sebenar nanti. bukan ray yg reka teka-teki ni. LARIKKK !! [ slo mo]


12 mulut cakap2 belakang:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

cutting ayam dari malaysia sgt malatop yer...pandai juri hantar peserta bertanding...haha...

++ Diamond ++ said...

yee betul!! cutting model la ayam dr malaysia... blh jd ratu chickwalk (catwalk x sesuai plak)... :)

rizz said...

adoila ray hahahha lucu la u ni kann.btw rizz suka aym2 yg ala2 kak whitney tuh:p

mike radcliffe said...

hahaaahahahhaha....
ray posting pasal ayam rupenyer..
ahhahhahahha..
aku tak tahan nak elak..
hahahhahahahahaha..

erm ape pon ayam malaysia best..
kaki perggghhh..
kalah rihanna ngan jessica biel....
hahahhahaahhh

[r][a][y] eusouff said...

Nuar...mesti la bagi Malaysia nyer ayam lebih dari ayam2 lain kan? LOL

Diamond...
chickwalk?? huhuhu LOL
good one

[r][a][y] eusouff said...

rizz..
Mrs Houston...?? Titi DJ rizz tak berkenan ker? LOL

Mike...
Gila ayam m'sia x menarik
ayam mesia yg terbaik !

aku manusia...* said...

nak teka jawapn leh x..?

no.4. org tuh mati sbb payung terjun die x terbukak.. haha

no.5. x boleh.. sbb adik janda dier lelaki.. weee.. haha

[r][a][y] eusouff said...
This comment has been removed by the author.
[r][a][y] eusouff said...

JAWAPAN TEKA TEKI SUSAH

Jawapan 1>GEMA

Jawapan 2>kerana Jamal mati terlebih dahulu sebelum ayahnya

Jawapan 3>stranger tu ialah bayinya dan isterinya mati masa melahirkan bayi itu.

jawapan 4>lelaki tu sebenarnya mangsa kapal terbang yg nak terhempas kat padang pasir. Dia pun terjun dgn beg payung terjun. Malangnya payung terjun takleh bukak jadi................

Jawapan 5>Tak boleh pasal lelaki tu dah mati...kan isteri dia dah jadi janda

Jawapan 6>syarikat ayah dia dah bankrap daa........

Jawapan 7> Ibunya telah menampal kertas kat belakang anaknya. Kertas itu berbunyi begini: Tolong ingatkan anak aku ni utk poskan surat ibunya

sakura said...

hahaha.. ray.. pasni tunjuk la ayam jantan plak.. ayam betino jer.. LOL


eeee... sakura x nk baling botol kat ray!! sakura nk baling batu!! bleh kn???

edzlin007 said...

hahaha saya berkenan dgn ayam batik tu. sorry ya ayam malaysia.

anyway, sal teka-teki tu mmg seronok. no 1 mmg tau, yg lain je tak terpikir. tp yg last tu memang best

omgpetch said...

hahaha klakar blog ni! ayam malaysia mmg letop! nangis tgk kaki dia