Friday, February 20, 2009

Crew Life 2 : Nightmare Onboard

Perhatian: Gambar dibawah adalah gambar hiasan dan takde kena mengena dengan ceritera ray dibawah.

Mimpi ngeri juga wujud di awan biru. Bila berada tinggi tak bermakna hanya yang indah-indah saja yang akan berlaku. Mimpi ngeri adalah satu kebiasaan.

Hidup sebagai peramugara/peramugari yang melayan penumpang sangat mudah bagi sesetengah pihak.

"Serve air oren jeh" katanya

Serve air oren dan gaji ribu-riban. Kalau macam tu semua nak jadi peramugari kan?

Mimpi ngeri datang dari dua sumber. Penumpang dan rakan sekerja.


Seorang ketua peramugari baru bergaduh dengan lakinya. Lakinya disyaki main kayu tiga. Semalaman tak tido menanggung sakit dihati. Mana nak dilepaskan rasa sakit itew?
Yaaaa..pada peramugari yang baru sebulan kerja.

Seorang penumpang yang dah dalam perjalanan lebih dari 48 jam. Sebelum menaiki kapal terbang, dia dah terkandas lebih 12 jam. Semua serba tak kena...bag hilang....sakit perut...pening kepala. Bila flight dah delay...meeting yang dijadualkan tertunda. Dia dah tensen tahap cipan.
satu kesilapan kecil yang dilakukan oleh flight attendant akan dianggap kesalahan besar. Segala kemarahan yg dialami sepanjang tempoh 48 jam akan dilepaskan. Bagaikan bom atom menunggu masa nak meletop.

Scene 1

Seorang peramugari cantek yang baru sebulan bekerja.

"Excuse me Sally...this is my third solo flight" kata peramugari cantek itew kepada ketuanya. Nama peramugari cantik itu ialah Nuraini.

"So??? It is my problem?" balas Sally sambil menjeling...ketua peramugari yg semalam tak tido mengenangkan masalah laki yg suspected cureng.

Dari saat itulah nightmare Nuraini akan bermula. Semua kerja akan jadi serba tak kena.

Scene 2

Dalam keadaan tertekan sbb asyik dimarahi oleh ketuanya...Nuraini ke kabin melayan penumpang. Seorang penumpang memanggil Nuraini.

"Why is it so difficult to get a glass of drink here?? I asked for it hours ago!!!"

"I'll get your drinks right away sir !!"

Dengan segera Nuraini ke galley memanggil minuman. Sampai saja di galley...Sally dah menjeling.

"Have you clean the toilet? Nak tunggu princess diana tolong gantikan toilet roll tuu.. is it?"

Terkial-kial Nuraini..ambil air coke dan terus ke toilet. Dalam perjalanan ke toilet...seorang lagi penumpang memanggilnya...

"I'm hungry and thirsty...amikan coke dan some peanuts"

Fine [ senyum palsu ] ! Nuraini pg amik apa yang dikehendakinya. Bila kacang dan air minuman dihantar, penumpang disebelahnya pula mintak benda yang sama. Dihati Nuraini ...apa lah salahnya beritahu sekali takpayah dia berulang2.

Ok kita stopkan dulu scene ni.

Dalam satu zone kelas ekonomi ada lebih kurang 112 orang penumpang. Satu zone dijaga oleh tiga orang cabin crew. Sally...ketua peramugari [ juga bertugas di kabin ]....Rizal...peramugara yg bertugas di Galley [ dapur kapal ] dan Nuraini bertugas di kabin.

Sally pulak dah kenal steward Rizal ni dah lama dah. Dah kamceng. So dua-dua ni duduk kat galley borak2. Nuraini sorang je la nak melayan 112 orang penumpang tu.

Scene bermula semula.

Scene 3

Selepas membersihkan toilet, mamastikan tisu mencukupi. Nuraini lagi sekali dipanggil oleh seorang penumpang. Penumpang ni dari tadi duk mintak benda yg sama...tomato juice. Kali ni dah masuk lapan kali mamat ni mintak n minum jus tomato tuh.
Terdetik dihati Nuraini...minum tomato juice byk2 pun muka tetap menggerutu tak pun cantek2. Rasa2 kalo telan 10 baldi air tomato pun belum tentu wajah tu boleh licin.

LOL.

balik ke galley...Nuraini disindir lagi.

"lembab!!"
"Pgi touch up muka tu..dah muka mcm orang ilang anak dah" perli Sally. Rizal hanya tersengeh kerana mengampu Sally.

Scene 4

Nuraini pun dengan mengelabah pergi mengambil beg tangannya utk touch up. Beg tangan Nuraini terletak diatas overhead compartment. Bila membuka compartment tu...

Dushhh..jatuh satu objek keatas kepala penumpang.

