Wednesday, January 14, 2009

Mee Bandung


Al kisah mee bandung.

Untuk beberapa tahun, Azim De La Renta telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya , Sutina Hermosa. Suatu hari, Sutina memberitahu Azim yang dirinya mengandung akibat perbuatan orang …Azim yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana …

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Azim menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti manakala Azim akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Azim pulang dari kerja, isterinya Azlinah menegur Azim dengan muka yang keliru …

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Azlinah.

“Oh, tak pe … ayang bacalah poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Azim

Azlinah pun membaca poskad itu kepada Azim dan Azim mukanya merah lalu
terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada
telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”


PS: Tiada mee bandung ditumpahkan dalam pembikinan cerita diatas.

5 mulut cakap2 belakang:

Lyn Yusoff said...

moitffff
menyebut name ku dlm cerita ni..
patut lah tersedak ku tadi..
(baru lepas mkn uols)
hahahaha

zain said...

laaa
ingatkan nak review psal mee bandung tadi

rizz said...

hahaha ray ni lucu arr:p

edzlin007 said...

hahaha sakit perutku

~SYAMELIA~ said...

mcm penah baca la psl citer ni....
tp telah di olah oleh sutra-teruna ray idham, fdam....