Wednesday, February 4, 2009

raydrevil @ Kosmo

First of all, Ray nak ucapkan tima kasih banyak2 pada yg sudi masuk blog ini setelah membacanya di Kosmo. Honestly, I'm quite surprise dgn sambutan yg diterima. If you have a blog, drop a msg at my Shout box atau jadi followers blog ni, so that I can catch up with u guys. I would love to read blog korang. Follow memolow...hehehhe

Received a call from a friend today.

" I'm browsing through Kosmo today looking for my story" katanyerr

Me : " And ? "

He added " Cari story aku...tetiba muka ko yg keluar"

Me : LOL

The called I received is from a celebrity friend...yg mukanya selalu sgt keluar Kosmo. Seeing my face instead, buat kita gelak besar.

[ Flashback ]

Li Shian [ Kosmo ] : " Hi ray ! saya Li Shian from Kosmo"

Me : ???? " Hi Li Shian!"

Li Shian : " Kosmo ada satu ruang baru Tamu Bloggers and I kalau boleh nak interview you for this section"

Me : " huh? My blog?"

Li Shian : "Yes"

[ still blur ]

Me : " Errr...Li Shian...weird laaa...may I know why?"

Li Shian : " Segmen ni mmg untuk blog yg ada kelainan dan bukan blog diari yang biasa"

Me : " My blog tak femes laa..I can recommend a few yg best"

Li Shian : " We are not looking for blog yg dah femes...Ray"

Me : "pulakkk??"

As mentioned dalam artikel tu, Ray buat blog ni for fun and never my intention to be known...carik galmer or anything. It's ok for friends to read it tapiiii untuk orang lain baca agak okward sikit for me. Tapi after buat consultation sikit dengan kawan rapat...ramai yg kata "Go for it". Ada jugak yg add up...sekali je keluar dan org akan lupa pastu...it's not like u akan keluar every week.

Memandangkan Ray memang nak promote youth portal ray yoyooh.com why not la kan? Sambil buat psal blog ni boleh ceritakan psal yoyooh sekali.

So, I went for this interview at Kosmo's office. Jumpa Li Shian. Impressed jugak bcause she can speak malay fluently. The interview mengambil masa satu jam dan satu jam lagi berbual-bual berkongsi pengalaman. After that the photographer took few pictures. I was asked to sort of put my BIG head closer to the screen [ bukan senang ya ] so that he can capture my face with the the screen. Tak pernah ray buat ok. Photographer Kosmo ni mmg kreatif...tengok je la gambar Dafi yg diambil. Siap suruh baring dalam boot keta lagi..kan??




INFINITI

Humor dalam blog

Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my



ELEMEN humor adalah sebab mengapa blognya terkenal. Sehingga artikel ini ditulis, blog peribadi lelaki bernama Abdul Rahman Abdul Jalil, 35, (http://raydrevil.blogspot.com) itu telah dikunjungi seramai 81,742 orang pelawat dalam talian. Satu jumlah yang sangat mengagumkan biarpun usia blog itu belum pun mencecah setahun.




Saat bertentang mata dengan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ray, populariti blognya itu bersebab. Pengalaman hidup yang luas dan keterbukaan minda, Ray berjaya mengolah situasi-situasi dalam kehidupan harian sebagai bahan humor yang memberangsangkan jiwa.


"Saya sebenarnya tak ada latar belakang profesional sebagai penulis. Cuma, saya suka tulis dalam cara yang boleh berinteraksi dengan pembaca.


"Jadi, saya suka gunakan kejadian-kejadian dalam kehidupan harian sebagai subjek. Kehidupan itu sendiri ada sisi humornya. Itulah kreativiti yang ingin saya selitkan setiap kali blog dikemaskinikan," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara, baru-baru ini.


Ray yang pernah menjadi pramugara selama sedekad pada mulanya hanya menulis blog untuk keseronokan peribadi. Tidak sangka, ia akhirnya menjana begitu banyak komen dan perhatian ramai.



Biasa menggunakan imej-imej pegun yang diterjemahkan sebagai poster-poster filem, Ray mengakui kebanyakan subjek dalam tulisan blognya adalah kawan-kawannya sendiri.


"Rakan-rakan yang baca tahulah siapa mereka dalam tulisan-tulisan blog saya. Lagipun, saya tak ada agenda lain. Tak ada niat pun nak komersialkan blog peribadi ini. Cukuplah sekadar orang terhibur membacanya," jelasnya yang kini menceburi bidang teknologi maklumat dan pembinaan laman web.


Sama seperti kebanyakan blogger, Ray mengakui titik tolak kewujudan blognya berlaku atas dasar bosan. Namun, minat itu kian berkembang hanya selepas membantu seorang kenalan membina laman web.



Selain blog peribadi, Ray turut mewujudkan sebuah blog berkumpulan yang juga forum blog remaja (www.yoyooh.com) kira-kira enam bulan lalu.




"Portal Yoyooh ini saya jadikan sebagai tempat mengupas isu-isu remaja. Kita ada kolumnis atau artikel daripada mana-mana blogger yang sudi disumbangkan. Semuanya untuk bantu membentuk persepsi berbeza dalam minda remaja tentang sesuatu isu," terang Ray ringkas.


Blog menurutnya, banyak digunakan sebagai medium alternatif bagi sebilangan besar aktiviti berunsur hiburan. Strategi ini dikatakan mudah mendekati jiwa remaja yang sukakan perkara santai.


"Kebanyakan pembaca blog peribadi saya dan Yoyooh ialah remaja. Mungkin bagi mereka, apabila saya memperkatakan sesuatu seluruh dunia sedang mendengarnya.


