Thursday, February 26, 2009

Menatang apa ni?


Sungguh la diriku merasa sangat heran melihat species menatang [binatang] ini. Agak-agak korang apa? pastu bagitau ray, korang sampai ati ke tak nak makan menatang ni untuk LUNCH? huhuhu.

Akan Ray update segalanya SOON. soooo..TUNGGGU my next posting k!

On a different subject matter, Ray diberi surat mintak kerja dari sorangmamat ni. Katanya dah banyak kali dia mintak kerja tapi tak dapat2. Siap bagi contoh surat dia lagi. Boleh korang bagitahu apa masalah dia ni?






Mohd Adam Bin Abdul Gembur
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Gelap
68000 Shah Lampu
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
12 feb 2009

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Adam Bin Abdul Gembur no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang canggih ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GEMBUR adalah seorang pekerja KWSP yang berjaya.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta...saya dengan suka hati akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Azim Workshop, Manjung, Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan.

Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Adam Bin Abdul Gembur)

PS : Sapa2 yg berminat membantu or ada kerja kosong sila tinggalkan no fon korang kat ruang komen so Adam can call korang...huhuhu

26 mulut cakap2 belakang:

mike radcliffe said...

ape minatang tu?????
cant wait..

Cairell said...

apakah itu??

Helmi Razali said...

ayam

Farazila said...

yeay2..lilo taw..chumel kannn....leh juga buat lunch....then bulu2 tu boleh buat baju lilo nt...
ekkekeke....

sakura said...

comel menatang 2... putih jer.. letak kat beg mesti cantik... XD

hahhaa...
aiyoo..
klakar la surat 2.. hahahaa... susah 2 nk dpt kerja klu tulis surat gitu skali..

Nad. said...

mcm ayam jee :p
LOL, ada ke mintak kerja camtu. da gilaaa kot. Kalau org amik kerja, dia pun sama2 gilaaa. Hhahahah
x)

edzlin007 said...

saya tak nak makan menatang tu, tapi nak bela dan simpan dlm bilik boleh?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

spesis itik + ayam katik + berbulu kuceng ;D

ADAM GEMBUR - sgt komersil utk tajuk sebuah album. suruh dia wat album jer lah... ;D kikiki

zanetti_be said...

nie adik beradik CJ7 nie.maybe pak sedare Cj7 seperti dalam filem tue.

untuk adam gembur,jangan la risau.perkerjaan akan sentiasa menanti anda.lagikan mat bangla dan indon dapat keje.takpe2.kalo takde keje gak hubungi la hospital tanjung rambutan ye.hahah

zanetti_be said...

nie adik beradik CJ7 nie.maybe pak sedare Cj7 seperti dalam filem tue.

untuk adam gembur,jangan la risau.perkerjaan akan sentiasa menanti anda.lagikan mat bangla dan indon dapat keje.takpe2.kalo takde keje gak hubungi la hospital tanjung rambutan ye.hahah

zanetti_be said...

nie adik beradik CJ7 nie.maybe pak sedare Cj7 seperti dalam filem tue.

untuk adam gembur,jangan la risau.perkerjaan akan sentiasa menanti anda.lagikan mat bangla dan indon dapat keje.takpe2.kalo takde keje gak hubungi la hospital tanjung rambutan ye.hahah

my pink diary says... said...

minatang tersebut teramat comel..jenis ayam kah? gebu gebu gitew..heheheh..untuk en adam lak...len kali...kalo nk mintak koreje jangan duk pakai ayat ugut...hahahah..siap ayah kijer kwsp yg tak tahan tuh...hahahahah

h2o said...

erm..dari gmbar tu..mane muke spesis tu ea..susah la nk identify takde muka..hehe..atau mmg mata dia ke dalam?..if u able to buy one..tell me the price tau..cam best je bela spesis2 fluffy ni..huhu

♥Syamelia♥ said...

its so fluffy...
one thing 4 sure, bukan kaum keluarga wonderpets....
lallalalalal

F.Aminurrashidd said...

menatang apa tuuu???? yang penting, jangan makan menatang itu.. sebab dier sangat2x..cute. hahahahaha~

++ Diamond ++ said...

nampak cam ayam... tp comey!!

Cairell said...

thanks ray..

cant wait for this entry.. :)

Lyn Yusoff said...

ayam kot.. so chumel
tak sngp nak mkn.. bela je kt rumah..

eermm klu surat camtuh..
lyn pun tak hingin nak amik die keje..ugut2 sgt..
hahaha

Anonymous said...

Hi Ray, just nak tanya 1 soklan...

Surat Encik Adam ni benar2 wujud ke?Mcm tak caya ada orang tulis surat minta keje mcm ni?Hmmm...

Muhammad said...

LOL

[r][a][y] eusouff said...

dalam my next posting ray akan reveal menatang apa k.
Hahahaha

Encik Adam Gembur yg Nuar kata nama komersil boleh buat album, ni dh lama cari kerja..LOL

Adam Gembur kirim salam kat korang semua. LOL

~.::IamZulaikha::.~ said...

menatang comeeeellll!!!
geram tgk.. xD
xsabar nk tau.. =]

si nakal andi said...

anjing kacuk kucing kut..

eh ray, baik kamu pi samak
mana boleh sentuh anjing

LOL

rizz said...

hahhahh betul2 lucu lahh!! bole lak wat resume cm tu hikss

[r][a][y] eusouff said...

eca...comel ek? hahaha

andi...lawak la hang
samak kaaaa?

thnks & welcome back rizz

FAIZZAHARI WANNA BE said...

ray, tol ke surat nie..
gile lawak tol...
paling x leh bla, ayat last skali "hidup tuan akn berakhir dengan bacaan yasin"..
kalo faiz, cnfm reject awal2..yela, dah sah bdk nie x betol..huhu..sori adam