Thursday, February 5, 2009

Cekik - Mencekik - Dicekik - Tercekik

Tengah menonton berita di tv. Tup tup cerita cikgu cekik anak murid pastu tolak sampai jatuh ke longkang. Mangsa, Almastidi Kandaung, 15, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion mendakwa, dia dibelasah dan ditolak ke dalam longkang oleh ketua warden asrama sekolah berkenaan.

Apa ke halnya?

Children - pls don't try this at home


Bila the last time korang pernah mencekik dan dicekik ? Bukan makan - mencekik tu yang ray maksudkan ya. Cekik yang Ray maksudkan ialah mengunakan kedua-dua belah tangan di leher orang lain mengakibatkan orang yang dicekik mengalami masalah bernafas. Masalah bernafas ...leading to kematian ya. Budak darjah dua pun tahu...mata pelajaran sains " living things and non-living things" yang dorang belajar tu. Living things can breathe. Cannot breathe means...??


So, mencekik orang boleh mengakibatkan living things turn to be non-living things. LOL. Living things can't produce their young ok. Harap maklum.


Dulu kat Kota tinggi ...tak salah ray bulan Julai 2007 pun ada kes yang sama. Bezanya...pada masa tu ...murid yang cekik cikgu. Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan menolak seorang guru sehingga hampir jatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya dikenakan tindakan dibuang sekolah.


Apa nak jadi lah ngn guru dan pelajar sekarang ni.

Pernah dengar expresi "Aku cekik ko kang!"?. Walaupun bersahaja berdasarkan kata-kata la...lama -lama jadi realiti.


Bila ditanya guru-guru...[ kawan ray yg bekerja sebagai guru ]. Ini jawabnya " Budak sekarang perangai teruk...tak hormat orang...bukan semua la...tapi kalau teruk...teruk sangat2". "Mungkin cikgu tu ada tekanan perasaan sebab terpaksa deal dengan disiplin mereka yang teruk tu".


Nak cerita seimbang, Ray tanya la anak buah Ray "Pernah tak rasa sakit hati ngn cikgu korang sampai rasa nak cekik cikgu tu?". Anak buah ray ketawa dan berkata " Dosa la paksu...cekik cikgu"

Opppssss....Sorry tersalah tanya. Anak buah Ray ni...pemenang anugerah sahsiah terpuji....masakan dia terfikir nak cekik cikgunya kan? Ray beli air coke pun ditegurnya. "Paksu ...kurangkan minum air coke..sebab banyak gula...lagi pun ianya barangan jenama dari Israel".


Secara jujurnya, Ray rasa ada kebenaran keluhan pelajar yang mengatakan guru agak menjengkelkan dan tidak tahu mcm mana nak tackle hati pelajar. Guru pulak kena terima hakikat yang pelajar sekarang bukan macam dulu lagi. Sebagai yang lebih dewasa dan terpelajar ...rasanya guru kena cari formula mcm mana nak handle pelajar-pelajar yang bermasalah. Takkan nak tuding jari pada pelajar 100%.


Kalau yang dewasa tu senang je nak rasa tertekan...inikan lagi orang-orang muda. Harga barang sekarang akibat kegawatan ekonomi...membuat harga barang cekik darah. Bila dah sesak, ambil jalan cekik orang bertujuan nak meragut & merompak...bagi orang lain sesak nafas aka tercekik


Ibubapa pun kena lah disiplinkan anak-anak. Awasi pergaulan mereka. Pengaruh kawan adalah major contributing points dalam masalah disiplin. Terikut-ikut.

Hurmmm...Apa kata korang?

PS :

Masa kecik Ray paling takut bila mimpi kena cekik hantu.

Sebagai ex cabin crew Ray dilatih untuk buat first aid - menangani masalah orang tercekik masa makan. Pasal cekik mencekik yang lain...Ray kurang arif.

Budak sekarang paling takut dicekik cikgu

Cikgu sekarang paling takut dicekik budak

9 mulut cakap2 belakang:

KaPaLs3LaM said...

Ape lah nak jadi zaman sekung,
kadang2 itu budak2 wat salah,
kadang2 tu chekgu yg salah,
t'ingat zaman aku dok asrama dulu,
bzt lah jgk..apy gile,

myZone | When Anuar opens to public said...

haha

gud answer dri anak buah u :p

malam jumaat nih, tv3 dan tv9 dok tayang citer antu cekik2...keke

[r][a][y] eusouff said...

kapal selam..
ada kes cekik mencekik tak masa kat asrama dulu?

Nuar...pengaruh tv pun ya jugak kut
kan???

LOL

rizz said...

hehe rizz xpnh mcekik n dicekik ag ahakss..tp sian tgk cekgu or murid yg kna cekik..adus..

Saya said...

erm..tu la..susah gak zaman skrg ni..tapi tak semua guru boleh jadi "pendidik"..

anak buah yg best..!hheheh

LayarLara said...

Tak bleh nak salahkan guru 100% pelajar skang ni beraninya melampau2 sangat..

Terkesima gak ngan keberanian pelajar skang...

♥Syamelia♥ said...

kalau 'cekik darah' apa certs lak...
LOL

edzlin007 said...

hmm, mmg cekik2 ni pengaruh tv agaknya. :p .hmm, apala nak jadi.

[r][a][y] eusouff said...
This comment has been removed by the author.