Saturday, January 31, 2009

Aksi Kucing 3 : Perihal kentut & melatah

Gambar bawah ni..mengunakan Adobe Photoshop, satu gambar dijadikan tiga version yang berbeza.


Perihal kentut [ also known as fart ]

Haaa sila ambil maklum beberapa fakta tentang kentut. Jangan tahu nak kentut je tapi tak tau apa2 tentangnya. Jadilah insan berilmu.




1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Bukan dari Sungai Kandis ya...LOL
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.


2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.


3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.


4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.


5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)


6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.


8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.


9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.


10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender.... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.


11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah. [ kentut pun ada resonan mcm AF plak]


12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).


13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).


14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak.... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.


15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.


16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... tak de keja lain ke apa....konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.


18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.


19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.


20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe


21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).


22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam


PS : pernah dengar orang kentut pastu cakap "ALHAMDULILLAH"




Perihal Melatah

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini

Latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Teringat Ray pada cerita seorang peramugari yang melatah ketika melayan seorang tetamu VIP. Cerita ni bukan dari "pengalaman live ray" tetapi ibarat kisah lagenda dunia cabin crew. Ia telah disampaikan dari mulut ke mulut.

Peramugari yang dikaitkan telah pun bergelar artis sekarang. So no name mentioned la ok..kekeke

Peramugari ni telah melayan tetamu VIP [ kerabat diraja] di First Class. Dari cerita lagenda ni...katanya seorang tengku mahkota. Tengah peramugari ni menghidangkan makanan, tanda pasangkan tali keledar dinyalakan dan terdapat sedikit gegaran.

Gegaran tersebut telah pun membuatkan garpu yang sepatutnya diletakkan di atas meja terjatuh di celah kelangkang VIP tersebut.

Yang memalukan, kerana terperanjat...peramugari tu melatah

" OHHHHH ...P**** tengku JATUH....Padan muka ko !!"

Peramugari itu dikatakan tidak keluar kabin itu langsung sehingga waktu mendarat.




Kesimpulan : Bila LATAH berpada-pada, kata orang TUA...KENTUT jangan banyak kali..nanti kita yang rugi.


Ok lah anak kucing pun dah mengantuk dan nak masuk tido dah. Kita berjumpa dilain kali dengan topik menguap pulak.

Posting Aksi kucing terdahulu >>>KLIK SINI



Remake Pelem Ibu Mertuaku >>>KLIK SINI

10 mulut cakap2 belakang:

waty said...

Astaghfirullah Al-azim...ray..ray...waty tak tau nak cakap apa lagi....kalau ray tak bagi tau mesti tak tau...kalau tak citer mesti tak ambi tau...padahal benda kecik jer...padahal benda tak de hal punyer lorr...padahal hari2 waty buat....mmmmmm...camner nak habaq nie....tak tau nak express camner...hati berdebar2...macam nie lah....perut waty dah nak pecah nie...kena kasik tau gak....

APA?...

PASAL APA?...

AIK!!! RAY TANYA LAGI????

Jawapannya:....terima kasih la kasik tau pasal kisah 'kontut' tu...leh amik jadi ilmu nie....pasal selama nie tak penah amik tau...wakakakaka......

meter mood dah kembali normal...sebab lawak KONTUT...!!!

[r][a][y] eusouff said...

ya waty
hafalkan ya
masuk peksa penggal 1 nanti

ps : suwoh nita baca sekali...rasanya kuat kontut budak tu...LOL

Nad'Nadia said...

hahaha
penuh ilmu didada pasia kentut ni
mcm2 jenis kimia dok hafal...
lalalalala

omgpetch said...

aha bgus entri kali ini. teruskanlah posting entri2 berilmu sebegini. sronok baca ;)

fara said...

hey ray. lama x drop cmnt kat ur page kan? hahaa
okay now FARA terasa nak gelak puas2, okay walaubagaimana pon, masa baca psl kentut, trasa blaja psl biologi pon ade, psl chemistry pon ade. mcm2 hal rupanya psl kentut. HAHA

rizz said...

hahahahhahaa ray mmg pndai taw wat lawakk haha.xthn gelak bce:p

isaac said...

lawak cipan
good info !!

Life huh... said...

Dear Ray, blogs that talk about light stuff for leisure reading are really hard to come by these days. Keep on writing. I will be reading yours from today.

LayarLara said...

Ini gerenti setahun buat research...

Salam singgah.. tukar2 link yok..

[r][a][y] eusouff said...

eddie...
im flattered to hear that.


layar lara..
macam2 kentut i terpaksa bau dlm proses research tu...
hidung dah naik kembang dah
LOL

Isaac & rizz..
ketawa jgn sampai terkentut sudeyhhh
tak larat ray nak bau dah