"Jadi, saya harap Yoyooh secara tidak langsung boleh meluaskan pandangan mereka. Mana tahu, blogger-blogger remaja ini mungkin tulis benda-benda pelik tapi merekalah bakal penulis blog berunsur politik nanti," ujar Ray.


Selain menghimpunkan suara-suara kolumnis dan blogger lain, portal Yoyoh juga terbahagi kepada beberapa segmen kecil.


Tidak menghampakan selera orang muda, Yoyooh mempunyai ruangan mengenai sukan, isu semasa, hobi, seni budaya, percutian dan makanan.

24 mulut cakap2 belakang:

myZone | When Anuar opens to public said...

dari kosmo kenal blog ni...

bagus blog ni :)

Anonymous said...

hehehe same gak aku terbaca kt Kosmo smlm...so ape lagi terus masuk...so skrg dh add blog ni dlm favourite...so jgn buat private lak nanti hehehe...nice blog byk info...


Mie...

Muhafis said...

mari exchange link dgn ceq.. bagus hang dpt byk traffic dtg ke blog hang.. boleh ajar tak? blog personal n domain blogspot sbnrnye susa nak dpt visitors, but u proving me not.. syabay doq...

UnGu VioLeT said...

salam kenal and salam ziarah.. really nice site!!! lets visit my blog anytime.. thanks..

Nad. said...

Wohoooo ray famouss :)
Hahaa. yeaaa. best blog ever :D

[r][a][y] eusouff said...

Hi Anuar ! Thnks for dropping by.

Mie...
mcm ko baca fikiran aku plak
ceq malu...maluuuuu
ceq tak tau nak letak muka kat mana dah...
LOL

Muhafis..
tadaq resepi apa2 la...blog ceq ni...ceq buat sesedap rasa aje.
keep in touch k

Cik Ungu..
lebih hebat !! Cik ada 3 blog lagi...isyallagh ray akan lawat

Nad...
perli ka?

rizz said...

haha ray famous,.so proud of u!..:)

Nad. said...

Sape perli. Puji lahhh :p
Hahaha. Kacak ye encik ray dlm paper.
Terasa bangga pulekk :D
Hehe.

[cpQ]licious said...

sy dapat link awk from kosmo!!
mmng best la blog nie..
jgn lupe msk my blog k!!;p

Farazila said...

errkk...boleh sy kenal dengan cik ray...
blog ray mmg hebat ler...
jgn lupa visit blog yg x semenggah mana ponnn..
huhuuu

Nad. said...

lol, LILO NGAN CAPEQ takleh bla.
Nak jugakk lah.

Hye, saya baca blog awak dr kosmo.
Singgah lah blog saya.
Terima kasih :D

[r][a][y] eusouff said...

Nad, lilo n capeq

korang pernah kena baling ngn batu atau dicekik x?

acaP! said...

ngehngehngeh!wahahaha msuk kosmo.klaka la pulak gamba peluk monitor tuh.hahaha

congratz

FAIZZAHARI WANNA BE said...

congrats atas pencapaian anda..ngehngeh..

Aizam said...

ada bloggers yg mmg femes sbb apa yg dia buat for a living
contoh : aznil, vernon
dorang dh femes..bila buat blog pun mestilafemes gak la kan.

Tapi bukan senang bagi bloggers yg takde background artis. sbb tu i tabik kat you.

Anonymous said...

rayyyyyy!
i miss reading your blog..
and i miss you too..

no, i didn't not find get your blog through KOSMO.. hahaha..

take care!

so far so good, your blog is one of the best blog i ever read.. (=

- Lina RD

[r][a][y] eusouff said...

Aizam...
aiyooo
tabik ka..??
seram lak ray dengar
no lah
i never considered myself famous ke apa ke
keluar kosmo tu just sekali saja
xde keluar mana2 dah


Lina....!!!
miss u toooo!

fara said...

hey ray. saya bru je baca kosmo hari tu, tbe2 nmpk muka awak, dgn blog awk. diorg siap tulis awk nye url apa. saya pon masuk. mmmmg menarik.

ble tgk gmba awk tu, tbe2 terasa mcm rinduu sgt ngn awak. ble2 bleh saya nak jmpe awak ? nak tanye apa perasaan masuk suratkhabar.

HAHA

Nad. said...

hahahah fara.
Kannnnnn.

[r][a][y] eusouff said...

uik fara
lakunan semula

nad suka nasik tambah kan?

cehhh

Nad. said...

nasi tambah pe plakkkkk :P
ahhahha

Abir Abhar said...

hi
leh kenal?
haha

ABANG RAY?

Anonymous said...

[url=http://kfarbair.com][img]http://www.kfarbair.com/_images/_photos/photo_big8.jpg[/img][/url]

מלון [url=http://www.kfarbair.com]כפר בעיר[/url] - [url=http://www.kfarbair.com/about.html]חדרים[/url] גדולים אנחנו מציעים שירותי אירוח מיוחדים גם ישנו במקום שירות חדרים הכולל [url=http://www.kfarbair.com/eng/index.html]אחרוחות רומנטיות[/url] במחירים מיוחדים אשר מוגשות ישירות לחדרכם...

לפרטים נוספים אנא גשו לעמוד המלון - [url=http://kfarbair.com]כפר בעיר[/url] [url=http://www.kfarbair.com/contact.html][img]http://www.kfarbair.com/_images/apixel.gif[/img][/url]

reen afny said...

hoho nak try la tengok blog yoyooh.com... seriously, never heard of that web. huhu