Tuesday, February 24, 2009

Yoyooh.com pulak masuk Kosmo

Awal Februari yg lepas, blog ray yg sengal ini masuk Kosmo. As mentioned in my earlier post, I would never expected that someone would be interested to do a write up about my blog.




Semua sudah sedia maklum yang Ray juga adalah pengasas/founding members of yoyooh.com yg melibatkan remaja. Ray merasakan yg yoyooh.com perlu mendapat publisiti dan dipromosi kerana ia adalah medium yang sangat baik utk golongan muda. Medium untuk remaja ...oleh remaja. Ray bersetuju untuk ditemuramah oleh Li Shian [Kosmo] supaya yoyooh.com turut dimuatkan bersama blog ray.

Setelah beberapa minggu, dengan tak disangka-sangka...ada wartawan yg lain pula berminat untuk menulis berkaitan yoyooh.com
Alhamdulillah. Terima kasih Adham [Kosmo] kerana sudi menulis tentang yoyooh.com

Kepada pembaca blog ini, Ray nak mintak tolong sikit.




Kalau korang ada blog, letakkan pautan yoyooh.com diblog korang. Harus diingat, yoyooh.com bukan platform komersil....ia adalah medium utk remaja bersuara dan menyatakan pendapat. Mungkin satu hari nanti akan ada ruang pengiklanan di Yoyooh bagi mendapatkan sedikit income bagi menjalankan aktiviti/program untuk generasi muda.

Kalau nak tolong lebih, masuk yoyooh.com hari-hari ...drop komen kat situ dan kalau boleh mendaftar terus as ahli. Tak paksa...but I apreciate sgt2 if you could.

Bawah ni artikel pasal yoyooh.com yang keluar Kosmo hari ini.

Yoyooh.com aspirasi remaja

Platform perbincangan, hiburan dan hobi Yoyooh.com kini menarik lebih 60,000 pengunjung sebulan.

YOYOOH.COM dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

DILABEL sebagai media baru, laman sesawang Yoyooh.com merupakan platform khas untuk generasi muda negara ini mengaspirasikan pengetahuan dan pendapat mereka kepada khalayak umum.

Dinamakan Yoyooh, ia mudah untuk mendekati remaja memandangkan bunyinya menyerupai bahasa slanga remaja yang bermaksud 'ya lah tu'. Nama laman sesawang tersebut juga kreatif kerana mirip perkataan youth iaitu remaja.

Melalui pelbagai artikel berbentuk perbincangan, ilmiah hinggalah hiburan, Yoyooh.com dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

Pembaca, sama ada seorang blogger atau pembaca biasa boleh mengemukakan apa sahaja pandangan mereka tentang sesuatu topik dalam ruangan original post. Anda boleh bercakap tentang isu semasa, hiburan, gender, makan, seni budaya dan banyak lagi.

Asalkan sahaja anda berdaftar menjadi ahli laman, anda boleh mengirimkan artikel atau pandangan anda termasuk menghebahkan apa-apa aktiviti untuk remaja. Tetapi, jika anda tidak menjadi ahli pun, anda masih boleh memberikan komen atas nama anonymous (tanpa nama).

Ruangan kolumnis pula merupakan ruangan artikel yang ditulis oleh individu tertentu yang dipilih oleh pihak pengendali web. Antara yang mengisi segmen kolumnis ialah Redmummy, Nama Saya Ello, Ok Moris, Corat-Coret Azra dan beberapa lagi.

Ruangan bloggers post pula satu ruang yang diwujudkan khusus untuk para blogger meletakkan perkara menarik yang ada di blog mereka untuk dipamerkan di laman Yoyooh. Secara tidak langsung, mereka dapat mempromosikan blog masing-masing.

Menariknya, laman web tersebut berusaha untuk memeriahkan bidang penulisan blog di negara ini dengan mewujudkan anugerah blogger. Anugerah tersebut dilaksanakan dengan para pembaca laman Yoyooh mencalonkan blog-blog terbaik mereka.

Daripada pencalonan, ia akan mengalami proses penyaringan dan disenarai pendek. Menerusi rating yang diberikan pembaca, pemenang-pemenang akan dipilih dan pihak pengendali laman web akan mencipta kategori bersesuaian. Antara kategori-kategori anugerah blog yang dijangka diwujudkan ialah blog jenaka, blog menyokong filem dan blog diari terbaik.

Selain itu, laman tersebut turut menawarkan ruangan forum untuk diskusi. Yoyooh.com baru beroperasi sejak enam bulan lalu, dan setakat ini ia menerima 60,000 kunjungan dalam sebulan.

Sehingga kini, ia sudah mempunyai hampir 300 ahli.

12 mulut cakap2 belakang:

♥Syamelia♥ said...

way 2 go yoyooh!!!

still remembered ms 1st time nk set up yoyooh, u were rushing 4 a meeting, ms 2 kita dkt genting kn...

then, u came up with the poll utk nama yg seswai, n so n so forth...

and now!!!!

***clap clap***

♥Syamelia♥ said...
This comment has been removed by the author.
Blog Anuar Kamaruddin™ said...

go go yoyooh! :D

*smpi la ni, nuar tatau the correct way to pronounce "yoyooh"..is it "yoyuh" or "yo-yo-oh" jer...tambahan d situ...keke

Cairell said...

camne nak join yoyooh.com?? thanks u so much ya..

Ikhares said...

congrats yoyooh...

ni berkat sebab sponsor budak2 itm ni...

chewah... :)

miSs_DeERaz said...

tahniah ray...
moga terus sukses :D
glemer ar ray lepas nih!!

Nad. said...

YOYOOHHH :D

fieyna_DFC said...

semoga yoyooh terus maju yerk..!!
ALL THE BEST! =)

waty said...

tah-ni-ah!! hari nie tah hapa mimpi beli kosmo...tetiba macam kenal jer spesis ala tenuk biru tu...wah!..masuk lagi...previous post pasal blog ray tak perasan sebab tak beli...but then today waty tumpang hepi sebab YOYOOH mendapat perhatian media...hopefully ramai belia & beliawanis akan terus bersuara di pentas yang sebaiknya....it a good approach to voice out any opinion/suggestion/comment/etc dalam satu saluran yang sempurna...sebab zaman la nie ramai yang menggunakan akses yang kurang sihat untuk memperjuangkan bangsa dan agama....
wah!...dah mula dah....anyway..congrazzz...

NUke_Rude said...

yay yay!

tak sia2 aku register! haha

bagus2..

memang yo yo-oh!

zanetti_be said...

yo bro..sy dah register.caya yoyooh.let havoc it

rizz said...

wahh rizz suka gak bukak blog yoyooh heheheh..:)