Kalau korang nak tahu...sape penumpang tu?
Ya....penumpang yang terkandas selama 12 jam yg macam2 musibah telah melanda dirinya.

"You stupiddddd FOOL! Can't you be more carefullllllll!!!!!!!" jerit penumpang itu.

Sally keluar memohon maaf dan menenangkan keadaan tapi tak berkesan malah sally pula dimaki penumpang itu.

Ishhh..lagi la sakit hati Sally pada Nuraini kan?

Di galley...Sally memberikan ceramahnya. Bukan saja berceramah..Sally mula bertanya soalan-soalan cepu emas berkaitan kerja. Bila Nuraini tak dapat...dijerit oleh Sally...."And you call yourself a cabin crew????"

Scene 5

Nuraini kemudian ke toilet menangis.

Situasi ini adalah benar ya. Ianya betul-betul berlaku cuma nama saja yang Ray ubah. Selagi kita bernama manusia...akan berlaku perkara sebegini sama ada di darat atau di udara. Bezanya di udara, you akan extra tension sbb you have nowhere else to go.

Begitulah nasib seorang peramugari yang baru. Ada masanya..takde masalah ...tapi kalau tak kena tempatnya inilah yang bakal dialaminya. Baru dan tidak berpengalaman bukan alasan untuk tidak bekerja dengan sempurna. Dari tekanan inilah yang mempercepatkan proses kemahiran anak-anak kapal dalam menangani stress. You have no choice but to adapt.

15 mulut cakap2 belakang:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

haiyo, hazab! tu citer pramugari, kalu pramugara pong camtu yer...

Aizam said...

huhuhu
siksanya

supervisor from hell!!

Anonymous said...

"Have you clean the toilet? Nak tunggu princess diana tolong gantikan toilet roll tuu.. is it?"

celaka punya mulut kan?

edzlin007 said...

kesiannya pada pramugari itu.

ammar said...

me x-enuff kesabaran for this job
within 5 minutes...I burst out already

cuitnazz said...

Salam kenal.. thanx 4 d visit and following me.. Eh baru skrg aku dpt bayangkan susah juge jd pramugari ni yer.. slalunya bila aku naik flight suka2 jer aku mintak itu mintak ni kat diorang... ada skali tu aku marah sorang peramugari pasal dia langgar kaki aku ngan trolley dier.. sian dier...

handhalah ibnu kamil said...

kalau aku lama dah si sally tu kena! ish3.. tak belajar kaunseling tul! haaha.

si nakal andi said...

ooo
first time aku dengar pramugari kena cuci toilet!
nape x pakai maid saja?
hehehe..
neway RAY jangan risau
everytime aku naik plane
memang sangat behaved
x suka orang yg banyak songeh nak membuli cabin crew! psycho betul.

[r][a][y] eusouff said...

Nuar...
sama jerk...
siksa peramugara kat galley hehehe

Aizam...
hell yes...LOL

edzlin...
itulah realitinya

[r][a][y] eusouff said...

ammar..& Meor...
mmg kena sabar. Ray dh banyak kali bergaduh onboard...LOL


Andi...
heheheh
cuci toilet tu bukanlah cuci as if pakai air n sabun
LOL
stewardess to ensure yg paperhand towel, toilet tissue roll, face tissue sufficient utk penumpang.
The mirror tu kena clean sikit and washing basin tu kena kering.

Lastly, the toilet floor kena dry as kalau bertakung air tu might cause electrical problem [byk wire kat bawah toilet tu]

pastu sembur sikit ngn pewangi.

Selain itu juga tujuan melawat toilet [ bahasa airlines nya kita panggil lavatory] ialah for safety reason.

To check dusbin..manalah tau ada puntung rokok. Kalau tak check mau..toilet terbakar kan? Dalam kabin yg dicompressed udaranya..api sgt cepat merebak.

mike radcliffe said...

memg terseksa...
nampak memg senang tapi sebaliknyer..
mcm2 dugaan...
lagi2 sebagai cabin atendant baru..
hahhaahahah..
dulu pon berangan nak jd steward...
hahahah...siap dpat offer time dlm plkn lg...
hahahaha

Faizah said...

Mase flight, jd penumpang paling baik..hehe..tido jew..haha..baek kan???hehe

rizz said...

huahh ssh gak kan ray nk jd steward ni hiks..btw rizz aritu ade gak apply.tp smpai step 2 je..isy klau dpt mesti kene lalui insiden ni..:|

FAIZZAHARI WANNA BE said...

bc pasal FA nie, tringat plak bln 5 thn nie faiz ad percutian hebat..2 weeks xde kat malaysia..naik trn flight (mb dlm 3 flight) gi Indonesia, next ke Melbourne n trs g ke New Zealand..xsbr..haha..nak join???

Anonymous said...

I'm newbie here, I hope to get friends at this forum